Anda di halaman 1dari 10

Apakah yang anda faham mengenai kepelbagaian potensi murid di Malaysia?

Huraikan dan
berikan contoh.

Kepelbagaian potensi murid di Malaysia berkait rapat dengan bakat individu. Setiap individu
mempunya potensi diri yang tersendiri. Potensi inilah yang akan membantu manusia melakukan
pelbagai aktiviti. Setiap potensi manusia mempunyai tahap yang berbeza-beza antara satu sama
lain. Setiap potensi tersebut boleh digilap dan dikembangkan dengan adanya dorongan dan
motivasi yang betul dan sesuai dari pelbagai pihak seperti ibu bapa, guru-guru dan sebagainya.
Dalam konteks pendidikan sekolah, guru merupakan individu yang bertanggungjawab
mengembangkan potensi diri pelajar-pelajarnya. Guru seharusnya peka terhadap potensi pelajar-
pelajarnya kerana setiap pelajar mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru perlulah
memahami setiap potensi diri pelajarnya agar guru dapat mengenal pasti kaedah pembelajaran
yang sesuai kepada setiap pelajar. Jika di rumah pula, ibu bapa yang bertanggungjawab
mengembangkan potensi diri anak-anak mereka.

Menurut pembacaaan yang telah dilakukan, potensi merupakan suatu perkara yang berkait rapat
dengan bakat yang dimiliki seseorang dan kebolehan mahupun kecenderungan seseorang
terhadap sesuatu perkara. Menurut Gardner (2000) turut berpendapat bahawa manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang
berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang
bersesuian. Potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehan nyata
melalui motivasi yang sesuai oleh semua pihak. Oleh itu,pihak sekolah terutamanya perlu
memainkan peranan penting bagi merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan mereka. Sebagai contoh, pihak sekolah
menganjurkan pertandingan seperti sajak, pidato dan sebagainya yang dapat menyungkil bakat
para pelajar. Contoh kedua, apabila terdapat seorang murid menunjukkan kecenderungan dan
kebolehannya dalam berdebat tetapi pelajar tersebut tidak menyedari malah tidak yakin bahawa
dirinya boleh berdebat. Maka, sebagai seorang guru terutamanya perlu sentiasa peka tentang
kebolehan pelajarnya seterusnya memberi dorongan dan mengasah lagi potensi yang dimiliki
pelajar tersebut
Potensi berkaitan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia
dan ia merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti. Potensi manusia yang
ditonjolkan mempunyai tahap yang berbeza kerana bukan semua individu yang mempunyai
peluang untuk mempertingkatkan potensi mereka dalam alam kehidupan. Secara ringkasnya,
potensi manusia yang terpendam boleh
dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui motivasi yang sesuai. Oleh itu, dalam
konteks pendidikan sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan penting untuk
merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan
kecerdasan.

