Anda di halaman 1dari 10

PENILAIAN KEBERKESANAN PAKEJ BAHAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas dan meluas memberi
impak kepada semua aspek kehidupan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Selari
dengan perkembangan ini, ia telah mengubah cara manusia belajar (Naismith et. al, 2004).
Oleh hal yang demikian, pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
dimanfaatkan sebagai alat yang praktikal bagi menambah kualiti kaedah pengajaran yang
sedia ada. Hasil kajian Shaples (2000), mendapati bahawa penggunaan bahan pembelajaran
digital berupaya untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam mempelajari
sesuatu topik pembelajaran. Hal ini kerana pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berperanan dalam menyokong dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak
tersasar dari objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Di samping itu, pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital adalah signifikan dalam menyediakan kemudahan dan suasana
pembelajaran yang kondusif kepada murid yang berbeza dari segi keupayaan kognitif dan
visual (Abu Hassan, 2004).

Sehubungan dengan itu, THE PATRIOTS yang merupakan pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital telah dibangunkan hasil cetusan idea yang bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi pembelajaran dan pemudahcaran (PdPc).
THE PATRIOTS menyediakan tapak yang menggabungkan klip video pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan standard kandungan 7.3 iaitu Sejarah Kemerdekaan
Negara 1957. Pada halaman MALACCA, tapak ini menyediakan klip-klip video yang
bertepatan dengan objektif pembelajaran 7.3.4: Menyatakan detik-detik pengisytiharan
kemerdekaan dan K7.3.7: Menyatakan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

2.0 DAPATAN ANALISIS PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DIGITAL

Penilaian pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital bagi mata pelajaran
Sejarah Tahun 5 di bawah tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara ini dilaksanakan
berdasarkan instrumen penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut :

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran digital yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu memberi
respons dengan menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan
pemeringkatan setiap item mengikut tahap (1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 =
Memuaskan, 4 = Setuju, 5 = Sangat tidak setuju). Purata skor penilaian terhadap pakej
pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah
berdasarkan kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran

N Minimum Maksimum Min

Pengisian/Kandungan 3 4.7

Pedagogi 3 4.6

Kualiti Media 3 4.4

Kreativiti Pakej 3 4.3

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan dalam
bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk
(i) Pengisian/Kandungan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital berdasarkan skala
Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan

Item Pernyataan Min

i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran 5.0


bertepatan dengan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran 5.0


mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran 4.0
bersesuaian dengan tahap kognitif murid.

iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran 4.3


berupaya untuk merangsang minat dan perhatian
murid.

v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran 5.0


menepati objektif pembelajaran yang dikehendaki.

Min 4.7

Berdasarkan jadual 2 di atas, min keseluruhan bagi konstruk pengisian/kandungan


adalah (4.7). Hasil penilaian menunjukkan bahawa kandungan pengajaran dan pembelajaran
bertepatan dengan standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan
(5.0). Kandungan yang dimuatkan adalah mengikut kehendak standard kandungan 7.3:
Sejarah Kemerdekaan Negara dan standard pembelajaran 7.3.4 iaitu menyatakan detik-detik
pengisytiharan kemerdekaan serta K7.3.7 iaitu menyatakan kepentingan mempertahankan
kedaulatan negara. Selain itu, kandungan pengajaran dan pembelajaran mengambil kira
pengetahuan sedia ada murid (5.0). Kandungan pembelajaran yang dimuatkan dalam pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran menitikberatkan struktur kognitif yang sedia ada pada
murid. Tambahan pula, pendekatan konstruktivisme diterapkan dalam proses pengajaran dan
pengajaran di mana pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh murid itu sendiri dan tidak
diterima secara pasif dari persekitarannya. Seterusnya, kandungan pengajaran dan
pembelajaran bersesuaian dengan tahap kognitif murid (4.0). Keupayaan kognitif murid yang
pelbagai disesuaikan mengikut tahap kecerdasan tinggi, sederhana dan lemah bagi
membolehkan murid memahami isi kandungan pelajaran. Namun begitu, terdapat kandungan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pemilihan perkataan yang kurang
bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid yang sederhana dan lemah misalnya pemilihan
perkataan “ekslusif”. Di samping itu, minat dan perhatian murid dapat dirangsang melalui
kandungan yang dimuatkan dalam pakej ini (4.3). Kandungan pengajaran dan pembelajaran
yang berinformatif menimbulkan semangat inkuiri murid untuk mengetahui tentang
pengisytiharan kemerdekaan negara. Namun begitu, kandungan yang berunsurkan sejarah
negara yang diulang pada kandungan pembelajaran yang seterusnya boleh menyebabkan
tumpuan murid terganggu kerana minat dan perhatian mereka semakin berkurangan.
Seterusnya, kandungan pengajaran dan pembelajaran menepati objektif pembelajaran yang
dikehendaki (5.0). Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat
mengemukakan kronologi detik-detik pengisytiharan kemerdekaan dengan tepat dan
menyatakan 2 daripada 3 kepentingan mempertahankan kedaulatan negara dengan betul.

Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi

Item Pernyataan Min

i. Pedagogi yang digunakan dapat merangsang 4.7


pemikiran murid.

ii. Pedagogi yang digunakan dapat mengukuhkan 4.3


kefahaman murid berkaitan isi pelajaran.

iii. Pedagogi yang digunakan dapat menyokong 4.7


penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).

iv. Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah 5.0


pengajaran yang berstruktur.

v. Pedagogi yang digunakan bersesuaian dengan 4.3


tahap kognitif murid.

Min 4.6

Berdasarkan jadual 3 di atas min keseluruhan bagi konstruk pedagogi adalah (4.6).
Penilaian daripada responden menunjukkan pedagogi yang digunakan dapat merangsang
pemikiran murid (4.7). Guru memperdengarkan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul
Rahman yang menggalakkan penerapan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) iaitu
kemahiran membuat interpretasi daripada peristiwa tersebut. Seterusnya, pedagogi yang
digunakan dapat mengukuhkan kefahaman murid berkaitan isi pelajaran (4.3). Kaedah
pembelajaran aktif diaplikasikan dalam strategi pengajaran dengan mengemukan tugasan
yang perlu diselesaikan oleh murid dalam masa yang singkat. Selain itu, pedagogi yang
digunakan dapat menyokong penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) (4.7).
Soalan-soalan yang berupaya untuk merangsang kemahiran berfikir diketengahkan bagi
mengupayakan murid berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyuarakan pendapat serta
memberi jawapan dalam setiap soalan yang diberikan oleh guru. Di samping itu, pedagogi
yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran yang berstruktur (5.0). Langkah
pengajaran dimulakan dengan mengaitkan sambutan kemerdekaan negara pada hari ini dan
diikuti dengan kronologi peristiwa detik-detik pengisytiharan kemerdekaan. Seterusnya,
pedagogi yang digunakan bersesuaian dengan tahap kognitif murid (4.3). Strategi pengajaran
yang mengintegrasikan pendekatan pengajaran yang pelbagai yang terdiri daripada
pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan murid dan kaedah penyelesaian masalah.

Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii) Kualiti
Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media

Item Pernyataan Min

i. Klip video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan 4.3


elemen multimedia dengan baik.

ii. Pemilihan font dan tulisan dalam klip video adalah 4.3
jelas dan bersesuaian.

iii. Pemilihan gambar dalam klip video adalah menarik 4.3


dan bersesuaian dengan tajuk.

iv. Pemilihan audio atau muzik dalam klip video latar 4.3
yang bersesuaian dan menarik.

v. Kandungan klip video mencapai objektif 4.7


pembelajaran dan standard pembelajaran yang
dikehendaki.

