Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Amalan pendidikan secara tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka bersaing dalam
senario pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, murid-murid perlu mengaplikasi strategi
penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara kolaboratif dan
berkomunikasi untuk belajar (Seels & Richey 1994). Oleh itu persekitaran pembelajaran masa
kini perlu melibatkan pelbagai strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan TMK.
Penghasilan media pengajaran dan media pembelajaran berasaskan TMK dan
penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah menjadi satu standard bagi
pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
proses pengajaran dan pembelajaran (Awanis & Nora, 2006).

2.0 Dapatan Analisis Video

Penilaian pakej pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Prasekolah 6 tahun di bawah Tunjang Kemanusiaan KM 4.1 memahami warisan budaya
masyarakat Malaysia (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2016) dilaksanakan
berdasarkan instrument penilaian yang memfokuskan kepada empat konstruk berikut:

(i) Pengisian/Kandungan
(ii) Pedagogi
(iii) Kualiti Media
(iv) Kreativiti Pakej

Penilaian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian pakej pengajaran dan pembelajaran
yang dibangunkan mengikut konstruk yang dinilai. Penilai perlu memberi respon dengan
menggunakan instrumen penilaian mengikut skala Likert dengan pemeringkatan setiap item
mengikut tahap (1 =sangat tidak sesuai; 2 = tidak sesuai; 3 =sederhana; 4 =sesuai; 5 =sangat
sesuai). Purata skor penilaian terhadap pakej pengajaran dan pembelajaran yang
dibangunkan ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah berdasarkan kepada penilaian daripada
tiga penilai:

1
Jadual 1 Taburan min penilaian pakej pengajaran dan pembelajaran

N Minimum Maksimum Min

Pengisian/Kandungan 3 4.8 6 5.6

Pedagogi 3 5.4 6 5.6

Kualiti Media 3 5.8 6 5.9

Kreativiti Pakej 3 5.8 5.8 5.8

Analisis data bagi setiap item dalam setiap konstruk yang diuji dibentangkan
dalam bentuk purata min. Jadual 2 menunjukkan hasil penilaian secara purata min
terhadap konstruk (i) Pengisian/Kandungan pakej pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 2 Purata min konstruk pengisian/kandungan


Item Pernyataan Min

5
i. Kandungan bersesuaian dengan tahap umur.
5
ii. Kandungan dapat membantu murid memahami
topik yang diajar.
5
iii. Kandungan menggunakan pendekatan yang
induktif (spesifik ke umum).
4.6
iv. Kandungan yang memberi peluang kepada murid
untuk meneroka.
5
v. Kandungan yang bersesuaian dengan
pembelajaran abad ke-21.

Berdasarkan jadual 2 di atas mendapati min tertinggi ialah 5. Manakala min yang
paling rendah terhadap pembinaan item ke-5 dan mendapat min sebanyak 4.6 Ini kerana
terdapat beberapa kandungan yang mempunyai tahap kognitif yang agak tinggi. Ini kerana
tajuk yang dipilih adalah Budaya Malaysia terdapat beberapa isi kandungan yang ditulis
sukar untuk kanak-kanak fahami. Sebagai contoh Lagu Gong Xi Fa Cai ialah lagu rasmi bagi
perayaan China. Jika pakej ini digunakan di sekolah luar bandar yang peratus bangsa
Cinanya adalah sedikit, mungkin kanak-kanak sukar untuk memahaminya. Ini kerana mereka

2
tidak bercampur dengan bangsa lain dan persekitaran mereka adalah berbangsa melayu
sahaja.

Jadual 3 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (ii)
Pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 3 Purata min konstruk pedagogi


Item Pernyataan Min

4.6
i. Arahan dan penerangan yang jelas.
4.6
ii. Pembelajaran berpusatkan murid.
4.6
iii. Pengaplikasian konsep belajar sambal bermain.
4.6
iv. Pembelajaran secara konteksual.
4.6
v. Penilaian secara formatif (kuiz) untuk menguji
keberkesanan pdp.
5
vi. Penggunaan laras bahasa yang mudah difahami.

Berdasarkan jadual 3 di atas hanya item ke-6 sahaja mendapat min 5 manakala item
pertama hingga item ke-5 mendapat min 4.6. Kaedah penyampaian pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan adalah sangat jelas, mudah difahami dan menepati ciri-ciri item
penilaian. Pakej yang dibina adalah untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Arahan dan
penerangan yang diberikan adalah mudah dan tidak terlalu panjang. Pakej ini juga membantu
kanak-kanak untuk meneroka sendiri topik yang hendak diajar iaitu Budaya Malaysia. Di
samping, tajuk yang dipilih mempunyai perkaitan dengan kehidupan mereka iaitu
persekitararan mereka bersama bangsa India, China dan lain-lain. Oleh itu, pakej yang dibina
sangat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan meneroka dengan lebih mendalam.

Jadual 4 menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap konstruk (iii) Kualiti
Media pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan skala Likert 5 tahap.

Jadual 4 Purata min konstruk kualiti media


Item Pernyataan Min

5
i. Penggunaan jenis media yang pelbagai.
5
ii. Tulisan yang jelas dan mudah difahami.
4.6
iii. Paparan yang lancar tanpa gangguan.

3
5
iv. Pemilihan media yang mempunyai unsur nilai
murni.
5
v. Unsur-unsur yang dapat menarik minat pelajar.
5
vi. Sumber media yang terkini.

Berdasarkan jadual 4 di atas purata min konstruk kualiti media bagi kesemua
item mendapat min 5 kecuali item yang ke-3 mendapat min 4.6. Ini kerana terdapat
aktiviti permainan yang memerlukan Internet untuk menggunakannya. Tambahan,
pakej yang dihasilkan mempuyai media audio dan video. Jenis media yang pelbagai
menambahkan lagi kreativiti pakej dan menjadikan pakej tidak membosankan. Video
yang dipilih juga amat menarik dan menyeronokkan kerana video yang dipilih adalah
menerusi cerita karton upin dan ipin. Seperti yang diketahui cerita ini amat popular
dalam kalangan kanak-kanak. Di samping terdapatnya unsur-unsur nilai murni yang
diterapakan menerusi video upin dan ipin. Oleh itu, dengan pemilihan video yang
sangat menarik ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk meneroka.

Jadual 5 pula menunjukkan hasil penilaian secara purata min terhadap


konstruk (vi) Kreativiti Pakej bagi pakej pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
skala Likert 5 tahap.

Jadual 5 Purata min konstruk kreativiti pakej


Item Pernyataan Min

5
i. Kombinasi warna yang sesuai.
5
ii. Penyususnan topik dan subtopik yang sistematik.
4.6
iii. Penggunaan animasi yang dapat menarik
perhatian murid.
4.6
iv. Wujud unsur inovasi
4.6
v. Pakej yang boleh meningkatkan motivasi murid
untuk menjawab soalan.
5
vi. Keupayaan kreativiti pakej dalam membantu
keberkesanan pdp.

4
Berdasarkan jadual 5 di atas didapati bahawa item pertama, kedua dan ke-6
mendapat min 5 manakala yang ke-empat mendapat min 4. Penggunaan animasi di
dalam pakej pembelajaran adalah kurang. Pakej menggunakan multimedia bunyi bagi
meningkatkan pemahaman isi kandungan. Unsur inovasi di dalam pakej pembelajaran
juga kurang diterapkan. Ini kerana Si Pembina pakej lebih mementingkan
penyampaian isi kandungan yang mudah difahami berbanding menerapkan unsur-
unsur lain. Begitu juga dengan item yang ke-5 iaitu pakej pembelajaran yang boleh
meningkatkan motivasi murid untuk menjawab soalan. Soalan-soalan yang dibina juga
kurang sesuai untuk tahap umur kanak-kanak.

3.0 Kekuatan Pakej Pengajaran dan Pembelajaran


Pakej yang dihasilkan mempunyai elemen-elemn multimedia yang memudahkan guru untuk
menyampaikan bahan pembelajaran dan murid berasa terlibat dalam proses pembelajaran
kerana teknologi media membolehkan berlakunya interaktiviti. Multimedia dalam pendidikan
adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara
guru dengan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Noraiti & Boon Pong,
2012). Murid yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh
mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaran, bakat, keperluan,
pengetahuan dan emosinya. Elemen asas multimedia yang digunakan ialah bunyi. Pakej yang
disediakan mempunyai teks yang memerlukan kemahiran membaca kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak yang sudah boleh untuk membaca, teks itu mudah untuk difahami. Manakala
bagi kanak-kanak yang masih belum boleh untuk membaca bunyi dan audio telah disediakan
untuk kanak-kanak mendengar isi kandungan teks. Oleh itu, walaupun kanak-kanak masih
belum menguasai kemahiran membaca, kanak-kanak masih boleh untuk menggunakan pakej
ini. Tambahan pakej ini menyediakan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk. Jika pakej
menyediakan teks semata-mata tanpa meletakkan gambar, sudah pasti kanak-kanak cepat
bosan dan tidak berminat untuk belajar. Pada usia 6 tahun ini adalah tidak sesuai jika isi
pembelajaran berasakan teks sahaja. Oleh itu, penggunaan multimedia yang pelbagai ini
dapat membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran yang ingin disampikan.

4.0 Kelemahan Pakej Pengajaran dan Pembelajaran


Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sejak lahirnya teknologi audio sekitar pertengahan abad 20, media
audio telah digunakan untuk keperluan pembelajaran. Menurut Ellington (1993) media audio
merupakan bahan ajaran yang memudahkan.

5
Pakej yang disediakan mempunyai unsur audio yang kurang jelas. Ini kerana audio
yang terdapat didalam pakej dihasilkan sendiri dengan menggunakan suara sendiri. Oleh itu
terdapat audio yang kurang jelas difahami dan audio yang terlalu laju. Di samping itu, audio
yang dihasilkan tidak dapat dikawal sendiri dan dimainkan secara automatik.

5.0 Penutup
Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi
untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an
dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu
membawa keajaiban di dalam bilik darjah. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia
dan pendidikan tidak lenyap. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang.
Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kini dengan adanya pakej
pembelajaran isi pembelajaran mudah disampaikan. Malah, yang lebih menyeronokkan lagi
mereka akan belajar sambil bermain kerana terdapat aktiviti-aktiviti pengukuhan yang
disediakan. Murid-murid tidak akan rasa terbeban apabila menggunakan pakej pembelajaran
yang disediakan. Di samping objektif yang ingin disampaikan akan tercapai.

6
Rujukan

Ellington, Willion H. Race. (1993). Producing Teaching Material. London: Kogan Page.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2016). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru
Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Terengganu: Kertas
Kerja Pembentangan Seminar SITMA.
Noriati A.Rashid, Boon Poon Yiang & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Teknologi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Edisi Kemas Kini. Selangor: Oxford Fajar.
Seels, Lionel Richie. (1994). Instructional Technology: The Definition and Domain of the
Field. Washington: AECT.

Anda mungkin juga menyukai