Setiap murid mempunyai sifat unik dari segi perkembangan afektif dan kognitif, kematangan
sosial, keupayaan, motivasi, aspirasi, gaya pembelajaran, keperluan, minat dan potensi. Seorang
pelajar berbeza dengan pelajar lain dari aspek kepelbagaian kecerdasan, latar belakang sosial
dan ekonomi, kelainan dalam pengalaman pembelajaran sebelum ini serta ketidaksamaan antara
pelajar dengan kurikulum yang tersedia. Tujuan memenuhi keperluan pelbagai individu bukan
untuk merapatkan jurang antara individu atau menyamakan kebolehan dan prestasi mereka
sebaliknya adalah untuk memberikan kefahaman tentang sebab murid-murid berupaya atau tidak
berupaya belajar dengan baik. Guru-guru perlu menyediakan pelbagai peluang pembelajaran
yang akan menjamin pembelajaran yang efektif, termasuk penggunaan bahan-bahan berlainan
dan bukan hanya fokus kepada buku teks serta menggunakan satu spektrum kecerdasan dan
pengalaman multi-sensori untuk mencungkil kepelbagaian potensi pelajar. Rumusannya,
kepelbagaian gaya pelajar merupakan sesuatu yang semula jadi. Guru tidak seharusnya
memandang perkara ini sebagai suatu masalah, sebaliknya melhatnya sebagai suatu sumber
untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Pada pendapat saya, kepelbagaian potensi murid di Malaysia bermaksud setiap murid
mempunyai potensi dan kecerdasan yang berbeza seperti yang dinyatakan oleh Howard Gardner.
Howard Gardner menjelaskan teori kecerdasan seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logik-
matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan
interpersonal dan kecerdasan kinestik. Masalah yang dihadapi di Malaysia ialah guru hanya
menitikberatkan kecerdasan dari segi akademik manakala kecerdasan dari aspek lain seperti
kecerdasan visual ruang, kecerdasan muzik dan kecerdasan kinestik kurang dititikberatkan. Hal
ini menyebabkan potensi dan bakat seseorang murid tidak dapat ditonjolkan. Oleh itu, bagi
seseorang pendidik khususnya, mereka perlu menjangkakan bahawa tidak semua murid dapat
mempelajari apa yang diajarkan kepada mereka kerana mereka mempunyai kepelbagaian
potensi. Apabila kita sudah memahami apakah kelebihan yang dimiliki oleh mereka, maka kaedah
pembelajaran boleh disesuaikan dengan kelebihan tersebut.

Guru perlu berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran berkesan. Dalam arus pembelajaran yang serba maju, proses pengajaran yang
berpusatkan murid perlu membabitkan penyertaan keseluruhan murid untuk pengisian aktiviti
kolaboratif dan koperatif dalam kelas. Barangkali ada yang berpandangan bahawa agak
keterlaluan untuk guru mengambil tahu perkara-perkara tersebut untuk setiap murid.
Bagaimanapun, guru yang berjiwa besar dan dinamik seharusnya bersedia untuk memberi ruang
dan peluang kepada muridnya meningkatkan pencapaian secara berterusan. Daripada situ,
potensi sebenar setiap murid dapat dikembangkan ke tahap yang optimum.

Potensi berkaitan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia
dan ia merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti. Potensi manusia yang
ditonjolkan mempunyai tahap yang berbeza kerana bukan semua individu yang mempunyai
peluang untuk mempertingkatkan potensi mereka dalam alam kehidupan. Secara ringkasnya,
potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui motivasi
yang sesuai. Contohnya, seorang murid mempunyai potensi untuk berkomunikasi di khalayak
ramai. Namun, dia tidak diberi peluang untuk menonjolkan bakatnya kerana dihalang oleh guru
itu sendiri. Bagi guru tersebut sudah terdapat pelajar lain yang paling terbaik dalam sekolah
tersebut yang layak untuk mewakili sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut kurang
keyakinan diri kerana merasakan guru tidak pandang akan kebolehannya kerana terdapat pelajar
yang dianggap paling terbaik.

Pada pendapat saya kepelbagaian potensi murid di Malaysia merupakan perbezaan bagi
keupayaan kognitif, minat terhadap pembelajaran, keupayaan belajar dan latar belakang pelajar.
Hal ini menjelaskan bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza yang terdiri
daripada perbezaan latar belakang keluarga dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu memahami
setiap perbezaan murid-murid bagi membolehkan keberkesanan pembelajarab dan pengajaran
dapat dicapai mengikut tahap murid-murid. Potensi berkaitan dengan bakat manusia yang
menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia dan ia merupakan kebolehan manusia
melakukan sesuatu aktiviti. Potensi manusia yang ditonjolkan mempunyai tahap yang berbeza
kerana bukan semua individu yang mempunyai peluang untuk mempertingkatkan potensi mereka
dalam alam kehidupan. Secara ringkasnya, potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil dan
menjadi kebolehan nyata melalui motivasi yang sesuai. Contohnya, seorang murid mempunyai
potensi untuk berkomunikasi di khalayak ramai. Namun, dia tidak diberi peluang untuk
menonjolkan bakatnya kerana dihalang oleh guru itu sendiri. Malahan bakat dan potensi pelajar
juga perlu digilap sejak awal bagi membolehkan potensi tersebut dikembangkan lagi sejak kecil
seterusnya membolehkan murid tersebut dapat mengembangkan potensi yang dimiliki.

