Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Pada peringkat permulaan pelaksanaan pendidikan khas di barat, khususnya di


Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun, berbanding di
Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju. Di
Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta
Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan
perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih
kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia, yang kesannya amat besar dari
aspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.
Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas,
peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk
membangunkan pendidikan khas.

Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat


Pada 29 November 1975, Kongres ( Parlimen ) Amerika Syarikat meluluskan
Public Law 94 – 142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua
Kanak-kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act ). Undang-undang
ini menjamin bahawa setiap individu di antara 3 hingga 21 tahun akan menerima
pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang
perkembangan intelek mereka. Undang-undang ini member kuasa kepada negeri-
negeri di Amerika Syarikat dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta
memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga
mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kurang upaya dibenarkan belajar
bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranyan
kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan
majudalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah akan
disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 1990, Public Law 94 – 142 diberi nama baru dan diperluaskan.
Kini ia dipanggil Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities
Education Act, Public Law 94 – 476 ) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA.
Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi.
Antara yang ditetapkan ialah :

 Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai


kepada kanak-kanak berkeperluan khas ( Provide a free and appropriate
public education ). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke
atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai
oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada system percukaian negara, yang
kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.
 Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang
tidak menghalangkan mereka untuk berkembang ( Educate children in the
least restrictive environment ). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada
pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan
pendidikan khas. Kanak-kanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam
biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini
dikenali sebagai “pendidikan inklusif”.
 Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi
dalam penilaian pendidikan ( Protection against discrimination in testing ).
Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan
terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas
hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas
hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan.
 Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan
pendidikan setiap murid. Member dan membuka ruang kepada ibu bapa yang
mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan
menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak
diberikan penumpuan sebelum ini.
 Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu
bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini
bagi membolehkan guru merancang apakah yang hendak dicapai oleh murid
khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini
bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-
kanak khas. Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam pendidikan diamalkan
iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan
guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas.

IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-
kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga,
konsep ‘pendidikan untuk semua’ dan ‘pendemokrasian pendidikan’
diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan
sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping
itu, konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam
pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak
berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan
pendidikan khas di sesetengah negara lain.
Sebagai contohnya, pada tahun 1970 hanya seorang daripada lima kanak-
kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakan negeri-negeri di
Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-
kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencatan mental menghadiri sekolah
biasa. Oleh kerana IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih
200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika
Syarikat. Kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan
perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang
upaya mengahdiri sekolah di kawasan perumahan masing-masing yang
dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam
kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan
pelajar lain.
Perkembangan Pendidikan Khas di Britain
Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat
Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.
Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi
perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun
cadangan-cadanagn yang dikemukakan dalam laporan itu dilaksanakan serta
merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas
dan cadangan-cadangan yang dikemukakan seterusnya dimasukkan dalam akta
pendidikan pada tahun-tahun berikutnya.
Sebelum laporan ini dikemukan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas, menyekat dan menghalang mereka
daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada
konsep percampuran di antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-
kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan. Konsep
integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu
belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak
biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga
dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan
khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa
dalam pelaksanaan pendidikan khas.
Manakala Akta Kanak-kanak 1989 ( Children’s Act, 1989 ) memperkukuhkan
pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan:

 Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan


khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada
konsep ‘kolaboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang
terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan.
Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas
keperluan mengikuti pendidikan dan patologi bahasa membuat penilaian
terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.
 Kedua, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan
khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam
sekolah dan kelas yang sama.

Kedua-dua akta ini telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam laporan


Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang
berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang
dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di
Britain.

Anda mungkin juga menyukai