Anda di halaman 1dari 58

Komunikasi Seluruh (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran)

1. Komunikasi Seluruh

2. Komunikasi Seluruh

3. Falsafah Dalam deafness.com dan Universiti Gallaudet, falsafah daripada komunikasi


seluruh merupakan suatu kaedah yang harus dijalani oleh kanak-kanak pekak yang bertujuan
untuk memberikan persediaan mendengar dan berkomunikasi dalam bahasa

4. Gerakan isyarat Bahasa Isyarat Komponen Mimik muka Pertuturan Bacaan bibir Membaca
dan menulis Ejaan jari

5. Ciri-ciri Sumber : (David Stewart, eHow.com)

6. Melaksanakan strategi yang sesuai. (Sumber :kumpulan sokongan sekolah UK,


http://www.schoolswithschools.co.uk)Memahami perkembangan bunyi pertuturan.
Mengetahui bagaimana menyesuaikan dan mengubah interaksi dalam komunikasi.
PPrirninssipip--pprriinnssiipp AAmmaalalann

7. MATLAMAT Mengembangkan komunikasi Peluang komunikasi Menyokong integrasi


Sumber : (BEGINNINGS, https://www.ncbegin.org)

8. Beri kelebihan kepada individu yang tidak dapat berkomunikasi menggunakan. Sumber:
(http://intanwahid.blogspot.com, http://deafness.about.com)Mengurangkan tekanan ibu bapa
Penggunaan kata keterangan (sangat, amat, terlalu, paling) Penggunaan kata hubung (di,
pada, kepada, dari, daripada) Penggunaan imbuhan. Contoh, pertunjukan. Kelebihan

9. Pengalaman bahasa terhad kepada kod-kod tangan sahaja.Terdapat isyarat yang kurang
sesuai Terdapat perkataan yang tidak mempunyai isyarat. Kekurangan

10. Kurang perkembangan kemahiran bertutur. Menurut kajian yang dijalankan, kanak-kanak
yang menjalani program oral adalah lebih baik kemahiran pertuturannya.
(http://intanwahid.blogspot.com, http://deafness.about.com)

Pengenalan

Komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan idea. Menurut Owen
(1990), maklumat diterima dan saling memahami. Komunikasi menggunakan petuturan dan
bahasa, aspek lain perlu diambil kira seperti bentuk, intonasi, penekanan suara dan gaya
pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai
makna. Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui
gesture (tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi atau mimik muka. Komunikasi
begini digunakan dalam kalangan orang-orang yang mempunyai masalah pendengaran. Julia
Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007), menyatakan masalah pendengaran merupakan
kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua
belah telinga. Tahap kehilangan pendengaran adalah ringan 20dB hingga 40dB, sederhana
40dB hingga 60db, teruk. 60dB hingga 90dB dan sangat teruk 90dB keatas. Masalah utama
kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kesukaran dalam pertuturan, bahasa dan
berkomunikasi secara lisan. Kanak-kanak bermasalah pendengaran kurang dan tidak diberi
peluang untuk bertutur dan berkomunikasi dengan individu normal. Faktor ini menyebabkan
proses perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas.

1.1 Masalah komunikasi bermasalah pendengaran


Kebanyakan ibubapa berpendengaran biasa yang mempunyai anak pekak (di Malaysia) tidak
berpendidikan tinggi, tinggal di luar bandar dan tidak mengambil berat tentang kepentingan
komunikasi menyebabkan mereka tidak pasti apakah bentuk bahasa (lisan, isyarat, tulisan)
yang patut digunakan bagi tujuan komunikasi. Kanak-kanak ini dibesarkan dalam persekitaran
berbahasa lisan yang digunakan oleh orang-orang di persekitaran mereka.

Masalah komunikasi dengan masayarakat normal menyebabkan orang pekak kehilangan hak
untuk sama-sama merasai kenikmatan hidup di bumi yang merdeka, maju dan membangun
ini. Banyak perkara yang tidak dapat dinikmati atau terpaksa dilupakan kerana tiada
komunikasi antara mereka dengan dunia luar. Seterusnya, Dasar Integrasi Nasional ke arah
interaksi dan komunikasi menyeluruh tidak kesampaian.
Seperti manusia biasa, orang pekak harus menjalani kehidupan sehari-hari. Dari aspek
pendidikan, kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti sekolah pendidikan khas, sekolah
integrasi dan juga guru-guru yang mengajar bahasa isyarat kepada mereka. Kemudahan ini
bertambah dari semasa ke semasa selaras dengan pertambahan golongan pekak di Malaysia.
Namun, masih terdapat masalah yang wujud. Pertama, sistem bahasa isyarat yang sangat
rencam, yang digunakan sejak zaman dahulu tidak efektif untuk membawa golongan pekak
sebaris dengan masyarakat yang normal. Ada kepincangan pada sistem itu yang perlu
diperbaiki agar sistem komunikasi dua hala antara orang pekak dan mereka yang normal
berjalan dengan telus.
Masalah yang kedua pula ialah hubungan kemasyarakatan dan hak bersama golongan pekak
amat jauh dari masyarakat normal. Ini kerana, mereka hanya dapat berkomunikasi dengan
orang yang tahu berbahasa isyarat. Masalah bertambah rumit apabila jumlah jurubahasa
isyarat amat kurang, iaitu hanya 15 jurubahasa isyarat profesional yang berkhidmat sepenuh
masa. Kedua-dua masalah ini seterusnya menyumbang kepada keampuhan jatidiri dan
seterusnya menyebabkan golongan pekak mula membina dunia mereka sendiri yang terpisah
daripada masyarakat normal.
Kesan daripada kedua-dua masalah itu, golongan pekak keciciran dalam aspek pendidikan.
Selain itu, mereka gagal dalam mendapatkan hak seperti berurusan dengan sektor-sektor
awam, mengakses maklumat terkini tentang dunia semasa, hak untuk
menyuarakan pendapat, hak untuk membuat pilihan dan juga hak untuk mendapatkan
keperluan asas. http://psittacula.wordpress.com/2007/11/22/mereka-tidak-pekak/

1.2 Lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang
bermasalah pendengaran iaitu pekak.

1.2.1 Bacaan bibir

1.2.1.1 Konsep
Bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi melalui memahami pertuturan dengan mengikut
atau memerhatikan bibir penutur termasuk memahami atau mentafsir hingga ke otot muka dan
gerak badan penutur. Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan bibir ialah paru-
paru, tenggorok, larkins, peti suara, tekak, hidung, rahang dan mulut. Bacaan bibir adalah
pertuturan tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran
bahasa melalui pertuturan secara ‘sengaja’. Pendekatan bacaan bibir memerlukan murid-
murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa. Raja Mariam Raja Mohd Iskandar
(1999).
1.2.1.2 Kelebihan
a) Rasional penggunaan pendekatan bacaan bibir berasaskan kepada anggapan bahawa murid-
murid pekak yang ada sisa pendengaran seharusnya digembeleng kebolehan pendengaran
mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Saadiah Ahmad (2009).
b) Anggapan kedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam
masyarakat yang berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa

lisan melalui bacaan bibir amatlah perlu untuk membolehkan mereka ‘selesa’ dalam
masyarakat. Saadiah Ahmad (2009).
1.2.1.3 Kekurangan
a) Kelemahan bacaan bibir ialah apabila penumpuan tidak dapat diberikan pada kualiti bunyi
petuturan itu sendiri seperti tinggi atau rendahnya bunyi petuturan. Bacaan bibir amat
bergantung kepada deria pengelihatan di mana pencahayaan yang terang adalah amat
diperlukan bagi memudahkan penumpuan ke arah wajah penutur. Menurut Tan Chin Guan
(1999),
b) Dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan, faktor kebolehan mendengar adalah
penting (Paul & Quigley, 1994). Ketidakmampuan kita mendengar tidak membolehkan kita
mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang kita pelajari. Ramai di kalangan kita
tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita dengar kerana tidak pernah
mendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan. Inilah keadaan yang berlaku kepada murid-murid
pekak dalam mempelajari bahasa lisan. Dapat dibayangkan betapa susah dan sukarnya murid-
murid pekak diajar dan mempelajari bahasa lisan. Lagipun, mengajar bertutur bukan tugas
utama persekolahan kanak-kanak pekak. Tugas mengajar bertutur terletak di atas bahu
professional lain (contoh, audiologist dan jurupulih pertuturan).
1.2.1.4 Refleksi
Kaedah ini boleh berjaya sekiranya mereka yang mempunyai hubungan dengan pelajar
meneruskan usaha-usaha mengajar kanak-kanak bertutur. Alat-alat bantu pendengaran dapat
membantu kanak-kanak separa pekak menguasai bahasa yang baik. Sistem ini sesuai untuk
kanak-kanak yang mengalami kemampuan pendengaran antara 40 hingga 65 desibel.
Lazimnya, latihan melalui pendekatan bacaan bibir diberikan kepada murid-murid yang
mempunyai sisa-sisa pendengaran. Bacaan Bibir menjadikan kanak-kanak

pekak mempunyai pencapaian akademik yang lemah, pertuturan yang tidak dapat difahami
dan kemahiran-kemahiran komunikasi am yang lemah. Kanak-kanak pekak memerlukan
sesuatu bentuk tambahan pandang untuk mengiringi pertuturan seperti yang disokong oleh
mereka yang mengamalkan Komunikasi Seluruh.
1.2.2 Pertuturan Kiu

1.2.2.1 Konsep

Merupakan satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi
apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif
seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan digerak hampir dengan muka
penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-
bunyi fitur distingtif. Ianya mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan
digunakan sebagai tambahan informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza dari
yang lain sama ada dibibir atau di tangan. Penutur menggunakan salah satu tangan mereka
untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan.
Ini bermakna petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan
tepat. Abdullah Yusoff et. All (2006).

1.2.2.2 Kelebihan

a) Pada masa ini, Petuturan Kiu merupakan satu-satunya kaedah yang mana bahasa petuturan
boleh dibaca pertuturannya oleh orang yang pekak dengan tahap ketepatan yang hampir sama
dengan sebagaimana ia didengar oleh seorang yang berpendengaran normal. Menurut Tan
Chin Guan (1999), kelebihan Pertuturan Kiu yang utama ialah perbendaharaan kata yang
tidak terhad yang tidak memerlukan daya ingatan atas pihak penutur. Ini adalah kerana setiap
perkataan

yang ditutur boleh sentiasa dikiu atas asas suku kata dilakukan tepat seperti ia disebutkan.

b) Kelebihan Pertuturan Kiu adalah kebolehgunaannya oleh kanak-kanak pekak untuk


memperolehi bahasa lisan secara semulajadi dan pada kadar yang agak biasa dan
membenarkan pertuturan pada kadar yang sesuai. Pertuturan Kiu memudahkan pemerolehan
bahasa lisan oleh kanak-kanak pekak terutamanya perkembangan kemahiran-kemahiran khas
yang berkaitan dengan bahasa lisan seperti penerimaan dan penghasilan pertuturan, membaca
dan menulis. Melalui pemerolehan bahasa yang agak normal oleh kanak-kanak pekak akan
membawa kepada kualiti kehidupan yang jauh lebih baik untuk mereka disebabkan oleh
perkembangan emosi, sosial dan kognitif yang normal, perkembangan kemahiran-kemahiran
pengenalan huruf yang lebih awal dan mudah, peluang-peluang yang bertambah dalam
kemajuan pendidikan dan sebagai impak yang tidak terbatas dalam pilihan profesion atau
tempat pekerjaan. Raja Mariam Raja Mohd Iskandar (1999).

1.2.2.3 Kekurangan

a) Namun penguasaan Pertuturan Kiu akan lebih dikuasai oleh mereka yang
mempunyai saki baki pendengaran yang baik. Kanak-kanak yang mempunyai
tahap kepekakan yang berat sukar menguasai Pertuturan Kiu. Kanak-kanak yang
bertutur mengunakan kiu biasanya tidak mempelajari bahasa isyarat. Keadaan ini
menyebabkan mereka bermasalah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
pekak yang lain. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

b) Kanak-kanak pekak yang menggunakan pertuturan kiu hanya dapat berkomunikasi


dengan orang-orang yang mempelajari dan memahami petuturan

kiu sahaja. Petuturan kiu memerlukan pergerakan tangan untuk lapan kombinasi konsonan.
Apabila Gerakan bibir tidak dapat dilakukan dengan jelas maka perkataan yang dilafazkan
sukar difahami oleh orang lain. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

1.2.2.4 Refleksi

Melalui pertuturan kiu kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dengan baik. Murid-murid
bermasalah pendengaran boleh menguasai Bahasa Melayu. Ejaan menggunakan suku kata dan
enam kedudukan vokal membantu bunyi suku kata dengan jelas. Namun pertuturan kiu perlu
mendapat kesinambungan mempelajari di sekolah dan mempraktikkanya di rumah bersama
keluarga.

1.2.3 Komunikasi Seluruh


1.2.3 Konsep
Kaedah ini dikenali dengan total comunication. Digunakan dalam pendidikan kanak-kanak
pekak, menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka,
petuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis. Komunikasi Seluruh hanya dapat di
lakukan secara berhadapan. ‘Komunikasi seluruh’ merujuk kepada situasi yang mana guru
menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid memahami bahasa. Mimik
muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan Abdullah (1997). Kaedah ini perlu
digunakan seawal mungkin supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat
berkomunikasi dalam masyarakat serta mampu mengelakkan perasaan terasing.
1.2.3.2 Kelebihan

a) Menurut Raja Mariam Raja Iskandar (1999). Kaedah komunikasi seluruh menggunakan
kaedah isyarat, gerak isyarat mewakili sama ada perkataan yang
lengkap atau lebih tepat lagi, morfem yang merupakan bahagian-bahagian perkataan individu
yang bermakna. Sebagai contoh perkataan “dimakan” mempunyai dua morfem, ‘makan’ (kata
kerja) dan ‘di’ (penanda kata lampau). Oleh itu perkataan ‘dimakan’ diisyaratkan dngan
mengguna isyarat untuk
‘makan’ diikuti dengan isyarat yang melambangkan ‘di-‘ untuk menunjukkan kata lampau.

b) Isyarat-isyarat dalam komunikasi seluruh adalah sebagai permulaan dan eksperimen ke


arah menambah kegunaan tangan dalam sistem oralisme setelah. Berbeza dengan kod, bahasa
isyarat lebih kepada memberi makna yang perlu difahami semasa berinteraksi di antara satu
sama lain. Ianya tidak menunjukkan keperluan kegunaan imbuhan yang dicantumkan dengan
kata dasar. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997)

1.2.3.3 Kekurangan

a) Menurut Saadiah Ahmad (2009). Bahasa Isyarat Komunikasi seluruh telah digunakan oleh
kanak-kanak pekak di Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang sejak 1954.
Komunikasi Seluruh menghadapi masalah apabila terdapat perkataan yang tidak mempunyai
isyarat. Justeru daripada itu buku, “American Sign Language” digunakan. Namun, terdapat
beberapa isyarat yang bertentangan dari segi agama dan budaya Malaysia tidak sesuai diguna
pakai maka isyarat lain yang digunakan oleh kanak-kanak pekak pada ketika itu digunapakai.

b) Penggunaan Komunikasi Seluruh merupakan satu elemen penting dalam

pengajaran Bahasa Melayu iaitu penggunaan serentak pertuturan dan isyarat. Guru-guru dan
kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu menguasai kod yang ditetapkan untuk mewakili
kata Bahasa Melayu. Guru-guru perlu menguasai

setiap kod bagi mewakili kosa kata Bahasa Melayu semasa pengajaran mengikut topik dan
subjek yang diajar. Di samping itu guru juga perlu memahami prinsip-prinsip penggunaan kod
bagi mengambarkan proses morforlogi yang berlaku dalam Bahasa Melayu. Umpamanya kod
bagi kata dasar, kata majmuk, kata ganda dan kata berimbuhan ada tatacaranya tersendiri.
Selain itu, kod-kod bagi setiap
jenis imbuhan iaitu depan, apitan dan belakang mesti dikuasai guru dan murid supaya tidak
menimbulkan kekeliruan pada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Abdullah Yusoff dan
Che Rabiaah Mohamed (2004).

1.2.3.4 Refleksi

Melalui Komunikasi Seluruh setiap kali petuturan digunakan dengan kanak-kanak pekak ia
mesti diiringi dengan suatu bentuk kaedah tambahan pandang (malah sentuhan juga) dengan
serentak untuk membantu kanak-kanak iatu mengecam dan memahami setiap perkataan
pertuturan dengan jelas untuk difahami semasa berinteraksi di antara satu sama lain.
Komunikasi Seluruh juga menggambarkan kaedah penggunaan pelbagai deria.
1.2.4 Bahasa Isyarat Kod Tangan bahasa Melayu (KTBM)
1.2.4.1 Konsep
Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh
anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa Isyarat dicipta untuk orang
pekak. KTBM adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa melayu
sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami . Penurunan KTBM
ini ke dalam

bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan semantik
Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985).
1.2.4.2 Kelebihan
a) Menurut Saadiah Ahmad (2009), KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip
Komunikasi Seluruh (KS). Kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari dan pertuturan
digunakan. KTBM memberi penekanan kepada pembelajaran Bahasa Melayu, melalui kod
dan bukan menukar kod kepada bahasa. KTBM adalah cara mempelajari Bahasa Malaysia
dengan menggunakan kod-kod tertentu. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi
membantu dalam menentukan orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.
KTBM sangat penting untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
b) Saadiah Ahmad (2009) juga menyatakan mempelajari KTBM lebih menarik dan
pergerakan tangan lebih senang. Kegunaan kod lebih mudah daripada melatih murid-murid
bertutur. Petuturan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang bunyi dan bagaimana
sesuatu perkataan disebut untuk mengeluarkan suara, sedangkan orang pekak sendiri tidak
berupaya mendengar suara mereka.
1.2.4.3 Kekurangan
a) KTBM ini bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam
tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila
berlakunya terjemah daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa
Melayu. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).
b) KTBM melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. KTBM tidak dapat
memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, Apabila KTBM

digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam


KTBM. KTBM terlampau lambat digunakan untuk terjemahan. Persekutuan Orang Pekak
Malaysia (2003).
1.2.4.4 Refleksi
KTBM dapat membantu kanak-kanak pekak membentuk ayat yang betul, menggunakan kod-
kod yang sama bagi perkataan yang sama. Melalui KTBM akan dapat menggalakkan kanak-
kanak menulis perkataan-perkataan setelah kod untuk semua jenis kata dipelajari, Melalui
KTBM matapelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak pekak lebih mudah untuk dipelajari dan
difahami.
1.2.4 Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
1.2.5.1 Konsep
BIM ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa
ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima pakai
oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Bahasa yang dibukukan oleh Persekutuan Orang
Pekak Malaysia (MFD) pada tahun 2000 mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan
oleh orang pekak untuk tujuan komunikasi dan penterjemahan. Persekutuan Orang Pekak
Malaysia (2003).
1.2.5.2 Kelebihan
a) Pada tahun 2003 isyarat-isyarat untuk kegunaan informasi teknologi maklumat telah
dibukukan oleh MFD untuk membolehkan kanak-kanak pekak berinteraksi dengan ahli-ahli
lain dalam keluarga. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003) menyatakan BIM
merangkumi komunikasi, pendidikan, sosial, sukan, budaya, agama, ekonomi dan politik.

b) Dengan menggunakan BIM, orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul,
bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua orang pekak serta memberi kesan
pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai
peraturan untuk digunakan tidak menyerupai Bahasa Inggeris dan terdapat tatabahasa
tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang
sahaja. http://www.geocities.com/bimalaysia/
1.2.5.3 Kekurangan
a) Selain daripada isyarat yang memberi makna terus, BIM ini terpaksa menggunakan
pergerakan badan, kepala, mata selain daripada ejaan jari. Contohnya ‘Munira rajin’ adalah
dua perkataan yang boleh bermakna, ‘Munira tidak rajin’.Jika perkataan ‘Munira’ dieja
menggunakan ejaan jari kemudian geleng kepala atau menggerakan tangan untuk
menunjukkan makna, ‘tidak’ dan dikuti dengan isyarat ‘rajin’. Jika perkataan ‘Munira’ dieja
kemudian ‘rajin’ diisyaratkan untuk bermakna rajin, ianya bererti ‘Munira rajin’. Keadaan
tersebut menunjukkan struktur ayat dan makna yang tidak lengkap. Saadiah Ahmad (2009)
b) BIM tidak mempunyai tatabahasa yang lengkap seperti KTBM iaitu imbuhan awalan dan
imbuhan akhiran. Tatabahasa antara BIM dengan KTBM adalah berbeza. Perbezaan
tatabahasa ini merupakan gejala utama yang memperlihatakan bahawa bahasa tulisan murid-
murid pekak sukar difahami, yang berakibat daripada terdapatnya pengaruh BIM ke dalam
penulisan Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh murid-murid pekak. Saadiah Ahmad (2009
1.2.5.4 Refleksi
BIM memberi makna terus sama ada secara ekspresif atau reseptif. BIM adalah bahasa orang
pekak. BIM digunakan sebagai bahasa pengantara Persekutuan Orang Pekak. Ia

mempunyai struktur ayat tersendiri dan tidak menyerupai mana-mana bahasa. Bahasa isyarat
yang berbentuk visual mengutamakan perkara-perkara yang dilihat dahulu sebagai permulaan
kepada sesuatu ayat seperti bahasa isyarat Amerika (ASL). BIM menggunakan konsep abjad
sebelah tangan. BIM memudahkan komunikasi sesama orang pekak namun BIM tidak sesuai
untuk bahasa penulisan orang pekak berbanding komunikasi seluruh dan KTBM.
2. Rumusan
Kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai masa hadapan yang cerah sekiranya
mereka diberi pendedahan yang awal. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami
masalah pendengaran perlu segera membawa anak mereka kepada pakar audiologist untuk
mengesahkanya dan memberi rawatan yang sepatutnya. Kanak-kanak perlu dimasukkan ke
program pendidikan khas bermasalah pendengaran untuk intervensi awal. Di sekolah adalah
masa yang sesuai bagi menyampaikan ilmu kepada orang Pekak sebab minda kanak-kanak
tersebut adalah masih lembut dan menerima input yang berharga. Kunci untuk menyampaikan
ilmu kepada kanak-kanak Pekak ialah kemahiran komunikasi, kerana ilmu di sampaikan
kepada kanak-kanak melalui komunikasi. Di antara guru dan murid, murid dan rakan-rakan.
Mereka tidak boleh dibiarkan keseorangan tanpa sesiapa di sekeliling memahaminya.
Walaupun terdapat pelbagai cara berkomunikasi di kalangan orang pekak yang pastinya
mereka saling memahami interaksi sesama mereka. Kelebihan kepada mereka yang
mempunyai inisiatif mempelajari pelbagai komunikasi orang pekak. Namun kerjasama,
sokongan, bimbingan dan galakan di antara ibu bapa, keluarga, guru-guru dan masyarakat
sekeliling anak-anak pekak amat penting untuk membentuk komunikasi yang baik dan
bermakna.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Yusoff. (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan
Pelajar Pekak (An Expression Of Idea In A Composition : A Case Study On A Deaf Student).
Jurnal Dewan Bahasa, 40: 4, 321-336.
Abdullay Yusoff. (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The
Formation Of Sign Language Among Deaf Pupils). Kuala Lumpur : Fakulty Of Linguistic
University Malaya. (Unpblished M.A Tesis)
Abdullah Yusof, Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Pengenalan Pendidikan Khas :
Open University Malaysia Kuala Lumpur.
Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007). Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak
Berkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod


Tangan. Jilid 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Bultein Pendidikan Khas: Jabatan Pendidikan


Khas.

Owen (1990). Language Disorders : A Functional Approach to Assessment and


Intervention. Boston :Allyn &Bacon
Paul, P. & Quigley, S (1994) Language And Deafness San Diego: Singular Publishing Group.
Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003). Bahasa Isyarat Malaysia : Persekutuan
Orang Pekak Malaysia Kuala Lumpur.

Raja Mariam Raja Mohd Iskandar (1999). Bertutur Dengan Kanank-kanak Pekak :
Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia Kuala Lumpur.

Saadiah Ahmad (2009). Pengenalan Kepada Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM): Open
Universiti Malaysia Kuala Lumpur.
Tan Chin Guan (1999). Bertutur Dengan Kanank-kanak Pekak : Persatuan Kebangsaan
Pekak Malaysia Kuala Lumpur.

SUMBER INTERNET
Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004). (t.t) Penguasaan Bahasa Melayu
dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorotan dari Perspektif Linguistik Jurnal
Dewan Bahasa Dicapai pada 28 Jun 2009 dari
http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/penguasaan_bhs.html

Bicara Rasa Sang Bayan (2007). (t.t)Mereka Tidak Pekak. Dicapai pada 28 Jun 2009 dari
http://psittacula.wordpress.com/2007/11/22/mereka-tidak-pekak/
Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2007). (t.t) Bahasa isyarat . Dicapai pada 28 Jun 2009
dari http://www.geocities.com/bima
Punca dan Kategori Kehilangan Pendengaran

1.0 Pengenalan

Pendengaran adalah sangat penting bagi setiap orang untuk menjalani kehidupan yang
normal. Tanpa pendengaran sesuatu perkara yang bakal dilakukan tidak sempurna kerana
tidak dapat mendengar dengan jelas perkara yang bakal dilaksanakan. Bagaimanakah hidup
kita akan berjalan seperti biasa sekiranya kita tidak berkomunikasi dengan orang lain?
Apakah kita dapat mengatasi itu semua sekiranya kita mengalami masalah pendengaran?
Komunikasi sangat penting dalam kehidupan seharian kerana tanpa komunikasi di antara satu
sama lain hidup menjadi sunyi sepi. Justeru, pendengaran akan mempengaruhi segala aktiviti
yang akan dilaksanakan.

Kehilangan pendengaran adalah ancaman utama kepada semua individu bukan sahaja
terhadap komunikasi, tetapi mempengaruhi kehidupan seharian dan sosial individu.
Ketidakupayaan mendengar pertuturan, bahasa, muzik dan bunyi-bunyi alam sekeliling adalah
berkaitan dengan masalah psiko-sosial yang memberi kesan terhadap fungsi dan kualiti
kehidupan seharian (Lindblade dan McDOnald 1995; Saunders 1994; Taylor 1993).

Kemajuan sekarang yang menyediakan alat bantu mendengar dapat membantu kanak-kanak
yang bermasalah pendengaran dan menolong serba sedikit sisa pendengaran yang ada.
Dengan teknologi tersebut dapat memudahkan kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat
mendengar seperti biasa tetapi mempunyai had-had yang tertentu. Intervensi awal perlu
didapatkan untuk kanak-kanak yang bermasalah pendengaran supaya dapat menerima bahasa
dengan baik dan dapat bertutur seperti biasa.

Masalah ini boleh diatasi sekiranya mendapat pencegah awal supaya anak-anak yang bakal
dilahirkan tidak mengalami sebarang gangguan atau masalah seperti masalah pendengaran,
penglihatan dan ketidakupayaan lain. Ibu-ibu haruslah menjaga kandungan dengan sebaiknya
supaya anak-anak yang bakal dilahirkan tidak mengalami sebarang kecacatan dan
ketidakupayaan.
2.0 Definisi

Definisi atau maksud sebenar masalah pendengaran adalah seseorang yang mengalami
masalah pendengaran dan tidak dapat mendengar dengan baik disebabkan oleh beberapa
akibat yang membuatkan telinga mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Menurut Clark,
1999, istilah bermasalah pendengaran adalah istilah yang lazim digunakan oleh pihak
perubatan (klinikal) dan pendidikan kerana kanak-kanak yang dilabel sebagai pekak
sepenuhnya kerana meraka masih mempunyai sisa (resisual) pendengaran. Tetapi pada masa
kini, istilah seperti ‘pekak’, ‘tuli’, ‘pekak bisu’ dan ‘cacat pendengaran’ masih digunakan oleh
orang awam untuk ditujukan kepada kumpulan yang bermasalah pendengaran. Gelaran seperti
itu dianggap kasar dan boleh menyinggung perasaan orang yang kelainan upaya masalah
pendengaran.