Setahu saya, setiap pelajar mempunyai sifat unik dari segi perkembangan afektif dan kognitif,
kematangan sosial, keupayaan, motivasi, aspirasi, gaya pembelajaran, keperluan, minat dan
potensi. Selain itu, terdapat lagi faktor-faktor yang menyebabkan seorang pelajar berbeza dengan
pelajar yang lain, iaitu kepelbagaian dari aspek kecerdasan, latar belakang sosial dan ekonomi,
kelainan dalam pengalaman pembelajaran sebelum ini serta ketidaksamaan antara pelajar
dengan kurikulum yang tersedia.

Dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut, pihak yang terlibat perlu memberikan kefahaman
tentang sebab murid-murid berupaya dan tidak berupaya belajar dengan baik dan mencari jalan
yang betul untuk membantu mereka belajar dengan baik. Guru-guru misalnya perlu menyediakan
pelbagai peluang pembelajaran yang akan menjamin pembelajaran yang efektif, termasuk
penggunaan bahan-bahan yang berlainan dan bukan hanya fokus kepada buku teks sahaja serta
menggunakan satu spektrum kecerdasan dan pengalaman multi-sensori untuk mencungkil
kepelbagaian potensi pelajar.

Potensi murid yang terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui motivasi
yang sesuai. Sebagai contoh, kecerdasan logiKal-matematikal yang merangkumi kecerdasan
berfikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah manakala
kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi sosial yang termasuk semangat
bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan antara manusia.
Kedua-dua kecerdasan ataupun potensi ini amat penting dalam perkembangan pembelajaran
murid pada masa depan dan secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi dalam
daya ciptaan mereka.

Oleh itu, dalam konteks pendidikan sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan
penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi
keperluan murid. Langkah yang perlu diambil bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat
dilaksanakan secara bersepadu, cekap dan berkesan adalah dengan mengupayakan PIBG untuk
memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong penglibatan ibu bapa dalam komuniti.

Selain itu, persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk murid daripada segi prasarana, nisbah
guru murid perlu diambil kira bagi membolehkan murid berupaya mencapai perkembangan yang
menyeluruh. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga telah menggariskan
beberapa langkah seperti melakukan penyelenggaran segera bagi sekolah yang mempunyai
keperluan kritikal untuk pembaikan. Hal ini bertujuan bagi memastikan modal insan yang dibentuk
mampu berfikiran kritis dan kreatif serta berkebolehan menghadapi persekitaran global yang
sering berubah.

Semua murid mempunyai sudah pasti mempunyai potensi masing-masing. Namun demikian,
potensi tersebut tidak akan dapat dilihat apabila sekiranya guru tidak berjaya untuk mencungkil
bakat yang ada pada diri pelajar. Seseorang pelajar tidak semestinya hanya mampu serlahkan
potensi mereka dari segi pembelajaran sahaja, bahkan mereka juga mampu menyerlah dalam
bidang lain sekiranya digilap oleh guru mereka. Antara potensi yang boleh dicungkil dalam diri
pelajar adalah seperti bakat dari segi kepimpinan, sukan dan permainan, pidato dan lain- lain.
Untuk mencungkil bakat murid-murid, guru-guru perlu menggalakkan murid-murid mereka untuk
melibatkan diri mereka secara aktif dalam pelbagai aktiviti disekolah. Misalnya untuk mencungkil
soft skill para pelajar, para guru boleh memberi dorongan kepada pelajar mereka untuk memasuki
pertandingan pidato atai debat. Hal ini demikian kerana kebanyakan para pelajar tidak sedar
mereka mempunyai bakat terpendam dalam diri mereka. Oleh yang demikian, apabila mereka
mendapat dorongan daripada guru mereka, mereka akan menjadi lebih yakin untuk melangkah
ke hadapan dan menyerlahkan bakat mereka.

Setiap murid mempunyai potensi yang tertentu. Potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil
dan menjadi kebolehan nyata melalui motivasi yang sesuai. Kepelbagaian potensi murid ini
menyebabkan beberapa kurikulum perlu diubah. Tambahan pula, pemikiran murid pada zaman
sekarang lebih jauh kehadapan. Contohnya potensi murid dalam bidang sains yang telah
mengharumkan nama malaysia seperti RnD. Potensi murid dapat dicungkil apabila guru
memainkan peranan dalam mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid tersebut agar
kelebihan yang diperoleh oleh murid tidak menjadi sia-sia. oleh itu, potensi sebenar murid dapat
dikembangkan ke tahap yang lebih optimum sekaligus membantu mereka dalam mendalami
minat mereka

Kepelbagaian potensi murid bermakna setiap individu murid tersebut mempunya potensi diri
masing-masing. Potensi ini terdiri daripada potensi dari segi mental mahupun fizikal. dengan
adanya potensi, seseorang murid dapat mengenali dirinya lebih mendalam lagi. Antara potensi-
potensi murid yang dapat dilihat ialah, seseorang murid yang lebih cerdik dari kawan kawan yang
lain. Selain itu, potensi murid yang boleh berlari laju dari kawan-kawan yang lain. Sebagai
seorang guru, guru seharusnya perlu mengenali potensi murid masing-masing agar dapat
memberi tumpuan kepada perekmbangan mereka dan membentuk mereka dgn potensi yang ada
ke arah kebaikkan

Menurut Kamus Dewan, potensi bermaksud kemampuan untuk menghasilkan atau mencapai
sesuatu. Potensi ini dapat dicungkil dan ditonjolkan melalui tahap yang berbeza. Pada fahaman
saya, guru merupakan salah satu watak yang penting untuk mencungkil kepelbagaian potensi
dalam kalangan murid serta memberi bimbingan memperkembangkan potensi mereka. Sebagai
contohnya, jika terdapat murid yang suka bersukan sebagai guru perlu kita galakkan mereka
bersukan. Hal ini merupakan usaha awal yang boleh membentuk peribadi murid dan akhirnya
dapat membantu mereka untuk membesar dalam keadaan yang sempurna dan mereka suka apa
yang mereka buat. Apabila mereka melakukan perkara yang disukai oleh mereka, murid akan
membuatnya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh sehinggakan boleh menjadi
seorang insan yang berjaya pada masa yang akan datang.

Potensi berkaitan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia
dan ia merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti. Pada pendapat saya,
kepelbagaian potensi murid bergantung kepada latar budaya, latar belakang keluarga dan tahap
sosioekonomi. Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa setiap murid mempunyai
potensi/bakat dan harus diasah bergantung kepada faktor-faktor sekeliling. Di samping itu,
kepelbagaian murid menyebabkan setiap murid mempunyai cara belajar yang berbeza-beza
mengikut setiap individu. Akhirnya akan menjurus kepada bidang yang mereka minat.

