Anda di halaman 1dari 30

BMK3053

PENULISAN JURNAL
• Kaedah Menulis Permasalahan Kajian
• Kaedah Menulis Sorotan Kajian
• Kaedah Menulis Objektif Kajian
• Kaedah Menulis Metodologi Kajian
PERNYATAAN
MASALAH
APA ITU MASALAH KAJIAN?
• Satu deskripsi penulisan yang
mempersembah masalah kajian berupa isu-
isu yang perlukan penelitian, ditulis dalam
bentuk huraian ilmiah/semi ilmiah.

• Menurut Uma Sekaran (2000),


masalah kajian ialah sebarang situasi di
mana wujud jurang antara keadaan sebenar
dan keadaan ideal.
Isu-isu penting
berkaitan topik kajian:
1. Sudah dikaji tetapi masih terdapat kelompangan atau
2. Belum diteliti oleh para pengkaji atau
3. Fenomena baharu yang muncul dalam masyarakat atau
4. Isu yang belum ada jalan penyelesaian yang konkrit atau
5. Isu yang pernah dituliskan pengkaji lain dalam pelbagai
penyelidikan tetapi belum dapat diatasi sepenuhnya meskipun
pelbagai kajian telah dijalankan.

6. Isu yang wujud dalam literatur, teori atau amalan yang


mewujudkan keperluan pelaksanaan sesuatu penyelidikan.
Analoginya...
 Mereka dah kaji A
 Mereka dah guna teori A
 Mereka dah fokus  Kita kaji pula B
golongam A  Kita guna pula teori B
 Mereka dah fokus skop A  Kita fokus pula
golongan B
 Kita fokus pula
golongan B

5
PERTIMBANGAN AWAL
• Penyelidikan bermula dengan adanya masalah,
kes atau fenomena yang hendak dikaji.
• Masalah timbul apabila penyelidik merasakan
wujud jurang yang jelas antara apa yang
diketahui dengan realiti sebenar atau jurang
antara teori dan praktis.
• Masalah kajian dalam penyelidikan amat
penting kerana ia merupakan faktor penentu
sama ada sesebuah kajian perlu dilakukan
atau tidak.
• Kebiasaannya masalah kajian dapat difahami
melalui kata kunci pada tajuk kajian.
Soalan kunci 1
• Apakah isu kontroversi atau isu khusus yang hendak
dikaji?
• Apakah kajian ini pernah dilakukan sebelum ini?
• Jika ia, apakah perbezaannya dengan kajian yang
hendak kita lakukan?
• Mengapa masalah tersebut itu penting?
• Bagaimana kajian kita dapat menambahbaik @
memperbetul dapatan pengkaji terdahulu?
• Siapakah yang akan dapat manfaat daripada kajian ini?
• Apakah kajian kita relevan dengan isu-isu yang
sedang dibincangkan dalam masyarakat?
• Apakah inovasi yang dapat dihasilkan daripada kajian
ini?
Soalan Kunci 2
• Adakah perkara yang dikenal pasti itu wajar dikaji?
• Bagaimanakah cara menulis masalah penyelidikan
supaya pembaca dapat ‘diyakinkan’ bahawa perkara
itu amat penting dan harus dikaji?
• Adakah perkara yang ingin dikaji
dapat menyumbang kepada pengetahuan baharu,
kaedah baharu, teknik baharu, penyelesaian baharu?
Contohnya:
 Adakah perkara yang akan dikaji relevan
kepada amalan dalam pendidikan bahasa Melayu
kontemporari? Di manakah kekurangannya? Apakah
aspek yg harus diteliti? Sejauh mana perubahan harus
dibuat? dan pelbagai lagi soalan yang boleh memberi
pencerahan kepada permasalahan kajian.
Sumber Masalah Kajian
Terdapat 4 sumber utama yang menyumbang kepada sesuatu masalah
untuk dikaji:
1. Pengalaman
2. Literatur/penyelidikan lalu
 Dapatan penyelidikan yang mempunyai aspek atau hal tertentu yang
masih belum ditangani atau penyelidikan baharu boleh
menjadi perangsang atau pemangkin kepada satu atau lebih
penyelidikan lanjutan
3. Teori
 Kekurangan dalam teori yang diguna pakai boleh dijadikan masalah
penyelidikan dan juga memandu penyelidikan melalui ramalan yang
dibuat sekali gus membantu kepada pembinaan idea dan penyelidikan
baharu
4. Isu-isu praktikal
 Isu-isu yang memerlukan penyelesaian seperti pemilihan buku teks,
seni berbahasa, kesantunan, istilah baharu, bahasa rojak, tatabahasa
atau kaedah pengajaran. 9
MENULIS PERMASALAHAN KAJIAN
1. Menjelaskan justifikasi konkrit perkara
yang hendak diselidiki.
2. Menghadkan topik yang ingin dikaji disertai bukti-
bukti dan hujah yang meyakinkan.
3. Mengandungi penjelasan berkenaan
pembolehubah atau istilah.
4. Menilai andaian dengan memberi bukti
yang menyokong andaian tersebut.
5. Dinyatakan hubungan antara dua pemboleh ubah.
6. Diselitkan pernyataan dalam bentuk soalan.
Contoh: Adakah terdapat perbezaan kaedah
pengajaran BM di sekolah kerajaan dan sekolah
swasta ?
ELAKKAN menulis...
• Penulis menghadapi masalah kerana ketiadaan bahan
berkaitan tajuk kajian ini…
• Sukar saya mendapat bahan mengenai topik ini…
• Kebanyakan kajian tiada kaitan dengan tajuk ini…
• Belum ada pengkaji yang melakukan kajian ini..
• Bahan kajian kebanyakan dalam bahasa Inggeris,
sedangkan pengkaji tidak memahami bahasa Inggeris.
• Pengkaji kesuntukan masa…
• Topik kajian ini agak sukar bagi pengkaji…
• Bahan kajian tiada dalam internet…
• Perbincangan terlalu ringkas, tiada sumber rujukan,
hujah tidak logik, tidak relevan dengan topik, tidak
kemas, tiada pertautan idea antara fakta, gaya
bahasa tidak gramatis.
SOROTAN
KAJIAN
KAEDAH SOROTAN KAJIAN
o Membanding dan membeza
o Menilai
o Menganalisis
o Mensintesis
o Membuktikan kepentingan topik kajian
berbanding kajian-kajian yang telah dibuat
pengkaji lain
o Menjelaskan perkaitan kajian yang disorot
dengan kajian yang akan dilakukan.
Cth 1:
Kajian Tumerah (1996) menggunakan Grasha-Reichman Learning Style
Inventory menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
gaya pembelajaran dengan etnik. / Etnik Melayu menunjukkan kecenderungan
memilih gaya pembelajaran yang melibatkan aktiviti kumpulan. Sementara,
etnik Cina menunjukkan kecenderungan yang tidak dominan dalam semua
gaya pembelajaraan. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang pelajar
Semester 5 kursus Diploma Perguruan Malaysia di sebuah maktab perguruan
di Sarawak.

Cth 2:
Misnan (1999) dalam kajiannya untuk melihat hubungan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Arab telah
menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes 1987). Misnan telah
mengubah suai inventori tersebut kepada empat gaya pembelajaran. Keempat
empat gaya pembelajaran itu ialah gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya
latihan dan gaya motivasi. Sampel kajian terdiri daripada 200 pelajar Tingkatan
4 di enam buah sekolah di negeri Perak./ Dapatan kajian mendapati gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar cemerlang adalah gaya motivasi
dan gaya hafalan. Sementara, pelajar lemah mengamalkan gaya motivasi dan
perbincangan semasa mempelajari Bahasa Arab.
14
• Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Rashidi (1997) adalah
untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan
pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah. /
Dalam kajian berkenaan, tiga gaya pembelajaran telah
dikemukakan iaitu gaya motivasi, gaya mendalam dan gaya
permukaan dari Inventori Gaya Pembelajaran Selmes (1987).
Sampel kajian terdiri daripada 539 orang pelajar Tingkatan 4 di 20
buah sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. / Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya motivasi mendalam
mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian Sains dan
Matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang
negatif. Ini bermakna gaya motivasi dan gaya mendalam dapat
meningkatkan pencapaian akademik.

• Daripada analisis di atas jelas bahawa aspek (..?) yang difokuskan


dalam kajian ini belum dikupas secara kritis oleh pengkaji lain.
Penelitian ini secara tidak langsung dapat melengkapkan dapatan
analisis dalam bidang (...?) atau memberi suatu penyelesaian
baharu dalam konteks berbeza. / NAMUN,...
ELAKKAN menulis sorotan
kajian…
• Menulis secara umum tanpa menyebut aspek kajian, teori
kajian, dapatan terpenting kajian.
• Tidak membanding kelebihan dan kelemahan kajian-kajian
oleh pengkaji lain. Gagal menyerlahkan kelebihan topik
kajian/kelebihan tidak begitu jelas.
• Apakah ‘kekuatan’ kajian pengkaji berbanding dengan kajian-
kajian oleh pengkaji lain?
• Topik sorotan tiada kaitan dengan aspek yang menjadi fokus
kajian.
• Pengulangan gaya bahasa/fakta yang sama, berulang-ulang,
hambar dan membosankan.
• Kebanyakan rujukan sudah terlalu lama. Penulis harus
mengutamakan rujukan baharu (5 tahun terkini) sebelum
mengambil rujukan lama.
OBJEKTIF
KAJIAN
Mentetapkan sesuatu sasaran kajian

1) Mengenal pasti….(umum)
2) Menghuraikan…...(separa khusus)
3) Membuktikan….…(khusus)

Kata kunci objektif kajian


o mengenal pasti
o mencari hubungan
o mengukur
o Membandingkan
o Membuktikan
o Membincangkan
o Menilai
o Menganalisis
o Menjana
o Mengklasfikasi
o Menjelaskan 18
JURNAL DENGAN 3 OBJEKTIF
Tajuk Jurnal:

Perbandingan Pantang Larang Dalam Majlis Perkahwinan


Suku Jakun Dengan Masyarakat Melayu Pahang

1. Mengenal pasti pantang larang dalam majlis


perkahwinan suku Jakun di Pahang.