Hallahan dan Kauffman (1991) mendefinisikan murid-murid bermasalah pendengaran sebagai


murid-murid yang tidak dapat mendengar pada satu-satu tahap intensiti atau kekuatan bunyi.
Murid-murid bermasalah pendengaran juga adalah sinonim dengan murid-murid yang
mengalami masalah komunikasi, sosial serta akademik. Seperti yang sedia maklum,
pendengaran adalah perkara yang penting dalam menguasai pertuturan yang baik. Sekiranya
mempunyai masalah pendengaran maka, pertuturan yang diucapkan tidak akan jelas dan tidak
dapat menerima bahasa dengan baik. Tidak dapat menguasai pendengaran dengan baik akan
mengakibatkan pertuturan seseorang akan tergendala dan menyebabkan kesukaran untuk
berinteraksi dengan orang lain.

Ling (1989), menekankan bahawa pendengaran memainkan peranan yang sangat penting
kepada murid-murid untuk mempelajari bahasa dan ia merupakan halangan paling besar yang
dihadapi oleh murid-murid bermasalah pendengaran. Manakala, menurut Mojuntin Ebin
(1997), murid-murid bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan
pertuturan dan bahasa. Disebabkan faktor tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak
boleh berfikir seperti murid-murid lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal
mereka terbantut.

3.0 Perbincangan ( Punca dan Kategori Kehilangan Pendengaran )


Dalam bidang perubatan dan pendidikan, murid-murid bermasalah pendengaran dikategorikan
mengikut tahap kehilangan pendengaran masing-masing. Ukuran kehilangan pendengaran
ditentukan mengikut keupayaan individu mendengar kekuatan bunyi yang berdasarkan unit
desibel ( Williams, 1991 ). Di Malaysia, kategori untuk bermasalah pendengaran
menggunakan tahap ukuran kehilangan pendengaran Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan,
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ( HUKM ).

Bagi individu yang mengalami kehilangan pendengaran di bawah 70 dB adalah dikategorikan


sebagai kehilangan pendengaran konduktif. Masalah ini berlaku disebabkan oleh gangguan,
halangan atau pun kerosakan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah sahaja. Bahagian
telinga dalam pula masih berfungsi dengan baik serta dapat menghantar bunyi melalui saraf
pendengaran ke otak. Kemudian getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat
di dalam telinga dalam tanpa melalui telinga luar dan tengah. Kehilangan pendengaran
konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih
boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui
tulang mastoid.

Tahap kehilangan pendengaran konduktif yang dihidapi oleh kanak-kanak akan mengalami
tahap kehilangan pendengaran dalam kategori biasa (kurang 20 dB) iaitu darjah kehilangan
pendengaran masih normal dan boleh mendengar semua bunyi. Manakala, ringan (21 – 45
dB) iaitu kesukaran untuk mendengar bunyi yang perlahan atau terlalu jauh. Seterusnya,
sederhana (46 – 70 dB) iaitu boleh mendengar bunyi dalam lingkungan 1 hingga 1.5 meter.
Sekiranya hendak berhubung dengan kanak-kanak di tahap ini perlulah bercakap dengan suara
kuat. Kemungkinan kanak-kanak ini tidak sempurna pertuturannya kerana pengalaman
mereka mendengar adalah terhad.

Punca berlakunya masalah pendengaran ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar
akibat daripada pengumpulan tahi telinga (serumin) yang terlalu banyak atau sekatan benda
asing. Hal ini juga terjadi apabila kemalangan yang mengakibatkan kerosakan pada
gegendang telinga akibat tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan juga jolokan
benda tajam atau keras pada gegendang. Manakala, ketumbuhan tetulang halus (otosklerosis)
pada stapes (struktur di bahagian telinga tengah). Kehilangan pendengaran berlaku kerana
tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat digerakkan kerana berlakunya
ketumbuhan tetulang di sekelilingnya.

Oleh yang demikian, faktor jangkitan turut mempengaruhi masalah pendengaran konduktif
iaitu jangkitan kronik yang berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau dalam telinga yang
dikenali sebagai Otitis External dan Otitis Media. Otitis External berlaku disebabkan oleh
jangkitan bakteria yang dinamakan “swimmers ear” yang biasa berlaku pada para perenang
kerana kekerapan air terperangkap di dalam salur telinga. Manakala, otitis media merupakan
infeksi di bahagian membran mukus telinga tengah. Penyakit ini biasanya mempunyai kaitan
dengan penyakit seperti koriza, campak, demam dan batuk kokol. Tanda-tanda penyakit ini
ialah sakit di bahagian telinga secara tiba-tiba dan demam panas. Kepekakan boleh terjadi
sekiranya penyakit ini menyerang kedua-dua belah telinga dan jika lambat diberi rawatan
keadaan akan bertambah teruk.

Seterusnya, kehilangan pendengaran 71 dB hingga 90 dB dikategorikan sebagai mengalami


kehilangan pendengaran teruk (severe) dan kehilangan pendengaran 91dB keatas
dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran yang sangat teruk (profound). Kategori
kehilangan pendengaran bagi kedua-dua ini dikatakan sebagai mengalami kehilangan
pendengaran sensori neural atau pekak saraf. Kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran di tahap ini akan ditempatkan di sekolah pendidikan khas bermasalah
pendengaran. Punca kehilangan pendengaran ini disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di
bahagian telinga dalam dan saraf pendengaran iaitu merujuk kepada kerosakan yang berlaku
pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Masalah
pendengaran jenis ini boleh berlaku dan berpunca sebelum kelahiran iaitu semasa janin berada
di dalam kandungan ibu dan juga selepas kelahiran.

Pelbagai punca yang mengakibatkan berlakunya masalah pendengaran sensori neural iaitu
jangkitan virus atau bakteria pada bayi. Contohnya ibu menghidapi rubella, sekiranya ibu
mengandung menghidapi penyakit ini akan mengakibatkan anak di dalam kandungan
menghadapi masalah dan juga boleh mengalami pelbagai lagi masalah lain seperti masalah
pembelajaran, penglihatan dan ketidakupayaan yang lain. Jangkitan virus oleh penyakit
kelamin seperti herpes simplex, gonorhea dan siplis yang dialami oleh ibu bapa juga akan
mengakibatkan bayi mengalami masalah pendengaran ini.

Selain itu, faktor semasa kelahiran iaitu bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan juga
mengalami kecenderungan untuk mengalami masalah pendengaran. Selain itu, masa lahir
yang terlalu lama juga merupakan salah satu punca kehilangan pendengaran kerana ibu
mengalami kesukaran untuk melahirkan anak menyebabkan tekanan pada telinga bayi.
Kecederaan semasa kelahiran pada bahagian telinga juga akan menyebabkan bayi mengalami
masalah pendengaran. Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga semasa merawat
bayi juga menyebabkan bayi mengalami masalah pendengaran dan sekiranya bayi terdedah
kepada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama juga menyebabkan kerosakan
pada bahagian telingan bayi. Latar belakang ibu bapa yang mempunyai masalah pendengaran,
berkemungkinan anak-anaknya mengalami masalah yang sama kerana disebabkan faktor
keturunan. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang membawa gen dominan (pekak) maka
risiko untuk mempunyai anak bermasalah pendengaran sensori neural ialah 50 peratus
manakala pembawa gen resesif berisiko sebanyak 25 peratus.
Tambahan lagi, selain masalah pendengaran sensori neural dan konduktif, masalah
pendengaran bercampur juga dikategorikan sebagai masalah pendengaran. Masalah
pendengaran bercampur ialah masalah pendengaran yang melibatkan kehilangan pendengaran
konduktif dan sensori neural. Punca berlakunya masalah pendengaran bercampur ini
disebabkan oleh hasil kedua-dua faktor iaitu kerosakan yang berlaku dalam masalah
pendengaran konduktif dan sensori neural.

4.0 Rumusan

Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami sedikit sebanyak


gangguan atau halangan dalam tumbesarannya kerana mengalami kesukaran untuk
memperolehi bahasa dengan sempurna. Seperti mana yang diketahui bahawa kanak-kanak
yang mengalami masalah pendengaran tidak dapat bertutur dengan baik kerana memperolehi
bahasa yang terhad. Sepertimana yang dibincangkan berdasarkan punca berlakunya masalah
pendengaran di atas, beberapa keadaan boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan
peranan dalam menjaga perkembangan anak-anak mereka samada dari segi luaran ataupun
dalaman. Bagi ibu yang mengandung, penjagaan yang rapi berkaitan diri sendiri atau pun bayi
perlu dititik beratkan supaya bayi mendapat zat yang secukupnya dan dapat mengelakkan
daripada terkena sebarang jangkitan virus ataupun bakteria.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku selepas kelahiran seperti terjolok benda
tajam atau keras ke dalam telinga bayi boleh dielakkan dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting kerana ini melibatkan masa depan anak-
anak. Kesan kepada anak-anak adalah sangat teruk sekiranya mengalami masalah
pendengaran kerana menunjukkan kelainan dalam beberapa aspek lain. Sebagai contohnya,
kurang memberi perhatian iaitu kanak-kanak ini tidak terkejut pada bunyi yang kuat dan tidak
mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi. Kanak-kanak tersebut berkemungkinan tidak
mendengar atau memastikan bunyi yang didengar apabila tidak menunjukkan sebarang reaksi
mahu pun perhatian.

Selain itu, kanak-kanak akan mengalami kesukaran dalam mengikut arahan lisan. Kanak-
kanak ini juga sukar memahami arahan yang mudah dan akan lebih kerap bertanya dan
meminta supaya arahan diulang atau tidak memberi perhatian kepada arahan atau pun
pertanyaan. Manakala, personaliti kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan
dilabel sebagai kanak-kanak degil kerana tidak mendengar kata, malas membuat kerja yang
diarahkan ataupun digelar budak nakal kerana sering mengalihkan perhatian. Perkara seperti
ini berlaku kerana kesukaran yang dialaminya untuk memahami arahan lisan yang diberikan
mengakibatkan kanak-kanak ini lebih suka membuat hal sendiri.
5.0 Rujukan

Zalizan Mohd Jelas. 2012. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan
Amalan. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Dharta Ranu Wijaya. Juang Sunanto. Zaenal Alimin. Mohd Mokhtar Tahar. Mohd Hanafi
Mohd Yasin. Safani Bari. 2010. Praktik-praktik Terbaik Pendidikan Untuk Semua :
Isu-isu Pendidikan Khusus di Indonesia dan Malaysia.

Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad. Pengantar Pendidikan Khas. Penerbitan Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Che Ismail Che Lah. Kajian Masalah Pendengaran dan Saringan Mutasi A1555G Gen DNA
Mitokondria (mtDNA) di Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Jenis
Sensorineural tidak Bersindromik di Hospital Universiti Sains Malaysia. 13 November
2012

http://mbsskl.edu.my/panitia_pkhas/masalah-pendengaran. Masalah Pendengaran. 12


November 2012.

http://www.scribd.com/doc/45085327/19/PUNCA-MASALAH-PENDENGARAN. Punca
Masalah Pendengaran. 15 November 2012
apa itu masalah pendengaran

DEFINISI~

(Izz) memetik kata-kata Hallahan dan Kaufman(1991) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang tidak dapat mendengar pada satu tahap
intensiti (kekuatan bunyi).

manakala Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad. (2013) memetik kata-kata Safari Bari
(1993) yang menyatakan bahawa dalam bidang perubatan, murid-murid bermasalah
pendengaran dikategorikan mengikut tahap kehilangan pendengaran mereka.

Sensitiviti pedengaran adalah diukur dalam unit desibel(dB). Nilai 0dB ialah bunyi yang
amat perlahan yang dapat didengari oleh orang yang mempunyai pendengaran normal.
(Daniel P.Hallahan et.al., 2009)

~CIRI-CIRI FIZIKAL~

Menurut Aznan(2008), antara ciri fizikal bg individu bermasalah pendengaran ialah......

•Kurang memberi perhatian semasa di dalam kelas


•Percakapan yang janggal

•Tidak gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran pertuturan

•Sering bertanya tugasan yang perlu dilakukan

•Memasang radio dengan kuat

•Duduk tepat di hadapan televisyen

•Gemar mencondong muka ke depan

•bergantung dengan rakan sekelas mengenai tugasan yang diberikan

•Sering mengadu sakit telinga

•Terdapat cecair yang keluar daripada telinga

•Pencapaian dalam pelajaran yang lemah terutama berkaitan dengan bahasa

•Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat

•Memakai alat bantuan pendengaran

~KEPERLUAN BANTUAN~

Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, terdapat pelbagai bantuan yang dapat dilakukan
untuk membantu kanak-kanak tersebut. Dari segi kaedah komunikasi, terdapat beberapa
kaedah komuikasi untuk mereka seperti kaedah lisan auditori, bacaan bibir, bahasa isyarat,
komunikasi seluruh dan pertuturan isyarat kiu. (Mohd Zuri Ghani, 2013)

1. Kaedah lisan auditori :

Ø Cara ini menekan proses mendengar dan bertutur. Murid-murid akan menggunakan alat
bantuan pendengaran dan deria lihat. Mereka akan diajar kaedah bacaan bibir tanpa
menggunakan bahasa isyarat. Kemahiran mendengar dan bertutur dapat melatih murid
membezakan bunyi-bunyi yang berbeza
2 Kaedah bacaan bibir

Ø Cara ini mengguna deria penglihatan sepenuhnya dan sesuai untuk individu yang dapat
memberi tumpuan yang tinggi terhadap bibir penutur. Menurut John Tracy (2010), murid-
murid pekak mendengar melalui mata. Kaedah ini memerlukan murid-murid bermasalah
pendengaran melihat tepat ke arah bibir penutur agar dapat memahami maklumat yang
disampaikan.

3. Kaedah bahasa isyarat:

Murid-murid bermasalah pendengaran tetap menerima pendidikan seperti pelajar arus


perdana. Mereka diajar dengan menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat merupakan satu
kaedah yang memberi simbol tertentu menggunakan bentuk tangan agar dapat menyampaikan
maksud yang tertentu

Isyarat huruf
Isyarat nombor

1 4. Kaedah komunikasi seluruh:

Ø Kaedah ini menggabungkan isyarat jari, bacaan bibir, pertuturan dan implikasi auditori.
Aspek penting dalam kaedah ini ialah isyarat jari dan pertuturan secara serentak.

2 5. Kaedah pertuturan isyarat kiu:


Ø Kaedah ini membentuk isyarat tangan bagi menentukan bunyi-bunyian. Kiu akan
ditunjukkan melalui bentuk-bentuk tangan. Bunyi perkataan akan ditentukan melalui kawasan
tempat sesuatu bentuk tangan.

contoh isyarat kiu

3 6. Alat bantuan pendengaran:

Ø Murid-murid bemasalah pendengaran yang mempunyai sisa-sisa pendengaran memerlukan


alat bantuan pendengaran untuk mendengar dengan lebih jelas. Ahli audiologi
bertanggungjawab untuk menilai alat bantu dengar yang sesuai, membuat acuan telinga serta
memberi pendedahan mengenai cara penggunaan dan penjagaan yang betul.
Implan koklea

~PUNCA BERLAKU~
Masalah pendengaran boleh terjadi daripada pelbagai faktor iaitu sebelum lahir, semasa lahir
dan selepas lahir

a) Sebelum lahir : Baka yang disebabkan oleh gen. Kajian menunjukkan


kemungkinan anak-anak akan menghidap masalah
pendengaran jika mereka mempunyai keluarga berlatar
belakang masalah pendengaran

b) Semasa lahir : Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan

Tempoh kelahiran yang lama

c) Selepas lahir : Menghidap penyakit berjangkit seperti demam campak.

Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga

Terdedah kepada bunyi yang kuat

Nota DR.Rahim Razali

SEJARAH PERKEMBANGAN KAEDAH PENGAJARAN MURID-MURID


BERMASALAH PENDENGARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan sejarah perkembangan pendekatan-pendekatan pengajaran

2. Menjelaskan ciri-ciri pendekatan pengajaran


3. Menjelaskan perbezaan konsep bahasa isyarat dan komunikasi seluruh

PENGENALAN

Ahli-ahli lingusitik yang yang berkaitan dengan pengajaranh dan pembelajaran bahasa
terhadap kanak-kanak pekak berpendapat terdapat dua aliran besar iaitu : Pertama, kaedah
lisan atau kaedah Jerman yang terutama menggunakan dan mengajarkan lisan sebagai alat
pengungkapan, serta bacaan bibir sebagai alat penerimaan maklumat komunikasi dan
Keduanya kaedah manual (kaedah isyarat) atau kaedah Perancis yang menggunakan isyarat
dan ejaan jari sebagai satu alat penerimaan serta pengungkapan diri. Pada hakikatnya telah
berabad-abad lamanya terjadi pertentangan antara penganut kedua-dua aliran ini yang masing-
masing mengemukakan argumentasi tentang kelebihan kaedah mereka. walaubagaimanapun
kedua-dua kaedah itu berkembang sejak awal dalam sejarah pendidikan kanak-kana pekak,
sebagaimana dapat dikumpul dari pelbagai sumber antara lain oleh Mullholland (1980) dan
Evans (1982).

SEJARAH PENDEKATAN PENGAJARAN MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Sejarah merakamkan pendidikan formal orang pekak bermula pada penghujung abad ke 16 di
Sepanyol. Guru pertama orang pekak biasanya diakitakan dengan Pedro Ponce de Leon (
1520 -1584 ) dengan mengajar kanak-kanak pekak bercakap. Juan Martin Pablo Bonet ( 1579
– 1620) dalam bukunya The Reduction of Letters pf the Art of Teaching the Mute to Speak
) mengemukakan startegi pengajaran bahasa untuk kanak-kanak pekak melalui;

a. Kanak-kanak pekak harus diajar abjad tangan ( dasar yang sama seperti dalam ASL
sekarang ).

b. Ahli keluarga yang hidup serumah dengan kanak-kanak pekak mesti belajar abjad tangan.

c. Kanak-kanak pekak diajar membunyikan tiap-tiap huruf bermula dengan huruf vokal.

d. Kanak-kanak pekak diajar tentang sukukata dan diikuti perkataan

e. Kanak-kanak pekak yang telah menguasai perbendaharaan kata hendaklah diajar bahasa
dengan cara memperkenalkan tatabahasa secara sistematik.

Dalam buku tersebut beliau turut merakamkan berkenaan dengan pembacaan bibir, iaitu;

‘Untuk orang pekak dan bisu memahami apa-apa yang dikatakan kepadanya
dengan gerakan bibir dan lidah, maka tidak diperlukan pengajaran:.. gerakan -
gerakan itu, dengan sistem yang membolehkan orang-orang pekak bisu
memahami dari bibir sahaja, tidak dapat dilakukan dengan pengajaran.

Charles Miche de L’Epee ( 1712-1789 ) menggunaka isyarat-isyarat untuk berkomunikasi


dengan kanak-kanak pekak. Beliau percaya kanak-kanak pekak bekemampuan untuk berfikir
dan menyatakan sebab musabab melalui penggunaan isyarat. Dengan yang demikian beliau
mengambil isyarat-isyarat daripada orang pekak di Paris dan memperkembangkan
perbendaharaan isyarat-isyarat ini dan memperkenalkan isyarat-isyarat metodik dengan
tujuan untuk menimbulkan isyarat m manual methodsebagai lawan kepada kaedah lisan (
oralist method ). Kaedah tangan meluas penggunaannya di Eropah dan merebak ke Amerika
Syarikat melalui Thomas Hopkins Gallaudet yang mempelajari kaedah tangan di Paris dan
membawa pembukaan sekolah awam kanak-kanak pekak pertama di Amerika Syarikat iaitu
di Hartford Connecticut 1817. Gallaudet bersama muridnya yang pekak Laurent Clerc
membuktikan dan menjadi model kejayaan orang pekak di Amerika Syarikat. Pada akhir
1870an, hampir satu pertiga daripada jumlah guru-guru bagi orang-orang pekak di Amerika
Syarikat terdiri daripada mereka yang pekak.

Samuel Von Heinicke (1729-1790) telah mengkritik kaedah tangan ini dan mencipta
kaedah Jerman atau kaedah lisan. Pertentangan berlanjutan kedua-dua kaedah disebabkan
pengaruh ekonomi dan politik bukan disebabkan kajian-kajian saintifik.
Berdasarkan International Congres of Education of the Deaf 1880 di Milan, Itali, kaedah
perancis atau kaedah tangah telah dikecam sebagai kaedah yang merosakkan pemerolehan
bahasa kanak-kanak pekak. Sebagai kesinambungannya kaedah lisan atau kaedah Jerman
telah mengambil tempat sebagai kaedah utama mengajar bahasa kanak-kanak pekak. Hasil
daripada kaedah ini didapati kanak-kanak pekak yang tamat persekolahannya didapati bahasa
yang mereka cakapkan tidak difahami. Secara amnya kaedah lisan ini gagal termasuklah
pelajar pekak pada tahap hilang pendengar 70dB atau lebih dan 35dB hingga 69dB
digolongan sebagai mereka yang ‘sukar mendengar’ (Conference of Executives of American
Schools for yhe Deaf )

Pada awal pertengahan tahun 1930an kaedah neo-oralisme diperkenalkan oleh Rusia
untuk pengajaran bahasa melalui pengejaan tangan. Kaedah neo-oralisme didapati cukup
tinggi nilainya jika dibandingkan dengan kaedah lain. Lewis ( 1967 ) berpendapat kaedah
neo-oralisme ini sebagai;
“Jelaslah bagi kami daripada yang diperlihatkan, bahawa orang Rusia lebih
berjaya daripada kita dalam perkembangan bahasa,perbendaharaan kata
dan pertuturan kanak-kanak pekak apabila kanak-kanak ini dimasukkan
dalam system pendidikan. Bagi kami ini merupakan hal yang penting untuk
mengemari kaedah mereka.Penggunaan pengejaan tangan dari awal
mulanya sebagai alat untuk perkembangan bahasa, komunikasi dan
pertutura.

Pada akikatnya kaedah neo-oralisme berjaya disebabkan kaedah ini diperkenalkan pada
peringkat awal umur kanak-kanak iaitu sebelum berumur 2 tahun atau lebih awal daripada itu.
Kaedah neo-Oralisme bukan sahaja berjaya memperkenalkan kaedah lisan-tangan tetapi
pendekatan ini berjaya menyatakan bahawa resolusi-resolusi yang dipersetujui dalam Kongres
Milas 1880 sebagai mitos semata-mata.

Kenyataan bahawa komunikasi tangan mempunyai kesan yang bermanafaat dan bukan
kesan yang merosakkan terhadap pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak pekak membawa
kepada kebangkitan semula minat dalam kaedah lisan tangan di Amerika Syarikat pada tahun
1960an hingga tahun-tahun 1970an. Ini menghasilkan kaedah pengajaran yang menggunakan
semua strategi komunikasi (termasuk gerak-geri lakoan, seni lukis, bacan, tulisan,
percakapan, pembacaan bibir, latihan mendengar, pengejaan tangan dan isyarat tangan ).
Falsafah yang mengasaskan pendekatan ini dinamakan Komunikasi Seluruh (KS) atauTotal
Communiacation ( TC ). Dengan memegang prinsip falsafah Komunikasi Seluruh ini, kanak-
kanak pekak tidak seharusnya dibiarkan dalam kekurangan dengan tidak menafaatkan
strategi-strategi pengajaran yang bebas seperti kanak-kanak normal melalui komunikasi
tangan dan bentuk pengejaan tangan dan isyarat-isyarat tangan lainnya merupakan pilihan
perlu dalam komunikasi kanak-kanak pekak.

PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN BAHASA KANAK-KANAK


PEKAK DI MALAYSIA
Pemerolehan bahasa utama bagi orang pekak secara dwibahasa dan dwimodal, secara
serentak, dikalangan kanak-kanak yang bertutur dengan ibu bapa mereka yang pekak. Gejala
ini menunjukan bahawa pemerolehan bahasa adalah bebas daripada modaliti. Terdapat kanak-
kanak pekak yang mencipta bahasa-bahasa egosentrik untuk digunakan dikalangan mereka
sendiri. Hal ini menunjukkan kebolehan untuk memproses dan menghasilkan bahasa juga
bebas daripada modaliti. Kedua-dua fenomena ini menjelaskan tentang kebolehan dan
pengalaman menggabungkan pertuturan dengan sistem gerak tangan- penglihatan ( manual-
visual ) untuk bahsaa lisan bagi memperingkatkan keupayaan dan perlakukan bahasa
dikalangan kanak-kanak pekak.

Sudah terbukti wujud bahawa perbendaharaan kata dan kemahiran penghasilan bahasa
dalam bahasa geraktangan – penglihatan mengikut pola yang sama dengan pola yang bahasa
pendengaran ( didengar ). Dengan pertimbangan ini menjelang tahun 1974 kaedah lisan yang
diamalkan selama dua dekad ditolak sebagai kaedah yang unggul dan pemerolehan bahasa
melalui pembacaan bibir ( speech reading ) oleh kank-kanak pekak prabahasa sangat tidak
memadai untuk perkembanga emosi, intelek dan sosial yang normal. Dengan
mempertimbangkan perbezaan tahap pendengaran antara kanak-kanak pekak
mempertahankan cara sebut – dengar ( aural-oral) untuk memperoleh bahasa harus
dipertahankan dan dipelajari ( Tan Chin Guan,1981 ).

Dengan menyedari kaedah lisan yang menjadi dasar pendidikan untuk orang pekak di
negara ini ternyata suatu sistem yang menyempitkan tidak memungkinkan orang pekak untuk
lebih bejaya dalam pendidikan. Dengan berpandukan kejayaan yang dicapai di Amerika
Syarikat, jawatankuasa mencuba untuk menerapkan pendekatan baru yang dinamakan
Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu. Hasilnya terbentuklah Bahasa Isyarat:
Komunikasi Seluruh dalam bentuk Mimeograf. KTBM yang dihasilkan oleh jawatankuasa
bukan sahaja menitik beratkan keada isyarat tangan, malahan kepada asas-asas tatabahasa dan
prinsip-prinsip Bahasa Melayu. Jelaslah bahawa pengamalan falsafah komunikasi seluruh di
Malaysia mempertimbangkan jenis komunikasi tangan yang boleh digunakan secara serentak
dengan pertuturan dalah kaedah lisan-tangan Malaysia yang baru, yakni mempunyai dua
pilihan :

a. Pertuturan dan pengejaan tangan secara serentak

b. Pertuturan dan Bahasa Malaysia yang menggunakan isyarat tangan secara serentak.

Pengejaan Jari

Ejaan Jari (Fingerspelling) merupakan bahagian mustahak dalam komunikasi orang-orang


berkeperluan khas bermasalah pendengaran yang digunakan untuk mengeja nama khas dan
mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.
Pengejaan jari memerlukan penguasaan abjad kerana setiap perkataan atau kosa kata yang
hendak diperkatakan perlu dieja dengan cekap agar komunikasi berkesan berlaku. Ejaan jari
digunakan untuk mengeja nama orang, tempat, dan lain-lain. Ejaan jari ini amat penting
apabila perkataan yang hendak diperkatakan itu tidak dapat dikodkan atau diisyaratkan. Ejaan
jari mempunyai 3 aspek penting:

i. Penyampaian Ejaan Jari iaitu (Expressive Fingerspelling) ialah


penggunaan pergerakan fizikal bagi menyampaikan maklumat melalui
huruf-huruf gerakan tangan.

ii. Penerimaan Ejaan Jari iaitu (Reseptive Fingerspelling) ialah

penggunaan gerakan pandangan mata bagi menerima maklumat

melalui huruf-huruf gerakan jari.

iii. Ejaan Jari, iaitu mestilah diingatkan selalu yang Ejaan Jari ini
digunakan bagi tambahan kepada pertuturan dan bacaan bibir. Oleh
yang demikian kita mestilah selalu bertutur atau menggerakkan bibir
menyebut tiap-tiap perkataan serentak dengan Ejaan Jari dan Kod
Tangan.

