Anda di halaman 1dari 6

Model pengajaran dibina oleh pakar-pakar pendidikan untuk member panduan

kepada guru tentang langkah-langkah mengajar supaya membolehkan mereka

merancang serta melaksanakan proses pengajaran.

Beri penerangan secara komprehensif, apakah yang anda faham tentang

Model Inkuiri?

Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat

fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, Pelajar menerangkan objek

ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen bagi menjawab soalan, dan

berkomunikasi penemuan ataupun penyelesaian. Manakala, Inkuiri Saintifik pula

merujuk pada pelbagai cara yang digunakan oleh ahli sains bagi mengkaji

alam semula jadi dan mencadangkan penjelasan berasaskan bukti hasil

daripada daya usaha mereka. Inkuiri memerlukan semakan andaian,

penggunaan pemikiran kritikal dan logikal dan pertimbangan penjelasan

alternative (National Research Counil 1996,23).

Proses inkuiri ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan ahli-ahli

sains untuk membuat penemuan yang melihat sains sebagai binaan teori dan

idea berasaskan alam fizikal. Inkuiri adalah proses yang kompleks, anjal dan

tidak terikat kepada langkah-langkah yang dipanggil kaedah saintifik (AAAS

1993). Mengikut Deboer (1991), jika beliau disuruh memilih satu perkataan bagi

menerangkan maklumat pengajaran sains dalam tempoh 30 tahun yang

bermula lewat tahun 1950-an, maka perkataan itu adalah ‘inkuiri’. Inkuiri

adalah teras kepada usaha sains.


Inkuiri dapat juga ditakrifkan seperti berikut:

a) Inkuiri ialah satu proses mencari dan menyiasat masalah, membina

hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat

kesimpulan bagi menyelesaikan masalah.


b) Inkuiri didefinisi sebagai proses mencari kebenaran, maklumat ataupun

pengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan

pengumpulan maklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan,

rasa dan bau (Whet School & Dismey Learning Partnership 2000).
c) Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai satu perkara

dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan

pemerhatian dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah

dan membina teori. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen,

refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang

digunakan (Herank 2000).

Selain daripada itu, Pemikiran dan proses saintifik yang terdapat

dalam inkuiri saintifik dapat diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sains.

Contohnya, pelajar yang mendapat cacing tanah semasa membantu

ibunya menyiram pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Guru

dapat merangka aktiviti bagi mendedahkan pelajar kepada fungsi dan

peranan cacing tanah dalam menyuburkan tanah bagi tanaman. Aktiviti

bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah seperti

cara bergerak, mengesan habitat, pemakanan, bentuk dan rasa kepada

sentuhan dan bunyi.

Inkuiri saintifik berlaku apabila :


1) Pengalaman pembelajaran memberi masa kepada pelajar membina

kefahaman berkaitan sains melalui integrasi konsep dan proses


dalam konteks yang menggalakkan penerokaan, perdebatan dan

perbincangan.
2) Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada pelajar bagi

membina, mengguna dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu,

keterbukaan dan keraguan.


3) Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan

ataupun penerokaan dicerminkan dalam amalan.

Modul inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan

jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang

dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan

bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian

siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.

Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga

model iaitu;

● model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan

ciri-ciri unsur sains. Proses penyelesaian masalah bagi model ini iaitu

mengenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, menilai dan

membuat rumusan.

● model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang

berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian

adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik.

● model inkuiri juris prudential yang digunakan untuk mencari kebenaran dan

ketetapan isu-isu seperti belajar Sains dan Sastera. Proses inkuiri ini adalah

berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.


● model inkuiri suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskan

andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk

menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran

dalam mata pelajaran sekolah, khasnya mata pelajaran sains.

Langkah-langkah Model Inkuiri Suchman :

a) Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan.


b) Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang

dikemukakan.
c) Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data

yang berkaitan.
d) Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan

membentuk teori yang berkaitan.


e) Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau

syarat yang berkaitan dengan teori yang telah dibentuk.


f) Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses inkuiri

yang dijalankan dengan tujuan mambaiki kelemahan penyelesaian yang

telah didapati dahulu.

Implikasi Model Inkuiri Suchman Dalam Proses Pengajaran

1. Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan

menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.


2. Merancangkan langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip

ataupun teori dengan jelas dan terperinci.


3. Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong

daripada objektif pelajaran.


4. Menggalakkan pelajar melibatkan diri sacara aktif dalam proses inkuiri

dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.


5. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau

penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik

inkuiri iaitu :

‘Inkuiri terbimbing’

Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala

proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah

rendah dan menengah. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan

menggunakan pendekatan inkuiri terbimbing, pelajar dituntut untuk menemukan

konsep melalui petunjuk-petunjuk seperlunya dari seorang guru.

‘Inkuiri terbuka’

Inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian

dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, inkuiri tersebut sesuai dilaksanakan

pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

Selain itu, pembelajaran inkuiri juga merupakan kegiatan pembelajaran

yang melibatkan secara maksimum seluruh kemampuan pelajar untuk mencari

dan menyiasat sesuatu (benda, manusia atau peristiwa ) secara sistematik, kritis,

logik, analitis, sehingga mereka dapat merumuskan sendiri penemuannya

dengan penuh percaya diri.


Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan

maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang

pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai