Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanakkanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Selain itu, pendidikan khas juga merupakan satu perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan juga golongan pintar cerdas. Sejarah Pendidikan khas di pandang remeh pada masa dahulunya dan dianggap individu yang kelainan upaya ini sebagai pembawa nasib malang kepada keluarga. Difahamkan kerana, individu yang kelainan upaya ini sering mendatangkan masalah seperti tidak mampu bergerak dengan cara yang normal mahupun tidak mampu menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain. Walhal, individu kelainan upaya ini juga ada kalanya dapat menandingi individu yang normal dalam banyak persaingan. Di Dalam Negara Malaysia, Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid tersebut.

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia

Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan

(development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan khas seperti berikut : kebolehan kognitif perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial penguasaan bahasa lisan / pertuturan penguasaan membaca kemahiran matematik kemahiran pertumbuhan asas manusia kemahiran berdikari kemahiran keusahawanan kebolehan penglihatan kebolehan pendengaran

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan : Keperluankeperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkahlangkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah

mengisytiharkan Hak Kanak- kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanakkanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak

persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badanbadan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan : Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak- kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak- kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa : Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun 41. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) : Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

Definisi Masalah Lembam (Slow Learner)

Murid bekeperluan khas yang disahkan mempunyai masalah lembam atau juga dikenal pasti sebagi murid Slow Learner kebiasaanya mempunyai masalah untuk mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran dan juga pembelajaran normal. Hal ini kerana mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan juga minat mereka terhadap proses pembelajaran dan juga pengajaran yang dilakukan oleh guru. Oleh itu, murid yang mempunyai masalah lembam sering menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti masalah kecacatan yang lain, masalah golongan ini sering disalah tafsir dan juga sukar untuk dikenal pasti. Mereka kebiasaanya akan mempamerkan tingkah laku negatif seperti malas, tidak memberikan perhatian dan juga tidak berminat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Mereka juga akan menunjukkan sikap yang tidak matang berbanding pelajar lain dan juga mudah lupa. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia meletakkan golongan murid lembam ini sebagai murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

Masalah pembelajaran ini dianggap sebagai masalah neurologi dan keadaan ini tidak berkaitan dengan kebolehan IQ seseorang kerana kebiasaanya tahap IQ individu yang mempunyai masalah pembelajaran adalah berada di tahap normal walaupun mereka diletakkan dalam golongan bermasalah pembelajaran (Mohd Sharani Mohd, 2006). Menurut Mohd Sharani Mohd (2006), masalah pembelajaran adalah berkaitan dengan cara otak manusia untuk menerima, memproses, menganalisa, dan juga menyimpan maklumat. Masalah pembelajaran ini merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih proses yang ada dan seterusnya mempengaruhi keupayan seseorang invidu untuk mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan juga mengira.

Menurut Hallhan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan Khas (IIDEA-1997) mendefinisikan masalah lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologi kanak-kanak yang mengakibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa seperti kebolehan menulis dan juga membaca akan terganggu. Selain itu, kebolehan mendengar, berfikir, bertutur, mengeja dan mengira juga turut terjejas. Masalah lembam ini juga boleh ditakrifkan sebagai masalah yang mempunyai pelbagai kecelaruan yang mempunyai ciri-ciri perkembangan yang tidak sempurna seperti

perkembangan akademik, bahasa dan juga pertuturan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah lembam ini akan menunjukkan kelemahan dalam menguasai kemahiran membaca, mengira, menulis dan adakalanya mempamerkan masalah atau kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan juga keupayaan untuk bersosial.

Jamila (2008), mengatakan bahawa adalah sukar untuk mengenal pasti seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah lembam pada peringkat awal kerana masalah ini hanya akan dapat dikenal pasti setelah kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan dan terdapat bukti bahawa mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, mengira dan juga menulis. Menurut beliau, garis pemisah yang jelas antara perkembangan antara kanak-kanak normal dan juga kanak-kanak lembam adalah tidak begitu ketara dan masalah lembam yang dialami oleh seseorang kanak-kanak hanya akan dapat dilihat dengan jelas setelah kanak-kanak itu berada di dalam sistem pendidikan. Messe (2001), menambah bahawa keupayaan intelektual kanak-kanak lembam ini biasanya berada dalam tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau kurang dalam skor ujian saringan kecergasan berbanding dengan kanak-kanak normal ini. Melalui skor ujian ini, kanak-kanak lembam ini mempunyai kecelaruan untuk berfungsi seperti kanak-kanak yang lain.

Brennan (1974), pula menakrifkan murid yang mempunyai masalah lembam sebagai murid yang gagal untuk melaksanakan kerja sekolah yang normal seperti kumpulan sebaya mereka dan mereka juga dikenalpasti sebagai murid yang kurang aktif serta kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah. Seterusnya, murid yang mempunyai masalah lembam ini juga dilihat sebagai golongan kanak-kanak yang tidak menunjukkan kesuburan akademik seperti kanak-kanak yang lain dan keupayaan mereka untuk menunjukkan pencapaian seperti kanak-kanak yang sebaya dengan mereka adalah terhad dan berada di tahap yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain (Johnson, 1963).

Ciri-ciri Kanak-Kanak Bermasalah Lembam

Kanak-kanak yang mempunyai masalah lembam biasanya akan menghadapi masalah yang ketara dalam pencapaian pelajaran atau pun pencapaian akademik mereka. Kanakkanak ini cenderung untuk mendiamkan diri mereka, bersifat tidak aktif dan sukar untuk menerima arahan berbanding kanak-kanak normal lain. Mereka juga mengalami kesukaran untuk menjalankan hubungan sosial khususnya dalam berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Di alam persekolahan pula, mereka dapat dikenal pasti melalui tingkah laku mereka yang sukar untuk menyebut huruf di mana mereka akan kebiasaanya tersalah sebut huruf yang ditunjukkan mahupun bertukar-tukar huruf (Jamila, 2005).

Manakala ketika proses menulis dan juga membaca, kanak-kanak lembam ini selalunya akan meninggalkan huruf-huruf, suku kata atau perkataan dan mereka juga akan kerap melakukan kesalahan dalam tanda baca dan juga dalam ejaan. Menurut Jamila (2008), lagi tulisan kanak-kanak lembam ini juga selalunya buruk dan sukar untuk dibaca dan mereka cenderung untuk menulis dengan ketetapan sama ada menaik atau pun menurun. Mereka juga akan biasa untuk menulis huruf secara terbalik atau pun menulis secara salah turutannya. Messe (2001), pula telah menyenaraikan beberapa ciri khas yang dimiliki oleh kanak-kanak bermasalah lembam ini dan menurut beliau terdapat tiga ciri utama yang dapat dikenal pasti bagi golongan kanak-kanak istimewa ini. Ciri-ciri yang dikenal pasti menurut Messe (2001), adalah ciri-ciri kognitif, ciri-ciri akademik dan juga ciri-ciri sosial emosi. Ciri-ciri kanak-kanak lembam mengikut Messe (2001), adalah seperti berikut :

a) Ciri-ciri Kognitif : Kanak-kanak lembam adalah golongan kanak-kanak yang menunjukkan keupayaan intelektual mereka di tahap sederhana atau melebihi tahap sederhana iaitu IQ mereka berada di tahap 85 atau lebih dalam skor ujian saringan kecerdasan. Kanak-kanak ini juga dikatakan mengalami kesukaran dalam memberikan perhatian, mengumpul atau

memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

b) Ciri-ciri Akademik : Di dalam kemahiran 3M iaitu kemahiran mengira, membaca dan juga menulis, kanak-kanak bermasalah lembam ini akan mengalami kesukaran yang paling ketara dalam proses membaca (Hallahan dan Kaufman, 2006; Messe 2001) dan masalah dalam proses membaca ini adalah mengatasi masalah-masalah lain yang ada seperti masalah tingkah laku. Manakala dalam masalah matematik pula, kanak-kanak lembam ini akan sukar untuk mengingati makna simbol-simbol yang digunakan dalam rumus matematik dan mereka juga akan cenderung untuk mengalami masalam dalam menyelesaikan permasalahan matematik yang panjang yang kebiasaanya menggunakan beberapa konsep seperti campur, bahagi dan juga tolak.

c) Ciri-ciri Sosial-Emosi Kanak-kanak bermasalah lembam ini menunjukkan masalah kurang tumpuan, kesukaran memproses maklumat, kecuaian, dan juga kepayahan untuk melakukan beberapa turutan tugas yang diberikan kepada mereka. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gangguan sosial-emosi terhadap diri mereka kerana mereka sedar akan kekurangan diri mereka yang tidak dapat berfungsi secara baik seperti kanak-kanak sebaya mereka. Hasilnya keadaan emosi mereka terganggu dan seterusnya jaringan sosial mereka daripada kekurangan yang dialami oleh diri mereka. akan terbatas akibat

Selain daripada ketiga-tiga ciri yang dijelaskan oleh Messe (2001) dan Jamila (2008) turut menambah bahawa akibat daripada kekurangan yang dialami oleh kanak-kanak lembam ini, mereka juga akan cenderung untuk menggangu rakan-rakan mereka terutamanya dalam persekitaran bilik darjah. Dengan masalah kurang tumpuan serta masalah memproses maklumat, kanak-kanak ini akan hilang tumpuan dan juga minat dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran dan keadaan ini akan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menggangu rakan-rakan mereka yang turut berada dalam kelas yang sama.

Punca-Punca Masalah Lembam

Peringkat Pranatal

Menurut Jamila (2008), punca biologi merupakan salah satu punca berlakunya masalah lembam dalam kalangan kanak-kanak. Menurut beliau, punca biologi ini merangkumi beberapa faktor seperti faktor baka dan juga penyakit-penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan juga urat saraf manusia. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran atau lebih dikenali sebagai asphysia atau masalah lembap lapisan otak dan juga sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah disfungsi urat saraf otak manusia. Dengan pelbagai masalah ini, kanak-kanak yang berdepan dengan salah satu atau lebih masalah ketika dilahirkan akan cenderung untuk mempunyai masalah lembam apabila mereka meningkat ke dewasa. Pakar kanak-kanak turut menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah lembam bagi kanak-kanak tersebut (Jamila, 2008).

Selain itu, masalah pengambilan ubat oleh wanita hamil juga akan menyebabkan masalah lembam bagi anak yang dilahirkan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin adalah tidak diketahui dengan jelas dan pendedahan janin terutama pada peringkat satu hingga tiga bulan kandungan akan memberikan kesan kepada janin tersebut. Risiko adalah tinggi untuk anak yang dilahirkan mempunyai masalah atau kecacatan bagi ibu hamil yang mengambil ubat-ubatan pada peringkat empat hingga sembilan bulan adalah lebih kurang berbanding dengan pengambilan ubat-ubatan sewaktu trimester pertama. Wanita hamil juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan suplemen atau multivitamin tanpa nasihat doktor dan kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan memungkinkan anak mereka untuk mengalami masalah lembam selepas dilahirkan.

Jangkitan kepada ibu hamil juga akan menyebabkan masalah lembam kepada anak yang bakal dilahirkan. Jangkitan yang teruk kepada ibu yang hamil akan memberikan kesan yang teruk kepada janin yang dikandung terutamanya kecacatan di bahagian otak mahupun sistem saraf janin. Ibu hamil yang menghidapi rubella, campak atau pun siflis akan menyebabkan embrio mengalami kecacatan. Selain itu, ibu yang terlibat dengan masalah dadah atau penyalahgunaan alkohol turut akan menyumbang kepada masalah lembam bagi anak yang dikandung oleh mereka. Masalah penyalahgunaan dadah dan juga alkohol oleh ibu hamil akan membantutkan perkembangan bayi mereka berbanding dengan bayi normal lain.

b) Peringkat Perinatal

Menurut Mohd Sharani Mohd (2006), terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami masalah lembam akibat daripada peringkat perinatal mereka. Kebiasaannya bayi yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak cukup matang atau berat badan mereka kurang daripada 2500g adalah mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalamami kecacatan masalah lembam apabila mereka meningkat dewasa kelak. Usia kandungan memainkan faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan bayi ketika dilahirkan.

