Anda di halaman 1dari 3

Pendekatan mengajar murid bermasalah pendengaran

Kaedah, pendekatan serta teknik adalah merupakan elemen-elemen penting dalam mengajar
murid bermasalah pendengaran. Pendekatan mengajar adalah bergantung kepada guru yang
mengajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pengalaman sendiri untuk
menghidupkan suasana dalam bilik darjah. Guru-guru yang kreatif dalam menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran akan menambah lagi minat dalam pembembelajaran .

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yg dilaksanakan oleh guru semasa sesi pengajaran
dilaksanakan bersesuaian dgn tahap kognitif pelajar tersebut.

1. Berbentuk visual.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam bentuk visual perlu digalakkan
memandangkan mereka mengalami kekurangan dari segi penerimaan maklumat dan
kefahaman ayat. Murid bermasalah pendengaran tidak dapat memberi respon yg
positif jika guru menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional iaitu jikalau guru
hanya menggunakan kemahiran menerangkan dan bersoaljawab di dalam
kelas. Murid ini tidak perlu menghafal cuma hanya melihat dan mengingati perkara
yg ditunjukkan secara visual.

2. Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat membabitkan keseluruhan pergerakan anggota badan manusia seperti
tangan, kaki, badan mulut, mimik muka dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis
bahasa isyarat yang digunakan . Antaranya bahasa isyarat natif yang bermaksud
bahasa isyarat yang digunakan di sekolah. Bahasa isyarat Amerika digunakan oleh
tenaga pengajar tempatan yang mendapat latihan di Barat terutamanya Amerika dan
England (Chua, 1976 dan Mohd. Hashim Omar, 1984).

3. Komunikasi Seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan


Bahasa Malaysia Kod Tangan adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh
anggota manusia termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa isyarat ini
dicipta untuk orang bermasalah pendengaran dan mula diperkenalkan pada tahun
1978 di sekolah-sekolah yang membabitkan murid-murid bermasalah pendengaran di
Malaysia.
4. Bacaan Bibir
Bacaan bibir bertujuan untuk memudahkan pelajar pekak memahami apa-apa yang
dituturkan oleh pengguna bahasa lisan. Dengan cara ini, murid bermasalah
pendengaran dapat menguasai gerakan bibir orang yang dilawan (berinteraksi).
Penglihatan mata perlu berfungsi untuk mendengar dan untuk membaca bibir
seseorang seperti orang normal mendengar bunyi suara dan membaca apa-apa yang
tertulis di atas kertas (Wyatt 1960).

5. Pertuturan
Pendekatan ini memerlukan murid bermasalah pendengaran menuturkan bahasa lisan
seperti manusia normal. Pertuturan membabitkan sistem fonetik, morfologi dan
sintaksis. Pendekatan ini sukar dilakukan kerana kecacatan pendengaran
mempengaruhi penerimaan bunyi dan membawa kesan kepada penghasilan bunyi
iaitu sebutan.

6. Pengejaan Jari
Pengejaan jari bermaksud menggunakan abjad (pelajar perlu menguasainya) dan
mengeja setiap perkataan yang hendak diperkatakan. Oleh itu, setiap kosa kata perlu
dieja dengan betul dan cekap supaya komunikasi dapat berlaku. Jari mengambil alih
peranan mulut untuk mengeja. Isyarat-isyarat yang mewakili abjad perlu dikuasai
dengan cekap.

7. Pendekatan Auditory Verbal


Mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran mendengar dari saki baki
pendengaran secara lebih berkesan dengan penggunaan alat bantuan pendengaran dan
menggunakan deria-deria lihat dan sentuh. Satu ujian diadakan untuk menentukan
tahap kehilangan pendengaran, dan adakah saki baki pendengarannya boleh
digunakan. dan barulah kemahiran-kemahiran mendiskriminasi bunyi seperti
kemahiran mendengar bunyi, mengesan dan mengarah, mengajuk, mengenal dan
membezakan bunyi-bunyi yang diperkenalkan dan diajar kepada kanak-kanak yang
bermasalah pendengaran.
Komunikasi seluruh merupakan bahasa isyarat yang mula diperkenalkan pada tahun
1978 di sekolah-sekolah yang membabitkan pelajar-pelajar masalah pendenngaran di
Malaysia. Bahasa isyarat ini menggunakan seluruh anggota manusia termasuk mimik
muka semasa berkomunikasi. Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan
isyarat,ejaan jari, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting
dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.

Sebagai guru pendidikan khas bermasalah pendengaran, guru perlu sentiasa peka
dengan kepentingan dan keperluan pelajar yang mengalami masalah pendengaran
agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Guru boleh
memilih mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai dan keberkesanan dengan latar
belakang dan kebolehan murid. Apa pun kaedah pendekatan pengajaran yang
digunakan, matlamat akhir ialah murid-murid bermasalah pendengaran dapat
menguasai pelajaran dengan sempurna.

Kaedah, pendekatan serta teknik merupakan elemen-elemen penting dalam mengajar


murid bermasalah pendengaran. Pendekatan mengajar adalah bergantung kepada guru
yang mengajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pengalaman sendiri
untuk menghidupkan suasana dalam bilik darjah. Guru-guru yang kreatif dalam
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran akan menambah lagi minat dalam
pembembelajaran. Ini kerana pertuturan atau bahasa murid-murid bermasalah
pendengaran tidak berlaku secara automatik seperti murid-murid normal. Setiap
pendekatan bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Sebagai tambahan selain bahasa isyarat, kaedah dan pendekatan untuk mengajar
murid bermasalah pendengaran adalah berbentuk visual, bacaan bibir, pertuturan,
pengejaan jari dan pendekatan auditory verbal. Guru boleh memilih mana-mana
kaedah yang difikirkan sesuai dan keberkesanan dengan latar belakang dan kebolehan
murid. Kaedah pendekatan pengajaran yang digunakan mestilah dapat menghidupkan
suasana dalam bilik darjah dan memudahkan kefahaman murid.

Anda mungkin juga menyukai