Anda di halaman 1dari 15

Topik 1 Pengenalan kepada Pendidikan Matematik Awal Kanak-kanak

1.1 Tanggapan Salah Terhadap Pendidikan Awal Matematik

1.2 Teori-teori dalam Pembelajaran Matematik di Awal Kanak-kanak


1.2.1 Teori Piaget dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak
1.2.2 Lev Vygotsky dan Teori Perkembangan Sosial
1.2.3 Teori Enam Peringkat Zoltan P. Dienes
1.2.4 Tiga Mod Perwakilan Jerome Bruner

1.3 Panduan Baik dalam Pendidikan Awal Matematik


1.3.1 Cadangan NCTM bagi Matematik Awal Kanak-kanak
1.3.2 Cadangan daripada Persatuan Guru Matematik Australia

1.4 Standard Kandungan Matematik Awal Kanak-kanak


1.4.1 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
1.4.2 Standard Kandungan Matematik Prasekolah Hawaii
1.4.3 Standard Kandungan Matematik Pra-sekolah NCTM dan
NAEYC
Topik 1 Pengenalan kepada Pendidikan Matematik Awal Kanak-kanak

1.1TANGGAPAN SALAH TERHADAP PENDIDIKAN AWAL MATEMATIK


 Tanggapan-tanggapan ini boleh memberi kesan kepada pemahaman
matematik awal kanak-kanak dan bagaimana subjek ini harus diajar dan
dipelajari kanak-kanak.
 Boleh menjadi penghalang kepada pelaksanaan amalan baik dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

 Tanggapan 1 - Matematik adalah subjek yang sukar dipelajari kanak-kanak


 Matematik sering dianggap sebagai mata pelajaran formal yang sukar
untuk diajar serta untuk belajar.
 Sering timbul keraguan sama ada matematik harus diajar dan dipelajari
secara formal dalam pendidikan awal kanak-kanak.
 Terdapat orang yang membangkitkan isu “mengapa kita perlu menjadi
begitu kejam dan melibatkan kanak-kanak dalam pemikiran tahap tinggi
apabila melakukan aktiviti atau latihan matematik” dan
 “Mereka perlu diberi lebih banyak masa untuk bermain dan bukan
belajar subjek seperti matematik”
 Ironinya matematik wujud di mana-mana, termasuk dalam kehidupan
seharian kanak-kanak.
 Mereka bermain dan menggunakan matematik tanpa disedari.

 Tanggapan 2 - Demi tidak membebani kanak-kanak, kita hanya mengajar


mereka asas nombor dan bentuk.
 Guru tidak boleh memandang rendah kebolehan kanak-kanak serta naluri
semulajadi mereka terhadap subjek matematik.
 Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa anak-anak muda suka
menyelesaikan masalah matematik melalui permainan.
 Matematik awal kanak-kanak juga boleh menjadi lebih mendalam dan
luas.
 Ia harus meliputi beberapa topik matematik asas yang utama serta
melangkaui pelbagai topik kompleks yang lain.
 Topik-topik ini termasuk nombor dan operasi, geometri (bentuk dan
ruang), algebra (corak), ukuran, penyelesaian masalah dan juga konsep
statistik dan analisis data.

 Tanggapan 3 - Ketika di awal kanak-kanak, pembelajaran bahasa adalah


lebih penting daripada pembelajaran matematik. Oleh itu, dalam pengajaran,
kita perlu memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa dan bukan kemahiran
matematik.
 Kedua-dua bahasa dan matematik adalah penting
 Pendidikan matematik adalah sebahagian daripada pendidikan bahasa
dan literasi.
 Apabila kita mengajar anak-anak muda matematik, secara tidak langsung
mereka belajar kemahiran membaca, bercakap dan menulis bahasa
matematik.
 Pembelajaran bahasa meningkatkan pembelajaran matematik dan begitu
juga sebaliknya.

 Tanggapan 4 - Sudah mencukupi bagi kanak-kanak mempunyai sedikit


pemahaman matematik tetapi tidak relevan untuk memberi mereka penilaian
matematik.
 Adalah penting bagi guru menilai pemahaman dan kemahiran matematik
kanak-kanak dari masa ke masa.
 Untuk guru mengetahui kekuatan dan kelemahan kanak-kanak serta
membantu mereka dengan menyediakan aktiviti atau latihan matematik
yang sesuai agar mereka menjadi lebih baik dalam matematik.
 Penilaian harus dilakukan dalam pelbagai pendekatan bukan hanya
melalui pemerhatian.

 Tanggapan 5 - Tidak sesuai mengajar kanak-kanak matematik dengan


menggunakan komputer.
 Sesetengah guru berpendapat bahawa komputer adalah alat pembelajaran
yang tidak baik bagi kanak-kanak.
 Mereka merasakan bahawa komputer adalah media anti-sosial. Ia
menghalang kanak-kanak berinteraksi secara aktif antara satu sama lain.
 Namun, masalah ini tidak harus diletakkan pada komputer sahaja. Guru
perlu bertanggungjawab dan bijak dalam pembelajaran matematik
menggunakan komputer.
 Komputer adalah alat yang sangat berkesan, terutama sekali bagi
pembelajaran matematik.
 Sekiranya guru dapat memanfaatkan kegunaannya, ia dapat
meningkatkan kemahiran matematik kanak-kanak.

1.2TEORI-TEORI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI AWAL


KANAK-KANAK
 Terdapat banyak teori pendidikan dan pembelajaran yang memberi tumpuan
kepada bagaimana kanak-kanak belajar di peringkat awal kehidupan.
 Teori-teori ini dikenali sebagai teori perkembangan awal kanak-kanak yang
juga digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah matematik.

1.2.1 Teori Piaget dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak


 Jean Piaget (1896-1980) merupakan salah seorang pakar psikologi kanak-
kanak yang telah menghabiskan banyak masa dan tenaga mengkaji
perkembangan kognitif kanak-kanak.
 Teori beliau adalah asas dalam konstruktivisme yang menekankan bahawa
pembelajaran perlu dibina dari setiap pengalaman individu.
 Dia juga percaya bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan
kesinambungan antara konsep yang sudah dipelajari dengan konsep yang
baru diperoleh bagi pembelajaran berkesan berlaku.
 Piaget melahirkan 4 tahap perkembangan kanak-kanak, iaitu:

a) Tahap Sensorimotor (0 hingga 2 Tahun)


 Tahap ini adalah disifatkan oleh perkembangan progresif kanak-kanak
dalam konsep objek kekal.
 Objek kekal bermakna kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk
mencari objek yang berada di luar pandangan mereka.
 Contoh, kanak-kanak mampu mencari mainannya yang mungkin
diletakkan di dalam laci.
 Mereka bergantung sepenuhnya pada 5 deria mereka (bau, rasa, dengar,
melihat dan sentuhan)
 Mereka mengembangkan pemahaman tentang idea-idea atau konsep
melalui pengalaman konkrit.
 Bersifat egosentrik dan hanya mampu melihat dunia dari perspektif
mereka sendiri.

b) Tahap Praoperasi (2 hingga 7 Tahun)


 Pada tahap perkembangan ini, kebanyakkan kanak-kanak masih
egosentrik.
 Terhad dalam kebolehan berfikir secara rasional dan logik.
 Lebih selesa bekerja dengan objek konktrit.
 Dapat mengembangkan keupayaan bahasa mereka.
 Mula memahami konsep urutan dan susunan objek dan dapat
menyelesaikan satu langkah masalah logik menggunakan bahan
manipulatif.
 Di peringkat ini, anda boleh membantu mengembangkan kemahiran asas
mereka dalam penambahan dan penolakan
 Kerana mereka masih selesa dengan objek konkrit, menggabungkan
penggunaan bahan-bahan konkrit seperti blok sebagai alat untuk kanak-
kanak meneroka idea asas matematik.
 Pembelajaran mereka banyak dipengaruhi oleh perwakilan visual objek
yang mereka lihat kerana pemikiran pada peringkat ini hanya satu
dimensi.

c) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)


 Pada tahap ini kanak-kanak mengembangkan keupayaan mereka berfikir
secara logik.
 Mereka mampu untuk mengelaskan dan menyusun objek berdasarkan
ciri-ciri khusus dan bukan hanya memberi tumpuan kepada perwakilan
visual.
 Mereka juga dapat melihat perkara-perkara dari dimensi yang berbeza
dan boleh menerima bahawa terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan
jawapan kepada setiap masalah.
d) Tahap Operasi Formal (12 hingga 16 Tahun)
 Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi bergantung semata-mata pada
pengalaman konkrit.
 Mereka dapat berfikir dengan cara logik dan abstrak.
 Sesuai untuk mengajar mereka untuk menganalisis, mensintesis dan
membuat hopotesis.
 Dari perspektif matematik, kanak-kanak pada tahap ini bersedia untuk
pemikiran matematik yang lebih tinggi dan abstrak.

Tahap Perkembangan Ciri-ciri Kemahiran Matematik


Kognitif yang Boleh Dipelajari
Sensorimotor  Egosentrik;  Menjalinkan satu objek
(0 hingga 2 tahun)  Menggunakan kepada yang lain;
kesemua deria untuk  Memadankan nombor
belajar; kepada objek;
 Bergantung pada objek  Mencari objek yang
konkrit; tersembunyi;
 Penggunaan bahasa  Mengira objek yang
yang terhad; dan konkrit; dan
 Memahami objek  Menyebut nombor
kekal. (contohnya; 1 - 10)
Praoperasi  Egonsentrik;  Menghubungkan satu
(2 hingga 7 tahun)  Kemahiran bahasa dengan satu;
yang asas;  Menyelesaikan satu
 Belajar menggunakan langkah masalah logik
lima deria; dan menggunakan bahan
 Bergantung pada manipulatif;
pengalaman konkrit.  Klasifikasi, susunanan
dan urutan;
 Penambahan dan
penolakan asas; dan
 Membezakan objek
mengikut bentuk dan saiz
Operasi Konkrit  Pemikiran logik;  Klasifikasi dan seriasi
(7 hingga 12 tahun)  Klasifikasi lanjutan;
berdasarkan ciri-ciri  Penyelesaian pelbagai
khusus; dan bagi satu masalah;
 Konsep dimensi.  Fungsi asas; dan
 Ukuran rutin.
Operasi Formal  Penaakulan, logik,  Kebolehan memahami
(12 hingga 16 tahun) pemikiran abstrak; konsep matematik
 Dapat membentuk abstrak; dan
hipoteses; dan  Dapat membezakan dua
 Dapat melihat perkara- situasi matematik.
perkara dari pelbagai
perspektif.

Jadual 1.1: Empat Tahap Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Kemahiran
Matematik

1.2.2 Lev Vygotsky dan Teori Perkembangan Sosial


 Lev Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi kanak-kanak terkenal
dan dikenali ramai kerana beliau pengasas Teori Perkembangan Sosial.
 Teori Vygotsky memberi tumpuan kepada kepentingan interaksi sosial dan
budaya pada pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
 Pembelajaran ialah berasaskan pengantara interaksi sosial dalam kalangan
kanak-kanak dan interaksi antara pelajar dan lain-lain yang “lebih
berpengetahuan”.
 Memperkenalkan konsep ZPD, Zon Perkembangan Sosial.
 Beliau menjelaskan bahawa terdapat jurang antara apa yang pelajar mampu
belajar sendiri dan apa yang boleh dipelajari dengan sokongan dan bantuan
daripada rakan-rakan terutamanya yang lebih berpengetahuan.
 Jurang ini dikenali sebagai Zon Perkembangan Proksimal.
 Menurut Vygotsky, tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk mengembangkan
keupayaan pembelajaran mereka dan mencapai pemahaman yang lebih baik
sekiranya mereka dibenarkan untuk belajar dalam persekitaran pembelajaran
yang mempunyai interaksi rakan sebaya.
 Keadaan ini dikatakan sebagai lintasan ZPD.
Pencapaian semasa kanak-kanak ZPD

Rajah 1.2: Konsep ZPD Vygotsky

 Berdasarkan teori Vygotsky, peranan guru bukan sahaja untuk mengajar


tetapi cuba menyampaikan pengajaran yang bermakna serta berinteraktif
komuniti di dalam bilik darjah.
 Bagi Piaget, kanak-kanak boleh membina dan belajar matematik secara
berkesan dengan berinteraksi dengan objek fizikal.
 Bagi Vygotsky, pembelajaran matematik adalah lebih berkesan dengan
memberikan kanak-kanak bekerja dan berinteraksi dakam sebuah unit atau
kumpulan.
 Guru perlu sentiasa menggalakkan aktiviti pembelajaran dan kerjasama
berkumpulan, dan bukan melihat pembelajaran individu dan pengajaran bilik
darjah dalam bentuk diktatik.

1.2.3 Teori Enam Peringkat Zoltan P. Dienes


 Zoltan P.Dienes (1916-2014) adalah seorang ahli matematik Hungary yang
sinonim dengan blok Multi-base (juga dikenali sebagai blok Dienes) yang
dicipta untuk pengajaran nilai tempat.
 Untuk membuat pembelajaran matematik menarik bagi kanak-kanak, perlu
mewujudkan persekitaran tidak formal iaitu kanak-kanak belajar matematik
melalui permainan, menyanyi, menari dan menggunakan bahan-bahan
manipulatif.
 Teori Enam Peringkat Pembelajaran Matematik Dienes ialah:

a) Peringkat Bermain dan Interaksi Bebas


 Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar matematik dengan menggunakan
pendekatan cuba dan jaya.
 Mereka meneroka dan mencari sendiri idea matematik melalui
eksperimen dan berinteraksi secara bebas dengan situasi atau objek.

b) Peringkat Bermain dengan Peraturan


 Peringkat ini melibatkan kemahiran permainan dengan peraturan.
 Permainan ini dikaitkan dengan kaedah atau cara dan idea-idea
matematik sering wujud dalam peraturan ini.
 Permainan ini banyak membantu kanak-kanak memperkembangkan idea
peraturan matematik

c) Peringkat Perbandingan
 Ini melibatkan kanak-kanak membandingkan permainan yang berbeza
dengan peraturan yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan atau
pemainan dengan peraturan yang berbeza.
 Perbandingan sebegini membantu kanak-kanak memahami kepentingan
peraturan.
 Langkah pertama memperkenalkan mereka kepada sesuatu yang abstrak
dan cara peraturan boleh dibentuk.

d) Peringkat Perwakilan
 Pada peringkat ini, kanak-kanak memahami abstrak dan peraturan
berpandukan gambar rajah.
 Penggunaan rajah seperti anak panah, gambar, carta dan jadual yang
betul membantu kanak-kanak untuk memahami apa yang dipelajari.

e) Peringkat Simbol
 Pada peringkat ini, kanak-kanak diperkenalkan kepada penggunaan
simbol, seperti simbol matematik, untuk mewakili abstrak.

f) Peringkat Formal
 Pada peringkat ini, kanak-kanak mempelajari cara merumuskan aksiom,
teorem dan bukti-bukti bertulis.
 Berdasarkan Teori Enam Peringkat, ia jelas bahawa pembelajaran matematik
boleh dilakukan dengan cara tidak formal, dengan memberi motivasi dan
permainan yang memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk belajar dan
bermain.

1.2.4 Tiga Mod Perwakilan Jerome Bruner


 Jerome Bruner (1915-kini) adalah seorang ahli psikologi yang telah memberi
banyak sumbangan kepada teori kognitivisme dan konstruktivisme serta
teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.
 Bagi Bruner, pengajaran matematik tidak seharusnya tertumpu kepada
penghafalan perkara matematik seperti konsep, kategori dan prosedur
tradisional seperti penyelesaian masalah.
 Kanak-kanak harus dibenarkan untuk meneroka, mencari atau membentuk
pengetahuan mereka sendiri.
 Terkenal dengan Teori Tiga Mod Perwakilan iaitu mod enaktif, mod ikonik
dan mod simbolik.
 Mod perwakilan adalah sebagai cara di mana kanak-kanak memanipulasi
atau menyusun maklumat.
 Kanak-kanak berubah dari satu mod ke mod yang lain mengikut
perkembangan mereka.

a) Mod Enaktif (berkembang pada tahun pertama)


 Pada peringkat enaktif, maklumat mengenai peristiwa lalu disimpan di
dalam memori dan dizahirkan dalam bentuk tindak balas motor.
 Ertinya, kemampuan untuk melakukan sesuatu dalam bentuk tindakan
seperti melakukan tugasan fizikal dan bukannya berimaginasi atau
diterangkan dengan perkataan.
 Contohnya, kanak-kanak telah belajar dari pengalamannya bahawa
menggoncangkan botol plastik berisi pasir akan menghasilkan bunyi.
 Kanak-kanak itu akan menggoncang botol dari semasa ke semasa, bagi
menunjukkan keupayaannya untuk menghasilkan bunyi.
 Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar dengan melakukan perbuatan,
bukan dengan pemahaman.
b) Mod Iknonik (berkembang pada tahun ke dua dan seterusnya)
 Pada peringkat ini, kanak-kanak menggambarkan dan menyimpan
maklumat dalam bentuk imej.
 Ia digambarkan sebagai mempunyai “gambar dalam minda”.
 Pemikiran kanak-kanak dikaitkan dengan ikon atau imej mental dan imej
mental ini dibentuk apabila melihat, mendengar, mencium atau
menyentuh objek konkrit.

c) Mod Simbolik (berkembang dari tahun ke tujuh dan seterusnya)


 Pada peringkat ini, kanak-kanak mula dapat menyimpan maklumat
dalam bentuk simbol, atau menggunakan bahasa.
 Bahasa sebenarnya “simbol” berkuasa yang digunakan untuk menyusun
dan menghuraikan maklumat.
 Simbol-simbol lain adalah nombor dan muzik.

 Dua mod perwakilan yang pertama, mod enaktif dan mod ikonik adalah
terhad kepada pengalaman konkrit dengan objek yang kanak-kanak boleh
lihat atau sentuh.
 Mod simbolik pula melibatkan konsep abstrak yang mungkin tidak hadir
secara fizikal tetapi hanya wujud sebagai idea dan boleh dinyatakan
menggunakan simbol-simbol yg sesuai seperti bahasa.
 Pada tahun awal perkembangan kanak-kanak, mungkin kurang sesuai
mengajar mereka simbol. Oleh itu, pembelajaran matematik harus
melibatkan aktiviti secara fizikal.
 Beberapa contoh aktiviti fizikal:
a) Bergerak atau berjalan;
b) Menyentuh objek konkrit yang boleh dilihat atau disentuh;
c) Mengira objek konkrit yang boleh dilihat atau disentuh;
d) Mengkategorikan objek mengikut warna; dan
e) Mengkategorikan objek mengikut bentuk.
 Apabila kanak-kanak bersedia untuk beroperasi pada mod ikonik,
penggunaan gambar dan imej yang sesuai membantu meningkatkan
pemahaman matematik mereka.
 Simbol bahasa dan matematik memainkan peranan yang sangat penting
apabila kanak-kanak dapat menunjukkan perwakilan mod simbolik.
 Ia adalah pada peringkat ini, kanak-kanak mula meneroka konsep-konsep
matematik yang agak abstrak.

Penyelidik Teori dan Konsep


Jean Piaget (1986-1980)  Teori Empat Tahap Perkembangan
Lev Vygotsky (1896-1934)  Teori Pembangunan Sosial
 Pengenalan Konsep ZPD
Zoltan P. Dienes (1916-2014)  Teori Enam Peringkat Pembelajaran Matematik
Jerome Bruner (1915- kini)  Teori Tiga Mod Perwakilan

Jadual 1.2: Teori-teori dalam Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak

1.3PANDUAN BAIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


 Perlu mengetahui matlamat dan objektif pengajaran matematik awal kanak-
kanak supaya aktiviti pengajaran yang dirancang menjurus ke arah
pencapaian matlamat dan objektifnya.
 Perlu mengkaji cadangan untuk subjek matematik awal kanak-kanak agar
dapat membentuk strategi pengajaran pendidikan matematik yang berkualiti
kepada kanak-kanak.