Min 4.4

Berdasarkan jadual 4 di atas min keseluruhan bagi konstruk kualiti media adalah (4.4).
Hasil penilaian menunjukkan bahawa klip video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan
elemen multimedia dengan baik (4.3). Pelbagai elemen multimedia yang terdiri daripada
video, audio, teks, grafik dan animasi diintegrasikan dengan baik dalam penghasilan media.
Aplikasi seperti Renderforest, Animaker dan H5p digunakan bagi mempelbagaikan elemen
multimedia. Selain itu, font yang digunakan adalah bersesuaian (4.3). Terdapat klip video yang
dihasilkan menggunakan tulisan yang kurang jelas jika dipaparkan menggunakan projector di
hadapan bilik darjah. Pemilihan gambar dalam klip video adalah menarik dan bersesuaian
dengan tajuk (4.3). Gambar yang berkaitan dengan tokoh dan peristiwa pengisytiharan
kemerdekaan dimuatkan di dalam media. Namun begitu, kualiti gambar yang dimuat naik
dalam bentuk hitam putih kurang menarik minat murid. Di samping itu, audio dan muzik latar
adalah bersesuaian dan menarik (4.3). Media yang dihasilkan menggunakan muzik latar yang
bersesuaian dengan kandungan yang ingin disampaikan kepada murid. Namun begitu, latar
suara sebagai audio tidak dimuatkan secara maksima dalam penghasilan media yang
berkualiti. Di samping itu, objektif pembelajaran berupaya dicapai dalam penghasilan
kandungan klip video (4.7). Klip video bagi setiap objektif pembelajaran dihasilkan secara
berasingan bagi memudahkan pengajaran guru dan pemahaman murid secara menyeluruh
dan jitu.

Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej

Item Pernyataan Min

i. Reka letak antara muka pakej bahan pembelajaran 4.3


adalah menarik dan tersusun.

ii. Pakej bahan pembelajaran dapat menggabungkan 4.3


pelbagai elemen multimedia.

iii. Pemilihan elemen multimedia dalam pakej dapat 4.0


meningkatkan keberkesanan mesej atau
kandungan pembelajaran.

iv. Pakej bahan pembelajaran mengandungi ciri-ciri 4.0


interaktif yang bersesuaian.

v. Mengandungi elemen bantuan atau manual kepada 5.0


pengguna pakej.

Min 4.3

Berdasarkan jadual 5 di atas min keseluruhan bagi konstruk kreativiti pakej adalah
(4.3). Penilaian daripada responden menyatakan bahawa reka letak pakej pengajaran dan
pembelajaran adalah menarik dan tersusun (4.3). Jika dilihat dalam pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran yang disediakan, reka letak grafik adalah sangat menarik, tersusun dan
memudahkan pengguna untuk mengakses pakej yang telah dihasilkan. Grafik diatur dengan
kemas pada setiap halaman seperti halaman utama, manual, Quizziz dan pembahagian
ruangan yang berasingan mengikut standard pembelajaran. Pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran ini turut menggabungkan pelbagai elemen multimedia (4.3). Elemen multimedia
seperti video interaktif, audio, teks, grafik dan animasi telah diintegrasikan dalam penghasilan
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran ini. Namun begitu, animasi grafik bagi
menyampaikan maklumat visual dinamik tidak diintegrasikan secara maksima dalam
mempersembahkan kreativiti pakej. Elemen multimedia yang pelbagai juga berpotensi
meningkatkan keberkesanan kandungan pembelajaran (4.0). Kombinasi animasi, teks dan
bunyi memberikan kesan yang mendalam terhadap reka bentuk muka persembahan pakej.
Selain itu, pakej bahan pembelajaran mengandungi ciri-ciri interaktif yang bersesuaian (4.0).
Ciri-ciri pakej yang berinteraktif dimuatkan dengan menghasilkan video interaktif yang
menggunakan perisian H5p bagi standard pembelajaran yang ingin dicapai. Animasi kartun
yang menarik minat pengguna turut dimasukkan pada halaman tertentu namun tidak
diaplikasikan secara keseluruhan pada setiap reka bentuk halaman. Di samping itu, manual
kepada pengguna pakej turut diletakkan sebagai panduan kepada pengguna (5.0). Hal ini
memudahkan pengguna untuk mengakses dan menggunakan perisian yang terdapat dalam
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah. Manual disusun dengan
teratur pada runagan khas dan menggunakan ayat yang mudah difahami oleh semua
peringkat umur pengguna.

Kesimpulannya, dapatan analisis pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital


menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min yang tertinggi ialah konstruk
pengisian/kandungan. Hal ini menunjukkan bahawa
__________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

3.0 KEKUATAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL

(Dalam bahagian ini, anda dikehendaki untuk menghuraikan kekuatan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dinilai berdasarkan penilaian dan berikan justifikasi
penilaian)

KANDUNGAN
Kandungan pengajaran dan pembelajaran bertepatan dengan standard pembelajaran
yang telah ditetapkan. Yusup (1997) di dalam Saridah (2006), berpendapat satu perisian yang
baik mestilah bersesuaian dengan kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). Lantaran itu, standard kandungan dan standard pembelajaran dirujuk dan difahami
terlebih dahulu sebelum aktiviti pembelajaran dirancang dengan mengambil kira isi
kandungan pembelajaran yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum.

Kandungan pengajaran dan pembelajaran mengambil kira pengetahuan sedia ada


murid. Hal ini bertepatan dengan kajian oleh Subadrah & Malar (2005), yang menyatakan ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan
sedia ada murid.

Kandungan pengajaran dan pembelajaran menepati objektif pembelajaran yang


dikehendaki.

PEDAGOGI
Pedagogi yang digunakan dapat merangsang pemikiran murid.

Pedagogi yang digunakan dapat menyokong penerapan elemen Kemahiran Berfikir


Aras Tinggi (KBAT).

Pedagogi yang digunakan sesuai dengan langkah pengajaran yang berstruktur.


Mengikut kronologi.

KUALITI MEDIA
Kandungan klip video mencapai objektif pembelajaran dan standard pembelajaran
yang dikehendaki.

KREATIVITI PAKEJ
Kreativiti pakej mengandungi elemen bantuan atau manual kepada pengguna pakej.

Menurut Abdul Hadi et.al (2005), kelebihan yang dapat dicapai melalui kombinasi elemen
multimedia ini adalah ianya dapat menarik tumpuan pelajar, membina ingatan jangka panjang,
pembelajaran lebih pantas dan peningkatan motivasi belajar murid.
4.0 KELEMAHAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL

Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tidak diterapkan secara maksima dalam
pedagogi yang digunakan bagi setiap klip video yang dihasilkan.

Terdapat penghasilan klip video yang kurang bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Guru
boleh menghasilkan soalan yang mengambil kira kepelbagaian murid yang mempunyai tahap
kecerdasan murid cemerlang, sederhana dan lemah.

Klip video yang dihasilkan kurang mengintegrasikan elemen multimedia yang pelbagai.
Penambahbaikan dari segi penggunakan latar suara sebagai penerangan perlu dimasukkan.

Pemilihan font dan tulisan dalam klip video yang kurang jelas dan tidak bersesuaian untuk
dipaparkan di hadapan kelas. Tambahan pula, terdapat template media yang menggunakan
aplikasi Renderforest tidak membolehkan pemilihan font yang bersesuaian mengikut
kehendak pengguna.

Terdapat video yang menggunakan pemilihan muzik latar yang kurang bersesuaian kerana
nada yang terlalu kuat.

Kreativiti pakej,
Pakej bahan pembelajaran kurang menggabungkan pelbagai elemen multimedia.

Pakej bahan pembelajaran kurang menerapkan ciri-ciri interaktif yang bersesuaian.

(Dalam bahagian ini, anda dikehendaki untuk menghuraikan kelemahan pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital yang dinilai berdasarkan penilaian dan berikan justifikasi
penilaian)
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

(Dalam bahagian ini, anda dikehendaki untuk mencadangkan penambahbaikan terhadap


pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digitalyang dibangunkan khusus kepada video
yang dihasilkan untuk meningkatkan kualiti produk secara keseluruhan)

Justeru itu, penerangan yang lebih lanjut perlu dimasukkan bagi mengukuhkan kefahaman
murid.

Guru perlu mengaitkan jawapan murid dengan topik yang akan dipelajari pada hari tersebut
agar murid dapat membuat interpretasi dengan tepat.

Pedagogi yang diterapkan perlu disusuli dengan penerangan yang lebih lanjut oleh guru bagi
membimbing murid yang lemah.

Soalan-soalan yang berupaya untuk merangsang kemahiran berfikir murid diketengahkan


namun perlu disesuaikan dengan aras kesukaran soalan dari mudah kepada sukar dan
bersesuaian dengan keperluan murid.

Namun begitu, penilaian pengajaran perlu dilaksanakan secara terancang bagi menentukan
murid yang memerlukan penggayaaan dan pemulihan pada akhir pembelajaran.

Latar suara adalah signifikan dalam memudahkan guru membuat penerangan kepada murid
dan meningkatkan kualiti media yang pelbagai.

6.0 PENUTUP
(Dalam bahagian ini, anda dikehendaki untuk membina rumusan secara keseluruhan)

Anda mungkin juga menyukai