Anda di halaman 1dari 37

Program Latihan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi


Jurulatih Utama Sains
(Training Programme on Higher Order
Thinking Skills for Science Coaches)

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri

(IBSE)
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri
(IBSE)
ISBE adalah berdasarkan pegangan bahawa pelajar
benar-benar memahami perkara-perkara yang
mereka pelajari dan bukan setakat menghafal isi
kandungan dan maklumat sahaja.
(Worth, Duque & Saltiel, 2009)

It is grounded in the belief that it is important to ensure that students truly understand what
they are learning, and not simply memorize content and information
(Worth, Duque & Saltiel, 2009)
Apakah Inkuiri?
Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat
masalah, membina hipotesis, mereka
bentuk eksperimen, mengumpul data dan
membuat kesimpulan untuk
menyelesaikan masalah
(Shulman, 1973)
5
Kajian Menunjukkan
• 42.4% daripada pelajar menyatakan bahawa guru-
guru sains menggunakan kaedah syarahan hampir
setiap masa di dalam kelas.
• Daripada 113 sekolah, peratus guru yang dikaji tidak
menggunakan teknik inovatif seperti debat (76%),
simulasi (55%) , permainan (55%), membina model
(48%), projek(47%), kajian lapangan(43%) adalah
agak tinggi.
• 89.29% guru sains menggunakan teknik pengajaran
yang tidak memberangsangkan pelajar dan hanya
melibatkan penyalinan nota.
Why “Inquiry” (1)?
(Ferko & Ferko, 2005)

Kefahaman dan kemampuan pelajar memperolehi


pengetahuan dan kemahiran berpunca dari inkuiri.
Why “Inquiry” (1)?
(Ferko & Ferko, 2005)
Inkuiri membantu pelajar
• memahami konsep-konsep saintifik dan tabii sains
• menghargai proses memperolehi pengetahuan
melalui sains
• mengembangkan/memupuk kemahiran menjadi
“independent inquirers”
Why “Inquiry” (1)?
(Ferko & Ferko, 2005)

Inkuiri merupakan asas kepada pendidikan sains.


Why “Inquiry” (1)?
(Ferko & Ferko, 2005)

Semua pelajar mampu belajar melalui inkuiri


• sains dipersembahkan dan dikendalikan dengan
pendekatan yang mengikut tahap perkembangan
kemampuan pelajar-pelajar.
Why “Inquiry” (2)?
(Çavas, Holbrook, Kask & Rannikmae, 2013)
Kelebihan pengajaran inkuiri terbukti dan menyumbang
kepada :
• Pengembangan kognitif pelajar (Hofstein, Navon, Kipnis &
Mamlok-Naaman, 2005; Wallace, Tsoi, Calkin & Darley,
2003)
• Pengembangan pemikir yang fleksible dan adaptif
• Menggalakkan pemikiran kreatif dan kesanggupan
menghadapi situasi-situasi berisiko
(Zion, 2007; Gürses, Açıkyıldız, Doğar & Sözbilir, 2007;
Trumbull, Bonney & Grudens-Schuck, 2005).
Why “Inquiry” (2)?
(Çavas, Holbrook, Kask & Rannikmae, 2013)

Inkuiri memenuhi keperluan domain afektif pelajar


– memupuk motivasi dan sikap positif terhadap
pembelajaran sains (Blumenfeld, Kempler, Krajcik,
2006; Chin & Kayalvizhi, 2005).
Inkuiri merupakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berpunca dari
(Worth, Duque & Saltiel, 2009)

kefahaman cara pelajar belajar


• Keinginan/keperluan pelajar-pelajar untuk memahami dunia di
sekitar mereka – melalui interaksi dan pengalaman, membentuk
corak dan perhubungan
• Membina kefahaman pelajar melalui refleksi pengalaman.
Inkuiri merupakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berpunca dari

(Worth, Duque & Saltiel, 2009)


Ciri-ciri inkuiri sains
o Teroka (Explore) – pelajar akan biasa (familiar)
dengan fenomena yang dipelajari
o Menyiasat (Investigate) – pelajar merancang dan
menjalankan penyiasatan
Inkuiri merupakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berpunca dari
(Worth, Duque & Saltiel, 2009)
Ciri-ciri inkuiri sains
o Membuat/Membina kesimpulan (Draw final
conclusions) – pelajar mensintesiskan apa yang
mereka telah pelajari dan dapat membentuk
kesimpulan.
o Berkomunikasi (Communicate) – pelajar dapat
berkongsi kefahaman mereka kepada orang lain.
Inkuiri merupakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berpunca dari
(Worth, Duque & Saltiel, 2009)
Isi kandungan
Setiap negara akan mempunyai rangka kerja dan sukatan
pelajaran umum yang merangkumi konsep-konsep penting
subjek. Walau bagaimanapun, kandungan secara terperinci
bergantung kepada konteks tempatan, kecenderungan atau
minat pelajar dan guru.
P & P Sains di Malaysia
(video)
Best ISBE Practices
(video)
PEMBELAJARAN SECARA INKUIRI DI
DALAM KURIKULUM SAINS MALAYSIA

