Anda di halaman 1dari 6

Pelan Lantai Prasekolah

Perbualan pagi dan main


bebas

(Morning Circle)
Pusat kerohanian dan
Meja
guru
Moral

Komputer

P
I
N
T
U T
i
Papan putih
T n
i g
n k
g a Taman
k p Permainan
a
p Sudut Manipulatif

Dewan Makan

pintu

Dapur

Stor
Tandas Tandas
(L) (P)
Justifikasi Pelan Lantai Prasekolah

1.0 Pengenalan

Pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang cekap akan membantu


memaksimumkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Perancangan yang rapi
serta teliti perlu dibuat mengikut kesesuaian dengan objektif dan tujuan yang ditetapkan.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan, bersesuaian dengan kehendak semasa dan
jangka masa yang panjang. Ruang dalam bangunan prasekolah meliputi pusat
pembelajaran, dapur, tandas, ruang luar dan ruang makan. Menurut Dr Hashimah dan
Yahya (2007), persekitaran prasekolah yang kondusif, menarik dan kemas dapat membantu
meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

2.0 Peralatan dan Ruang

2.1 Meja Guru

Meja guru perlu diletakkan di hadapan sebelah kiri kelas dan berhampiran dengan murid
supaya guru dapat memantau dengan mudah dan cepat. Kedudukan guru yang
berhampiran dengan sebilangan besar murid di dalam kelas memberikan peluang kepada
guru untuk berinteraksi dengan murid-murid. Kedudukan meja guru yang berada di hadapan
akan menyebabkan kontak mata antara guru dengan setiap murid lebih jelas. Guru boleh
memfokuskan perhatiannya secara menyeluruh kepada setiap murid.

2.2 Papan Putih

Papan putih diletakkan di hadapan sudut kognitif dan sudut sains dan teknologi supaya
semua murid dapat melihatnya. Pemilihan penggunaan papan putih berbanding dengan
papan hitam ialah kerana papan putih senang untuk dibersihkan dan juga bagi mengelakkan
debu- debu kapur menjejaskan kesihatan guru dan murid. Papan putih berfungsi
memaparkan maklumat di dalam kelas semasa guru mengajar. Semua info dapat dikongsi
bersama oleh murid dan semua murid mendapat peluang belajar.

2.3 Pintu, Tingkap dan Rak Kasut

Terdapat dua pintu di sebelah kiri dan 2 pintu di sebelah kanan untuk memudahkan aliran
masuk dan aliran keluar murid. Manakala terdapat satu pintu kecemasan di sebelah kanan
kelas bagi keselamatan murid. Pintu juga sentiasa dibuka untuk pengudaraan supaya murid
selesa.Ini akan menjadikan bilik darjah lebih kondusif dan mesra budaya. Begitu juga
dengan tingkap bilik darjah. Tingkap terdapat di sebelah kanan dan kiri kelas untuk
pengudaraan yang baik dan juga udara yang lebih segar. Rak kasut diletakkan di luar kelas
supaya tiada bau yang kurang menyenangkan dari kasut.

2.4 Ruang Dapur

Ruang dapur menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang untuk murid-murid.


Pembantu akan mengikut menu yang yang telah ditetapkan oleh KPM. Ruang ini juga wujud
bertujuan untuk membimbing murid untuk mengamalkan nilai-nilai murni serta adab-adab
makan. Ruang ini juga mempunyai tempat untuk menyimpan segala bahan basah dan
bahan kering. Bukan itu sahaja, ruang ini juga sesuai untuk aktiviti memasak semasa tema
makanan,minuman, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2.5 Ruang Tandas

Ruang ini diwujudkan agar dapat melatih murid untuk menggunakan tandas dengan cara
yang betul. Seterusnya dapat memperkenalkan konsep kebersihan dalam penggunaan
tandas dan pengurusan diri sendiri contohnya memakai selipar ketika memasuki tandas dan
mencuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas. Tambahan, menanamkan
konsep-konsep adab semasa menggunakan tandas contohnya membaca doa sebelum dan
selepas menggunakan tandas (Hamzah,2008). Di samping, dapat memperkenalkan tandas
mengikut jantina untuk dipraktikkan apabila murid-murid berada diluar rumah dan di tempat-
tempat awam.

2.6 Ruang Luar

Ruang luar digunakan untuk aktiviti-aktiviti bermain secara fizikal. Ruang luar juga dapat
membentuk dan melatih otot-otot motor kasar dengan melalukan aktiviti bermain. Bukan itu
sahaja, ruang ini juga dapat menyediakan tempat pembelajaran yang menyeronokkan,
bebas dan bermakna (Kasnani Karim,2006). Ruang ini dapat memberi peluang kepada
murid untuk bersosialisasi dan membentuk perkembangan literasi dengan cara yang betul
(Kasnani Karim 2005).

3.0 Sudut dan Pusat

3.1 Sudut Bahasa atau Bilik Bacaan

Terdapat sudut bahasa di prasekolah. Ia merangkumi pusat bacaan dan bercerita.


Sudut bahasa ini penting kerana dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi
murid-murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Bukan itu sahaja malah murid
dapat berinteraksi dengan bahan bacaan, bahan bergambar dan bahan bercetak.
Seterusnya dapat menambahkan perbendaharaan kata dan mengukuhkan kemahiran
bahasa dan memupuk minat membaca dan sayangkan buku. Peralatan yang diperlukan
untuk sudut bahasa kelas prasekolah adalah rak buku untuk buku cerita, buku bergambar,
buku besar, buku bersiri dan ensiklopedia. Selain itu, kad bacaan seperti kad huruf, kad
sukukata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan dan kad bergambar.

3.2 Sudut Sains dan Teknologi

Sudut sains kadangkala dipanggil sudut penerokaan tempat di mana murid-murid meneroka,
membuat penemuan, menilai dan membuat keputusan tentang bahan dan peralatan. Setiap
murid boleh membuat penemuan. Sediakan alatan dan bahan yang sesuai yang akan
membolehkan mereka membuat percubaan (Putri Zabariah,2006). Alatan tidak perlu yang
canggih, contohnya dengan alat seperti kanta pembesar kanak-kanak boleh memerhatikan
air, bayang-bayang, matahari, langit, bumi dan membuat penemuan sendiri selepas
pemerhatian. Contoh alat untuk sudut sains ialah alat pengukur seperti pembaris, peta,
timbang, penimbang berat badan, sudu besar atau kecil, cawan atau sudu pengukur dan
alat mengukur suhu Sudut ini mengandungi 4 unit komputer bagi kegunaan murid di dalam
kelas untuk membolehkan mereka mengakses kepada dunia luar dan mendapatkan
maklumat mengenai pembelajaran mereka. Sudut ini juga mempunyai jadual
penggunaannya tersendiri iaitu mengikut kumpulan.

3.3 Sudut Dramatik

Sudut dramatik biasanya mempunyai peralatan seperti kuali, periuk, peti sejuk, mop,
penyapu, sudu dan garpu, pinggan dan mangkuk, dan juga telefon. Peralatan tambahan
pula biasanya pakaian, anak patung, dan cermin. Kotak props disediakan untuk
membolehkan murid mengembangkan aktiviti kerjaya. Semasa mengumpul bahan untuk
kotak props perlu diingat bahan matematik dan literasi, props binaan, tiket dan duit olok-olok
disusun atau disimpan dengan baik.

3.4 Pusat Kognitif

Pusat Kognitif penting kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran murid-murid dan
menyokong pembelajaran matematik melalui aktiviti pra-matematik dan pengukuran. Selain
itu, ia berfungsi untuk menyokong pembelajaran asas sains melalui aktiviti pengelasan,
perbandingan, pemerhatian dan eksperimen. Peralatan yang diperlukan adalah kanta
pembesar, teropong, kitaran hidup haiwan. Meja murid berbentuk separa “U” supaya mereka
dapat melihat papan putih di hadapan dengan lebih jelas. Pandangan mereka akan
menghadap ke arah hadapan tanpa perlu menoleh ke kanan ataupun ke kiri. Apabila guru
mengajar, murid dapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa perlu mengalih
kerusi atau berdiri. Meja ini juga tidak mempunyai bucu yang tajam dan dapat mengelakkan
sebarang kecederaan.
3.5 Pusat Manipulatif

Pusat Manipulatif di prasekolah berfungsi meningkatkan kemahiran motor halus murid,


meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan menggalakkan murid bekerja dalam
kumpulan. Ini disebabkan mereka akan sibuk bergerak dan berinteraksi ketika menjalankan
aktiviti di pusat ini. Antara peralatan yang diperlukan oleh pusat ini ialah blok yang pelbagai
bentuk, papan aktiviti, manik mengira, peralatan dapur, puzzle dan rak menyimpan barang.

3.6 Pusat Kerohanian dan Moral

Pusat kerohanian dan moral menyediakan persekitaran yang membolehkan murid memupuk
semangat cintakan agama, memupuk nilai dan akhlak yang baik, menyedari adanya Tuhan
sebagai pencipta alam dan memupuk semangat cintakan Negara.

4.0 Penutup

Penyediaan pelan lantai yang disusun dengan baik memerlukan kreativiti yang tinggi.
Kebiasaannya saiz kelas prasekolah tidak terlalu luas jadi adalah menjadi masalah utama
dalam menyusun atur perabot serta ruang-ruang yang memenuhi kehendak komponen-
komponen pembelajaran prasekolah (Dr. Shahizan dan Ahmad Shabudin, 2005). Guru perlu
merancang peralatan serta perabot dengan baik bagi memberi keselesaan murid-murid
mengikuti aktiviti pembelajaran selain menitikberatkan aspek keselamatan. Dekorasi yang
baik akan memudahkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid.
.Pelaksanaan aktiviti di prasekolah seharusnya bersesuaian dengan tahap perkembangan
dan kematangan murid. Penyediaan aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangkan tahap
pemikiran murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai