Anda di halaman 1dari 32

SOALAN 1 Tajuk : Tuliskan huraian untuk menerangkan bagaimana guru dapat membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan

ingin tahu mereka mempelajari sains. Pendahuluan. Untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka mempelajari sains ialah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru sains perlu mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi di tanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka.Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui beberapa pendekatan seperti inkuiri penemuan, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat,

pembelajarn konstekstual dan pembelajaran masteri. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains. 1.Pendekatan inkuiri penemuan. Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat
1

sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsepsains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini. Namun demikian perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing. 2. Konstruktivisme. Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka. Antara unsur penting dalam dalam konstruktivisme adalah seperti berikut: Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. Pembelajaran bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi. 3. Pembelajaran konstekstual. Pembelajaran konstektual ialah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatan konstektual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan. Dalam pembelajaran

konstekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan.dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. 4. Pembelajaran masteri. Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang
2

kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Pendekatan sains, teknologi dan masyarakat. Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka.Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekan seperti pembelajaran kontekstual dan pendekatan sains, teknologi dan maasyarakat ( STM ). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM

diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat. Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah disebutkan diatas boleh dilaksanakan oleh guru melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, penggunaan sumber luar bilik darjah,kajian masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu di nyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun guru boleh mengubah suaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber prasarana yang ada. Untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka untuk mempelajari sains, guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini adalah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan Penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
3

Antara kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka untuk mempelajari sains ialah: Ekseperimen Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data

7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti. Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi

penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini. Kajian masa depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1. Kenal pasti dan faham masalah 2. Jelaskan masalah 3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian Sebagai rumusan sains bagi kanak-kanak adalah mencari penjelasan bagi memahami alam sekeliling. Pada peringkat awal kanak-kanak, sains diintegrasikan
6

dalam kurikulum. Aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan berbentuk hands-on, dirangka bagi meningkatkan kekaguman kanak-kanak ke atas fenomena yang diperhatikan. Kurikulum berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan persekitaran, merangsang kanak-kanak meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman, membantu mereka memperkembangkan kemahiran berbincang, berkomunikasi dan merekodkan pembelajaran; memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun pemerhatian, membantu kanak-kanak menghargai dan gembira menggunakan deria bagi meneroka dan mendiskriminasikan serta menggalakkan mereka memperkembangkan kebolehan mencari jawapan dengan melakukan eksperimeneksperimen yang mudah. Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat dan sikap yang positif dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka dalam pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Pada peringkat awal kanak-kanak, aktiviti-aktiviti yang bercorak hands-on, aktif, autentik dan yang dimulakan sendiri oleh kanak-kanak adalah penting. Kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan, sentuhan, bau, rasa, pendengaran dan manipulasi bahan-bahan. Menyediakan bahan-bahan yang selamat serta mudah diakses untuk kanakkanak menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting ke arah penerokaan sains yang berkesan. Satu cara lagi meneroka konsep-konsep sains adalah melalui buku-buku yang menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep cuaca, haiwan, air dan sebagainya. Aktiviti penyiasatan sains juga membantu kanakkanak membina kosa kata, kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan literasi.

SOALAN 2 Tajuk : Beri difinisi dan terangkan maksud konstruktivisme dan ciri-cirinya didalam kelas mata pelajaran sains

Pengenalan

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedahkaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti

pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran. Rajah 1.1 menunjukkan beberapa ringkasan perbandingan mengenai model dan strategi pengajaran pembelajaran ( Arends, R.I., 1997). Merujuk kepada penjelasan di atas, salah satu teori pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ialah teori pembelajaran Konstruktivisme. Pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasi pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap tugasan pembelajaran tersebut (Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D., 1998). Konstruktivisme

Teori behaviorisme tidak mementingkan struktur mental pemikiran pelajar. Sebaliknya tindakan dan pola perlakuan pelajar diberi penekanan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001 ). Satu lagi teori yang menekankan kepada struktur mental ialah teori kognitivisme ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001 ). Teori ini telah dipelopori oleh Piaget ( 1954 ) dalam Quaintance ( 2005 ). Konsep penting dalam teori kognitivisme ialah skema, asimilasi, akomodasi, keseimbangan kognitif ( Quaintance, 2001 ). Konstruktivisme timbul daripada anjakan paradigma teori behaviorisme kepada teori kognitivism ( Gagnon dan Collay, 2001 ). Daripada teori kogtivisme ini lahirlah konstruktivisme ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001 ). Rajah 2.1 menunjukkan perkaitan antara teori behaviorisme, teori kognitivisme dan konstruktivisme.

Konstruktivisme merupakan teori yang menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda pelajar tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar ( Poh Swee Hiang, 1997 ).

Takrifan Konstruktivisme Takrifan konstruktivisme berbeza-beza mengikut pegangan aliran pemikiran dan falsafah sarjana pendidikan. Diantaranya konstruktivisme personel atau kendiri ( Osborne dan Wittrock,1985 dalam Embong Omar, 2004 ), konstruktivisme sosial ( Vygotsky, 1978 dalam Quaintance, 2005 ) dan konstruktivisme radikal ( Von Glasersfeld, 1995 ) Antara takrifan konstruktivisme dalam pendidikan adalah pengetahuan individu dibentuk melalui interaksi sosial ( Vygotsky, 1978 dalam Quaintance, 2005 ). Beliau juga menyatakan melalui interaksi sosial pemikiran individu akan bertambah bersama dengan pengetahuan sedia adanya dan membentuk pengetahuan baru. Brooks & Brooks ( 1993 ) pula mentakrifkan konstruktivisme sebagai teori tentang pengetahuan dan pembelajaran bukan merupakan teori pengajaran. Beliau juga menyatakan bahawa teori ini menganggap pengetahuan bersifat sementara, berkembang dan dipengaruhi oleh konteks sosial dan budaya. Manakala Von Glasersfeld ( 1995 ) mentakrifkan konstruktivisme sebagai pengetahuan, walaupun ditakrifkan dengan pelbagai cara ia tetap berada dalam minda seseorang. Menurut beliau lagi, individu yang berfikir tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk membina pengetahuan berdasarkan apa-apa yang telah diketahui melalui pengalamannya sendiri. Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) dalam Kementerian Pelajaran Malaysia pula mentakrifkan konstruktivisme tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Beliau menyatakan bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang
10

individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Manakala Jenkins ( 2000 ) mentakrifkan konstruktivisme sebagai kefahaman pelajar akan berkembang melalui penglibatan aktif. Daripada takrifan konstruktivisme yang telah dinyatakan, penyelidik dapat membahagikannya kepada dua kategori falsafah konstruktivisme iaitu konstruktivisme sosial dan konstruktivisme radikal. Cendiakiawan seperti Vygotsky ( 1978 ), Brooks & Brooks ( 1993 ) dan Jenkins ( 2000 ) dikategorikan sebagai mengamalkan falsafah konstruktivisme sosial. Von Glasersfeld ( 1995 ) dan Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) pula dikategorikan mengamalkan falsafah konstruktivisme radikal. Namun begitu, satu ciri umum dalam takrifan konstruktivisme adalah berkaitan dengan penglibatan aktif pelajar dalam membina kefahaman ( Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Menurut mereka lagi, konstruktivisme sosial yang merangkumi teori-teori pembelajaran dan pedagogi dikatakan mempunyai impak besar pada pengajaran dan reka bentuk kurikulum. Pendapat ini disokong oleh Boddy, Watson & Aubusson (2003 ) yang menyatakan konstruktivisme sosial dapat membantu individu atau pelajar menjadi lebih aktif serta dapat berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi.

11

Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme Mengikut pendekatan pengajaran konstruktivisme, pelajar tidak boleh menjadi pasif dalam menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru ( Fosnot, 1996 ). Menurut beliau juga, guru pula harus menjadi penyampai ataupun penyalur ilmu dan menguruskan kelas. Brooks & Brooks ( 1993 ) menggariskan lima prinsip penting dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme. Pertama, pengajaran seharusnya bermula dengan memberi masalah yang relevan kepada pelajar. Masalah yang diberikan seharusnya menarik dan mencabar minda pelajar. Kedua, aktiviti dan masalah seharusnya berteraskan konsep-konsep sains yang perlu dipelajari. Dengan cara ini pelajar lebih memahami konsep melalui konteks masalah yang ingin diselesaikan. Ketiga, guru-guru juga perlu menyediakan peluang kepada pelajar serta mengemukakan pandangan dan idea mereka berkaitan aktiviti yang dibuat. Keempat, selepas mencungkil idea awal pelajar, guru perlu menyesuaikan pengajaran dengan pemikir pelajar. Kelima, guru-guru juga digalakkan membina soalan-soalan yang mencabar bagi menguji pemikiran pelajar pada aras kognitif yang tinggi. Teknik penyoalan ini akan merangsang pembelajaran dan memastikan pembelajaran bermakna berlaku. Sehubung dengan itu, pendekatan pengajaran sains yang sesuai dengan perspektif konstruktivisme ini perlu melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti penyiasatan hands-on dan minds-on ( Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Menurut mereka juga, aktiviti yang sesuai adalah melalui aktiviti inkuiri yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian kepada masalah.