c) Peringkat Pasnatal / Pasca Natal

Bayi yang dilahirkan tanpa sebarang masalah atau kecacatan boleh mengalami kecacatan yang mungkin disebabkan oleh penyakit, keadaan persekitaran dan juga kemalangan. Menurut Jamila (2008), antara penyakit yang boleh menyebabkan masalah kepada bayi yang dilahirkan ialah penyakit Encephalatis iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika penyakit ini tidak dirawat dengan segera, bayi kemungkinan akan mengalami masalah kerencatan otak. Virus ini boleh dibawa oleh nyamuk atau pun haiwan yang dijangkiti oleh rebes. Selain itu, keadaan persekitaran dimana bayi membesar juga memainkan peranan yang penting. Kehidupan keluarga yang terlalu miskin dan daif akan menyebabkan kekurangan kemudahan dan ini

akan merencatkan proses perkembangan fizikal dan juga mental kanak-kanak. Dan kebanyakkan saintis berpendapat bahawa perkembangan IQ seseorang dipengaruhi oleh keadaan disekeliling mereka.

Latar Belakang Murid

NAMA TARIKH LAHIR UMUR BANGSA TEMPAT LAHIR NAMA BAPA NAMA IBU JENIS KECACATAN

: MOHAMAD ARIF BIN SUHAIMI : 7 JUN 1992 : 22 TAHUN : MELAYU : HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU : SUHAIMI BIN MOHAMED : RAISAH BTE KHALID : SYNDROM DOWN DAN LEMBAM

LAPORAN PEMERHATIAN

Kategori dan Ciri-Ciri

Mohamad Arif merupakan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah sindrom down dan lembam, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan bersih. Walaubagaimanapun, Mohamad Arif mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak walaupun usianya 22 tahun dan dia seorang peramah. Dari aspek pergaulan pula, Mohamad Arif lebih suka berkawan dengan kanak-kanak berusia kecil daripadanya.Dia gemar menonton televisyen dan rancangan hiburan. Arif didapati lebih suka untuk menari sendiri di rumah dan gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan sekelasnya dan juga jiran-jirannya. Arif tidak gemar untuk membaca dn bersukan. Dia tidak aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Hal ini jelas menunjukkan Arif lebih suka untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan.

Selain itu, Arif juga seringkali melakukan aktiviti yang disukainya iaitu berkebun di tanah lapang bersebelahan rumah dia. Dari segi aktiviti bermain, didapati Arif tidak berapa memberi tumpuan terhadap aktiviti bermain yang dilakukan di sekolah. Dari pengamatan saya, Arif hanya menggemari melukis dan mewarna, jadi tidak hairan sekiranya Aiman boleh melukis gambar kartun seperti upin dan ipin, boboi dan sebagainya dengan sendirian. Selain itu, semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran, didapati Arif juga sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya. Ini kerana tumpuan yang diberikan tidak lama. Dia berasa bosan untuk belajar dan tidak mahu mengenal huruf.