1.3.1 Cadangan NCTM bagi Matematik Awal Kanak-kanak


 Majlis Kebangsaan Guru Matematik (NCTM) dari Amerika Syarikat
menyatakan bahawa pendidikan matematik peringkat awal (3-6 tahun) yang
boleh ditafsir, mencabar dan berkualiti tinggi adalah perkara asas yang
penting dalam pembelajaran matematik di masa hadapan.
 Aspek cadangan NCTM bagi mencapai pendidikan matematik berkualiti
tinggi adalah seperti berikut:

a) Meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak dalam matematik;


b) Memperkembangkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman masa lalu;

c) Fokus kepada perkembangan kognitif, bahasa, fizikal dan sosial-emosi;

d) Memastikan kesepaduan dan kesesuaian urutan yang penting dalam idea


matematik;

e) Mengintegrasikan matematik dengan aktiviti lain dan matematik dengan


subjek yang lain;

f) Menyediakan bahan, masa serta sokongan guru yang mencukupi agar


kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran melalui
bermain;

g) Menggunakan pelbagai strategi, kaedah dan aktiviti untuk menggalakkan


konsep dan idea matematik; dan

h) Menyediakan penilaian yang bernas dan berterusan untuk menyokong


pembelajaran.

1.3.2 Cadangan daripada Persatuan Guru Matematik Australia


 Sebahagian daripada cadangan untuk pendidik awal matematik adalah seperti
berikut:

a) Memanfaatkan rasa ingin tahu kanak-kanak untuk membantu mereka


memperkembangkan idea matematik;

b) Menggunakan kurikulum yang sesuai atau menekankan pendekatan


pengajaran bermain;
c) Memastikan bahawa idea matematik yang diajar relevan dengan
kehidupan masa kini kanak-kanak dan membentuk asas untuk
pembelajaran matematik di masa hadapan;
d) Sentiasa memberi motivasi dengan mengiktiraf dan meraikan pencapaian
kanak-kanak;

e) Menggalakkan kanak-kanak untuk melihat diri mereka sebagai ahli


matematik yang berani meneroka subjek matematik serta menyelesaikan
masalah yang mencabar;

f) Mereka bentuk pembelajaran yang menggalakkan interaksi sosial dalam


kalangan kanak-kan dan dengan guru;

g) Menyediakan masa, ruang dan bahan pembelajaran yang sesuai;

h) Memberi penekanan pada penggunaan bahasa yang tepat untuk


menerangkan idea matematik;

i) Mengenal pasti bahawa keupayaan pembelajaran setiap individu adalah


berbeza dan cuba untuk memenuhinya;

j) Peka terhadap perbezaan sosial-budaya dalam kalangan kanak-kanak


apabila mereka bermain atau melakukan aktiviti untuk kanak-kanak;

k) Menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara aktif


dalam berkongsi idea matematik dan berkomunikasi;

l) Mentaksir perkembangan matematik kanak-kanak melalui pelbagai


kaedah seperti pemerhatian, perbincangan, mendengar respon
kanak-kanak semasa aktiviti bercerita, menemubual kanak-kanak dan
sebagainya;

m) Maklumat dari penilaian bukan sahaja digunakan dalam pemantauan


perkembangan kanak-kanak tetapi lebih penting untuk membimbing
guru dalam merancang tindakan susulan, tugas, aktiviti dan intervensi
pembelajaran yang lebih berkesan; dan
n) Sentiasa bersedia untuk meneroka pendekatan pedagogi baharu dan
menghabiskan masa mengumpul idea-idea baharu bagi memastikan
kanak-kanak diberi pendidikan matematik yang berkualiti.

1.4STANDARD KANDUNGAN MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK


 Merujuk kepada set kandungan matematik yang perlu disentuh dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik awal kanak-kanak.

1.4.1 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


 KSPK secara ringkas mengariskan apa yang perlu diajar dalam matematik
awal:

a) Konsep pranombor
b) Nombor
c) Operasi asas
d) Wang
e) Masa
f) Bentuk dan ruang

Anda mungkin juga menyukai