12

Ciri Ciri Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya ( Driver, Asoko, Leach, Mortimer & Scoot, 1994 ). Menurut mereka lagi, makna yang dibina itu bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu, bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guruguru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. oleh itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari ( Bodner, 1986 dalam Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Berikut adalah beberapa ciri-ciri pembelajaran yang terdapat dalam satu modul yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Diantaranya :

Ciri Pertama Guru menggalakan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon pelajar mereka.

13

Ciri Kedua Guru perlu menggalakan pelajar supaya berdialog dengan sesama mereka mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari. Ciri Ketiga Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran. Ciri ini bermaksud dalam pendekatan konstruktivisme, proses pengajaran dan pembelajaran itu senndiri amat penting kepada pelajar kerana pada waktu inilah pelajar akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka berfikir secara kreatif dan kritis. Ciri Keempat Pendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperati ( kumpulan). Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran koperatif tidak mempunyai perbezaan ketara. Mnurut Noor Shah Saad ( 2002 ),dalam pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekejsama dalam kumpulan kecil dan
14

menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Ciri Kelima Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha pelajar mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar tidak menepati kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari. Ciri Keenam Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu

mendedahkan pelajar mereka dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud. Ciri Ketujuh Guru boleh menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen. Menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ), kaedah eksperimen adalah salah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar.

Ciri Kelapan

15

Guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Ciri ini adalah penting bagi seorang guru supaya mereka tahu setakat mana kebolehan pelajar mereka mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang diajar. Maklumat ini penting untuk guru kerana menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ), konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Ciri Kesembilan Guru perlu mengambl kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar. Atan long ( 1980 ) dalam Nor Kamilah Khalil ( 2005 ) berpendapat pengalaman adalah kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkah laku. Ketiga-tiga saling berkaitan kerana guru perlu memastikan kesemuanya dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum.

Manakala dalam satu modul lagi yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ) menyenaraikan 12 ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar, fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran, guru bertindak fasilitator, menyokong pembelajaran koperatif atau pembelajaran

berkumpulan, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar,

16

mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar dan menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Kesimpulan Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

17

SOALAN 3 Tajuk : pilih satu tajuk dari Kurikulum Sains Sekolah Rendah, dan dari tajuk tersebut bentukkan satu hasil pembelajaran. Berdasarkan kepada hasil pembelajaran tersebut : a) Buat cadangan bagaimanakah cara kamu ingin mengajar tajuk tersebut dengan menggunakan kaedah penemuan dari sudut

pandangan Bruner. CONTOH RANCANGAN MENGAJAR Tema Tajuk Sub Topik Tempoh Tahun : Menyiasat Alam Bahan : Sifat-sifat Bahan : Sifat Bahan : 60 Minit :4

Objektif pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan. Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat Pendekatan/Kaedah Mengenalpasti bahan konduktor dan bahan penebat

: Inkuiri penemuan/ Mengeksperimen

18

FASA ( MASA ) Set Induksi ( 5 Minit )

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI

PENGAJARAN CATATAN

DAN PEMBELAJARAN Mengapa terdapat Jenis aktiviti : Bercerita Kemahiran :

jenis bahan dalam 1.Guru menceritakan tentang saintifik satu alat eletrik. pengalaman terkena kejutan komunikasi eletrik yang kecil. Nilai murni :

2.Bersoal jawab pengalaman Berhati-hati sedia ada murid. Pencetusan idea ( 10 minit ) Mengenalpasti 1.Guru mengedarkan Kemahiran :

bahan konduktor dan pelbagai jenis objek kepada saintifik bahan eletrik. penebat murid, seperti paku,kertas, meramal, buku, pensil, kayu, pembaris mengelas plastik, karbon pensil, duit Nilai murni : syiling 10 sen, sudu plastik, Kerjasama, getah pemadam dan rod Berani kaca. 2.Murid mengelaskan bahan kepada kondoktor eletrik. dua dan kumpulan penebat

Penstrukturan Mengeksperimen semula idea bahan yang diberi

1.Murid lengkap.

membina

litar Kemahiran Saintifik :

19

( 25 minit )

melalui litar eletrik

2.Murid

menyambungkan Mengeksperimen

objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap. 3.Murid pemerhatian Nilai murni : membuat Bekerjasama tentang Jujur

nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung

dalam litar lengkap. 4.Murid merekodkan hasil

pemerhatian dalam borang yang diberi.

Aplikasi idea (15 minit )

-bahan konduktor ( pengalir eletrik ) -bahan penebat ( bukan

1.Guru kumpulan

meminta

setiap murid hasil

membentangkan

pengalir keputusan eksperimen. 2.Setiap kumpulan murid

eletrik )

memberikan berdasarkan

kesimpulan hasil

eksperimen masing-masing. 3.Guru mengukuhkan hasil dan memberi eletrik takrifan dan

konduktor

20

penebat eletrik. Refleksi ( 5 minit ) Senarai konduktor penebat bahan 1.Murid dan minda. i)Bahan konduktor ii)Bahan penebat 2.Lampiran kerja disediakan membuat peta

Pembelajaran Penemuan Bruner. Bruner merupakan pendukung utama bagi pembelajaran penemuan. Menurut Bruner pelajar bukan pendengar yang pasif sahaja, tetapi dapat belajar dengan baiknya sekiranya mindanya bertindak ke atas apa yang dipelajarinya, tindakan mental ini boleh berlaku melalui mendengar,membaca, bercakap, melihat, membuat dan berfikir oleh itu jelaslah di sini bahawa pada peringkat orientasi hinggalah peringkat refleksi telah menunjukkan berlakunya pembelajaran secara induktif iaitu pembelajaran bermula dengan pengalaman pelajar yang spesifik dan seterusnya membentuk idea atau konsep yang umum. Burner juga menganjurkan supaya pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan dengan cara kanak-kanak diberi peluang untuk menemui sesuatu konsep dengan diri mereka sendiri sebagaimana dalam tajuk sifat-sifat bahan ini. Untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tajuk ini guru telah menyediakan suasana dan kemudahan seperti menyediakan alatan dan bahan kepada murid. Dalam

21

pembelajaran penemuan ini guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja danmemberikan bantuan sekiranya diperlukan sahaja. Contohnya murid-murid dibekalkan dengan bahan-bahan konduktor dan bahan-bahan penebat seperti paku,kertas, pensil kayu, pembaris plastik, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam, dan rod kaca. Murid-murid menjalankan tugasan secara berkumpulan menjalankan eksperimen dengan menyambungkan objek yang telah dibekalkan oleh guru dalam satu litar lengkap. Murid-murid kemudiannya membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang di sambungkan dalam litar lengkap. Di akhir proses pengajarn dan pembelajaran murid-murid dapat membuat generalisasi bahawa bahan yang boleh menyalakan mentol ialah bahan kondoktor manakala bahan yang tidak boleh menyalakan mentol ialah bahan penebat. Melalui pembelajaran penemuan Bruner murid akan mendapat beberapa faedah iaitu akan berlaku peningkatan keupayaan intelek murid. Ini adalah kerana melalui pembelajaran penemuan murid belajar cara untuk belajar contohnya dalam tajuk ini murid menjalankan penyiasatan secara kendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru, guru hanya bertindak sebagai mentor sahaja. Cara ini membantu murid belajar cara menyelesaikan masalah, ini membolehkannya menyusun dan menggunakan apa yang telah dipelajarinya dalam situasi baru dan seterusnya mempelajari konsep baru. Melalui pembelajaran penemuan murid akan mendapat ganjaran intrinsik iaitu apabila mereka telah menemui sesuatu hasil daripada pembelajaran mereka tersebut. Melalui pembelajaran penemuan juga murid boleh mempelajari heuristik penemuan iaitu kaedah seseorang dilatih untuk mencari sesuatu untuk dirinya sendiri. Ini boleh

22

dilihat pada peringkat penstrukturan semula idea dimana murid-murid menjalankan penyiasatan dengan menyambungkan bahan-bahan yang telah dibekalkan oleh guru untuk menentukan bahan konduktor dan bahan penebat. Akhir sekali melalui pembelajaran penemuan ianya dapat membantu proses mengingat, dimana pengetahuan diperolehi melalui penemuan lebih mudah untuk diingati dan akan menjadi ingatan jangka panjang.