Setiap pelajar mempunyai keupayaan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Perkara
utama yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah usaha yang berterusan
kea rah memperkemangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan ersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
berdasarkan FPK tersebut, jelas menunjukkan bahawa usaha untuk meningkatkan potensi setiap
pelajar perlu dimainkan oleh pelbagai pihak. Keunikkan setiap pelajar dapat dilihat dari
perkembangan kognitif, keupayaan dan minat yang ditunjukkan dalam sesuatu perkara. Terdapat
beberapa faktor yang menjadikan wujudnya kepelbagaian dalam potensi yang dimiliki oleh pelajar.
Antaranya ialah latar belakang sosial dan ekonomi, kepelbagaian aspek kecerdasan dan
ketidaksamaan pelajar dalam mempelajari kurikulum. Kepelbagaian potensi yang dimiliki oleh
seseorang pelajar dapat dapat disamakan kebolehan mereka dengan melaksanakan inisiatif
yang mengambil kira faktor-faktor tersebut. Sebagai contoh, dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2015 salah satu inisiatif adalah untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif untuk pelajar. Pihak Kementerian berusaha untuk menaiktaraf
infrastruktur-infrastruktur di sekolah supaya semua pelajar sama ada bersekolah di bandar atau
luar bandar beruapaya untuk merasai suasana pembelajaran yang selesa. Selain itu, inisiatif
Kementerian dengan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat sebagai satu
tindakan yang wajar untuk menyerlahkan potensi sebenar pelajar. Hal ini demilkian kerana, PBS
yang dijalankan adalah bersifat berterusan di mana para guru mampu untuk menilai
perkembangan pelajar secara berterusan. Berbanding sistem penilaian berpusat yang tidak
sesuai jika untuk melihat perkembangan pendidikan individu. Penilaian berpusat lebih sesuai
untuk menilai kemampuan pencapaian pelajar pada peringkat akhir sahaja. Guru-guru, ibu bapa
dan komuniti turut perlu memainkan peranan yang sewarjarnya. Pembelajaran bukan semata-
mata berlaku dalam persekitaran sekolah dan kelas malah turut berlaku di luar persekitaran
sekolah. Guru-guru seharusnya memberi perhatian yang sewarnya terhadap faktor kepelbagaian
murid untuk memastikan jurang yang wujud tidak terlalu jauh sehingga menyebakan wujud pelajar
yang tercicir. Ibu bapa juga seharusnya memberikan kerjasama dengan memantau
perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah

Potensi berkaitan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia
dan ia merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti. Potensi manusia yang
terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui motivasi yang sesuai. Maka,
menjadi tanggungjawab pihak sekolah,guru, ibu bapa dan komuniti untuk membantu dalam
meningkat potensi diri pelajar tersebut. Sekolah merupakan tempat yang berfungsi
untukmemberikan pendidikan kepada murid serta memperkembangkan potensi dan
kebolehanmurid tersebut secara optimum. Pihak sekolah hendaklah menyediakan suatu tempat
bagi mengembangkan bakat murid. Sebagai contoh, pihak sekolah menyediakan aktiviti bagi
kelab dan persatuan seperti akiviti pidato bagi melihat sama ada pelajar tersebut mampu atau
tidak untuk berpidato. Bagi pihak guru pula seperti guru kelas sangat memainkan peranan penting
utul melihat potensi para pelajarnya. Jika dapat dikesan minat pelajar itu dari awal, maka senang
untuk para guru mengasah bakat para pelajar.

Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan yang berbeza-beza. Setiap individu sering kali
tidak mengetahui potensi yang ada dalam diri mereka dan melakukan sesuatu tanpa membuat
penilaian sama ada kerja yang dilakukan itu mampu melahirkan bakat dan kelebihan yang dimiliki.
Pada hemah saya, seseorang murid yang berjaya dicungkil bakatnya didapati berjaya
melaksanakan peranannya dengan berkesan dan hal ini memberikan kejayaan kepada diri sendiri
mahupun mengharumkan nama sekolah. Guru merupakan pihak yang mempunyai banyak
peluang untuk mengenal pasti kelebihan murid-murid sekiranya guru tersebut bijak mencungkil
dan mengesan bakat serta kelebihan murid-muridnya. Potensi murid ini dapat dilihat dari sudut
potensi jasmani (fizikal), potensi rohani (hati) dan potensi intelek (akal). Melalui tiga potensi ini,
murid boleh digilap oleh guru sebagai modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan
negara. Antara tiga potensi tersebut, potensi rohani dan potensi akal perlu diutamakan bagi
memastikan potensi fizikal dimanfaatkan sebaiknya. Seseorang yang kurang sempurna fizikalnya
masih boleh menjadi seorang insan yang berguna sekiranya potensi rohani dan akal
dimanfaatkan. Misalnya, Professor Dato' Dr. Ismail Md Salleh yang mempunyai masalah cacat
penglihatan namun berjaya menjadi profesor dan senator pertama di UKM.

Bukan itu sahaja, KPM perlu memastikan kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi
sedia ada yang ada di dalam diri murid dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai-
nilai murni melalui pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum.
Bagi mengembangkan kepelbagaian potensi murid di Malaysia, KPM telah mendirikan Sekolah
Teknik, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Sukan dan Sekolah Seni malahan kita juga
mempunyai Sekolah Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Akhirnya,
penawaran bidang kejuruteraan, kedoktoran, muzik, kesenian, sukan dan pendidikan jasmani,
permakanan dan veterinar mampu membekalkan negara dengan tenaga dan kepakaran yang
pelbagai

Potensi berkait dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia.
Potensi merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Mok Soon Sang
(2008), potensi manusia yang ditonjolkan mempunyai tahap yang berbeza kerana bukan semua
individu memiliki peluang untuk mempertingkatkan potensi mereka dalam alam kehidupan. Setiap
pelajar memiliki sifat unik dari segi perkembangan afektif dan kognitif, kematangan sosial,
keupayaan, motivasi, aspirasi, gaya pembelajaran, keperluan, minat dan potensi. Terdapat
faktor-faktor yang menyebabkan seorang murid berbeza dengan murid yang lain, iaitu
kepelbagaian dari aspek kecerdasan, latar belakang sosial dan ekonomi, kelainan dalam
pengalaman pembelajaran sebelum ini serta ketidaksamaan antara pelajar dengan kurikulum
yang tersedia. Menurut Gardner (1938), tahap kecerdasan murid terdiri daripada kecerdasan
logical-matematikal dan kecerdasan interpersonal. Kecerdasan logical-matematikal merangkumi
kecerdasan berfikir secara kritis dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
manakala kecerdasan interpersonal meliputi kecerdasan interaksi sosial seperti semangat
bekerjasama, kepimpinan dan komunikasi yang berkesan antara manusia. Kedua-dua
kecerdasan amat penting untuk meningkatkan potensi dan daya kreativiti murid. Dalam konteks
pendidikan, sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti berperanan penting dalam mengembangkan
bakat dan potensi murid dengan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Hal ini demikian kerana setiap manusia mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan
kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan melalui pendidikan. Oleh itu, sekolah, guru, ibu bapa dan
komuniti perlu melakukan perbincangan dan perkongsian pengalaman dalam mengembangkan
potensi murid.

Pada pendapat saya, potensi berkaitan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek
daripada fitrahmanusia dan ia merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti.
Potensi manusia yang ditonjolkan mempunyai tahap yang berbeza kerana bukan semua individu
yang mempunyai peluang untuk mempertingkatkan potensi mereka dalam alam kehidupan.
Secara ringkasnya, potensi manusia yang terpendam
boleh dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui motivasi yang sesuai.
Oleh itu, dalam konteks pendidikan sekolah, guru, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan
penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi
keperluan kecerdasan kanak-kanak itu secara optimum. Sebagai contoh, peranan ibu bapa
apabila seseorang anak itu dlihat cenderung terhadap sesuatu perkara seperti seni lukis, robotik
mahupun minat matematik. Ibu bapa haruslah memberi sokongan, galakkan dan nasihat supaya
anak-anak berasa potensi mereka dihargai.

Anda mungkin juga menyukai