Anda di halaman 1dari 2

SOP Waktu Tidur

SebelumTidur
Pendidik/Pengasuh/PPM ;
1. asingkan kanak-kanak mengikut jantina dan
umur
2. memastikan kanak-kanak berpakaian yang
bersih dan selesa
3. kanak-kanak digalakkan untuk membantu
menyiapkan sendiri tempat tidur mereka dengan
bimbingan pendidik/pengasuh/ppm
4. kanak-kanak membaca doa tidur sambil
dibimbing oleh pendidik/pengasuh/ppm bagi
kanak-kanak muslim
5. boleh memperdengarkan alunan zikir/muzik
yang menenangkan atau membacakan buku
cerita (bedtime story)
6. pastikan kanak-kanak berbaring di kot/tilam
masing-masing
7. gunakan selimut, jika perlu. (bergantung kepada
suhu bilik TASKA)

Semasa Tidur
Pendidik/Pengasuh/PPM ;
1. padamkan lampu dan tutupkan langsir supaya
suasana bilik tidak terlalu terang
2. mengawasi kanak-kanak yang sedang tidur
3. bagi kanak-kanak yang belum tertidur, pastikan
mereka berbaring dan berehat di tempatnya
4. sekiranya mereka masih enggan tidur selepas
setengah jam, asingkan mereka, berikan aktiviti
yang senyap dan tidak mengganggu rakan lain
yang sedang tidur.

Bangun Tidur
1. Kanak-kanak membaca doa selepas bangun
tidur.
2. Kanak-kanak digalakkan mengemas tempat
tidur masing-masing dan membantu rakan
Pendidik/Pengasuh/PPM membimbing dan
membantu mereka, jika perlu.
3. Kanak-kanak bersedia untuk mandi atau
membersihkan diri.

Anda mungkin juga menyukai