Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Murid-murid yang berkeperluan pendidikan khas merupakan murid-murid yang


mengalami kecacatan kognitif atau sensori. Malahan murid-murid yang berkeperluan
khas ini mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka.
Kita sebagai pendidik seharusnya peka dalam terhadap keadaan murid mereka.
Kadangkala wujudnya perbezaan di kalangan murid di dalam kelas yang mana
terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi
kesukaran dalam mengikuti pengajaran. Serta ada segelintir murid-murid berbeza
daripada rakan-rakanya yang lain dari segi kemampuan menyelesaikan masalah,
kebolehan berkomunikasi dengan rakan-rakan serta mengawal perasaan atau
menjalani kegiatan fizikal.

Kanak-kanak pendidikan khas

ini mungkin menghadapi masalah tertentu

seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku,


masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini
dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Satu bentuk pendidikan
yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain. Pendidikan
yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas.

Anugerah anggota badan yang dianugerahkan kepada kita sangat bermakna


dan berkepentingan kepada kita terus hidup. Namun ada segelintar manusia yang
mengahadapi masalah anggota badan yang dianugerahkan terutama sekali pada
Deria pendengaran. Deria pendengaran merupakan salah satu deria yang berfungsi
bagi mendapatkan bunyi disekeliling mereka. Seterusnya melalui pendengaran inilah
manusia dapat mengenal serta mampu membezakan dan seterusnya menyimpan
bunyi yang diperolehi ke dalam ingatan mereka. Melalui pendengaran inilah juga
berlakunya proses perolehan makna baru dan perolehan bahasa. Oleh itu deria
pendengaran memainkan peranan utama dalam kehidupan manuasia.Hal ini kerana
melalui deria pendengaran manusia dapat berkomunikasi sesama mereka. Dengan
itu dalam tugasan kami kali ini kami diminta untuk menjelaskan berkaitan dengan
murid-murid yang mempunyai masalah pekak dan kurang upaya pendengaran di
dalam kelas.

1.0 Definisi kanak-kanak masalah pekak dan kurang pendengaran

Pada masa kini, Masalah berkenaan pendengaran bukanlah suatu masalah yang
jarang-jarang berlaku di dalam masyarakat kita, malah masalah pendengaran
dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa
mahupun warga tua. Masalah pendengaran ini merupakan sesuatu kecacatan yang
paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia pada era ni. Berdasarkan
maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health
Organisation, 1999) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami
masalah pendengaran Setiap 1000 kelahiran dianggarkan 1 hingga 3 orang
mempunyai masalah pendengaran kongential. Kira-kira 50 peratus daripada kes
berkenaan disebabkan oleh faktor genetik atau pendedahan kepada faktor
persekitaran yang lain (Morton, 1991).

Berdasarkan pada pendapat Gregory, Silo & Callow 1995. Menyeatakan


bahawa padamasa dahulu sebelum penggunaan istilah 'bermasalah pendengaran',
istilah 'pekak', 'cacat pendengaran', 'tuli' dan 'pekak bisu' sering digunakan kepada
kumpulan kanak-kanak ini. Istilah-istilah ini membawa satu stigma yang negatif dan
kurang disenangi oleh masyarakat. Oleh itu, istilah 'bermasalah pendengaran'
diperkenalkan

walau

bagaimanapun

golongan

orang

dewasa

bermasalah

pendengaran masih merujuk diri mereka sebagai 'pekak', pekak bisu' dan 'cacat
pendengaran' kerana ia melambangkan satu identiti kumpulan dan budaya kepada
mereka. Selain itu, kita seringkali mendengar masyarakat mengatakan bahawa
individu yang bermasalah pendengaran dikatakan sebagai pekak. Namun pada
hakikatnya, bukan semua individu yang bermasalah pendengaran itu tidak boleh
mendengar langsung. Ada juga dikalangan mereka yang boleh mendengar tetapi
pendengaran mereka terhad dan tidak jelas serta memerlukan bantuan alat bantu
pendengaran.

Definisi masalah pendengaran boleh dibahagikan antara dua kategori iaitu


pekak dan separuh pekak. Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar
yang tidak dapat berfungsi langsung. Kecacatan mungkin diperolehi sama ada
selepas atau sebelum dilahirkan. Manakala separuh pekak pula adalah mempunyai

deria dengar yang rosak tetapi masih boleh berfungsi sama ada dengan bantuan alat
bantu mendengar atau tidak ( Cruickshakn dan Johnson, 1975:24 ). Manakala,
menurut pada pendapat Crulckshan dan Johnson (1975) mendefinisikan cacat
pendengaran berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria
dengarnya dan bila kecacatan itu dialami.

Manakala, menurut pendapat Stephen P. Quigley dan Robert E. Kretschmer


1982, mendefinisikan bermasalah pendengaran sebagai kanak-kanak atau orang
dewasa yang mana tahap pendengarannya teruk ( 91 dB atau lebih ) terutama saraf
seseorang rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. Manakala William L.Heward
pula mendefinisikan sebagai kanak-kanak dalam kategori yang tidak boleh
menggunakan
mendengar

pendengaran

bunyi

atau

untuk

memahami

menggunakan

Alat

pertuturan

Bantu

walaupun

boleh

Frisinia.

1974.

Dengar.

mendefinisikan bahawa masalah pendengaran atau pekak sebagai suatu bentuk


kecacatan

yang

menyukarkan

untuk

memahami

pertuturan

melalui

deria

pendengaran iaitu telinga. Kesukaran untuk memahami pertuturan ini akan


mengakibatkan masalah lain yang berkaitan seperti masalah berkomunikasi atau
berhubung dengan individu atau masyarakat sekeliling di dalam kehidupan mereka.

Masalah ini akan dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan alat


bantuan tetapi alatan tersebut hanya sesuai digunakan oleh kanak-kanak cacat
pendengaran ringan sahaja sementara kanak-kanak yang menghadapi masalah
pendengaran berat tetap menghadapi kesukaran. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini sering mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan
bahasa. Di sebabkan masalah tidak dapat mendengar dan bertutur mereka tidak
boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan
akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menghadapi
masalah untuk berinteraksi dengan orang lain. Ramai orang beranggapan bahawa
kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak mendengar langsung dan mereka
hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja.Ini adalah anggapan yang
salah kerana kanak-kanak bermasalah pendengaran atau pekak masih mempunyai
sisa pendengaran. Mischook dan Cole (1986) menegaskan bahawa kebanyakan
kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka
masih mempunyai sisa pendengaran. Walau bagaimanapun sisa pendengaran

tersebut tidak mampu untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyibunyi pertuturan melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja.

Mankala, American National Standards Institute mentakrifkan masalah


pendengaran sebagai perbezaan keupayaan individu untuk mengesan suatu bunyi
berbanding dengan piawai yang ditetapkan. Nilai audiometrik desibel sifar (0 dB)
adalah nilai tahap pendengaran yang merujuk kepada pengesanan purata bunyi
dalam nilai isyarat suatu frekuensi, seperti 500 Hz, 1000 Hz, 2000 Hz dan
sebagainya. Amnya, seseorang individu dikatakan mempunyai pendengaran yang
normal jika keupayaannya untuk mengesan bunyi adalah diantara 0 dan 15 ke 20 dB
tahap masalah pendengaran (dB HL) Grundfast et al., 2000).

2.0 Jenis-jenis Masalah Pendengaran

Di dalam menetapkan jenis-jenis masalah pendengaran ini terdapat beberapa


pendapat ada yang menyatakan terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Mempunyai masalah pendengaran pada bahagian penerimaan (conductive


deafness). Jenis kecacatan ini adalah kecacatan pada bahagian penerimaan
terjadi pada Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di
Malaysia bahagian telinga tengah seperti lubang telinga tersumbat, luka pada
gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. Kadangkala kecacatan ini
boleh dipulihkan melalui rawatan perubatan.

Pada bahagian tanggapan (perceptive deafness). Menurut pada pendapat


Hajah Hasnah.1988. Jenis kecacatan tanggapan ini terjadi pada bahagian
telinga dalam dan berkaitan dengan saraf pendengaran. Kecacatan tersebut
disebabkanoleh saraf susah untuk dirawat melalui pembedahan kerana
ianya melibatkan organ-organ yang rumit.

Selain itu, ada juga pendapat menyatakan bahawa masalah pendegaran ini
terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

Masalah pendengaran jenis konduktif. Masalah jenis ini berlaku apabila


terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh
masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran
konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau
tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga,
jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang
telinga bocor atau pecah.
Masalah jenis pendengaran yang kedua ialah masalah sensorineural.
Masalah ini berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga
dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini
tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan
fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran
secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah
pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau
pembedahan.
Masalah jenis pendegaran yang ketiga pula iaitu masalah campuran.
Masalah ini berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua jenis masalah
pendengaran

serentak

iaitu

masalah

pendengaran

konduktif

dan

sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai


masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga
dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua
masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah beserta masalah di telinga
dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

3.0 Punca-punca Masalah pendengaran


Di dalam setiap yang berlaku pada masalah pendengaran ini di sebabkan beberapa
faktor atau punca yang menyebabkan masalah seperti ini berlaku berhubungkait
dengan sejarah keluarga itu sendiri, jangkitan sebelum lahir, kecacatan anatomi
kepala dan leher, berat badan semasa lahir kurang daripada 1.5 kg, oksigen yang
lebih 10 hari dan masalah asfiksia yang teruk. Selain itu, ada juga sebab-sebab lain
yang menyebabkan berlakunya masalah pendengaran. Faktor-faktor penyebabnya
dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat sebelum kelahiran, semasa
kelahiran dan selepas kelahiran.

i.

Faktor peringkat sebelum kelahiran mempunyai dua faktor penting yang


menyebabkan masalah pendengaran iaitu, faktor pertama adalah baka yang
disebabkan gen yang terhasil ketika terhasil ketika persenyawaan dan faktor
yang kedua yang menyebabkan masalah pendengaran sebelum kelahiran
ialah faktor bukan baka, jangkitan semasa ibu mengandung, terutama virus
seperti rubella, demam grandular dan selesema. Sewaktu mengandung ibu
berpenyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti kencing manis,
pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuanin dan streptomycin
sewaktu mengandung.

ii.

Faktor preingkat semasa kelahiran adalah disebabkan oleh sakit yang terlalu
sewaktu melahirkan yang boleh menyebabkan tekanan yang sangat kuat
pada bahagian telinga. Selain itu, kelahiran pra matang juga mempengaruhi
kecederaan semasa lahi terutama sekali pada bahagian telinga dan
menyebabkan penyakit hemolisis yang selalunya disebabkan oleh faktor Rh.

iii.

Faktor peringkat ketiga iaitu faktor selepas kelahiran menyebabkan


berlakunya penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus seperti
begok dan demam campak. Kemalangan yang mencederakan bahagian
telinga. Pengambilan antibiotik seperti Streptomycin dan juga terdedah pada
bunyi yang kuat.

Oleh itu, berdasarkan pada masalah penderngaran yang di hadapi oleh


kanak-kanak berlanjutan. Maka perlunya ada pendedahan kepada ubatan ototoksik
seperti aminoglikosida pula diketahui menyebabkan kehilangan fungsi organ auditori
dan vestibular hasil daripada kerosakan bahagian telinga dalam terutamanya koklea.
Diantara simptom ototoksisiti ialah tinitus, kepeningan dan kesukaran memahami
percakapan yang perlahan (Casano, 1999).

Seterusnya

pemeriksaan

klinikal

perlu

dilakukan

untuk

menentukan

kehadiran sindrom-sindrom yang berkaitan atau sebaliknya. Diantara ciri-ciri fizikal


yang diambil kira termasuklah pigmentasi rambut, kulit atau mata, bentuk dan
kedudukan telinga luar serta keganjilan bentuk badan. Secara keseluruhannya, ciriciri luaran individu adalah penting dan jika sesuatu ciri itu tidak dapat dipastikan,
maka nasihat daripada pakar perubatan atau genetik klinikal perlu diperolehi
memandangkan terdapat beratus-ratus sindrom yang dikaitkan dengan masalah
pendengaran.

Gambar rajah 1 : Darjah Masalah Pendengaran Mengikut Virginia Department


of Education

Aras Desibel

Ciri-ciri Pendengaran

Darjah
Kepekakan

Rendah

26-40dB

Kurang berbanding pendengaran normal.

Ringan

41-55dB

Boleh memahami percakapan dan memerlukan

Hilang

56 - 70dB

Pendengaran

Hilang Pendengaran

Memerlukan alat bantu pendengaran.

71-90dB
sederhana

-Mengalami masalah pertuturan terutamanya apabila


terdapat gangguan bunyi latar yang kuat
-

Kanak-kanak

pendengaran

yang

kategori

mengalami
ini

berisiko

kecacatan
mengalami

masalah perkembangan pertuturan dan bahasa


sekiranya mereka tidak menggunakan alat bantu
dengar dan mendapat intervensi awal

Hilang

>91dB

Pendengaran

-Bergantung kepada penglihatan daripada

teruk

pendengaran.

Sepenuhnya

-Tidak boleh mendengar bunyi pertuturan yang


normal

-Individu yang mengalami kecacatan pendengaran


kategori

ini

perlukan

bantuan

visual

untuk membolehkan mereka memahami pertuturan

4.0 Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah Pendengaran


Di dalam mengesan murid-murid yang bermasalah pendengaran ini perlu
mengetahui ciri-ciri utama yang dimiliki oleh mereka yang hilang pendengaran ini
adalah merupakan antara aspek penting yang perlu dititikberatkan. Hal ini bukan
sahaja bagi membantu guru atau ibu-bapa untuk lebih memahami permasalahan
yang dihadapi oleh kanak-kanak ini secara tidak langsung dapat membantu guru
mengenalpasti kanak-kanak

di

dalam

kumpulan

pelajar

tipikal

yang

juga

berkemungkinan menghadapi masalah pendengaran. Pengesanan awal juga boleh


dilakukan dengan cara mudah iaitu dengan hanya memerhatikan tindak balas yang
kanak-kanak tunjukkan terhadap bunyi. Terdapat juga ciri-ciri lain yang boleh kita
kenal pasti. Antaranya ialah:

i.

Kurang meberi perhatian. Kanak-kanak ini tidak terkejut dengan bunyi yang
kuat. Kadangkala, mereka ini juga mungkin tidak mengalihkan pandangan ke
arah sumber bunyi. Mereka juga tidak cuba meniru atau bertindak balas pada
bunyi yang didengar pada usia 12 bulan. Berkemungkinan mereka tidak
dapat mendengar atau tidak dapat memastikan bunyi yang didengarnya
apabila mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi mahupun perhatian pada
kita.

ii.

Sukar mengikut arahan. Kanak-kanak ini sukar mengikut arahan lisan.


Mereka juga sukar memahami arahan yang mudah. Mereka akan lebih kerap
9

bertanya dan meminta supaya arahana diulang atau tidak memberi perhatian
kepda arahan atau pertanyaan guru.

iii.

Kerap Berangan-angan. Mereka yang tidak berupaya mendengara akan


sering berangan-angan di dalam kelas serta kurang menumpukan perhatian
terhadap sesuatu misalnya tidak memberi perhatian terhadap pengajaran
dalam kelas.

iv.

Cara percakapan yang janggal Kanak-kanak ini mungkin tidak mampu


menyebut sesuatu perkataan dengan betul seperti kanak-kanak lain.
Kadangkala sebutan mereka tidak dapat difahami. Kebanyakan bunyi
konsonan di dalam perkataan ditinggalkan dan pertuturan mengandungi
bunyi-bunyi vokal sahaja contohnya "saya" di sebut "aya".

v.

Personaliti. Kanak-kanak ini seringkali dilabel sebagai kanak-kanak degil


kerana tidak mendengar kata,malas membuat kerja yang diarahkan ataupun
digelar budak nakal kerana seringkali mengalihkan perhatian. Hal ini berlaku
disebabkan kesukaran yang dialami untuk memahami arahan lisan yang
diberikan menyebabkan mereka lebih suka membuat hal mereka sendiri dan
dilabel degil oleh guru.

vi.

Sering Mengalami Masalah Kesihatan. Kanak-kanak ini sering mengadu


mengalami masalah kesihatan seperti sakit telinga, selesema, sakit tekak,
dan tonsilitis. Masalah dan gangguan kesihatan ini biasanya berkaitan
dengan pendengaran.

5.0 Kaedah Mengatasi Masalah Pendengaran

i.

Kaedah auditory oral

Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki
baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan
alat bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan

10

bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip
reading ).Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan
kemahiran

mendengar

dan

bertutur,

melibatkan

latihan

mendengar

untuk

membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.

ii.

Kaedah bacaan bibir

Melalui kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah


ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan
dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.

iii.

Kaedah bahasa isyarat

Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan


perkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk A
Merican Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE) dan banyak lagi. Di Malaysia,
bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

iv.

Kaedah komunikasi seluruh

Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan
bibir,pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah
penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.

v.

Pertuturan isyarat (c ued speech)

Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk


tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan
(kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi
perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan
bagi menentukan bunyi huruf vokal.

11

6.0 Kaedah Pengujian Tahap Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran


Di dalam mengesan masalah pendengaran tersebut kepada kanak-kanak perlunya
ada satu pengujian tahap pendengaran dilakukan oleh doktor atau pakar yang
berkenaan di hospital dengan menggunakan alat-alat yang tertentu bagi mengesan
masalah atau ciri-ciri masalah pendegaran terhadap kanak-kanak. Terdapat
beberapa kaedah pengujian yang digunakan untuk menguji tahap pendengaran
seseorang sama ada berada di tahap normal, sederhana atau teruk. Pemilihan
kaedah ujian yang sesuai adalah bergantung kepada keadaan kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran tersebut. Hasil daripada ujian yang dilakukan akan
memudahkan pihak ibu bapa, guru atau pakarpakar perubatan membantu dan
meningkatkan tahap pendengaran melalui kaedah perubatan, pendidikan, alat
komunikasi dan sebagainya. Antaranya ialah :

a. Kaedah Pengujian Tahap Pendengaran yang dipilih adalah melalui kaedah


ujian Visual Reinforcement Audiometry (VRA).Kaedah ini bertujuan untuk
menilai ketajaman pendengaran klien dengan menggunakan bunyi dan
mereka bertindak balas dengan cara memandang ke arah bunyi tersebut.
Untuk

menarik

perhatian,

objek

yang

dipandang

oleh

klien

akan

mengeluarkan cahaya. Objek-objek yang digunakan semasa ujian ini terdiri


daripada alat-alat permainan. Oleh itu, ujian ini sesuai untuk kanak-kanak
yang berumur 7 bulan hingga 2 atau 3 tahun. Ini kerana mereka boleh
memberikan respon dengan cara memandang atau melihat ke arah objek
yang berbunyi. Rangsangan yang diberikan pula adalah daripada bunyi yang
tinggi kepada bunyi yang rendah atau perlahan. Ujian ini menggunakan
Middle Ear Analyzer. Ujian ini juga dapat menilai keadaan telinga tengah
iaitu antara gegendang telinga dan tulang-tulang osikel. Ia juga dapat
mengesan gangguan-gangguan yang terdapat dalam telinga.

b. Ujian tarikan ( distraction test )kanak-kanak didedahkan pada bunyi-bunyian


tanpa pengetahuan mereka. Gerak balas yang dihasilkan terhadap bunyibunyi itu diperhati dan direkodkan.
c. Ujian Pertuturan ( speech test)Pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak
sama

ada

mereka

memahami

apayang

dituturkan

menunjukkan gerak balas terhadap arahan yang diberi.


12

dan

seterusnya

d. Audiometri Nada Tulen. Ujian ini dilakukan untuk menentukan tahap dan jenis
masalah

pendengaran.

diberikan arahan

Sebelum melakukan ujian

supaya

menekan

butang

ini

pesakit

akan

sekiranya mendengar bunyi

sekalipun bunyi yang sangat perlahan. Bunyi akan diberikan kepada pesakit
melalui insertphone atau headphone dan vibrator tulang. Pendengaran
akan diuji pada frekuensi 250 Hz, 500 Hz, 1 kHz, 2kHz, 4 kHz. Pendengaran
pada frekuensi 8 kHz akan diuji melalui vibrator tulang sahaja. Ujian
ini dilakukan dalam bilik kedap bunyi dengan suasana sekeliling yang sunyi.
e. Audiometri Permainan. Ini merupakan suatu bentuk ujian pendengaran yang
digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di antara 3 hingga 7 tahun.
Ia merupakan

suatu

bentuk permainan

yang menyeronokkan

bertujuan menentukan tahap pendengaran kanak-kanak. Semasa ujian ini,


kanak-kanak akan diajar untuk melakukan suatu bentuk kerja (dalam bentuk
permainan) seperti mengusun blok, memasukkan blok ke dalam kotak
apabila mendengar sesuatu bunyi yang diberikan melalui inserphone
atau headphone dan vibrator tulang. Fasa ini dikenali sebagai
fasa penyesuaian yang mana memerlukan latihan dan pengulangan.
f.

Audiometri Rangsangan Penglihatan. Ini merupakan suatu bentuk ujian


pendengaran yang dilakukan kepada kanak-kanak pada umur antara 6 bulan
hingga

24

bulan.

untuk memandang

Secara

asasnya,

kepada patung

kanak-kanak akan

yang bercahaya

dan bergerak

di ajar
yang

menarik apabila mendengar sesuatu bunyi. Fasa ini dikenali sebagai fasa
penyesuaian.
g. Tympanometri. Ujian ini dilakukan bagi menentukan keadaan telinga tengah
pesakit. Ini mampu mengenalpasti sebarang keabnormalan pada bahagian
telinga pesakit termasuklah keadaan gegendang telinga dan isipadu telinga.
Ujian ini hanya mengambil masa antara 3 ke 5 minit dan pesakit hanya perlu
mendiamkan diri semasa ujian dijalankan. Prosedur ini adalah tidak
menyakitkan.

13

7.0 Perkembangan Kanak-Kanak Masalah Pendengaran


Jika kita lihat pekembangan kanak-kanak masalah pendengaran ini jauh berbeza
dengan kanak-kanak normal. Ini kerana Perkembangan kanak-kanak bermasalah
pendengaran bergantung pada tahap kehilangan pendengaran dan umur semasa
mengalami masalah pekak atau kurang pendengaran. Kebiasaannya, kanak-kanak
berusia antara 12bulan hingga 24 bulan yang mengalami kecacatan pendengaran
melalui perkembangan partuturan dan bahasa yang terganggu ataulambat
berbanding kanak-kanak yang normal.

Aspek
Perkembangan
Sosial dan emosi

Huraian
Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah
pendengaran banyak bergantung pada pengalaman mereka
dan melalui perkembangan mereka sendir ibagi membolehkan
mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan
danm emahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi
mereka memberi kesan keatas konsep kendiri, kebolehan
bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya.

kognitif

Manakala

perkembangan

bagaimana

kognitif

memahamidan

pula

mengurus

merujuk

dunia

kepada

mereka.

Ini

termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati


maklumat,

klasifikasi,

mendefinisikan

dan

sebagainya.

Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah


pendengaran

turut

melambatkan

perkembangan

kognitif mereka.
Fizikal

Perkembangan

fizikal

dan

motor

pula

melibatkan

perkembangan motor kasar dan motor halus. Bagi kanak-kanak


bermasalah pendengaran adalah serupa dengan kanakkanak normal
Bahasa
komunikasi

dan Secara

keseluruhannya,

perkembangan

kanak-kanak

bermasalah pendengaran dapat dilihat dalam aspek seperti


perkembangan

bahasa

dan

komunikasi.

Manusia

berkomunikasi melalui mimik muka, sentuhan, gerak tangan,


gerakan

badan,mendengar

pendengaran

menghalang
14

dan
secara

bertutur.
serius

Kehilangan

perkembangan

komunikasi secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan


daripada

pakar

pertuturan kanak-kanak

bermasalah pendengaran berkemungkinan besar mengalami


perkembangan terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.

Kesimpulan
Oleh itu, semua pihak hendaklah bersama-bersama untuk membimbing dan didikkan
kanak-kanak masalah pendengaran dan mempunyai potensi untuk berkembang
seperti kanak-kanak lain. Malah ada juga segelintir kanak-kanak masalah
pendengaran yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan
kerjaya mereka. Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kualiti
pendidikan yang diperolehinya ketika di rumah mahupun di sekolah. Kecelaruan
tingkah laku kanak-kanak ini perlu diurus melalui proses pembelajaran yang tersusun
dan sistematik. Pengetahuan ibu bapa dan guru tentang masalah pendengaran
sangat penting dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanak-kanak ini.

15

RUJUKAN

Abdul

Rahim

Talib.

2006.

Pengenalan

Pendidikan

Kanak-kanak

Masalah

Pembelajaran Open Universiti Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: Unitem Sdn Bhd.

Haliza Hamzah. 2008. Perkembangan Kanak-Kanak Untuk Program Ijazah Sarjana


Muda Perguruan Edisi Kedua Institut Perguran Teknik Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman.

Jamila K.A Mohamed. 2008. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.


Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Lokman Saim. 2004. Pengendalian Kanak-kanak Cacat Pendengaran : Satu Anjakan


Paradigma. Bangi : Penerbit UKM

Mohd Salleh Lebar. 1999. Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dalam Pendengaran.


Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rahil Mahyuddin. 2007. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan Edisi Kedua.


Selangor : Karisma Publication Sdn Bhd.

Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng. 2004. Integrasi sosial murid
berkeperluan khas bermasalah pendengaran dalam program inklusif. Bangi : Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai