Anda di halaman 1dari 27

KREATIVITI Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan kreativiti?

Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu. Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai; Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6) Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah; a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.

Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains. i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman ii) menikmati kehidupan yang dialami iii) menghargai diri sendiri iv) mengamalkan kebebasan v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran CIRI-CIRI KREATIVITI a) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. b) Sensitif dan peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria. c) Idea yanga sli dan tulin seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. d) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. e) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.

f) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI a) Perkembangan Kreativiti Fisher i) Peringkat Rangsangan merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain. ii) Peringkat Penerokaan peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul. iii) Peringkat Perancangan menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu; perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagai. Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai. iv) Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?. v) Kajian semula peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. b) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;

i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) bimbingan penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri. c) Calvin W.Taylor i) Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan dan bebas mengikut kemampuan sesuai dengan perkembangan fizikal yang belum stabil. Pada peringkat ini gambaran melalui garisan dan contengan mudah. ii) Kreativiti melalui penghasilan proses penambahbaikan kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun rapi. iii) Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksperimentasi. Pada peringkat ini motoivasi dan galakan diberi untuk mengelakkan rasa bosan dan putus asa. iv) Kreativiti bersifat inovatif melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. v) Kreativiti bersifat emergen bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagai contoh, figura manusia yang digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan asalnya.

Benar jika dikatakan ini adalah abad bersaing, persaingan dalam segala-galanya; bisnes, pendidikan, industri, penyelidikan, seni, hiburan, pekhidamatan, penulisan, pengiklanan,dan sebagainya. Ini adalah zaman yang mana idea diterjemah secara inovatif. Inovatif adalah seni mengekploitasi idea-idea kreatif dalam pelbagai konsep, bentuk dan kritiria secara maksimum oleh innovator dan lansung kepada pengguna. Justeru itu, idea kreatif penting pada zaman inovatif ini. Idea yang menghidupkan inovasi. Tanpa idea, inovasi tidak berlaku dan akhirnya produk, sistem serta perkhidmatan tidak mampu menangani kehendak dan masalah manusia yang beragam serta kompleks. Matthew J. menjelaskan, persaingan pada abad inovosi ini adalah kemampuan organisasi ataupun individu menerbitkan dan menterjemahkan idea-idea inovatif.

2.0 KREATIVITI SECARA UMUM Daripada banyak kebolehan semulajadi yang dianugerahkan kepada manusia. Kebolehan kreatif biasanya membawa perasaan istimewa dan eksklusif kepada diri individu yang mempunyai kebolehan itu kerana dia sering dianggap memepunyai beberapa kualiti yang sejati yang jarang dijumpai. Kualiti inilah yang membezakan individu tersebut dari kumpulan majority manusia yang kurang kreatif. Walau bagaimanapun, penyelidikan saintifik kebelakangan ini membawa kepada pemahaman yang lebih jelas berkenaan krativiti dan juga kepada pendekatan yang lebih realistik untuk menjalankan kajian-kajian tentangnya. Sejak tiga dekad yang lalu didapati bertambahnya minat terhadap bidang ini dan ada penyelidik-penyelidik yang berpendapat bahawa semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif ; dan dengan adanya persekitaran serta teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur (Jones 1972: vii) Kini fenomena bertambahnya minat terhadap bidang kreativif dilihat oleh sesetengah golongan manusia sebagai satu perkembangan yang besar dalam pendidikan. Namun begitu ada pula yang menganggap bahawa minat baru ini sebagai sesuatu yang bersifat semntara dan akan lenyap dengan cepat. Disamping itu ada pula mereka yeng begitu berazam untuk memupuk bakat dan kemahiran kreatif dalam kalangan pelajar dan golongan ini tidak terlepas daripada kritikan serta kesangsian umum. Contohnya, Ausubel pernah menyatakan seawal tahun enam puluhan lagi bahawa pengajaran untuk memupuk sifat kreatif merupakan satu keganjilan terbaru yang terus meningkat subur dalam bidang pendidikan pada masa ini.