2. Mengkaji jenis-jenis pantang larang dalam majlis


perkahwinan suku kaum Jakun di Pahang.

3. Membanding pantang larang dalam majlis


perkahwinan antara suku kaum Jakun dengan
amalan masyarakat Melayu Pahang. 19
JURNAL DENGAN 2 OBJEKTIF
Tajuk Jurnal:

Perbandingan Pantang Larang Dalam Majlis


Perkahwinan Suku Jakun Dengan Masyarakat
Melayu Pahang

1. Mengkaji jenis-jenis pantang larang dalam majlis


perkahwinan suku kaum Jakun di Pahang.

2. Membanding pantang larang dalam majlis


perkahwinan antara suku kaum Jakun dengan
amalan masyarakat Melayu Pahang.
20
JURNAL DENGAN 1
OBJEKTIF
t

Tajuk Jurnal:

Perbandingan Pantang Larang Dalam Majlis


Perkahwinan Suku Jakun Dengan Masyarakat
Melayu Pahang

1. Membanding pantang larang dalam majlis


perkahwinan antara suku kaum Jakun
dengan amalan masyarakat Melayu
Pahang.
21
ELAKKAN menulis OBJEKTIF...
• Memilih kata kunci yang hampir sama makna.
• Memilih kata kunci yang tidak boleh diukur spt
meramal, menggambar, merangsang,
merombak, mencadang, mengungkap, melukis,
meneka dll.
• Menulis lebih daripada 3 objektif. Objektif jurnal
harus menjurus kpd satu aspek sahaja tetapi
kupasan isinya mendalam.
ELAKKAN menulis OBJEKTIF...
• Objektif terlalu idealistik atau terlalu besar
yang sukar dicapai dan tidak relevan dengan
keupayaan ilmu dan intelektual pengkaji,
misalnya menjana teori baharu, membuat
perubahan dasar, mengubah sejarah,
merombak kurikulum dll.
• Objektif terbaik mampu dicapai dan sesuai
pula dengan bidang dan keilmuan pengkaji.
METODOLOGI
KAJIAN
METODOLOGI KAJIAN
• Menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan
seperti kajian eksperimen, tinjauan, kajian kes,
action research, kajian etnografi, kajian campuran
metod (mixed method), analisis dokumen atau
kajian kepustakaan.

• menerangkan batasan kajian, jumlah populasi,


persampelan, responden, lokasi kajian dan
justifikasi pemilihan kaedah dan sampel.

• Menjelaskan akronim atau kod-kod yang


digunapakai dalam artikel jurnal.
25
METODOLOGI KAJIAN
• Menyebut info lengkap teks kajian, tahun teks
diterbit, nama lengkap pengarang, ketebalan, versi
asal atau versi salinan, bahasa atau tulisan asal
jika teks terjemahan.

• Tidak terdapat sub topik. Perbincangan metodologi


jurnal tidak terperinci sebagaimana penulisan
metodologi dalam tesis/disertasi.

• Jumlah perenggan antara 1-3 perenggan sahaja.

26
ELAKKAN MENULIS
METODOLOGI
• Terlalu umum tanpa menyebut aspek kajian, teori
kajian, batasan kajian, teks kajian, sampel dan
kaedah kajian.
• Mereka-reka metodologi tanpa berpandukan
pendapat pakar atau sumber yang berautoriti
sehingga menimbulkan tanda tanya kepada
pembaca.
• Menyalinkan metodologi daripada artikel jurnal
penulis lain tanpa memperlihat kerelavanannya
dengan kajian penulis sendiri.
o Terlalu detail sehingga menyamai menyamai
penulisan metodologi dalam
tesis/disertasi/laporan ilmiah. Penulisan
metodologi dalam jurnal haruslah ringkas
tetapi padat dan tepat.
o Kaedah kajian tidak relevan, menyimpang
dan tidak menepati perbincangan dalam
Bahagian Dapatan Kajian. Kelemahan ini
membuktikan pengkaji ‘menyalin’ metodologi
dari artikel lain atau tidak teliti memilih
kaedah metodologi.
PERNYATAAN Cari kelompangan yang
MASALAH mewajarkan kajian.

SOROTAN LITERATUR Kewajaran kajian lepas


dengan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN Bilangan bebas, apa


yang ingin diselesaikan
dalam kajian.

METODOLOGI Cara kajian dilaksanakan

29
ABSTRAK Suatu huraian ringkas
yang mengandungi
maklumat terperinci
dan lengkap tentang
kajian
TAJUK Tajuk kajian

PENGENALAN Topik-topik berkaitan


dengan tajuk kajian

30

Anda mungkin juga menyukai