Pembelajaran inkuiri melibatkan penggunaan kemahiran


proses sains, pengetahuan dan sikap saintifik untuk
melakukan penemuan, mempelajari sesuatu konsep,
menaakul dan menyelesaikan masalah.
PEMBELAJARAN SECARA INKUIRI DI DALAM
KURIKULUM SAINS MALAYSIA
• Pembelajaran secara inkuiri diperkenalkan sejak
1960an
• Mengikut kurikulum sains Malaysia, inkuiri
ditakrifkan sebagai proses mendapat tahu yang
melibatkan
 pertanyaan soalan
 mengkaji atau menyiasat sesuatu fenomena
dengan menggunakan deria dan
pemikiran kita
STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI
DALAM KURIKULUM SAINS

Pembelajaran berfikrah
(Thoughtful Learning)
Satu proses pemerolehan dan penguasaan
kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat
mengembangkan minda seseorang murid ke
tahap yang optimum
Pendekatan P & P Sains
Strategi p&p Dalam Kurikulum
Sains (2)
• Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran
berfikrah mesti yang dapat mencetuskan
pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan
lazim.
• Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan
kepada murid dan murid diminta menyelesaikan
masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka.
Strategi P & P Dalam Kurikulum Sains

Murid dilibatkan secara aktif dalam P & P yang


mengintegrasikan
• pemerolehan pengetahuan
• penguasaan kemahiran dan
• penerapan nilai murni dan sikap saintifik

26
Kesinambungan Inkuiri
Ia berfokuskan persoalan kuantiti maklumat
(cth., soalan berpandu, prosedur dan
jangkaan hasil) dan bimbingan yang harus
diberikan kepada pelajar oleh guru
(Bell, Smetana, and Binns 2005; Herron 1971; Schwab 1962)

27
TAHAP-TAHAP INKUIRI
Inkuiri Terbuka (Open Inquiry)
Peluang terbaik untuk bertindak seperti ahli sains – mengemukakan
soalan, merancang dan menjalankan penyiasatan dan membentang
hasilnya.
Paling memerlukan penaakulan saintifik dan tuntutan kognitif yang
tinggi
Harus dilaksanakan apabila pelajar2 telah menunjukkan kebolehan
merancang dan melaksanakan penyiasatan apabila ditujukan
persoalan. Pelajar2 juga harus mampu mencatat dan menganalisa
data lalu membuat kesimpulan berasaskan data/evidens yang
diperolehi.
TAHAP-TAHAP INKUIRI
Inkuiri Berpandu (Guided Inquiry)
Guru hanya memberikan pelajar soalan penyiasatan. Pelajar perlu
merancang penyiasatan, melaksanakan dan melaporkan serta
menjelaskan hasil dapatan mereka.

Inkuiri berpandu ini amat berkesan apabila pelajar-pelajar diberi


pelbagai peluang untuk belajar dan mencuba kaedah-kaedah yang
berbeza untuk menjalankan dan merekodkan data.

Pelajar-pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk


memastikan bahawa penyiasatan mereka bermakna.
(Banchi & Bell, 2008)
TAHAP-TAHAP INKUIRI
Inkuiri Berpandu (Guided Inquiry)

Berapa besarnya
TAHAP-TAHAP INKUIRI
Inkuiri Berstruktur (Strutured Inquiry)
Guru perlu memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk
penyiasatan. Akan tetapi, pelajar perlu melaporkan serta
menjelaskan hasil dapatan mereka.
TAHAP-TAHAP INKUIRI
Inkuiri Berstruktur (Strutured Inquiry)

Magnet menari
TAHAP-TAHAP INKUIRI
Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry)
Guru memberikan pelajar soalan dan prosedur untuk
penyiasatan, dan hasil yang perlu dicapai sudah diketahui.
Sesuai digunakan
• untuk mengukuhkan idea atau konsep yang telah dipelajari
• untuk memberi pengalaman menjalankan eksperimen
• sebagai latihan untuk memperolehi kemahiran inkuiri tertentu,
seperti merekod dan menganalisi data
Pelajar perlu mengikut arahan dan prosedur eksperimen.
Merupakan penyiasatan inkuiri bertahap rendah tetapi dapat
membantu pelajar meningkatkan kemahiran secara beransur ke
tahap inkuiri terbuka.
TAHAP-TAHAP INKUIRI
Inkuiri Pengesahan (Confirmation Inquiry)

Air dan Minyak


Tahap-tahap inkuiri dan maklumat yang diberikan kepada pelajar.
Tahap Inkuiri Soalan Prosedur Penyelesaian

Inkuiri pengesahan – pelajar mengesahkan


1 suatu prinsip atau hukum sains , di mana
hasil akhirnya sudah diketahui.
Inkuiri berstruktur – Pelajar menyiasat
persoalan yang telah dikemukakan oleh guru
2
berdasarkan prosedur-prosedur yang
ditetapkan.
Inkuiri berpandu – Pelajar menjalankan
penyiasatan berdasarkan persoalan yang
3
diberi oleh guru tetapi perancangan dan
prosedur ditentukan oleh pelajar.
Inkuiri terbuka – Pelajar mengemukakan
4 persoalan dan menentukan cara (Banchi and Bell, 2008)
penyiasatan harus dijalankan.
Harapan kita

Menghasilkan murid yang mandiri dalam abad


ke 21
Terima Kasih

37

Anda mungkin juga menyukai