Anda di halaman 1dari 6

Dalam peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 telah mewartakan

bahawa murid  berkeperluan khas terdiri murid yang mengalami ketidakupayaan


penglihatan, pendengaran, pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran
atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah. 
Adalah sangat penting untuk guru memahami semua faktor-faktor penyebab, ciri-ciri
dan  ketidakupaayan murid MBK kerana perbezaan dan kepelbagaian
ketidakupayaan tersebut harus  ditandatangani dengan menyesuaikan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah agar murid MBK dapat dibantu
mendapat hak pendidikan yang sewajarnya dimana “PENDIDIKAN  ADALAH
UNTUK SEMUA”. 

Tugasan 1 : PENULISAN ESEI (tidak kurang 1000 patah perkataan) 

Anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan ilmiah mengenai konsep dan


sejarah  perkembangan pendidikan khas dengan membuat perbandingan akta
pendidikan khas di Malaysia  dan luar negara. 
Pendidikan merupakan elemen kehidupan yang sangat penting dalam
memenuhi keperluan dan matlamat hidup individu. Setiap individu melalui proses
pendidikan dalam sedar atau tidak sedar dengan cara formal atau tidak formal.
Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa
dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta
belajar melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Menurut Samruhaizad.
(2017), pendidikan merupakan teras yang dapat menjamin penghasilan sumber
manusia untuk memenuhi pelbagai sektor dalam sesebuah negara. Proses
pendidikan juga dapat melahirkan insan yang berdisiplin, jujur serta berakhlak mulia.
Manakala pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap
kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran
yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
kelas biasa. Menurut Friend (2005) berpendapat "Pendidikan khas adalah
pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang
kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di
hospital atau institusi lain"
Konsep Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bagi memenuhi
keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. M Pendidikan ini dijalankan
secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara
teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi
dan kejayaan hidup memuaskan. Kepentingan Pendidikan Khas bertujuan untuk
mendidik dan membentuk murid melalui perkembangan mental, kestabilan emosi
dan integrasi sosial. Program ini dilaksanakan oleh guru – guru terlatih khas dan
menggunakan kurikulum khas. Konsep ini juga bersandarkan kepada Falsafah
Pendidikan Khas di Malaysia (Siti Nor Idayu, 2016).
Sejarah perkembangan pendidikan khas di Malaysia bermula apabial inisiatif
sukarelawan membuka sekolah-sekolah cacat pendengaran dan penglihatan pada
tahun 1920-an. Ketika di peringkat awal pendidikan khas tertumpu hanya pada
masalah penglihatan dan pendengaran. Ia semakin berkembang pesat setelah
kerajaan mewujudkan pelbagai akta dan dasar yang melibatkan orang kurang upaya
dan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan
digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan
Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40
and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’
dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka
kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Mengikut Akta ini juga, murid
berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan
sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan
masalah pembelajaran (Zaini Abdullah,1996). Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang
dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal
termasuk murid autisme dan sindrom down.
Kerajaan juga memberi fokus kepada golongan orang kurang upaya dala
menjalani kehidupan yanf selesa dan seiring dengan masyarakat. Dasar OKU 2007
dan Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang dibangunkan di bawah KPWKM adalah
inisiatif kerajaan bagi membuktikan golongan ini tidak pernah dipinggirkan atau
didiskriminasi (KPWPM,2016). Pelan Tindakan ini diwujudkan yang memberi kesan
positif dalam golongan ini. Antara faedah yang paling utama adalah memberi
pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang
yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.. Selain itu, ia bertujuaan
menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya;
dan mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

Perbandingan sejarah Pendidikan Khas di luar negara boleh dilihat ketika ia


bermula di Amerika di mana Public Law  1975 diperkenalkan. Public Law 92-142
(USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk 
menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan
undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan
yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas.  Akta ini juga mempunyai kesan
yang mendalam dalam amalan penaksiran.  Undang-undang ini telah menekankan 6
prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan
individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa. Sebelum ini
ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat
( Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik
tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah
dinafikan apabila mereka diasingkan daripada kanak-kanak yang sebaya dengannya
kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas
apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri
dengan kanak-kanak biasa.
Titik perubahan paling besar bagi dunia pendidikan khas di luar negara adalah
berdasarkan Lamporan Warnock. Laporan Warnock yang dibuat pada tahun 1978
telah memberi impak yang sangat besar dalam perkembangan pendidikan khas
masa kini (Warnock, L,2019). Sebelum Laporan Warnock dikemukakan, konsep
pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada
pengasingan iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang
menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.
Laporan Warnock ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa. peringkat awal. Pada tahun 1981,
Britain memperkenalkan konsep integrasi atau inklusif yang menekankan bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang
bergaul dengan kanak-kanak biasa. Manakala Akta Pendidikan 1981 pula
meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.
Seterusnya Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan
pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan iaitu yang
pertama, amalan membuat diagnosis hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep
‘koloboratif’ iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam
pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Keduanya, konsep
‘pengasingan’ diganti dengan konsep integrasi atau inklusif.
Selain itu juga pada tahun 1994, satu pernyataan yang dikenali sebagai
Salamanca Statement yang juga mempromosikan pendidikan inklusif kepada
golongan kurang upaya dengan meluas ke pelbagai negara. Manakala yang
terbaharu pada tahun 2002, Biwako Declaration Framework diwujudkan yang
menumpukan kepada aspek sosial wanita kurang upaya dan golongan kurang upaya
sama ada dari aspek pendidikan, sosial ekonomi atau kemudahan yang diberikan.
Biwako Declaration Frame yang mengambil nama bersempena tasik terbesar di
Jepun membincangkan tentang tindakan untuk mempromosikan pendidikan Inklusif,
hak-hak kebebasan dan keperluan sosial untuk orang kurang upaya di dalam
sesuatu kawasan. Masyarakat Inklusif bermakna masyarakat untuk semua, hak-hak
kebebasan dalam masyarakat pula bermaksud sesuatu masyarakat bebas dari
aspek fizikal, sosial dan budaya.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengikuti dan mengaplikasi konsep


pengajaran inklusif untuk MBK. Dalam Peraturan-peraturan (Pendidikan Khas
(2013), MBK diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran bersama-sama murid lain
di dalam kelas yang sama. Di dalam peraturan ini juga, guru pendidikan khas perlu
menyediakan rancangan pengajaran individu. Menurut Sitti Hasnah
(2013),Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengandungi 6 elemen iaitu
kerjasama, berkongsi maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan,
dokumentasi dan proses hasil kerja. RPI juga mempunyai 6 ciri iaitu komprehensif,
spesifik, mengikut urutan, bersesuaian dengan realistik, mudah difahami dan digubal
bersama. Terdapat 4 pihak yang berperanan dalam menyumbangkan
keberkesanan RPI iaitu pentadbiran sekolah, ibu bapa, guru pendidikan khas dan
kumpulan pelbagai disiplin.
Walaupun perkembangan di luar negara lebih 20 tahun mendahului Malaysia,
namun ia bukanlah penghalang untuk Malaysia terus meningkatkan kualiti dari segi
pengajaran, murid dan juga fasiiti untuk golongan MBK setanding dengan negara-
negara luar. Terdapat pelbagai akomodasi yang dilakukan demi keselesaan dan
akses untuk murid-murid pendidikan khas. Ini termasuklah samada kemudahan
asas sehinggalah kepada masalah spesifik yang dihadapai oleh kanak-kanak
tersebut. Ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dalam memastikan golongan
kurang upaya mendapat akses dan fasiliti yang sesuai untuk mereka.. Kemudahan
awam untuk OKU di perluaskan di sekolah-sekolah seperti menyediakan tandas
OKU, railing, parkir, dan banyak lagi menjamin keselesaan golongan ini. Walaupun
kesedaran masyarakat terhadap golongan ini masih belum lagi menyeluruh, namun
keadaan ini kian berubah mengikut peredaran masa. Masyarakat mula menerima
dan memberi ruang untuk golongan MBK bersosial dengan dalam masyarakat yang
sama. Kerajaan juga mengambil inisiatif melaksanakan Dasar Sifar Penolakan
yang diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2019. Dasar ini menggalakkan MBK
ditempatkan di sekolah-sekolah pendidikan khas yang sesuai dengan mereka dan
guru-guru wajib menyediakan RPI untuk setiap murid di kelas pendidikan khas.
Kesimpulannya, perkembangan pendidikan khas di Malaysia sangat positif dan
memberikan satu pandangan baru kerajaan Malaysia di mata dunia. Perkembangan
ini seiring dengan pendekatan pedidikan pada masa kini dan memberi ruang untuk
golongan MBK mencapai kejayaan. Mereka juga layak untuk menerima pendidikan
yang sempurna dan berjaya seperti kanak-kanak normal.

RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Khas. (2015). Buku Panduan Pengoperasian Program
Pendidikan Khas Integrasi.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan


Inklusif Murid Berkeperluan Khas (PPIMBK). Bahagian Pendidikan Khas. Putrajaya.

KPWKM. (2016). Pelan Tindakan OKU 2016 - 2022. 36.


http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/PelanTindakan_OKU(EMAIL).pdf

Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
http:/www.researchgate.net/publication/299447306

Pendidikan, Peraturan-peraturan(2013). Federal Government ( Pendidikan Khas )


2013. July, 1–13.

Samruhaizad. (2017). PENDIDIKAN SEBAGAI KOMPONEN KUALITI HIDUP


MASYARAKAT PINGGIR BANDAR ( EDUCATION AS QUALITY COMPONENTS
OF LIFE IN THE SUBURBAN COMMUNITY ) Samruhaizad Samian @ Samion &
Azahan Awang. 1(September), 267–280.

Siti Fatimah Salleh,MustafaCheOmar. (2018). Masalah pengajaran guru dalam


program pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243–263.

Sitti Hasnah, B., Zalizan, M. J., Mohd Hanafi, M. Y., & Mohd Mokhtar, T. (2012).
Cabaran Penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Di Sekolah Pendidikan
Khas Integrasi. Seminar Internasional Pelajar Pasca Siswazah Pendidikan Khas,
January, 1–14.

Siti Nor Idayu binti Mohd Nassir UN (2016). Pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (
Ptk ) Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ( Mbpk ) Masalah Pembelajaran ( Mp )
Siti Nor Idayu Binti Mohd Nassir. 49.

Warnock, L. (2019). http://slidepdf.com/reader/full/laporan-warnock 1/8. 1–8.

Zaini Abdullah. (1996). Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan Pendidikan. 1–31.

Anda mungkin juga menyukai