Anda di halaman 1dari 15

PENULISAN

SOROTAN
LITERATUR
Sorotan Literatur

■ Menulis sorotan literatur bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana penulisan sorotan
kajian memerlukan anda membahaskan kajian-kajian lepas bagi menjelaskan kedudukan
kajian anda dalam konteks semasa.

■ Anda perlu mengkritik kajian-kajian lepas untuk memberikan laluan kepada kajian anda
mengisi gap yang belum terjawab sepenuhnya oleh kajian-kajian tersebut.
■ Literature review bukan sekadar membuat ulasan secara satu persatu bahan kajian
ataupun terpisah antara literatur yang berkaitan. Misalnya;

Buku A menjelaskan tentang…,


Buku B menghuraikan tentang…,
Buku C menerangkan tentang….
TUJUAN SOROTAN LITERATUR

■ Memberikan asas teori untuk penyelidikan.


■ Memberi idea mengenai pemboleh ubah.
■ Membantu penyelidik memahami “nature” atau “contour” fokus
penyelidikan.
■ Menjelaskan tentang status kajian di luar sama ada telah banyak diterokai
atau belum.
Soalan membantu penyediaan sorotan
literatur
■ Apakah yang diketahui berkenaan fenomena yang menjadi fokus soalan kajian?
■ Apakah konsep dan teori yang relevan bagi fenomena?
■ Apakah metodologi penyelidikan yang digunakan bagi mengkaji fenomena?
■ Adakah terdapat isu yang menjadi kontroversi berkenaan fenomena?
■ Apakah isu yang diperdebatkan?
■ Apakah isu yang tidak mencapai kesepakatan?
■ Adakah terdapat ketidakkonsistenan dapatan kajian dalam artikel yang dirujuk? Apakah
yang tidak konsisten? Mengapa tidak konsisten?
■ Adakah terdapat lompong (gap) dalam bidang ilmu yang diselidiki? Adakah terdapat
soalan yang masih tidak terjawab tentang fenomena? Apakah soalan-soalan itu?
Penulisan sorotan literatur
Penulisan sorotan literatur yang baik merangkumi

■ Berkait dengan dan disusun di sekitar fenomena yang dikaji.


■ Mensintesiskan maklumat dan menyatakan apa yang diketahui dan tidak
diketahui berkenaan fenomena itu.
■ Mengenal pasti isu-isu kontroversi berkenaan fenomena.
■ Mengungkapkan persoalan yang memerlukan kajian lanjutan.
Terdapat lima (5) kaedah yang boleh digunakan untuk
membuat kaedah sorotan literatur (literature review)

■ Membanding dan membeza

■ Menganalisis

■ Menilai

■ Kesimpulan

■ Mensintesis
Membanding dan membeza

■ Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau
peristiwa

Digunakan apabila:
■ terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan
■ membuat keputusan atau pilihan

Langkah penggunaan:
■ perhatikan dan berikan tumpuan pada satu atau beberapa ciri kajian tindakan.
■ kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut
■ nyatakan ciri persamaan dan perbezaan
Menilai

■ Mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang


sah

Digunakan apabila:
■ ingin memilih sesuatu
■ menerima atau menolak sesuatu idea
Menganalisis

■ Menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud


yang tersirat

■ Digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali
prinsip-prinsip yang terlibat
Mensintesis

■ Menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan


gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak
Kesimpulan

■ Menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada satu hipotesis dan mengukuhkan
berdasarkan penyiasatan

■ Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong


kenyataan
Contoh
■ Kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak dan Rashidi (1997) adalah untuk menentukan
hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah
menengah rendah. Dalam kajian berkenaan, tiga gaya pembelajaran telah dikemukakan
iaitu gaya motivasi, gaya mendalam dan gaya permukaan dari Inventori Gaya
Pembelajaran Selmes (1987). Sampel kajian terdiri daripada 539 orang pelajar Tingkatan 4
di 20 buah sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya
motivasi mendalam mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian Sains dan
Matematik, sementara gaya permukaan mempunyai hubungan yang negatif. Ini bermakna
gaya motivasi dan gaya mendalam dapat meningkatkan pencapaian akademik. Di samping
itu, Asiah (1999) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian
akademik dan gaya pembelajaran di kalangan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah
Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Instrumen yang digunakan ialah Learning
Style Inventory Dunn, Dunn and Price (1985). Sampel kajian seramai 97 orang pelajar
Tingkatan 4 dari aliran teknik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada korelasi antara
pencapaian akademik dengan gaya pembelajaran pelajar.
■ Kajian yang dijalankan oleh Sadler-Smith (1996) menunjukkan terdapat perbezaan
dalam gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan
untuk melihat kesan jantina, umur dan program belajar dalam pendekatan pembelajaran.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Revised Approaches to Studying
Inventory (RASI). Hasil kajian ini mendapati pelajar lelaki mengamalkan gaya
mendalam berbanding pelajar perempuan yang lebih suka kepada gaya pembelajaran
permukaan. Selain itu, kajian tentang gaya pembelajaran dengan jantina juga telah
dijalankan oleh Watson (1997) terhadap 147 orang pelajar. Hasil kajian menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina. Pelajar lelaki dan
perempuan sama-sama cenderung kepada gaya pembelajaran konkrit dan juga
kombinasi gaya pembelajaran konkrit dan abstrak. Secara keseluruhan, kajian lepas
melaporkan bahawa tidak ada perbezaan gaya pembelajaran mengikut etnik dan jantina.
Pada masa yang sama, hubungan positif antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik juga tidak konsisten. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan
bahawa terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan motivasi, yakni gaya
pembelajaran mendalam mempunyai kaitan dengan motivasi dalaman.

Anda mungkin juga menyukai