Anda di halaman 1dari 9

EDUP2033 – PEDAGOGI

Tugasan 1: Mengumpul maklumat mengenai teori pembelajaran Behavioris,


Kognitif, Konstruktivis, Sosial dan Humanistik. Tuliskan satu laporan ulasan
yang kritis mengenai kerelevanan aplikasi teori-teori tersebut dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Teori Behavioris

Teori Behavioris mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini adalah kerana


tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu
perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua
prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip
pelaziman operan. Berdasarkan teori ini, pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dengan ganjaran atau peneguhan positif dan denda sebagai peneguhan negative
untuk menggerakkan murid-murid.

Dengan mengaplikasikan Teori Behavioris dalam proses pdp, guru-guru perlu


menilai tahap kesediaan murid-murid sebelum melaksanakan sesuatu pengajaran
iaitu pembahagian dan pengajaran sukatan pelajaran harus tersusun mengikut
kesediaan murid. Guru-guru juga patut memastikan bahawa murid-murid bersedia
sebelum mengajar sesuatu konsep yang baharu. Berdasarkan teori ini, guru-guru
merangsangkan murid-murid dengan pelbagai cara untuk mencapai objektif
pengajaran. Gerak balas murid-murid juga diperkukuhkan melalui latihan dan ulangan.
Guru-guru sepatutnya memotivasikan murid-murid dengan peneguhan dan denda.
Tingkah laku positif murid perlu dikukuhkan dengan ganjaran manakala tingkah laku
yang negatif disingkirkan melalui denda dan peneguhan negatif. Maklum balas
daripada guru-guru diberikan sebaik sahaja tindakan yang diingini dilakukan.

Teori Konstruktivis

Teori Konstruktivis adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan


kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil
pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di
bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk
mendapatkan jawapan. Murid diberi peluang meneroka sepuas-puasnya dan
mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Teori ini menekankan kepada

1
EDUP2033 – PEDAGOGI

penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina


pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Menurut Teori Konstruktivis, guru-guru perlu menggunakan strategi


pengajaran memusatkan murid seperti kaedah inkuiri penemuan dengan
mengelolakan teknik kajian dan eksperimen. Guru-guru juga harus menggalakkan
pembelajaran koperatif. Murid-murid perlu melibatkan diri sepenuhnya secara praktikal
(hands-on) dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid sendiri akan mencari
hubungan dan saling kait di antara soalan dan jawapan semasa menyelesaikan
masalah. Guru-guru juga bertindak sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pdp.

Teori Kognitif

Teori Kognitif pula adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan
pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal
berpendapat bahawa proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah
laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur
dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua
maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai
dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.

Dengan mengaplikasikan Teori Kognitif dalam proses pdp, penyelesaian


masalah berlaku secara mendadak. Guru-guru mendorong murid-murid untuk melihat
unsur-unsur pertalian di dalam persekitaran mereka. Murid-murid diajar
mengaplikasikan logik dan menerangkan sesuatu dengan rasional. Mereka juga
digalakkan menyelesaikan masalah mengikut langkah-langkah dan prosedur-
prosedur tertentu. Guru-guru hanya membimbing dan memberi panduan ke arah
penyelesaikan masalah manakala murid-murid digalakkan menggunakan celik akal
mereka. Guru-guru akan mendesak murid-murid untuk berfikir secara kritikal dengan
mengemukakan soalan-soalan yang mencabar. Guru-guru juga harus menggalakkan
murid-murid untuk menyoal pihak autoriti dan diri kendiri untuk mendapatkan
penyelesaian yang tepat.

2
EDUP2033 – PEDAGOGI

Teori Humanistik

Menurut Teori Humanistik pula, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan


manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan
dirinya sendiri. Dalam proses belajar, setiap murid harus berusaha agar lambat laun
mereka mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Pendekatan
Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran.
Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan
individu secara mendalam. Pembelajaran adalah melalui pengalaman di mana pelajar
digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Maka, murid-murid hendaklah
mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari.

Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan


menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Secara semula jadi setiap
individu ingin belajar dan menimba ilmu. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan
pelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan
dianggap bermakna. Guru-guru harus memokus kepada kaedah pembelajran inkuiri
penemuan dan projek yang dapat memperkembangkan potensi murid-murid.
Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri
dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Teori Pembelajaran Sosial

Akhir sekali, Teori Pembelajaran Sosial menekankan proses pembelajaran


melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling). Tingkah
laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan /pemodelan. Orang yang
diperhatikan sebagai model. Contohnya, pelajar memerhati apa yang disampaikan
oleh guru dan guru merupakan role model pelajar.

Menurut teori ini, demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar murid-
murid dapat meniru dengan tepat. Guru-guru harus menggunakan model yang sesuai
dan mengulangi sesuatu demonstrasi jika perlu. Hasilan guru-guru seperti kraftangan,
lukisan atau bahan resos hendaklah bermutu tinggi dan sesuai untuk objektif
pengajaran. Di samping itu, murid-murid boleh merujuk kepada rakan sebaya yang
cemerlang sebagai model peranannya. Guru-guru boleh mengajar nilai-nilai murni dan

3
EDUP2033 – PEDAGOGI

watak-watak bersejarah yang terkenal melalui teknik main peranan dan simulasi.
Strategi pengajaran juga perlu mengikuti kehendak dan perkembangan emosi murid-
murid. Latih tubi pula patut diadakan untuk memupuk kecekapan meniru kerja guru
dalam kalangan murid.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, setiap teori pembelajaran mempunyai kelebihannya


tersendiri. Guru-guru perlu mengaplikasikan teori pembelajaran mengikuti keperluan
murid-murid untuk menghasilkan keputusan pengajaran dan pembelajaran yang
paling kondusif.