Pertuturan KIU
Pertuturan kiu terdiri daripada bahasa pertuturan yang diiringi dengan kiu tangan iaitu
petunjuk yang ditunjukkan oleh seseorang penutur supaya setiap suku kata yang dituturkan itu
boleh dicam dengan jelas memalui penglihatan dan juga melalui pendengaran. Oleh yang
demikian, setiap perkataan pertuturan kiu yang ditutur boleh dilihat dengan nyata oleh mereka
yang hanya mampu mendengar secara kabur, serta didengar dan dilihat secara serentak oleh
mereka yang sempurna deria.

Kiu tangan dalam pertutuan kiu tidak direka oleh Dr. R. Orin Cornett, dari Kolej Galludet,
Washington, DC pada tahun 1967. Manakala di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1992
berdasarkan pekeliling bahagian sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan KP(BS-
KP) 8501/R & D/Jld (1)/(4) yang telah dilaksanakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan
Alam Shah (2) Petaling Jaya, Selangor. Kaedah ini menggabungkan pertuturan dan isyarat
(kiu) serentak. Prinsip-prinsip tersebut diaplikasikan terhadap Bahasa Melayu. Setiap kiu
tangan terdiri daripada suatu bentuk tangan yang diletakkan pada posisi tangan yang khas.
Hanya 8 bentuk tangan digunakan, iaitu:

Dalam pertuturan kiu, setiap suku kata yang ditutur boleh dicam dengan jelas melalui corak
visual yang terdiri daripada pergerakan bibir yang dilihat ketika suku kata itu ditutur dan kiu
tangannya yang diiringi secara serentak. Dalam kaedah bacaan bibir, kebanyakan suku kata
kelihatan serupa walaupun ia berbunyi amat berbeza terutamanya bagi suku kata seperti /ma/,
/ba/, /pa/. Dalam setiap keadaan, kedua-dua bibir bermula dengan dietapkan. Kemudian ia
dibuka apabila suku kata tersebut dituturkan. Keadaan ini menyukarkan untuk mengecam
setiap satu daripada suku kata itu dengan hanya melihat pada mulut, iaitu seperti yang berlaku
didalam bacaan bibir. Walau bagaimanapun, dalam Pertuturan Kiu rupanya begini:
Posisi tangan memudahkan kita melihat perbezaan diantara vokal-vokal yang kelihatan serupa
dalam kaedah bacaan bibir. Kiu tangan membantu mengatasi kesulitan-kesulitan yang
dihadapi semasa membaca bibir dengan menjadikan suku kata-suku kata yang berbunyi
berbeza juga kelihatan berbeza diantara satu sama lain. Sebaliknya, semua suku kata yang
berbunyi sama akan kelihatan sama. Dengan cara ini, semua perkataan yang ditutur boleh
dicam dengan jelas melalui penglihatan apabila Pertutuan Kiu digunakan. Ini memungkinkan
kanak-kanak pekak membaca dengan jelas apa yang sedang dituturkan kepada mereka
walaupun mereka mungkin tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dituturkan kepada
mereka iaitu mereka akan betul-betul akan dapat membaca apa yang dikatakan oleh penutur
melalui bacaan bibir. Sebagai tambahan kepada Pertuturan Kiu, isyarat-isyarat dan kaedah
ejaan jari juga mempergunakan tangan untuk mewakili perkataan-perkataan yang disebut.
Ketiga-tiga cara untuk mewakili perkataan secara visual dengan tangan ini adalah bersamaan
dengan tiga bentuk di mana perkataan pertuturan lazim diwakili di dalam penulisan iaitu
penulisan silabik, penulisan ideograf dan penulisan menurut abjad.

Walaupun kebanyakan bahasa biasanya hanya menggunakan salah satu daripada


bentuk-bentuk penulisan ini, ketiga-tiga bentuk ini boleh digunakan di dalam penulisan
bahasa Jepun.
Kanak-kanak yang berpendengaran normal berupaya mempelajari bahasa pertama mereka
dengan mendengar perkataan-perkataan pertuturan. Kanak-kanak pekak, yang tidak boleh
mendengar perkataan-perkataan pertuturan dengan cukup jelas untuk menguasai bahasa
pertama mereka melalui cara yang sama dengan kanak-kanak yang boleh mendengar, perlu
melihat dengan ketara bahasa yang diperkatakan kepada mereka. Oleh kerana perkataan-
perkataan yang ditulis tidak sesuai untuk tujuan komunikasi dengan kanak-kanak terlalu kecil,
maka perkataan-perkataan dalam bentuk tangan iaitu perkataan-perkataan isyarat, perkataan-
perkataan kiu dan perkataan ejaan jari biasanya diguna dalam intervensi bahasa awal dengan
kanak-kanak pekak.

Bacaan Bibir

Bacaan bibir adalah kebolehan memahami apa yang dikata dengan melihat bibir. Ia juga
dikenali sebagai lip reading/speech reading. Kaedah bacaan bibir amat berkesan sekiranya
kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tahap pendengaran yang sederhana atau
rendah iaitu 30 dB – 70 dB. Latihan pendengaran mampu menambahkan kebolehan bacaan
bibir. Kaedah bacaan bibir menekankan kepada penggunaan penglihatan sepenuhnya. Oleh
sebab itu, kaedah ini mengkehendaki pelajar sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan
tepat. Dalam situasi ini, penutur dikehendaki berada dalam keadaan yang terang dan mudah
serta jelas untuk dilihat. Menunjukkan bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian
luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan. Bibir berfungsi dalam dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar dari
rongga mulut. Gusi pula adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit
keras. Keadaannya cembung dan berperanan sebagai daerah artikulasi iaitu daerah
penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi seperti (t) , (d) , (l) dan sebagainya
dengan bantiuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
Auditori Verbal

Kaedah ini bertujuan mengajar pertuturan dengan menekankan kemahiran mendengar dari
saki baki pendengaran secara lebih berkesan dengan dikuat melalui penggunaan alat bantuan
pendengaran disamping menggunakan deria-deria lihat dan sentuh. Sebelum menentukan
kaedah yang sesuai atau tidak kepada seorang pelajar itu, satu ujian diadakan untuk
menentukan kehilangan pendengaran, dan adakah saki baki pendengarannya boleh
digunakan.Setelah itu baharulah kemahiran-kemahiran mendiskriminasi bunyi seperti
kemahiran mendengar bunyi, mengesan dan mengarah, mengajuk, mengenal dan
membezakan bunyi-bunyi yang diperkenalkan dan diajar kepada kanak-kanak yang
bermasalah pendengaran.Kaedah Auditori Oral mengajar kanak-kanak mengikut proses
normal, iaitu menekankan proses mendengar serta bertutur. Bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah pendengaran ringan akan mendapat manfaat mengunakan kaedah ini. Kecuali
pelajar-pelajar yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir, dan teruk pula kadang-
kadang mengalami masalah dan kesukaran mengikut kaedah ini.

Kaedah oral auditori adalah menitikberatkan penggunaan saki baki pendengaran yang
ada pada mereka. Saki baki pendengaran yang ada pada mereka ini perlu dirangsang
semaksima yang mungkin supaya pelajar ini dapat menggunakan pertuturan dan bacaan bibir
semasa berada dalam situasi aktiviti berbahasa. Kaedah ini memerlukan guru pendidikan
boleh mengendalikan dan mengenal setiap alat bantuan mengajar seperti Post Aural Aid (alat
bantu belakang telinga), Body-Worm Aid (alat Bantu dipakai pada badan), In the Ear
Aid (alat Bantu dalam telinga) dan Bone Conductor (konduktor tulang).

BAHASA ISYARAT MALAYSIA

BIM adalah bahasa komunikasi. Pembentukan atau pergerakan tangan dan jari dan lain-lain
adalah untuk memberi kepelbagaian sesuatu makna atau gambaran. Ia adalah bahasa orang
pekak yang tidak menyerupai mana-mana bahasa yang ditutur, ditulis atau dibaca. BIM ialah
bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan
bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak
Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang
pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang
Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu,
BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa tersendiri. BIM ini
diwujudkan secara semulajadi oleh komuniti pekak dan bukan dicipta secara perseorangan.

Bagi mendalami pembentukan isyarat BIM kefahaman memahami maksud sebenar bahasa itu
sendiri harus dilihat dari aspek kefungsian bahasa berkenaan. Menurut Ho Koon Wei (2007) ,
BIM adalah satu bahasa yang mempunyai struktur dan tatabahasa tersendiri, dikongsi
bersama komuniti-komuniti di dalam sesebuah negara; Ia bukanlah suatu perhubungan tetapi
lebih merupakan alat untuk berkomunikasi atau berhubung antara satu sama lain. Bagi beliau
BIM terbahagi kepada dua jenis bahasa iaitu bahasa percakapan dan bahasa penulisan.
Bahasa Isyarat merupakan satu jenis bahasa baru kerana tidak ramai orang mampu
menguasainya. Bahasa Isyarat Malaysia didefinisikan sebagai:

“ A visual language, stands for Bahasa Isyarat Malaysia, a shared language with own
structure and grammar, used in the Deaf communities in Malaysia”.

Dengan kata lainnya ianya adalah bahasa bergambar yang boleh dilihat, mewakili Bahasa
Isyarat Malaysia, yang mempunyai struktur dan tatabahasa tersendiri dan digunakan oleh
warga pekak di Malaysiameliputi;

a. Phonology-Kajian Bunyi,

b. Morphology-Kajian Morfologi

c. Syntax-Kajian sintaksis

Dari aspek kajian fonologi menurut Liddel & Johnson ( dalam Ho Koon Wei 2007:29) setiap
isyarat boleh menggunakan tangan sama ada salah satu atau kedua-dua tangan. Kajian Bunyi
mempunyai 5 bahagian iaitu Bentuk tangan, Pergerakan, Kedudukan, Orientasi Tapak tangan
dan Non manual Signal .Dengan kata lain setiap pergerakan atau simbol akan mewakili
sesuatu yang membawa maksud yang akan dapat difahami oleh warga pekak itu sendiri.
Terdapat lima bahagian pada setiap isyarat iaitu bentuk tangan (handshape), pergerakan
tangan (movement), lokasi tangan (location), tapak tangan (palm orientation), tanda bukan
manual (nonmanual signals). Tapak tangan meliputi pergerakan ke atas, ke bawah, ke tepi,
keluar, ke dalam dan lain-lain. Lokasi tangan meliputi di kepala, di badan, di muka, di leher,
ruang bebas, dan lain-lain. Pergerakan tangan dikesan melalui kepelbagaian pergerakan iaitu
pergerakan sama ada satu atau duan tangan dalam bentuk lurus, bengkok, ulangan, pusingan
dan lain-lain. Tanda bukan manual meliputi lain-lain tanda yang ada memberi erti tatabahasa
yang khas iaitu tanda yang menunjukkan perasaan, mimik muka, gerakan tangan, kepala dan
badan dan lain-lain.

Morfologi pula lebih menumpukan kepada isyarat berkonsep, perbuatan, karaktor


atau bentuk dan simbol sesuatu. Sintaksis pula lebih tertumpu kepada membuat ayat, seperti
contoh subjek dan kata kerja atau kata kerja sahaja yang mampu memberi makna yang
lengkap. Sistem BIM yang digunakan oleh orang pekak adalah berlainan dan tidak sama
dengan sistem bahasa Melayu . Sesuatu bahasa yang dicipta mempunyai struktur dan
tatabahasa yang tersendiri, dikongsi atau digunakan oleh suatu komuniti masyarakat di
sesebuah negara. Bahasa bukan satu perhubungan tetapi satu alat untuk berkomunikasi.
Kemahiran berbahasa dapat dilihat dari aspek pertuturan dan penulisan. Bahasa pertuturan
iaitu melalui percakapan, menggunakan lidah, mulut dan suara untuk menyampaikan atau
menyatakan dan jenisnya seperti Bahasa Malaysia, English, Mandarin,dialek Hokkien dan
lain-lain. Manakala bahasa penulisan iaitu melalui penulisan yang menggunakan mata untuk
membaca dan menggunakan tangan untuk menulis atau menaip. Bahasa isyarat pula adalah
bahasa yang diisyaratkan yang dipraktikkan melalui isyarat dan diaplikasikan dengan
menggunakan mata untuk menerima dan menggunakan tangan serta muka untuk
mengekspresi. Dari aspek linguistik Bahasa Isyarat terdapat tiga kemahiran yang diutamakan
iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis

RUMUSAN

Sejarah perkembangan pendekatan memperlihat perbezaan antara isyarat,oralisma, bahasa


isyarat dan kod tangan.

Bahasa isyarat mendominasi kaedah komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Amalan di Malaysia menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat dan
Pengejaan Jari.

Falsafaha Komunikasi Seluruh menggabungkan keseluruhan medium komunikasi.


2.0 KATEGORI KECACATAN

2.1.1 SEJARAH RINGKAS PENDIDIKAN MURID-MURID BERMASALAH

PENDENGARAN

Pendidikan Murid-murid Bermasalah Pendengaran di Malaysia telah dimulakan dalam


tahun 1954, dengan tertubuhnya sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang yang dikenali
sebagai Sekolah Kanak–Kanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang. Sekolah ini telah dipelopori
oleh Lady Templer, Dr.Reild, Cik Joyce Hickes dan beberapa orang lain yang berminat dalam
kerja–kerja kebajikan. Beberapa orang guru daripada sekolah ini telah dihantarkan ke luar
negara untuk mendapatkan latihan di bidang khas Pendidikan Kanak-Kanak Pekak. Sekolah
ini telah bermula dengan hanya bergantung kepada derma daripada orang ramai. Apabila
sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya maka usaha-usaha untuk membaikinya telah
dilipat gandakan dan dengan ini telah diletakkan dibawah Pentadbiran Kementerian Pelajaran.

Murid–murid sekolah ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk menerima
pendidikan sekolah rendah dan menengah dan sekarang ini mempunyai 368 orang murid
lelaki dan perempuan. Pelajaran mereka adalah seperti murid-murid biasa dengan adanya
penekanan kepada pelajaran Vokasional untuk memberi kemahiran seperti menggunting
rambut, pertukangan kayu, masak-memasak dan sebagainya . Oleh kerana murid-murid
bermasalah pendengaran bertambah ramai maka sekolah di Pulau Pinang tidak dapat lagi
menampung semua murid-murid yang terdapat di Malaysia. Maka suatu pelajaran yang
digelar “Rancangan Percantuman” untuk murid-murid bermasalah pendengaran telah
dimulakan.

2.1.2 MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN

1954 * Pembukaan kelas khas di Jalan Northam Di Pulau Pinang di bawah kendalian
pertubuhan sukarela.

* Pembukaan sekolah kanak-kanak bermasalah pendengaran persekutuan rendah dan


menengah Tanjung Bungah.

1963 * Pembukaan kelas-kelas pendidikan khas rancangan percantuman bermasalah


pendengaran oleh kementerian pendidikan di sekolah rendah dan menengah.
* Latihan perguruan pendidikan khas bermasalah pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Cheras Kuala Lumpur.

1978 * Pengenalan komunikasi seluruh (total communication) oleh


Kementerian Pendidikan / Amerika Peace Corps

* Pengubalan sistem bahasa melayu kod tangan BMKT.

* Penubuhan jawatan kuasa kebangsaan komunikasi seluruh oleh kementerian pendidikan.

1979 * Kursus dalam bidang perkhidmatan bagi guru-guru cacat pendengaran dalam
bidang komunikasi seluruh.

1984 * Penubuhan jawatan kuasa kerja penyelarasan komunikasi seluruh untuk


perkembangan sistem kod pendidikan Islam.

* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil kod dasar agama Islam

* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil kod dasar KBSR tahap Bahasa Malaysia kod tangan.

* Penubuhan jawatan kuasa kerja kecil penggubalan kod tangan pendidikan vokosional dan
teknikal.

1987 * Sekolah–sekolah pendidikan khas diwujudkan dengan pentadbiran berasingan di


bawah tanggungjawab pusat.

* Penubuhan sekolah menengah pendidikan khas vokasional Shah Alam, Selangor.

2.1.3 DEFINISI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran


didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan
juga bila kecacatan itu dialami. Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah
pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau
bunyi yang lain.

Stephen P.Quigley dan Robert E. Kretschmer (1982) dalam buku ‘The Education of Deaf
Children ‘ mendefinisikan cacat pendengaran sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang
pekak iaitu seseorang yang tahap pendengarannya teruk di mana 91 dB atau lebih terutamanya
saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur.

Hans G. Furth (1972) dalam “Deafness and Learning” mendefinisikan cacat pendengaran
sebagai ‘kehilangan fungsi pendengaran yang teruk sehingga menghalang pertuturan
walaupun dengan bantuan alat pendengaran apabila tahap cacat pendengaran itu dikesan
semasa lahir atau semasa bayi.Ia menghalang penguasaan bahasa melalui saluran pendengaran
normal.

Definisi yang biasa diterima dari aspek pendidikan diperolehi daripada Executive Commettee
of the Conference of Educational Administratiors Serving the Deaf Daniel & Kaftman, 1978,
“Exceptional Children “) iaitu, “Hearing Impairment”.Istilah generic yang menunjukkan
kecacatan pendengaran yang dalam tahap ringan (mild) ke tahap teruk (severe), ini termasuk
subset ‘deaf’ dan ‘hard of learning’.

“Deaf” didifenisikan sebagai seseorang yang cacat pendengarannya tidak dapat peroleh
kejayaan proses penerangan linguistik melalui ujian atau tanpa alat bantu dengar.”Hard of
hearing” ialah seseorang yang tahap pendengarannya masih terdapat sisa-sisa atau baki
pendengaran yang biasanya menggunakan alat bantu dengar untuk mendapatkan kejayaan
proses penerangan linguistik melalui ujian.( Brill, et al. 1986)

Menurut Cruishank, (1975) di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran


didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak mendengar dan juga bila kecacatan
itu dialami.

2.1.4 MEMAHAMI MASALAH PENDENGARAN

Seseorang yang mengalami masalah pendengaran ialah orang yang tidak boleh mendengar
atau memahami percakapan atau bunyi yang lain.Masalah pendengaran bukanlah
seperti kecacatan dalam fizikal.Ianya adalah satu bentuk masalah yang tersembumbunyi
yang hanya akan diketahui apabila kita hendak berkomunikasi dengan mereka.Tidak semua
orang yang mengalami ini tidak boleh mendengar langsung.Ramai kanak-kanak disekolah
seumpamanya,dapat mendendar dan bercakaptetapi didalam lingkungan yang terhad.
Komunikasi seseorang yang mengalami masalah pendengaran ini bergantung kepada faktor
yang terhad seperti tahap kehilangan pendengaran ,jenis kehilangan pendengaran,usia masalah
pendengaran iniu berlaku,intelek personaliti,keluarga mereka dan juga pendidikan mereka.
Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan alat khas yang dinamakan audiometer.Masalah
pendengaran boleh diklasifikasikan seperti berikut:

I. Ringan (mild)-Kehilangan pendengaran 20-40(desibel)

II. Sederhana(moderate)Kehilangan pendengaran 40-70 (desibel)

III. Teruk (severce)-Kehilangan pendengaran 70-95 (desibel)

IV. Amat teruk (Profound)-Kehilangan pendengaran melebihi 95 (desibel)

2.1.4 KATEGORI KANAK-KANAK KURANG UPAYA PENDENGARAN

a) Separuh Pekak

Kategori separuh pekak ini biasanya walaupun deria mereka rosak tetapi ianya masih terdapat
sisa pendengaran.Biasanya deria dengar mereka masih boleh berfungsi samaada dengan
bantuan alat pendengaran atau tidak (Brill,Mac Neil &Newman. 1986).

b) Pekak

Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi
langsung.Kecacatan diperolehi samada sebelu ,semasa atau selepas kelahiran.(Brill.Mac Neil
& Newman,1986).

2.1.5 DARJAH KEPEKAKAN

Menurut Paul dan Quigley (1990) sseseorang yang kurang upaya pendengaran tidak dapat
menggunakan pendengarannya, memahami pertuturan walaupun mereka mempunyai sisa
pendengaran.

Menurut Northerm dan Lemme (1982) untuk memahami pertuturan kita hanya perlu 10-15
dB (desible) kekuatan bunyi yang didengar berbanding bunyi persekitaran. Terdapat enem
peringkat (kategori) kurang upaya pendengaran menurut Daniel Phallahan dan James
Kaufman (1997) iaitu
Darjah Kategori Tahap Penempatan
Pendengaran

> 26 Normal, boleh mendengar Sekolah biasa


db

27 - 40 db sedikit. boleh mendengar bunyi vokal tetapi sekolah biasa dengan


mungkin mengunakan alat bantu
mengajar
tidak menyedari beberapa bunyi
konsonan

41 - 55 db dapat mendengar bunyi- bunyi di tempatkan sebahagian


pertuturan yang kuat sahaja.boleh hari dari dalam sehari di
ringan @ sederhana. dengar pertuturan pada jarak 3 - 5 kaki. sekolah biasa dan
sebahagian hari lagi di
perlu perhatian sekolah biasa dengan alat tempatkan di sekolah
bantu dengar yang ada guru khas yang
biasa dengan kelas khas
ada guru khas.

56 - 70 db tidak dapat mendengar bunyi pertuturan di tempatkan di sekolah


dalam perbualan biasa. bercantum/kelas khas.
sederhana teruk.

tidak dapat mendengar di tempatkan di sekolah


bunyi pertuturan. bercantum/kelas khas.
71 - 90 db

teruk

91 db ke atas tidak dapat mendengar langsung bunyi menghadapi masalah


bunyi pertuturan atau lain lain. kerencatan bahasa dan
sangat teruk. tidak dapat beri perhatian
sepenuhnya

JADUAL MENUNJUKKAN DARJAH KEPEKAKAN


2.1.6 SEBAB -SEBAB CACAT PENDENGARAN

Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh Hallahan

dan Kauffman (1977) iaitu sebelum,semasa atau selepas kelahiran.

a) Sebelum kelahiran

1. Baka :disebabkan oleh gen

2. bukan baka :

I. Jangkitan semasa mengandung seperti rubella, meningitis,


campak, cacar, beri-beri, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

II. Pengambilan dadah atau bahan kimia, seperti kuinin, streptomycine alcohol
yang berlebihan dan sebagainya.

III. Toksemia di peringkat akhir mengandung, mengandung yang terlalu kerap

b) Semasa kelahiran

1. Kepala bayiterlalu lama di pintu rahim yang mengakibatkan tekanan yang kuat terutama
pada bahagian telinga bayi.

2. Kelahiran yang tidak cukup bulan.

3. Kecederaan semasa dilahirkan.terutama di bahagian telinga.

4. penyakit homolisis selalunya disebabkan oleh faktor Rh(darah)

c) selepas kelahiran

1. Mendapat penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti

2. Begok, demam campak, demam panas dan sebagainya.

3. Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga.


4. .Pengambilan antibiotik seperti streptomein, kuinin dan lain-lain lagi.

5. Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat.

2.1.7 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Panduan untuk mengenalpasti murid murid yang mempunyai masalah pendengaran iailah:

I. kurang memberi perhatian

II. susah mengikut arahan

III. Kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang memerlukan perbingcangan


atau banyak memerlukan pertuturan banyak memerlukan pertuturan.

IV. Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan.

V. Selalu berkhayal.

VI. Cara percakapan yang janggal.

2.1.8 CARA-CARA MENGENALPASTI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

Terdapat dua acara untuk mengesan kecacatan pendengaran pada peringkat bayi dan kanak
kanak

I. ujian tarikan:kanak kanak didedahkan kepada bunyi tanpa pengetahuan mereka atau

II. penglihatan meraka.Pemerhatian dibuat samada bayi atau kanak kanak menunjukan
apa apa tindak balas

III. ujian pertuturan:kanak kanak boleh memahami apa yang dituturkan menunjukan
gerak balas terhadap apa yang disuruh.
3.0 UMUR DAN JANTINA

Bagi menjalankan kajian untuk tugasan ini, kumpulan kami memilih kanak-kanak bermasalah
pendengaran untuk mengambil acara dalam olahraga.

Kategori kecacatan : masalah pendengaran

Umur : 17 tahun

Jantina : Lelaki

4.0 MASALAH-MASALAH MENGENDALIKAN DAN PENYELESAIANNYA

Setiap aktiviti sukan di peringkat sekolah mahupun peringkat-peringkat yang lebih tinggi akan
mengalami pelbagai masalah tidak kira kecil ataupun besar. Tambahan pula pelajar tersebut
dikatogorikan bermasalah pembelajaran, pendengaran mahupun penglihatan. Ia lebih banyak
masalahnya berbanding dengan pelajar normal. Mereka perlukan sesuatu pengubahsuaian dan
undang-undang yang fleksibel agar bersesuaian dengan tahap kecergasan pelajar tersebut.
Bagi pelajar bermasalah pendengaran, pengendalian yang teliti dan penyelesaian bagi sesuatu
masalah yang di hadapi merupakan tanggunjawab mereka yang terlibat dalam sukan tersebut.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, masalah- masalah tersebut telah dikenalpati
contohnaya masalah dari segi bahasa dan komunikasi, peralatan, arahan, serta peraturan
dalam permaianan tertentu.
. 4.1 Masalah Bahasa dan Komunikasi murid Bermasalah Pendengaran

Murid bermasalah Pendengaran dikategorikan sebagai mengalami « kecacatan Bahasa »


kerana tidak dapat berbahasa lisan seperti mana jangka masa yang sepatutnya. Hal ini
berakibat daripada ketidakmampuan mendengar bunyi-bunyi bahasa dan bukan bahasa.
Ketidakmampuan mendengar bunyi mengakibatkan golongan ini tidak mampu berbahasa
lisan.

Mengikut Pengerusi Persatuan Orang Pekak Malaysia iaitu Encik Sazali. Murid bermasalah
pendengaran tidak dapat memperkembangkan bahasa dan komunikasi kerana kita tiada
program awal bagi membentuk bahasa, komunikasi dan minda bayi yang bermasalah
pendengaran. Mereka membesar dengan ketiadaan komunikasi kerana ibu bapa tidak tahu
atau tidak memahami cara berkomunikasi dengan anak-anak mereka mahu pun membimbing
mereka. Kanak-kanak ini diabaikandan menyebabkan minda mereka adalah kosong serta
paling menyedihkan mereka tiada asas bahasa. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal
mereka telah dibimbing penguasaan bahasa mulai hari pertama mereka dilahirkan dan ia amat
berbeza dengan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran kerana terpaksa menunggu
sehingga berumur 3 tahun barulah dibimbing berkomunikasi sama ada melalui pertuturan,
pertuturan kiu atau bahasa isyarat.

Kanak-kanak yang lewat diasuh akan tidak mengerti atau lambat memahami keadaan
sekeliling. Ini menyebabkan murid bermasalah pendengaran selalu disalah tafsirkan sebagai
degil serta menjadi permulaan perlabelan negatif.

Masalah yang kedua adalah negara kita yang tiada akses kepada komunikasi. Murid
bermasalah pendengaran tidak berpeluang untuk mengikuti rancangan tv, khutbah Jumaat,
ceramah dan sebagainya. Komunikasi ini amat penting untuk perkembangan komunikasi bagi
mengukuhkan asas bahasa dalam penggunaan seharian.

Masalah yang ketiga ialah ibu bapa akan berasa malu dan tidak dapat menerima hakikat yang
anak mereka bermasalah pendengaran. Tambahan orang yang bermasalah pendengaran tiada
daya saing yang sukar diterima ke dalam masyarakat yang maju pada hari ini. Di Malaysia,
kita tiada peluang tersebut dan menyebabkan mereka yang bermasalah pendengaran menjadi
lemah minda mereka , ketinggalan dan tiada daya saing.

4.2 Langkah – langkah Pemerolehan Penguasaan Bahasa dan Komunikasi


Murid Bermasalah Pendengaran
4.2.1. Kot Tangan Bahasa Melayu (KTBM)

KTBM merupakan sejenis bahasa isyarat ciptaan pendidik dari Kementerian Pendidikan
Malaysia yang diadaptasikan daripada Bahasa Isyarat Amerika. Ia diadakan menurut asas-asas
dan prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang ditutur, didengar, ditulis, dibaca dan
difahami oleh pengguna Bahasa Melayu. Apabila KTBM ini diperturunkan dalam bahsa
tulisan, tidak akan terdapat apa-apa perbezaan dengan bahasa Melayu sehari-hari dari segi
nahu atau makna bahasa itu ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994)

4.2.2. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

BIM ialah bahasa yang tulen bagi orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda
dan bahasa istimewa bagi orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh orang
Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM , mereka mampu berbincang
pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua orang
pekak serta memberi kesan pemahaman yang lebih baik kapada antara satu yang lain. Selain
itu, mereka mempunyai peraturan yang digunakan dan tatabahasa sendiri.BIM ini
diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.

4.2.3. Pendekatan Komunikasi Seluruh ( Total Comunication)

Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang


termasuk keseluruhan bahasa yakni gerak isyarat, bahasa isyarat, pertuturan, bacaan,
pergerakan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.

4.2.4. Pendekatan Auditori – Verbal

Kaedah ini mengajar kanak-kanak bermasalah pendengaran menggunakan pendengaran


mereka bagi mempelajari bahasa pertuturan melalui alat bantu dengar atau implan koklea.
Penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi pertuturan tanpa membaca
pergerakan bibir dan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak mereka ( Jabatan
Audiologi dan Sains Pertuturan, (1997).

4.2.5. Pertuturan Kiu (Cue Speech)

Satu pendekatan yang menggunakan kaedah komunikasi secara oral dan visual (Tan Chin
Guan ,1998). Menggunakan kombinasi 8 bentuk tangan dan 4 kedudukan tangan yang
digerakkan berdekatan dengan bibir di mana pertuturan yang diucapkan akan diiringi dengan
pergerakan bentuk dan kedudukan tangan ( Pirangelo & Jacoby,1996 dalam Bench 1992).
4.2.6. Ejaan Jari (Finger spelling)

Cara berkomunikasi dengan mengeja huruf-huruf dalam satu perkataan dengan menggunakan
jari.Lazimnya, ejaan ini hanya akan digunakan sekiranya sesuatu perkara atau nama yang luar
biasa diperkenalkan ( Williams,1991).

4.2.7. Bacaan bibir (Lip reading)

Memahami pertuturan dengan mengikut pergerakan bibir penutur.

4.2.8. Pengajaran Pertuturan

Pengajaran pertuturan ini menekankan kepada kemahiran mendengar dengan menggunakan


pendengaran yang sedia ada ( residual hearing) dan kemampaun tersebut ditingkatkan dengan
menggunakan alat bantu pendengaran untuk murid bermasalah pendengaran menguasai
pertuturan. Menerusi strategi ini murid ini dilatih untuk menguasai pertuturan dan bahasa
mengikut kelaziman bahasa kanak-kanak normal.

Di samping langkah-langkah di atas, alat bantu dengar yang digunakan oleh murid bermasalah
pendengaran di Malaysia ialah :-

i. Alat bantu dengar belakang telinga ( behind the ear/ BTE)

ii. Alat bantu dengar di dalam telinga ( In The Ear/ ITE)

iii. Alat bantu poket (Pocket hearing Aids)

v. Implan Koklea (Coclear Implant).

Berdasarkan huraian tersebut, guru-guru pendidikana jasmanai perlu mengambil inisitif


semasa satu perlawanan atau kativiti sukan yang berkaiatan dengan murid bermasalah
pendengaran khususnya dalam pertandingan lumba lari 100 meter. Pengubahsuaian yang
boleh dibuat dengan menyediakan pengadil yang tahu mengenai bahasa isyarat agar mereka
boleh menerima arahan semasa perlawanan dijalankan. Di bawah disediakan contoh bahasa
iyarat dalam sukan atau permainan.

Oleh yang demikian, pengadil perlu tahu sedikit sebanyak bahasa isyarat tersebut. Ini bagi
memudahkannya memberi arahan kepada pemain. Selain itu, jika jurulatih tersebut tidak
mengetahui tentang bahasa isyarat, guru pengiring atau jurulatih dibenarkan untuk bersama
pemain untuk memberi arahan kerana mereka tidak boleh mendengar arahan seperti murid
normal.
5.0 TAHAP KECERGASAN

Indikator kecergasan merupakan teknik atau faktor untuk mengukur tahap kecergasan dan
kesihatan. Terdapat pelbagai indikator iaitu

1. Denyutan nadi

2. Kadar pernafasan

3. Tekanan darah

4. Berat badan

Kadar denyutan nadi adalah indikator kecergasan fizikal yang biasa dan diaplikasikan.
Terdapat 5 peringkat untuk mengira kadar denyutan nadi iaitu kadar nadi maksima, kadar nadi
rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi pemulihan dan kadar nadi sasaran.

Intensiti latihan paling mustahak dan ianya boleh dipraktikkan dan akan lebih menguntungkan
dengan cara mengambil kira % tindak balas kadar nadi maksima. Aras latihan yang berkisar
di antara 70-90% dari kadar nadi maksima adalah perlu untuk menghasilkan perbezaan dari
segi kecergasan. Jangka masa senaman di antara 30 minit bagi setiap satu sesi dan
berfrekuensi minimum sebanyak tiga kali seminggu adalah sesuai dan memadai.

Kadar Nadi Maksima(KNM)

KNM=220-umur

Umur=17

KNM=220-17= 203 denyutan nadi seminit

Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar nadi rehat ini diambil selepas bangun dari tidur.

10 saat

15 saat

20 saat

Kadar Nadi Latihan (KNL)

Kadar nadi latihan diambil sebaik sahaja selepas menjalankan aktiviti fizikal.
Kadar Nadi Pemulihan

Kadar nadi yang diambil selepas suatu jangka masa tertentu apabila seseorang telah pulih
sepenuhnya menjalani sesuatu aktiviti dan latihan.

Kadar Nadi Sasaran

Kadar nadi sasaran=kadar nadi rehat(KNR) + % intensi (Kadar nadi maksima(KNM)-kadar


nadi rehat(KNR)

Umur = 17 tahun

Intensiti kerja = 60%

Kadar nadi maksima =220-17=203 dsm

Kadar nadi rehat =60

Kadar nadi sasaran =60+0.6 (203-60)

=145.8 dsm

6.0 ACARA PERTANDINGAN

6.1 LARI PECUT

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi
perlakuan berlari, melompat dan melontar.Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran
asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan
pemerintah.Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu
khususnya kaum lelaki.Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari
semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.

Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas ,
melompat lebih jauh daripada yang lain.Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan
berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya , ingin
menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu.Mereka yang menang
akan berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan.Bagi
mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha
meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan.Bagi mereka yang gagal pula
sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul
sebagai pemenang pula.Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan
mendapat perhatian orang ramai.

Olahraga ( athletics ) merupakan sukan yang menarik dan berbeza daripada kebanyakan sukan
lain yang terdapat pada masa kini.Olahraga mempunyai penyertaan yang paling ramai dalam
setiap perjumpaan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia
dan Sukan SEA malah dalam sukan-sukan ini, olahraga adalah acara yang utama dan wajib.

Dalam olahraga terdapat banyak acara-acara ini dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu
balapan dan padang.Acara-acara balapan, ialah larian pecut jarak sederhana, jarak jauh dan
larian berpagar.Acara padang pula, acara-acara lontaran dan lompatan.Ada acara yang
diuntukkan kepada lelaki dan untuk wanita.Acara olahraga boleh disertai oleh lelaki dan
wanita kecuali acara-acara 3,000 berhalangan, baling tukul besi dan decathlon.

Biasanya seseorang itu didedahkan kepada acara-acara olahraga sejak peringkat sekolah
lagi.Individu boleh memilih acara atau acara-acara yang diminatinya dan kemudiannya
berusaha untuk mejadi juara dalam acara ini.Bagi mencapai hasrat ini, dia perlu dapat
memahirkan diri dalam selok belok, kemahiran serta teknik acara itu supaya pencapaiannya
mengatasi peserta lain dalam pertandingan.Latihan dan panduan jurulatih diperlukan dan
membawanya ke puncak kejayaan.

Bagaimanapun, apakah cukup seseorang itu sekadar bergantung bulat-bulat kepada jurulatih
dan apakah jurulat

6.2 DEFINISI LARI PECUT

Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain.Larian terpantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti
jarak, kederasan tiupan angin , permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang
mengambil bahagian dan mugkin juga insentif daripada perlumbaan itu.Ini beerti larian pecut
adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada suatu jarak tertentu
yang ditetapkan, umpamanya 50 meter, 100 meter dan 200 meter.

6.3 SEJARAH LARIAN PECUT 100 METER


Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah
dicatatkan. Sukan Olimpik Kuno di Greek mengandungi hampir keseluruhan acara daripada
acara pecut. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan berlari pecut yang
diadakan di kalangan pekerja serta orang suruhan golongan bangsawan. Salah satu
perlumbaan pecut yang dicatatkan ialah perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent,
England.

Pelbagai cara dan kaedah permulaan diadakan menyebabkan ia menjadi masalah iaitu
untuk memilih kaedah yang paling sesuai digunakan. Kemudian, persetujuan dibuat dengan
meletak kaki belakang berada 15-20 cm daripada garisan permulaan. Tubuh pelari pula
dicondongkan ke hadapan pada sudut 90 darjah atau selari dengan padang.

Di negara kita, perkembangan acara-acara pecut dalam olahraga terus menjadi sesuatu
yang penting terutama dalam mengukur pencapaian pelari serta masa yang mereka cipta.
Walaupun masih belum mampu melahirkan pelari bertaraf dunia, tetapi di peringkat Asia, kita
sudah mampu melahirkan pelari handalan seperti M. Jegathesan, Rabuan Pit, M. Rajamani, T.
Krishnan, Mumtaz Jaafar, Marina Chin dan G. Shanti.

Pada awal abad ke-20, larian pecut semakin diminati dan penciptaan kasut spikes atau
kasut lari menyebabkan pelari dapat berlari dengan lebih pantas dan selesa tanpa sebarang
kemungkinan mengalami kecederaan pada kaki. Rekod dunia rasmi yang pertama untuk lari
pecut 100 meter telah dicipta oleh Harald Anderson pada tahun 1890 dari Sweden dengan
catatan masa 11.00 saat.

6.4 ACARA 100 METER

Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara untuk menentukan manusia terpantas dalam
sesuatu kejohanan atau negara atau wilayah, malah di dunia secara tidak rasminya.Acara ini
dianggap sebagai acara yang paling istimewa dan diminati ramai terutamanya di kalangan
peminat sukan olahraga.Tidak hairanlah sesiapa yamg mahu menceburkan diri dalam acara
larian akan terlebih dahulu didedahkan dengan acara ini.Oleh kerana masa yang diambil untuk
berlari dalam acara terlalu singkat, maka segala aspek lariannya perlu diberikan perhatian oleh
setiap pelari.

Boleh dikatakan semua pelari 100 meter memberi tumpuan utama kepada acara memulakan
larian, iaitu satu aspek paling penting dalam acara lari pecut.Pelari akan melonjak daripada
blok permulaan sebaik sahaja isyarat diberikan oleh pegawai pelepas.Kemudiannya pelari
akan mula memecut dan mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan penamat.Sebelum
berlepas, pelari akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pegawai pelepas untuk
membunyikan pistol.Pelari juga harus bijak dan pantas bertindak terhadap kemungkinan
pelepas yang agak awal atau lewat melepaskan tembakan pistol.
Peringkat dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan atau lonjakan daripada blok
permulaan.Selepas itu barulah permulaan larian pelari akan membawa kepada peningkatan
dalam kelajuan sehingga kelajuannya mencapai ke tingkat maksimum sehinggalah ke garisan
penamat.Peringkat ini biasanya terdapat di kalangan pelari yang sudah terlatih atau yang
sudah berpengalaman, manakala pelari-pelari baharu lebih gemar megekalkan kelajuan yang
sama sepanjang larian, kecuali dicabar oleh pelari lain.Walaupun pelari lain juga boleh
memberi larian , seseorang pelari seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada lariannya
sendiri, dan tidak mudah terpengaruh dengan corak dan gaya larian lawan.

6.5 PERATURAN UMUM DALAM LARIAN 100 METER

6.5.1 Permulaan

a) Setiap peserta akan memulakan sesuatu larian secara serentak.

b) Jarak hujung garisan permulaan sehingga garisan penamat ditanda


dengan pemasangan pita atau talian penamat.

c) Di belakang garisan permulaan pada jarak 3 meter ke belakang biasanya


terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan, para peserta
akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberi penerangan.

d) Permulaan larian dilakukan oleh seorang pegawai pelepas dengan dibantu oleh penolong
pelepas yang lain yang bertanggungjawab memeriksa peserta supaya mematuhi segala
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

e) Permulaan biasanya dilakukan dengan cara tembakan pistol. Namun, bagi sesetengah
kes seperti di peringkat sekolah atau bagi orang-orang kurang upaya, penggunaan bendera
pelepas atau papan pelepas adalah memadai.

f) Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan ke garisan kepada semua peserta sebagai
persediaan untuk memulakan larian. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka
akan berada di garisan permulaan yang ditetapkan dan mendiamkan diri. Pegawai pelepas
akan melaungkan sedia dan dengan pantas peserta akan mendongakkan kepala dan
mengangkat badan. Pelari akan dilepaskan sebaik sahaja isyarat pelepasan dibunyikan atau
diturunkan.

g) Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat
kaki atau bergerak terdahulu sebelum dilepaskan, peserta itu akan diberikan amaran dan
permulaan akan dilakukan semula.

6.5.2 Semasa Larian


a) Setiap peserta harus berlari mengikut lorong masing-masing yang telah ditetapkan
menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada
peserta yang terkeluar atau dengan sengaja berlari di lorong orang lain, lariannya akan
dibatalkan serta-merta.

b) Peserta hendaklah membuat larian terus-menerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat.

c) Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lain semasa larian
dijalankan.

6.5.3 Akhir Larian

a) Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat pada aras dada peserta.
Pemenang ditentukan melalui sentuhan mana-mana pada bahagian dadanya. Peserta tidak
dibenarkan menggunakan kaki, kepala atau tangan untuk menyentuh tali atau pita garisan
penamat dan mendakwa bahawa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut.

b) Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita garisan penamat pada
waktu yang sama, penentuan dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah ini tidak disediakan,
penentuan kan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat
oleh peserta tersebut.

6.6 PRINSIP DALAM LARIAN 100 METER

6.6.1 Permulaan

Terdapat banyak cara yang digunakan oleh pelari untuk memulakan larian mereka untuk
mencapai permulaan yang pantas dan berkesan. Pemilihan permulaan adalah bergantung
kepada keselesaan pelari dan keberkesanannya untuk berlari. Semasa permulaan, pergerakan
tangan yang pantas adalah perlu dan dalam keadaan sedia, pelari seharusnya berada dalam
suasana tertekan. Antara gaya permulaan adalah seperti berikut:

a) Pelumba hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing dengan pandangan mata ke


hadapan dan garisan penamat dijadikan sasaran.

b) Untuk memecah pita penamat, pelumba hendaklah menggunakan bahagian dadanya dan
tidak bahgaian-bahagian lain.

c) Pelari hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang permulaan gaya berdiri
ini.
Gaya Dekam

Terdapat tiga jenis permulaan gaya dekam yang digunakan pelumba pelari pecut , iaitu gaya
peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah
sama, hanya perbezaan ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika berada di
garisan permulaan.Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan sesuatu jenis gaya dekam
bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan pelumba , sama ada tinggi ataupun
rendah, masa tidak balas, kekuatan kaki serta keupayaan dalam menggabung semua faktor ini.

Gaya peluru

Dalam permuaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletak pada jarak lebih kurang
28cm ke garisan belakang.Ini menjadikan kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan
permulaan, dan mungkin menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan
kedudukan yang selesa sebelum melonjak.Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak digalakkan oleh
mereka yang baru mengambil bahagian.Hanya pelumba yang berpengalaman mendapati jenis
ini mempunyai kelebihan.

Gaya Panjang

Dalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletak kaki belakang jauh ke belakang,
manakala kaki hadapan berada berhampiran dengan garis permulaan.Permulaan jenis ini
didapati lebih mudah dan selesa, terutamanya bagi mereka yang baru mangambil bahagian,
tetapi dari segi keberkesanan, gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan yang baik.Oleh
itu, gaya panjang jarang-jarang digunakan.

Gaya sederhana

Gaya sederhana dalam permulaan larian pecut merupakan gabungan gaya peluru dan gaya
panjang , dan sering digunakan oleh kebanyakan pelari pecut, sama ada yang baru ataupun
yang sudah berpengalaman.Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang
sederhana jauh atau dekat daripada garisan permulaan.Dengan demikian, kedudukan pelumba
adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi lonjakan yang baik kepada
pelumba untuk berlepas.

6.6.2 Peringkat dalam permulaan

Kedudukan ke garisan

Setelah setiap pelumba ditentukan lorong menerusi undian, dan mereka juga sudah bersedia
untuk memulakan perlumbaan, pegawai pelepas akan memberikan arahan ’Ke Garisan’ agar
semua pelumba berada di garisan permulaan.Berikut adalah panduan dalam kedudukan ke
garisan ini.
a) Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40 hingga 60 cm dari garisan
permulaan, manakala kaki belakang pada jarak 40 cm dari kaki hadapan.Kaki hadapan ini
hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut kaki belakang.

b) Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan longgar.Bahu
hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan.

c) Pelumba meletak kedua-dua tangannya di belakang garisan permulaan dengan membuka


ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan tersebut.Jarak kedudukan kedua-dua tangan
hendaklah mengikut jarak atau luas bahu.

d) Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik yang jaraknya lebih kurang satu meter ke
hadapan, sambil fikiran ditumpukan kepada perlumbaan.

e) Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan kedudukan badan dan kaki serta tangan
dengan blok permulaan, terutama dari segi mendapatkan keselesaan dan keseimbangan yang
maksimum.

Kedudukan Sedia

Setelah peserta sudah bersedia pada garisan permulaan tanpa menggerakkan mana-mana
anggota badannya, pegawai pelepas akan memberi isyarat ’sedia’ pula.Panduan dalam
kedudukan sedia ini adalah seperti berikut:

a) Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada kedudukan lebih kurang 90 darjah daripada
aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang 120 darjah daripada aras
tanah.Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi sedikit daripada bahu, dan bahu pula
harus tinggi daripada kedudukan kepala.

b) Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua-dua belah kaki menekan
dengan kuat pada blok permulaan.

c) Pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan ’Ke Garisan ’.

Kedudukan Berlepas

Pegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol menandakan perlumbaan bermula.Ini


dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam kedudukan sedia.Panduan asas semasa dalam
kedudukan berlepas adalah seperti berikut:
a) Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru ke hadapan tanpa perlu menegakkan
badan serta merta.Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan
pantas pada blok permulaan.

b) Tangan diayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan diri daripada blok
permulaan.Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 45 darjah bersudut daripada
aras balapan, yakni daripada kepala ke kaki.

c) Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.

d) Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga daripada permulaan, tetapi
dalam kelajuan memecut.

6.7 TEKNIK LARI DAN PECUTAN

Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan, pelumba akan
melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat, sama ada untuk acara 100 meter,
200 meter ataupun 400 meter.Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari 100 meter,
namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang singkat itu menjanjikan
catatan terbaik bagi seseorang pelari pecut.

Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa
melakukan larian dan pecutan.Ini termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki,
kedudukan badan dan tumpuan fikiran.Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya
dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh menjejaskan
larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut.Ini termasuklah saingan
dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan
pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu , serta
masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

6.7.1 Pergerakan tangan

Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting.Dalam hal ini pelari
hendaklah mengayunkan tangan , khususnya sikunya ke belakang, dan ayunan tangan ke
hadapan tidak semestinya melepasi bahu.Ada juga pelari yang meluruskan tangan semasa
mengayun ke belakang.Walau apa cara pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan
pecutan dan larian.Tanpa ayunan tangan sepenuhnya, seseorang pelari tidak akan berjaya
menggerak kakinya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan
penting dalam menentukan kederasan larian pecut.
Tangan pelari terayun ke belakang akan membawa ke arah siku semasa pelari memecut.Ini
kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang.Sudut ini akan berkurangan sehingga
mencapai 90 darjah.Ayunan tangan juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak
diperlukan akibat pergerakan kaki.Pergerakan pantas serta cergas daripada peha menyebabkan
badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau dikurangkan oleh
pergerakan tepi siku.

Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut.Kedudukan
tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ia boleh membantu pelari merehatkan
badan.Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan menegang kerana
ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu.Keadaan ini juga akan membantu
pernafasan.Pelari boleh memilih sama ada jari-jari tangan dibuka atau digenggam, semasa
membuat ayunan ketika berlari.Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari
hendaklah menjadikannya selesa untuk berlari dan memecut.

6.7.2 Pergerakan kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari.Dalam
pergerakan kaki, terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam larian
pecut.Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan
atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah.Perlu diingat iaitu
keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan.Kaki yang
membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.

Selain itu pelari juga hendaklah belari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi
membantu melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki
daripada tanah apabila pinggang berada dalam kedudukan yang tinggi.Kedudukan badan
hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari.Pelari seharusnya meggunakan
bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.

6.8 MENAMATKAN LARI PECUT

Matlamat setiap pelari, termasuklah menghabiskan larian dalam masa sesingkat yang boleh
dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama bertanding.Semasa menuju ke garisan
penamat, pelari tidak seharusnya cuba memperlahankan larian atau membuat lompatan
( dive ) untuk mencapai pita penamat. Pelari hendaklah terus belari dengan lebih pantas, dan
tidak perlu sama sekali memperlahankan lariannya.Dengan membuat diving juga tidak akan
membantu pelari, sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya, malah mungkin
akan membahayakan diri sendiri sahaja.

Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepakan tangannya ke belakang
dengan membiarkan dadanya ditonjolkan ke hadapan.Cara begini adalah digalakkan untuk
larian pecut.Sesetengah pelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan
kepalanya untuk mencecah pita penamat.Tindakan begini mungkin akan menghalang
penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh.Satu lagi cara pelari menamatkan
lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya ke hadapan untuk mencecah pita
penamat.Cara ini juga mungkin akan melambatkan perbuatan menamatkan larian kerana
mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.

Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah pita penamat akan dikira pemenang,
manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukan oleh pencatat masa atau
pengawai penamat.Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga khususnya di peringkat
antarabangsa, sering berlaku pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa
atau pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah pita penamat pada masa yang
hampir sama.Jika berlaku perkara sedimikian, pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan
dengan menggunakan kaedah photo finish.Menerusi kaedah ini pemenang acara itu akan
diputuskan setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas larian itu.Kini
penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang mungkin
kurang tepat diutamakan.Hal ini perlu, khususnya untuk acara pecut seperti 100 meter dan
200 meter.

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka tidak
seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat.Sebaliknya mereka
hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk beberapa meter dan diikuti
dengan berjalan.Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi sebagai cara untuk
mengatasi sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau masalah lain.

Seperti dalam permulaan, pecutan dan larian , pelari hendaklah mematuhi aturan

Dan undang-undang larian semasa menamatkan lariannya.Sebarang tindakan yang boleh


dianggap sebagai menggangu atau menipu hendaklah dielakkan.Jika pelari memenangi
perlumbaan yang diadakan, dia hendaklah menganggapnya sebagai satu kelebihan tanpa
merendah-rendahkan pelari yang kalah.Pelari yang kalah pula haruslah menerima
kekalahannya dengan semangat kesukanan tulen.

7.0 PERATURAN, PERALATAN DAN PENGUBAHSUAIAN

Dari aspek peraturan pula, masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain ini ialah mereka tidak
mendengar arahan semasa pertandingan dijalankan. Seandainay pertandingan itu terbatal atas
sebab seperti memulakan tanpa arahan, kaki tidak berada pada jarak yang betul dengan
garisan dan sebagainya. Oleh itu, perubahan atau pengubahsuaian boleh dilakukan dengan
menggunakan bendera bagi mengantikan wisel dan pistol.

Misalnya, pengadil menggunakan dua warna berbeza untuk bendera. Satu warna merah yang
digunakan semasa acara bermula. Pengadil akan mengangkat bendera tersebut menandakan
acara lumba lari itu telah bermula, tetapi sekiranya acara tersebut terbatal, pengadil boleh
mengangkat bendera putih. Terlebih dahulu, jurulatih perlu memberitahu fungsi bendera
tersebut kepada atlit mereka agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan semasa
pertandingan berlansung.

Pakaian dan kasut semasa pertandingan tersebut adalah sama dengan pelajar normal.
Tali boleh digunakan untuk menunjukkan garisan penamat dalam pertandingan ini. Tali ini
akan disentuh menandakan pertandingan tersebut tamat. Peserta yang paling awal menyentuh
tali tersebut dikira sebagai pemenang.

Kasut lari atau spike amat penting bagi seorang pelari.Terdapat berbagai-bagai jenis kasut lari
yang digunakan,tetapi sebaik-baiknya menggunakan kasut yang ringan untuk memudahkan
larian dan langkahan. Paku pada spike tersebut mestilah tidak melebihi 11 batang dan tidak
melebihi 25mm panjang.

Walaupun penggunaan blok permulaan (starting blok ) tidak diwajibkan,namun dalam acara
lari pecut 100 meter, ia amat perlu. Malahan,dalam kebanyakkan kes bok permulaan ini telah
membantu pelari meningkatkan larian mereka dan dapat mempercepatkan langkahan mereka
pada peringkat permulaan. Namun demikian penggunaan blok permulaan ini perlu mengikut
beberapa peraturan yang telah dtetapkan.

Semua pelari khususnya olahraga hendaklah menyediakan pakaian trek yang sesuai untuk
dipakai sebelum atau selepas mengambil bahagian dalam sesuatu acara. Penggunaan pakaian
ini adalah untuk mengawal suhu badan pelari.

Setelah dikenal pasti pemenangnya, guru pengiring atau pembantu akan membawa
mereka untuk pembahagian hadiah. Mereka akan naik ke atas podium mengikut nombor
kemenangan yang diperoleh. Di sini juga perlu seseorang yang tahu mengenai bahasa isyarat
untuk melancarkan majlis.

Bibliografi

1. Siri Teras Sukan, Olahraga -Balapan , Ahmad Wafi (1996)

JUNJUARA PUBLICATIONS SDN BHD 1996,Manual Olahraga ,Helen Ten.

Pengaharan Penidikan Jasmani dan Kesihatan, Edisi Kedua, Weng Eng Hoe (1995)
Panduan Pengajaran Olahraga, Kepegawaian dan Kejurulatihan,Weng Eng Hoe (2002)

Anda mungkin juga menyukai