23

SOALAN 3 Tajuk : pilih satu tajuk dari Kurikulum Sains Sekolah Rendah, dan dari tajuk tersebut bentukkan satu hasil pembelajaran. Berdasarkan kepada hasil pembelajaran tersebut : b) Buat cadangan bagaimanakah cara kamu ingin mengajar tajuk tersebut dengan menggunakan kaedah exposition dari sudut

pandangan Ausubel. CONTOH RANCANGAN MENGAJAR Tema Tajuk Sub Topik Tempoh Tahun : Menyiasat Alam Bahan : Sifat-sifat Bahan : Sifat Bahan : 60 Minit :4

Objektif pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan. Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat Pendekatan/Kaedah Mengenalpasti bahan konduktor dan bahan penebat

: Pendedahan

24

FASA ( MASA ) Set Induksi ( 5 Minit )

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI

PENGAJARAN CATATAN

DAN PEMBELAJARAN Mengapa terdapat Guru bersoal jawab : Kemahiran :

jenis bahan dalam 1.Nyatakan beberapa jenis saintifik satu alat eletrik. peralatan eletrik yang ada komunikasi dirumah kamu ? Nilai murni :

2.Bagaimanakah cara kamu Berhati-hati menghidup dan mematikan peralatan eletrik tersebut ? 3.Berpandukan guru apa buku teks

menjelaskan yang mereka

tentang akan itu

pelajari

pada

hari

berkaitan dengan 2 istilah iaitu konduktor dan penebat.

Pencetusan idea ( 10 minit )

Mengenalpasti

Guru bersoal jawab :

Kemahiran :

bahan konduktor dan 1.Kenapa bahan eletrik.

sesetengah saintifik

penebat bahagian peralatan dibuat meramal, menggunakan manakala bahagian logam ? plastik mengelas sesetengah Nilai murni : diperbuat dari Kerjasama, Berani

25

2.Guru menjelaskan maksud bahan penebat dan bahan konduktor. 3.Guru beberapa penebat konduktor. 4.Murid penerangan teliti. mendengar guru dengan memberikan contoh dan bahan bahan

Penstrukturan Mengeksperimen semula idea ( 25 minit ) bahan yang diberi

1.Guru lengkap.

membina

litar Kemahiran Saintifik :

melalui litar eletrik

2.Untuk menguji contoh yang Mengeksperimen diberikan guru menjalankan demonstrasi, Nilai murni :

menyambungkan objek yang Bekerjasama diberi dalam satu litar yang Jujur lengkap, iaitu paku,kertas, buku, pensil, kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik,

26

getah pemadam dan rod kaca.

3.Murid pemerhatian

membuat tentang

nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung

dalam litar lengkap. 4.Murid merekodkan hasil

pemerhatian dalam borang yang diberi.

Aplikasi idea (15 minit )

-bahan konduktor ( pengalir eletrik ) -bahan penebat ( bukan

1.Guru kumpulan

meminta

setiap murid hasil

membentangkan

pengalir keputusan eksperimen. 2.Setiap kumpulan murid

eletrik )

memberikan berdasarkan

kesimpulan hasil

eksperimen masing-masing. 3.Guru mengukuhkan hasil dan memberi eletrik takrifan dan

konduktor

27

penebat eletrik. Refleksi ( 5 minit ) Senarai konduktor penebat bahan 1.Murid menjawab soalan

dan kuiz mengelas bahan iaitu : i)Bahan konduktor ii)Bahan penebat

Kaedah exposition dari sudut pandangan Ausubel. Kaedah pengajaran secara exposition ataupun pendedahan telah dipopularkan oleh David P.Ausubel, seorang ahli psikologi pendidikan. Ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku mereka. Dalam tajuk sifat-sifat bahan ini pada peringkat set induksi guru memberi nama topik kemahiran ,konsep atau prinsip yang akan diajarkan diikuti dengan huraian atau perbincangan dengan murid-murid tentang konsep, kemahiran atau prinsip yang telah dipelajari dahulu supaya murid-murid dapat mengaitkannya dengan pelajaran baru iaitu memahami dan

28

dikenali juga sebagai pengelola awal. Pengelola awal ialah maklumat pengenalan yang relevan tentang isi kandungan yang akan disampaikan dalam pelajaran. Pengelola awal yang boleh digunakan dalam tajuk ini ialah pengelola awal jenis pendedahan iaitu sebelum memulakan pengajaran guru menyatakan bahawa pelajaran pada hari itu ada kaitan dengan dua istilah iaitu bahan konduktor dan bahan penebat. Dengan maklumat ringkas ini sebagai permulaan murid-murid telah diberitahu bahawa kegiatan yang akan dilakukan adalah berkaitan dengan dua istilah. Mereka juga diberitahu bahawa kedua-dua istilah ini akan membantu mereka untuk melengkapkan kegiatan ini. Pengelola ini memberitahu murid-murid tentang apa yang perlu dipelajari dan mengapa. Pada peringkat pencetusan idea mula menerangkan maksud bahan konduktor dan bahan penebat beserta dengan contohnya sekali. Contohnya bahan konduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan arus eletrik kebanyakan bahan konduktor diperbuat dari logam contohnya pisau boleh mengalirkan arus eletrik. Manakala bahan penebat ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus eletrik biasanya bahan penebat adalah berasaskan getah, kayu, kaca dan plastik contohnya pemadam tidak boleh mengalirkan arus eletrik. Jika sesuatu konsep baru di ajarkan, konsep itu harus di takrifkan dalam perkataan yang sesuai dengan peringkat kemahiran bahasa muridmurid yang sedia ada. Selpas memahami konsep bahan penebat dan bahan konduktor yang telah diterangkan oleh guru, seterusnya dalam peringkat penstrukturan semula idea guru telah menjalankan demonstrasi langkah-langkah untuk menentukan bahan konduktor

29

dan bahan penebat. Dalam proses demonstrasi guru telah menggunakan pelbagai jenis bahan untuk diuji supaya membantu murid memahami konsep bahan konduktor dan bahan penebat dengan lebih mendalam lagi. Dalam peringkat ini juga guru boleh menyuruh murid mengemukakn contoh mereka sendiri yang dapat mewakili kemahiran dan konsep yang telah mereka pelajari. Dalam peringkat aplikasi idea murid-murid di suruh menggunakan kemahiran, konsep atau prinsip yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah, contohnya murid membuat kesimpulan tentang bahan konduktor dan bahan penebat setelah membuat pemerhatian keatas demonstrasi yang di tunjukkan oleh guru. Akhir sekali refleksi digunakan untuk menilai pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran, konsep atau prinsip yang telah mereka pelajari, contohnya murid menjawab soalan kuiz yang berkaitan bahan penebat dan bahan konduktor yang dikemukakan oleh guru.

30

SOALAN 4 Tajuk : Tuliskan satu jurnal refleksi lebih kurang 100 patah perkataan menerangkan pengalaman anda dalam menyiapkan tugasan kerja kursus projek ini.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana saya dapat menyelesaikan kerja kursus berasaskan ilmu ini. Amalan reflektif adalah penting untuk meningkatkan

profesionalisme guru. Guru-guru boleh menggunakan amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran teori untuk menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran pelajar, dan membaik pulih dan mengubah suai rancangan, kaedah, dan pengajaran ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sesungguhnya, banyak perkara saya belajar semasa menyelesaikan tugas ini. Pada mulanya saya sangat takut memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan tugas ini. Pertama kerana saya tidak tahu dari mana saya harus memulakan tugas ini. Namun saya tidak berputus asa. Saya cuba untuk mengatasi masalah ini dengan meminta pandangan pensyarah saya iaitu Pn.Razimah Binti

Mohamed bagaimana untuk melakukan tugas ini. Di samping itu, saya juga banyak bertanya kepada rakan-rakan yang lain. Di samping berbincang dengan pensyarah dan rakan-rakan, saya juga menggunakan internet untuk mencari maklumat yang berkaitan. Untuk menyelesaikan tugas ini, saya juga telah menjalankan pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran koperatif saya boleh meningkatkan kerjasama antara kami semua sebagai pelajar. Sebagai contoh, kami selalu berkomunikasi dan bercakap tentang tugasan dalam laman Facebook. Pembelajaran koperatif juga telah membawa banyak kesan positif kepada kita semua, yang boleh meningkatkan

31

keyakinan diri, saling hormat menghormati antara satu sama lain dan sentiasa bekerjasama sebagai satu kumpulan belajar. Selain itu untuk melaksanakan tugas ini saya perlu perlu mencari banyak bahan dan maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Selepas berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini, saya mendapati bahawa ianya memberi kesan yang sangat baik dan berguna kepada saya. Harapan saya, selepas ini saya berazam untuk belajar dengan bersungguhsungguh dan saya terus memperbaiki kelemahan saya.

32

Anda mungkin juga menyukai