Kurang persetujuan terhadap definisi istilah kreativititelah menyebabkan wujudnya gerak balas yang berbeza-beza terhadap soal kreativiti. Para penyelidik masingmasing cuba member tafsiran dan definisi sendiri tentang konsep kreativiti. Menurut Foster (1971), definisi-definisi ini dinyatakan dari pelbagai segi misalnya dari segi psikologi, falasafah, sosiologi, statistik ; ada definisi yang khusus bunyinya dan ada pula yang sangat umum. Vernon dan rakan-rakannya (Vernon, Adamson dan Vernon, 1977: 67) telah merumuskan masalah tentang definisi seperti berikut. Secara tradisional kreativiti meupakan sesuatu yang bermisteri dan hanya pada kebelakangan ini sahajalah terdapat usaha-usaha untuk mengkaji kreativiti sebagai satu fenomena semulajadi. Kita masih belum mendapat satu definisi yang memuaskan, walaupun beberapa definisi yang baik telah dikemukakan. Betapa rumitnya masalah yang berhubung definisi perkataan kreativiti ini terbayang dalam satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang penyelidik British yang bernama Hitchfield (1973 : 111) yang berkata bahawa perkataan kreativiti yang belum dapat ditemui dalam kamus.

3.0 DEFINISI KREATIF Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Terdapat banyak definisi kreativiti. Antara definisi tersebut ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1 Definisi Kreativiti Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai: i. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. ii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. iii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan. Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Manakala inovasi adalah hasil pemikiran kritis dan kritif yang member makna baru kepada sesuatu yang bersifat kreatif.

4.0 DEFINISI KANAK-KANAK Perkembangan dan pertumbuhan membincangkan perkembangan manusia dari peringkat bayi sehingga kematian. Kelakuan manusia dari setiap peringkat adalah sangat berbeza apabila mereka telah mencapai peringkat dewasa. Manusia telah dikaji sejak bayi lagi iaitu ketika di dalam kandungan. Kita dapat lihat pergerakan manusia bermula dari rahim ibu yang kemudiannya dilahirkan menjadi bayi dan kemudiannya membesar menjadi kanak-kanak. Apabila mengalami proses kematangan, mereka akan memasuki alam remaja yang banyak menimbulkan perbezaan dari aspek mental dan fizikal dan seterusnya menjadi seorang yang lebih dewasa. Peringkat terakhir dalam kitaran hidup manusia ialah kematian yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil yang dimaksudkan

sebagai manusia muda iaitu seorang yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi sebelum menjadi orang dewasa. Kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kanak-kanak awal serta kanak-kanak pertengahan dan akhir, kanak-kanak awal dari usia bayi sehingga umur 6 tahun manakala kanak-kanak pertengahan dan akhir di antara 7 tahun sehingga 12 tahun. Akhirnya kanak-kanak pertengahan dan akhir adalah kanak-kanak mula ingin mengetahui sesuatu yang mereka lihat dan perhatikan.

5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK PIAGET Jean Piaget percaya bahawa semua kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual. Kebanyakan idea muncul hasil pemerhatian terhadap anak-anaknya sendiri yang Berjaya menyelesaikan masalah pemikiran. Piaget dipengaruhi oleh dua proses yang membantu dalam perkembangan intelek, iaitu asimilasi dan akomodasi. Menurut Santrock (2006), asimilasi berlaku apabila kanak-kanak menggabungkan ilmu pengetahuan baharu dalam ilmu pengetahuan sedia ada. Akomodasi berlaku apabila kanak-kanak mengubahsuai skema kepada persekitaran. Suatu skema ialah konsep atau kerangka yang wujud dalam minda individu untuk mengkordinasikan dan menginterpretasikan maklumat. Skema terdiri daripada suatu aspek mudah seperti skema sebuah kereta kepada aspek komplek seperti apa-apa yang terkandung dalam dunia ini. Menurut Santrock (2006), saranan istilah penyeimbangan (equilibration ) oleh Piaget merupakan satu mekanisme untuk menerangkan cara kanak-kanak mengalih pemikiran dari satu tahap ke satu tahap yang lain, pengalihan pemikiran berlaku apabila kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau ketidak seimbangan ( disequilibrium) dalam percubaan untuk memahami dunia dan persekiran. Seterusnya, mereka menyelesaikan konflik dan memperolehi keseimbanagn pemikiran. Dalam pemerhatian Piaget, terdapat emapat tahap dalam perkembangan kognitif seperti berikut:

5.1 tahap sensory motor (sejak lahir hingga 2 tahun)

Pada tahap ini, persepsi bayi adalah melalui dunia, dalam usia ini, bayi cuba belajar mengkordinasikan pergerakkan dengan informasi daripada derianya. Pada tahap ini juga, pengekalan objek (object permanent ), iaitu suatu pemahaman objek tersebut tidak kelihatan didepannya, hal ini bermakna pada tahap ini belum wujud ini kreativiti pada kanak-kanak tersebut. 5.2 tahap praoperasi (sejak 2 tahun hingga 6 atau 7) pada tahap ini, kanak-kanak mula mewakili dunia dengan kata-kata dunia dengan kata-kata dan imej. Pada tahap ini juga, kanak-kanak mula menggunakan bahasa bahasa dan memikir secara simbolik, tetapi kekal intuitif dan egosentrisme. Egosentrisme ialah ketidakupayaan untuk membezakan antara perspektif seorang dengan seorang yang lain. Contohnya : father: Mary, is mommy there? Mary: (silent nods) Father: Mary, can I speak to mommy? Mary: (nods again silent) Respon Mary ialah egosentrik kerana dia gagal menyedari bahawa dia tidak boleh melihat anggukkan. Dalam pada itu, penumpuan pada sesuatu sifat sehingga mengabaikan yang lain. Sifat ini adalah cirri-ciri kank tahap praoperasi. Ciri-ciri sesuatu adalah sama walaupaun objek mungkin bertukar sifatnya apabila dilihat secara luaran dengan mata kasar.

5.3 Tahap operasi konkrit (umur 7 tahu sehingga 11 tahun) Suatu perkembangan pada tahap ini ialah kanak-kanak menguasai konservasi, iaitu konsep tentang berat, jisim dan bentuk objek yang berubah. Menurut Coon idan Mitterer (2007), kank-kanak telah mempelajari konservasi, apabila mereka memahami bahawa tanah liatdapat dibentuk dalam bentuk ular tidak akan meningkatkan berat tanah liat. Dalam pada itu, menuang air kedalam gelas yang tinggi dan sempit kedalam piring yang cetek tidak akan mengurangkan jumlah kandungan air. Semasa dalam tahap ini, kanak mulai berfikiran kreatif dan mampu mengapalikasikan penggunaan bahan untuk seatu yang baru, malah kanak-kanak juga mulai menggunakan konsep masa, ruang dan nombor. Mereka ini dapat berfikir secara logik atau situasi konkrit, ketogeri dan prinsip-prinsipnya. 5.4 Tahap operasi formal ( 11 tahun keatas) Pada tahap ini kanak-kanak mula berfikir kepada prinsip abstrak seperti demokrasi, pengiktirafan dan pemikiran. Mereka mula keluar daripada memikir secara konkrit dan contoh spesifik yang dilakukan pada tahap operasi konkrit.

Kanak-kanak pada tahap ini juga boleh memikir tentang pemikiran menjadi kurang egosentrik. Dalam pda itu, keupayaan intelek dewasa adalah misi utama dalam opersi formal ini. Mereka boleh memahami bagaimana yang dikatakan konsep ruang, komposisi, bentuk, rupa dan sebagai. Boleh menghasilkan obejk bersifat 3 dimensi.

6.0 KREATIVITI DAN KANAK-KANAK Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran. E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. apakah sifat-sifat istimewa yang mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun; a) Bebas b) Seronok mempelajari perkara baru c) Sifat ingin tahu d) Suka bermain/ keseronokkan e) Peserta yang aktif Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.

Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif, bagaimana dikatakan persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak tersebut? Dan bagaimana kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin permulaan yang baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses pemikiran kreatif. Kreativiti sangat susah untu kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak. 6.1 kreativiti kanak-kanak Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif( Lowenfeld 1975). Menurut Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk operasi yang terdiri daripada;

a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat b) memori, yang menrima dan menyimpan maklumat c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang selari dengan pemikiran kreatif e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan. 6.2 Seni bahasa pertama kanak-kanak kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya biasanya akan bertambah baik. Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme dalaman yang ditunjukan oleh mereka.

6.3 Seni membantu perkembangan kanak-kanak Melalui seni, kanak-kanak mendapat kemahiran dan membangunkan konsep yang meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran. Perkembangan kanak-kanak ini boleh dilihat dari segi: a) Fizikal, seni membantu kanak-kanak membangunkan fizikal untuk membaiki keupayaan untuk mengawal besar dan kecil otot dan mengawal dan membaiki coordinasi tangan-mata. Penyediaan pelbagai bahan dan alat membantu kanakkanak ini meningkatkan keupayaan mereka untuk mengawal basar dan kecil otot kanak-kanak tersebut.

b) Hal ini kerana keseronokan mereka mengambil alat, mangangkat barangan seni, dan lain-lain sebenarnya automatic menyumbang kepada perkembangan fizikal. Selain daripada itu, permainan yang melibatkan penggunaan mainan doughs liat dan tanah liat meningkatkan kekuatan jari. Penggunaan berus dan easel mengawal lengan dan pergelangan tangan. c) Emosi dan sosial, seni juga membantu kanak-kanak membangunkan emosi untuk menjadi lebih berkeyakinan. Murid boleh berinterakasi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan

seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti kumpulan yang dibentuk. d) Kreativiti, latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di seni juga mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir

e) Kognitif, penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang menggalakkan kanak-kanak ini berfikir, malah mengembangkan minda kanak-kanak yang mempunyai msalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

7.0 PENUTUP Jelas disini apabila kita mengkaji berkenaan kreativiti, segalanya adalah bermula dari perkembanagan kanak-kanak. Tahap kekreatifan kanak-kanak boleh dilihat secara berperingkat, seperti yang diperjelaskaskan melalui teori perkembanagn kanak-kank piaget, yang terdiri dari empat tahap yang menunjukkan perubahan yang amat ketara. Disamping itu, melalui tahap ini kita boleh mengenal peringkat kreativiti kanak-kanak dan secara aktifnya, kanak-kanak akan memperlihatkan tahap kekreatifan pada usia empat tahun seperti yang dikatakan oleh E. Paul Torrance (1964), kerana padavtahap ini la kanak-kanak cuba memahami segala yang ada disekitarnya dan mengaplikasikan kedalam bentuk seni. Umpamanya, mengikut pengalaman daripada diri saya sendiri, pada usia ini, saya mula melukis, ayam, manusia, pokok namun ia msih dalam bentuk dua dimensi yang masih belum boleh mencapai tahap operasi formal yang boleh melihat kepada bentuk tiga dimensi.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain 30042010 Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak

terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas danberskala besar. Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan

Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanakkanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Dua teori kanak-kanak artistik telah di kenalpasti. Mmg pada peringkat umur Aisyah dan Qayyum dorang suka menconteng. Alaaa...tak payah nak cakap kat anak2 la, aku dulu pun pernah conteng dinding jugak. Bukan jer umah aku, termasuklah rumah jiran dan rumah sedara mara. Semua aku belasah. Hahaha... kena la marah dgn ibu dan ayah. Sama la kaedahnya sekarang. Klu diingat time dulu2 kala, mmg seronok

kot melukis kat dinding. Rasa macam pelukis gitu...hahaha!! Rasa seronok tgk hasil sendiri. Agak2nya itulah yg dirasakan oleh anak2 aku tu...kehkeh! Bila time berherbinasi, boleh la berkompromi sikit dgn anak2! Klu tanya Aisyah apa yg dilukisnya kat dinding, dia jawab huruf 'A' . Laaa...nak belajar rupanya si Aisyah ni, terus aku ajar cemana nak buat huruf 'A' tu. Tapi bukanlah kat dinding, tapi kat atas kertas. Dah pas pun anak mama buat huruf 'A'. Skrg ni tgh belajar buat huruf 'B' pulak. Tak past2 lagi, tapi rupa dah ada laaa.... Bila tanya Qayyum pulak, dia lukis apa. Dia cakap 'momok'. Pengaruh tv! Pengaruh vcd! hancur-hancur. Kenapa momok? sbb kat umah pengasuhnya, atok suka psang vcd momok. Takutkan budak2 tu...suruh duduk diam2. jgn panjat2! jgn lari2!. Tak boleh salahkan atok. Ada sebab atok buat mcm tu. Takut budak2 jatuh..pecah kepala...hah!! Itu pendekatan atok suruh budak2 duduk diam. Kat rumah aku tak boleh tiru cara atok tu, sebab aku mmg tak layan tgk citer2 hantu ni!!! dalam erti kata lain, aku takut ar!!! hahaha... Berbalik pada cerita conteng2 Aisyah dan Qayyum, tak la teruk sgt conteng2 tu, setakat garisan lurus dengan bentuk bulat2 jer. Sama la mcm teori dari Huwitz dan Day. Skrg ni ajar dorang conteng2 kat buku, kat kertas. Ajar dorang mewarna dan menulis (utk Aisyah). Kadang2 Qayyum terbabas jugak conteng kat dinding. Budak tu tak makan saman. Dia tak paham kot! "JANGAN CONTENG DINDING". So, kesimpulannya. Budak2 conteng dinding adalah normal. itu salah satu cara dia belajar dan mengembangkan kretivitinya. Ibu bapa jugaklah yang perlu memainkan peranan. belikan dorang kertas besar utk di conteng ataupun whiteboard. Klu rumah korang besar bolehlah buat satu sudut kretiviti. tapi klu rumah kecik cam aku ni, boleh la beli kertas putih yg besar tu. Buat la apa ko nak!! Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanakkanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses

pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Kanak-kanak umumnya belajar sambil bermain. Bagi mereka, aktiviti bermain memberikan kepuasan di samping memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka alam sekeliling. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak- kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan

peringkat adolescent art. (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY Peringkat Manipulatif (2-5 tahun) Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun) Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun) (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula

membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermula daripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanak- kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat kedua adalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism. (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali.

Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. (d) Peringkat Visual Realism Peringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik. Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanakkanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education. - Hurwitz dan Day (2001)

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarg terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanakkanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang

di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. (d) Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk

TEORI KREATIVITI OLEH VICTOR LOWENFELD

Beliau di lahir di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts dibandar yang sama. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna

dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Beliau dilantik menjadi Pengarah Kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai wartime visual aids consultant dalam tentera laut. Beliau menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni diinstitut ini dan dilantik menjadi Pengerusi Art Department. Beliau berhijrah ke The Pennsylvania State University dan menjawat jawatan sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Beliau juga terkenal dengan Visual-Haptic theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna dan merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. Beliau meninggal dunia pada tahun 1960. Teori kreativiti Victor Lowenfeld. Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Victor Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Lowenfeld membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development. Galakan mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh diukur melalui 4 komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibelity), keaslian(originality), kepekaan (sensitiviti).

Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada penyediaan masalah. Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat toleransi. Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses

mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

Tokoh Kreativiti - Ellis Paul Torrance Tokoh Ellis Paul Torrance, merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti masih lagi segar dan digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Fathers Of Creativity). Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah Torrence Test of Creative Thinking (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu.

Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu iaitu dari segi penyoalan ,tujuannya adalah untuk merangsang pemikiran seseorang pelajar melalui proses penyoalan dalam sesuatu pembelajaran,ianya adalah sangat penting dan perlu dipraktikkan sepanjang pembelajaran. Di samping itu, penyoalan juga boleh mengalakkan dan merangsang daya pemikiran pelajar agar lebih berkesan. Di dalam proses pembelajaran seni visual, sesi kritikan seni boleh melahirkan dan mewujudkan cetusan pemikiran kritikal yang baik. Dari segi penemuan adalah merupakan satu aspek yang penting dalam usaha untuk memberikan galakan dan ransangan oleh guru kepada pelajar untuk tujuan mengalakkan penemuan-penemuan yang terkini melalui kajian dan juga penyelidikan. Dalam hal ini pelajar digalakan mencuba serta melakukan berbagai ekplorasi dan eksperimen bagi mencari penemuan terkini melalui aktivitiaktiviti seni visual.

Manakala dari segi pemerhatian ataupun observasi adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian

tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deriaderia lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar. Beliau juga melakukan percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya. Dari segi penerokaan yang dibuat kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Manakala memanipulasi kepada seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan dari melakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya. Melalui aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

TEORI KREATIVITI TAYLOR Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya Multiple Creative Talent, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Dalam teorinya Taylor telah menyarankan lima jenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Jenis-jenis kreativiti berkenaan adalah secara kreativiti bersifat ekspresif iaitu selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Kebanyakan lukisan yang dihasikan oleh kanak-kanak pada peringkat ini adalah secara bebas. Hasil lukisan itu juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan keadaan fizikal mereka yang belum stabil. Pada peringkat ini hasil lukisannya adalah dalam bentuk contengan dan penggunaan garisan yang tidak terkawal. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya. Kedua iaitu kreativiti melalui penghasilan/teknikal menjelaskan bahawa ianya merujuk kepada kecekapan dan keupayaan seseorang pelajar dalam menghasilkan karya. Dalam peringkat ini pendidik perlulah membantu pelajar bagi tujuan menambahbaikan kemahiran yang sedia pada mereka kepada satu kaedah yang lebih sistematik dan terancang dengan sempurna. Ketika ini peranan pendidik sangat penting kerana pelajar memerlukan bimbingan bagi mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sempurna dan sesuai dalam proses menghasilkan karya yang baik.

Selain itu juga, beliau menggunakan kreativiti bersifat inventif iaitu adalah merujuk kepada keupayaan individu mencipta benda atau objek baru melalui proses ekprimentasi. Pada peringkat ini penekanan utama adalah faktor-faktor penemuan dan penciptaan yang baru. Ia juga melibatkan percubaan demi percubaan bagi menghasilkan satu teori, formula dan kesimpulan terhadap eksprimen yang telah dijalankan oleh individu tersebut. Peranan pendidik pada peringkat ini adalah memberikan galakkan dan sokongan agar pelajar tidak mudah putus asa. Keempat ialah melalui kreativiti bersifat inovatif merupakan peringkat yang melibatkan

pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Pendidik boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Di samping itu juga pelajar telah mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan kaedah alternatif bagi setiap perancangan yang dibuat oleh mereka. Yang terakhir ialah kreativiti bersifat imaginatif merupakan kreativiti yang paling tinggi kedudukannya. Pada peringkat ini prinsip-prinsip formal seni diterjermahkan di dalam bentuk abstrak dan dipermudahkan. Contohnya, imej figura manusia digambarkan tanpa memberikan perhatian serta penekanan kepada bentuk asas atau bentuk formal figura tersebut.

Anda mungkin juga menyukai