Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENDAHULUAN

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi terutamanya Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) banyak membawa perubahan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru (Anuar Ahmad, 2009). Oleh hal yang demikian
menyebabkan kaedah belajar murid-murid di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah
semakin bertambah baik. Tambahan lagi, perkembangan pembelajaran terkini juga
menyaksikan TMK menjadi alat pemangkin utama untuk menyimpan maklumat dan
membantu murid-murid membina pengetahuan baru dalam semua bidang (Lechner & Boli,
2000). Penggunaan TMK di dalam bilik darjah juga secara tidak langsung dapat membantu
guru menekankan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) dan mengubah pedagogi pendidikan
daripada berpusatkan guru (tradisional) kepada pembelajaran berpusatkan murid
(konstruktivisme).

Oleh hal yang demikian, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang
diberi nama “Lets Learn Sounds” telah dibangunkan bagi membantu kanak-kanak yang
menghidapi Cerebral Palsi mengetahui bunyi-bunyi haiwan, kenderaan dan alat muzik. Pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran ini telah dibangunkan menggunakan aplikasi Wix.
Tambahan lagi, pakej digital ini juga dibangunkan dengan merujuk kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1 murid masalah pembelajaran. Klip
video yang dihasilkan adalah berkaitan dengan listening and speaking oleh murid pendidikan
khas, untuk mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan iaitu 1.1.1 Listen and respond
to stimulus given: (i) voice sounds (animal, vehicle) (ii) instrumental sounds (bell, castanet).
Seterusnya, saya juga telah menghasilkan satu video pembelajaran yang diberi nama “ Lets
Learn Sounds of Musical Instrumen”. Klip video tersebut telah dibangunkan melalui aplikasi
animaker. Beberapa elemen multimedia telah dimuatkan ke dalam blog Wix. Di dalam Wix
tersebut, saya telah memuatkan induction set, presentation stage, practice stage, production
stage and closure. Bagi induction set murid telah diperdengarkan dengan bunyi-bunyi alat
muzik terlebih dahulu menggunakan audio. Selepas itu, barulah murid diperkenalkan dengan
nama bagi setiap alat muzik tersebut pada presentation stage menggunakan apalikasi
animaker. Manakala pada practice stage murid diberikan lembaran kerja. Seterusnya, pada
production stage pula murid diuji kefahaman mereka dengan menggunakan quizzes.

1
2.0 DAPATAN ANALISIS PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DIGITAL

Penilaian pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital “Lets Learn Sounds” bagi mata
pelajaran English tahun 1 di bawah tajuk “Listening and Speaking” ini dilakukan berdasarkan
instrumen penilaian yang berfokuskan kepada empat konstruk utama iaitu:

I. Pengisian ataupun kandungan

II. Pedagogi

III. Kualiti Media

IV. Kreativiti pakej

Penilaian ini dilakukan adalah untuk melihat kesesuaian pakej bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dibangunkan mengikut konstruk yang hendak dinilai. Penilaian ini akan
dilaksanakan oleh tiga orang penilai dan perlu memberi respon dengan pemeringkatan item
mengikut tahap skala : (1 = Sangat Tidak Setuju; 2 = Tidak Setuju; 3 – Memuaskan; 4 – Setuju;
5 = Sangat Setuju). Purata yang diperolehi daripada skor penilaian terhadap pakej pengajaran
dan pembelajran yang dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan
kepada penilaian daripada tiga penilai :

Jadual 1 Taburan min penilaian bahan pakej pengajaran dan pembelajaran

N Minimum Maksimum Min

Pengisian/Kandungan 3.0 3.0 5.0 4.5

Pedagogi 3.0 3.0 5.0 4.3

Kualiti Media 3.0 3.0 5.0 4.6

Kreativiti Pakej 3.0 4.0 5.0 4.5

Hasil analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang telah diuji dibentangkan
dalam bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap
konstruk (i) Pengisian dan kandungan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

2
Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan

Item Penyataan Min

i. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang 4.7


disediakan memenuhi pengetahuan sedia ada
murid

ii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang 4.7


disediakan sesuai dengan tahap kognitif murid.

iii. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang 5.0


disediakan releven dengan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

iv. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang 3.7


disediakan dapat mencapai objektif pembelajaran

v. Kandungan pengajaran dan pembelajaran yang 4.7


disediakan dapat menarik perhatian murid

Min 4.5

Berdasarkan jadual 2 di atas, konstruk kandungan pengajaran merujuk kepada bahan


pengajaran yang dihasilkan di dalam pakej digital seperti kandungan set induksi, kandungan
klip video mengikut standard pembelajaran dan kuiz penilaian di akhir proses PdP.
Kandungan atau pengisian yang baik mestilah memenuhi pengetahuan sedia ada murid,
sesuai dengan tahap kognitif murid, relevan dengan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP), dapat mencapai objektif pembelajaran serta menarik perhatian murid.
Data di dalam jadual di atas menunjukkan respon yang positif daripada penilai terhadap
kandungan atau pengisian pakej pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan. Penilai
menyatakan bahan konstruk positif dengan menunujukkan min purata 4.5. Hal ini
menunjukkan bahawa konstruk bagi pengisian atau kandungan yang dimuatkan dapat
membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

3
Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi

Item Penyataan Min

i. Pedagogi yang digunakan bersama dapat 4.7


merangsang pemikiran yang kreatif dan kritis

ii. Pedagogi yang digunakan bersama dapat 4.7


meningkatkan kefahaman murid tentang topik yang
dipelajari

iii. Pedagogi yang digunakan bersama kepada murid 3.7


menyokong Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

iv. Kaedah pedagogi yang digunakan bersama sesuai 4.3


dengan langkah pengajaran

v. Pedagogi yang digunakan bersama sesuai dengan 4.3


tahap kognitif dan gaya pembelajaran murid

Min 4.3

Berdasarkan jadual 3 di atas, konstruk ini membincangkan kaedah pengajaran yang


digunakan di dalam pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital di dalam blog yang
dibangunkan. Pedagogi yang baik mestilah dapat merangsang pemikiran yang kreatif dan
kritis, dapat meningkatkan kefahaman murid tentang topik yang dipelajari, menyokong
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta sesuai dengan tahap kognitif dan gaya pembelajaran
murid. Purata min bagi konstruk pedagogi adalah sebanyak 4.3. Konstruk ini amat penting
untuk ditekankan dalam pembinaan sesebuah blog bagi membolehkan sesi pembelajaran
melalui pakej digital yang disediakan berjalan dengan lancar.

4
Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii) Kualiti
Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media

Item Penyataan Min

i. Klip video yang dihasilkan dapat mengintegrasikan 4.7


elemen gambar dengan menarik dan jelas

ii. Fon yang digunakan adalah sesuai dan menarik 4.3

iii. Kelajuan klip video sesuai dan terkawal 5.0

iv. Audio dan muzik latar klip video adalah jelas dan 4.0
sesuai

v. Klip video dihasilkan dengan amat baik untuk 5.0


mencapai objektif pembelajaran

Min 4.6

Berdasarkan jadual 4 diatas membincangkan tentang konstruk kualiti media. Kualiti


media merupakan satu konstruk yang berbicara tentang sifat media yang berinformatif, mudah
difahami, menarik dan bersesuaian untuk tujuan pengajaran. Media yang baik mestilah
menintegrasikan elemen gambar dengan menarik dan jelas, fon yang digunakan sesuai dan
menarik, kelajuan klip video yang dibangunkan terkawal, audio dan muzik latar yang jelas
serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang diingini. Penilai menunjukkan respon yang
positif bagi konstruk ini dengan nilai min purata sebanyak 4.6. Konstruk kualiti media yang
bagus dapat menarik minat murid untuk memberi tumpuan terhadap klip video yang
ditayangkan.

5
Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (vi)
Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej

Item Penyataan Min

i. Reka letak antara muka pakej bahan pengajaran 5.0


dan pembelajaran yang dibangunkan teratur dan
amat menarik

ii. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.0


dibangunkan dapat mengintegrasikan pelbagai
elemen multimedia dengan baik

iii. Pemilihan elemen multimedia yang meningkatkan 4.3


keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran

iv. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 4.3


dibangunkan mempunyai kesemua ciri-ciri interaktif
yang bersesuaian

v. Pakej bahan pengajaran dan pembelajaran yang 5.0


dibangunkan menyediakan panduan kepada
pengguna pakej.

Min 4.5

Berdasarkan jadual 5 di atas membincangkan tentang konstruk kreativiti pakej.


Konstruk ini berfokuskan pada kreativiti reka letak pakej bahan secara teratur dan juga
bagaimana pemilihan multimedia dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP di dalam
bilik darjah. Konstruk kreativiti pakej yang bagus mestilah dapat mengintegrasikan pelbagai
elemen multimedia dengan baik, mempunyai kesemua ciri-ciri interaktif bersesuaian dan
menyediakan panduan kepada pengguna pakej yang dibangunkan.Berdasarkan jadual di
atas, nilai min purata bagi konstruk kreativiti pakej adalah sebanyak 4.5. Nilai min purata
tersebut menunujukkan respon positif daripada penilai. Tegaslah di sini bahawa konstruk
kreativiti pakej memainkan peranan yang besar dalam usaha untuk menarik minat murid
untuk mengakses blog yang dibina.

6
Kesimpulannya, hasil dapatan analisis pakej bahan pengajaran dan pembelajaran
digital di atas menunjukkan bahawa konstruk yang menerima nilai min purata yang paling
tinggi ialah konstruk kualiti media dengan bacaan purata min sebanyak 4.6. Hal ini
menujukkan bahawa konstruk kualiti media amat menyerlah di dalam pembangunan blog dan
pembinaan klip video. Hal ini dipersetujui oleh ketiga-tiga penilai yang memberikan respon
positif terhadap konstruk kualiti media. Di samping itu, klip video yang dihasilkan juga baik
dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan. Hal ini kerana berdasarkan klip
video yang ditayangkan, pada permulaannya murid akan diajarkan terlebih dahulu nama bagi
setiap alat muzik sebelum diperkenalkan dengan bunyi bagi setiap peralatan tersebut.
Perkara di atas amat bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai pada akhir
pembelajaran murid dapat mengenal, mengecam dan memberi respon terhadap bunyi alat
muzik.

3.0 KEKUATAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL

Antara kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang dibangunkan ialah,
susunan pengisian atau kandungan di dalam blog adalah teratur dan kemas. Hal ini kerana,
di dalam blog tersebut satu pengajaran lengkap tentang bunyi haiwan, kenderaan dan alat
muzik telah dimuatnaik. Satu pengajaran yang lengkap bermula daripada induction set,
presentation stage, practice stage, production stage and closure telah disediakan bagi
memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Tambahan lagi, perkara ini juga akan
menyebabkan pengguna menjadi lebih gemar untuk mengakses blog tersebut kerana mudah
untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang diperlukan kerana kesemua kandungan
disusun dengan teratur. Perkara ini dipersetujui oleh laman web Mega Adworks, yang
menyatakan bahawa susunan laman Web yang teratur dan jelas akan menjadi daya tarikan
kepada pembaca.

Kekuatan pakej bahan digital yang seterusnya, pedagogi yang digunakan amat
bersesuaian denga tahap kognitif murid. Hal ini kerana pedagogi yang digunakan dapat
merangsang minda murid ketika belajar dan membolehkan mereka memberi respon dengan
pantas. Hal ini juga dapat membantu murid untuk memahami proses PdP di dalam bilik darjah
dengan lebih pantas kerana elemen PAK 21 dapat diterapkan melalui pakej bahan pengajaran
dan pembelajaran digital yang digunakan. Elemen PAK 21 yang berpusatkan kepada murid
amat penting untuk diterapkan oleh guru dalam pedagogi yang digunakan bagi membolehkan
murid berdikari dengan diri sendiri agar tidak lagi mengharapkan guru dengan sepenuhnya
untuk menyampaikan maklumat kepada mereka.

7
Di samping itu, kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang lain
ialah fon dan audio yang digunakan semasa klip video yang ditayangkan amat jelas dan
menarik. Hal ini kerana fon yang digunakan besar dan audio yang direkod jelas untuk
didengari. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid memberikan perhatian
dengan sepenuhnya kepada tayangan video kerana fon dan audio yang digunakan jelas untuk
dilihat dan didengar. Perkara ini disokong oleh R. Dhanapal, (2013) yang menyatakan
terdapat beberapa aspek penting yang perlu ditekankan dalam pembinaan video seperti
pengolahan idea yang bagus dan alat pandang dengar (audio visual) yang berkesan. Oleh hal
yang demikian, fon dan audio yang digunakan di dalam klip video sangat bersesuaian untuk
ditayangkan kepada murid khususnya murid pendidikan khas.

Kekuatan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang terakhir ialah klip
video yang dibangunkan menepati standard pembelajaran yang dinyatakan serta dapat
mencapai objektif yang diingini. Hal ini kerana, video yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri
yang bertepatan dengan standard kandungan yang dinyatakan. Antara kandungan yang
terdapat di dalam klip video tersebut, murid akan diajak untuk mengenali nama peralatan
muzik terlebih dahulu sebelum diperkenalkan dengan bunyi alat muzik tersebut. Audio, fon
dan juga gambar yang digunakan untuk memperkenalkan alat muzik tersebut dilihat sangat
jelas dan menarik untuk ditayangkan kepada murid khususnya murid pendidikan khas.
Selepas itu, di dalam klip video tersebut murid akan diperkenalkan dengan bunyi bagi setiap
alat muzik tersebut. Pada tahap tersebut murid juga akan diperkenalkan dengan alat muzik
tersebut dahulu dan bunyi alat muzik pada waktu yang sama. Sebagai contoh, “ Guitar, guitar
sounds” dan bunyi gitar akan terus dimainkan di dalam muzik tersebut. Kaedah sebegini rupa
dapat membantu murid pendidikan khususnya untuk lebih mengingati bunyi bagi setiap alat
muzik yang diperkenalkan. Hal ini kerana murid pendidikan khas mempunyai tahap kognitif
yang berbeza dengan kanak-kanak normal serta memerlukan kaedah latih tubi yang berulang
kali. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung klip video yang ditayangkan dapat
mencapai standard pembelajaran dan objektif yang diingini kerana pada akhir pembelajaran
murid pendidikan khas dapat mengenal, mengecam dan memberi respon terhadap setiap
bunyi alat muzik yang ditunjukkan.

8
4.0 KELEMAHAN PAKEJ BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIGITAL

Antara kelemahan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ialah susunan pengisian
atau kandungan blog yang tidak menarik serta menyebabkan murid tidak dapat memberi
perhatian sepenuhnya terhadap apa yang hendak di ajar. Hal ini kerana kandungan WIX yang
dibangunkan didapati hanya mengandungi banyak tulisan yang menjelaskan setiap makumat
yang inigin disampaikan. Secara tidak langsung, akan menyebabkan murid menjadi bosan
untuk mengakses bahan-bahan yang dimuatnaik ke dalam WIX tersebut kerana mengandungi
banyak tulisan berbanding gambar ataupun klip video berkaitan.

Kelemahan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang seterusnya ialah,
tayangan video yang ditayangkan mengambil masa yang terlalu lama sehingga menyebabkan
murid menjadi bosan dan hilang tumpuan untuk langkah pengajaran yang seterusnya. Oleh
hal yang demikian, dalam pembinaan sesebuah klip video haruslah menitikberatkan beberapa
aspek yang penting bagi memastikan video yang ditayangkan menarik dan tidak
membosankan. Hal ini dipersetujui oleh Ngu Hang Ling, (2012) penggunaan video dalam
tempoh masa yang lama akan menyebabkan murid menjadi bosan serta sukar menangkap
isi penting dalam video yang ditayangkan.

Kelemahan bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang seterusnya ialah gambar
yang digunakan di dalam tayangan klip video ialah bukan gambar peralatan muzik yang
sebenar namun gambar yang digunakan ialah gambar peralatan muzik kartun. Bagi murid-
murid pendidikan khas khususnya gambar apa sahaja yang ditayangkan mestilah gambar
yang sebenar bagi sesuatu peralatan untuk membolehkan mereka mendapat bayangan yang
sebenar bagi sesuatu perkara yang diajar. Oleh hal yang demikian, sebelum membina klip
video beberapa aspek penting haruslah diberi perhatian seperti kesediaan murid untuk
menerima apa yang hendak diajar dan adakah ia bersesuaian dengan tahap kognitif dan
keupayaan mereka.

Kelemahan yang terakhir bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital ini ialah
pedagogi yang digunakan tidak mampu menyokong Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Hal ini kerana standard pembelajaran yang ingin dicapai adalah berada pada tahap yang
rendah iaitu mengenal, mengecam dan memberi respon terhadap bunyi yang diajar. Oleh hal
yang demikian menyebabkan pedagogi yang digunakan langsung tidak menyentuh soalan
ataupun pembelajaran yang berkaitan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Hal ini
menyebabkan murid pendidikan khususnya tidak didedahkan dengan pembelajaran yang

9
menyokong KBAT namun hanya diperkenalkan dengan nama-nama peralatan muzik dan
bunyi bagi setiap perlatan tersebut.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan bagi pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
bagi konstruk kandungan atau pengisian ialah dengan memuatnaik lebih banyak gambar
ataupun klip video bagi menjelaskan sesuatu maklumat daripada menjelaskannya
menggunakan tulisan sahaja. Hal ini kerana apabila menggunakan gambar ataupun klip video
dapat menarik minat dan perhatian murid untuk memberikan perhatian kepada maklumat
yang ingin disampaikan. Seterusnya, secara tidak langsung dengan memuatnaik lebih banyak
gambar ataupun klip video juga akan menjadikan WIX yang dibangunkan lebih cantik dan
menarik untuk dilihat dan diakses.

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah, memendekkan lagi tayangan


klip video bagi mengelakkan murid menjadi bosan untuk melihat dan mempelajarinya. Hal ini
kerana sesetengah murid pendidikan khas khususnya yang mempunyai masalah dalam
memberi perhatian dalam satu tempoh masa yang lama, tidak menonton dan melihat klip
video yang ditayangkan. Oleh hal yang demikian, video yang ditayangkan mestilah menarik,
mempunyai input dan tidak memakan masa yang lama bagi membolehkan murid pendidikan
khas memberi perhatian dan mempelajari sesuatu daripada tayangan klip video tersebut.

Seterusnya, gambar peralatan muzik yang digunakan di dalam klip video tersebut juga
mestilah menggunakan gambar yang sebenar. Hal ini bagi membantu murid mendapat
gambaran yang sebenar bagi seseuatu objek. Tambahan lagi, gambar kartun yang digunakan
kadang-kadang dilihat mempunyai sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan gambar yang
sebenar. Oleh hal yang demikian, bagi membangunkan sesebuah klip video yang bagus
banyak aspek yang perlu dititikberatkan dan diberi penekanan bagi memastikan video yang
dibina bersesuaian dengan tahap kognitif murid yang hendak diajar serta dapat mencapai
objbektif yang telah ditetapkan.

Cadangan penambahbaikan yang terakhir ialah elemen KBAT bagi kanak-kanak


pendidikan khas khususnya sepatutnya dikurangkan. Hal ini kerana murid pendidikan khas
mempunyai tahap kognitif yang berbeza daripada murid normal bahkan lebih rendah daripada
mereka. Bagi menggantikan kaedah pengajaran yang berbentuk KBAT guru boleh
menggunakan kaedah pengajaran berbentuk latih tubi. Latih tubi dilihat lebih bersesuaian

10
untuk digunakan bagi kanak-kanak pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal
dan mengetahui tentang sesuatu perkara seperti yang diperkenalkan di dalam klip video.

6.0 PENUTUP

Tuntasnya, dalam era globalisasi ini guru haruslah kreatif dan berinovasi dalam proses PdP
dengan memasukkan elemen TMK di dalam bilik darjah bagi membolehkan murid tidak
menjadi bosan dan lebih berminat untuk belajar. Hal ini kerana dengan mewujudkan elemen
TMK semasa proses PdP dapat membantu murid dan guru untuk menerapkan PAK 21 ketika
di dalam bilik darjah. Secara keseluruhan pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dibangunkan mendapat respons positif bagi setiap konstruk yang diajukan berdasarkan
nilai purata min yang diperolehi. Hal ini membuktikan bahawa blog yang dibangunkan dan klip
video yang dibina sangat baik dan berguna bagi kanak-kanak pendidikan khas khususnya.
Hasil daripada penilaian pakej juga beberapa kekuatan dan kelemahan bagi pakej bahan
pengajaran dan pembelajaran digital dapat dirungkaikan serta telah diberikan bebera pa
cadangan penambahbaikan. Akhir sekali, pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital
yang dibina sangat membantu kanak-kanak cerebral palsi khususnya dalam mempelajari
mengenal bunyi haiwan, kenderaan dan alat muzik.

11

Anda mungkin juga menyukai