4
EDUP2033 – PEDAGOGI

Rujukan

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM

Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press.

Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of Motivation. Monterey, Calif.:


Brooks / Cole Publication.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak
Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti

Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second
Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

5
EDUP2033 – PEDAGOGI

Tugasan 2: Tuliskan refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan proses


pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah anda. Berdasarkan model
pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari, pilih dan bincangkan
bagaimana strategi, kaedah dan teknik yang dipilih dapat meningkatkan peoses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya, saya mendapati bahawa


kekuatan saya ialah penguasaan disiplin bilik darjah serta ketegasan dan kelantangan
suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya
membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu,
kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal
ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu
kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan menjadikan murid lebih hormat
kepada guru.

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti


dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam
kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan
yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut
arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat
menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Selain itu, ketegasan dan kejelasan memberikan arahan juga membolehkan


saya menguasai disiplin bilik darjah dengan baik. Murid-murid yang jelas akan arahan
dan peraturan yang telah saya tetapkan tidak membuat hal dalam kelas dan akan
patuh akan segala arahan yang diberikan.

Manakala, kelemahan dan kekurangan saya yang dikenalpasti dalam proses


pengajaran dan pembelajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan dan
pengajaran yang lebih berpusatkan guru. Ketepatan masa penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk

6
EDUP2033 – PEDAGOGI

menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan


terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah seperti murid yang lemah tidak dapat
menguasai sesuatu kemahiran dan memerlukan penjelasan yang lebih.

Di samping itu, pengajaran yang lebih berpusatkan guru juga merupakan


kelemahan yang saya ingin tambahbaik. Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan,
contoh dan perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru. Murid
jarang berfikir dan akan berasa bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat
menyertai atau melakukan apa-apa dan semata-mata mendengar sahaja.

Oleh itu, berdasarkan model pengajaran yang dipelajari, saya akan


melaksanakan model sosial untuk menambahbaik proses pdp saya. Model sosial
direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model
ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan
kerjasama dengan individu lain secara produktif dan cara-cara berfungsi sebagai
seseorang ahli dalam kumpulan (teamwork). Model ini membantu untuk
memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan
mengembangkan idea-idea.

Menurut Joyce et al. (2001), model sosial melatih pelajar menggunakan


kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat
serta merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung
semua maklumat untuk menyelesaikan masalah.

Tambahan pula, pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005)


merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi
pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamik serta berpusatkan pelajar.
Mereka dapat belajar dalam satu pasukan yang heterogen, saling bergantung, tidak
bersaing sesama mereka, tetapi sama-sama menuju kepada pencapaian satu
matlamat secara berpasukan.

7
EDUP2033 – PEDAGOGI

Aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran


yang demokrati, di mana pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan cara
pencapaian pembelajaran mereka, manakala guru memainkan peranan dalam
menstrukturkan kumpulan dan prosedur.

Strategi bagi kaedah koperatif ini lebih dikenali sebagai strategi pengajaran
tidak langsung. Berbeza dengan strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid
mengalih peranan guru daripada tenaga pengajar kepada pemudahcara atau
fasilitator. Semasa proses pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif
dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang,
menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi pembelajaran. Secara
automatiknya, murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang
telah disediakan sebagai asas secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara
koperatif dan kolaboraasi dengan rakan atau orang lain. Penekanan tersebut
membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah kendiri dan mengikut
kada kemampuan kendiri.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru, kita seharusnya sedar dan bersedia


dari segi pengetahuan, kemahiran dan daya kreatif kita bagi merealisasikan
perbezaan hasil yang diperolehi murid jika kita menggunakan kaedah pengajaran
berpusatkan murid bagi melahirkan murid yang benar-benar berkualiti dan mencapai
matamat Falsafah Pendidikan Negara.

8
EDUP2033 – PEDAGOGI

Tugasan 3: Rancang satu persediaan mengajar yang akan mengambil masa


antara 5 hingga 10 minit berdasarkan hasil pembelajaran dan kemahiran
mengajar yang dipilih.

Rancangan Mengajar (Kemahiran Penyampaian Set Induksi)

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia


Tarikh : 18 Mac 2018
Tema : Sepakat Membawa Berkat
Tajuk : Kata Ganti Nama Diri Laras Bahasa Istana
Hasil Pembelajaran : Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri
laras
bahasa istana dengan betul mengikut konteks.
Pengetahuan : Murid memahami dan menggunakan kata ganti
nama diri
Sedia Ada sebelum ini.
BBM : Klip video
Nilai : Bekerjasama, ketekunan, toleransi, keyakinan

Langkah Aktiviti Guru Catatan

1. Guru meminta murid menonton klip video.

2. Guru melakukan sedikit aktiviti meneka soalan


yang telah diberikan.
Set induksi
iv. 4. Soalan berkenaan adalah berkait rapat
dengan pembelajaran pada hari tersebut yang
berfokuskan kepada Kata Ganti Nama Diri
Laras Bahasa Istana.

Anda mungkin juga menyukai