Bahasa dan komunikasi

Melalui pemerhatian saya, Arif boleh menuturkan beberapa perkataan dengan jelas namun perbendaharaan kata yang dimiliki adalah sangat terhad. Ini mungkin adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama sekali adalah disebabkan sikapnya yang tidak memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dan pengajaran juga menyebabkan Aiman mungkin tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang baru. Dari segi fonologi bagaimana pun Arif dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik. Selain itu, kanak-kanak ini juga seringkali membunyikan sesuatu yang agak kurang difahami. Dalam erti kata yang lain bubling juga merupakan salah satu aspek yang terdapat kepada pencirian kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga didapati lebih suka bernyanyi dan bercakap bersendirian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya akan berkomunikasi dengan rancak dengan dunia sendirinya sahaja. Dalam aspek pertuturan juga, murid lembam seperti ini tidak dapat mengungkapkan ayat yang panjang. Ini adalah disebabkan faktor bahasanya yang terhad tadi. Sebagai contoh, semasa proses pembelajaran, Arif tidak akan menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melalukan aktiviti yang disukainya iaitu membetulkan melukis dan mewarna. Arif juga tidak akan menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya. Dari aspek komunikasi, Arif merupakan kategori yang agak sukar untuk berkomunikasi dengannya. Ini adalah disebabkan sikapnya yang tidak ingin tahu perkataan yang baru. Dari aspek non verbal Arif juga mempamerkan beberapa contoh mimikmuka sebagai bahasa isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh, sekiranya dia mula hilang tumpuan, Arif akan mula mempamerkan raut wajah yang menunjukkan dia sudah jemu seperti mencebik. Selain itu, Arif juga akan menggelengkan kepala untuk membantah dan tidak mahu melakukan sesuatu arahan kepadanya. Melalui pemerhatian saya juga, Arif juga mengalami masalah untuk menaksirkan mesej atau pun kod bahasa. Hal ini kerana, untuk bertutur dan memberi arahan kepada Arif, kita perlu menunjukkan beberapa contoh sebagai tunjuk ajar.Sebagai contoh, untuk menyuruh Arif memegang pensel dan menulis namanya, Arif kelihatan agak lambat untuk menaksirkan arahan yang disuruh, jadi contoh secara realistik perlu ditunjukkan dan diajar untuk Arif.

Ciri-Ciri Positif

Ciri-ciri positif Arif ialah dia merupakan seorang peramah dan pandai bergaul dengan semua orang. Sikap peramah dia membantu untuk mendapatkan banyak kawan dan menghilangkan perasaan tentang kekurangan dia. Arif suka menolong ibunya untuk membuat kerja di rumah seperti menyapu rumah, membersihkan rumah dan sebagainya. Dia sangat sayang terhadap ibunya dan suka bermanja dengan ibunya. Jika ibunya marah, dia akan meminta maaf atas kesalahanya. Semasa ibu Arif tidur, dia akan mendodoikan ibunya dengan penuh kasih sayang. Tambahan pula, dia tidak akan meninggikan suara terhadap ibunya dan orang yang lebih tua daripadanya. Arif suka bekerja secara sistematik. Dia boleh bekerja di kilang sebagai pengatur barang atau di sector pembuatan yang sistematik. Arif juga pandai berjoget, menari, melukis, mewarna dan menyanyi. Selain itu, Arif tidak ada masalah kesihatan yang serius. Ibu bapa Arif tidak perlu risau tentang masalah kesihatan dia.

Semasa sesi temubual dengan Arif

Ciri-Ciri Negatif
Ciri-ciri negatif yang perlu dibetulkan ialah sikap sambil lewa yang terdapat dalam perangai Arif. Jika sikap ini berterusan, Arif tidak akan belajar dan dia tidak boleh mengenal huruf selama-lamanya. Selain itu, dia tidak suka bersukan dan malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Dia merupakan seorang hipoaktif. Perkara ini dapat mengundang penyakit untuk dia. Kesihatan Arif akan terjejas jika dia tidak bersukan atau bersenam. Oleh itu, dia perlu bermain untuk menjaga kesihatan dia. Selain itu, Arif selalu bergantung pada orang lain untuk membuat sesuatu. Dia akan menunggu arahan dan tunjuk ajar orang lain untuk membuat kerjanya. Sikap negatif ini perlu dibetulkan secepat mungkin kerana hal ini dapat menjejaskan masa depan Arif yang selalu bergantung pada orang lain.

Aktiviti Kokurikulum Yang Sesuai


Walaupun Arif tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, aktiviti psiko motor halus seperti memulas span yang berisi air. Arif berminat untuk bermain aktiviti psiko motor halus dan dia menunjukkan sikap aktif dalam permainan ini. Dia berasa gembira dan selesa untuk bermain di dalam kelas atau tempat berteduh.

Pengalaman Ahli Keluarga Sebagai Pengasuh


Ibu bapa Arif sangat sayang terhadap dia. Mereka menjaga Arif seperti menatang minyak penuh. Mereka menyayangi Arif dan memberi perhatian dan layanan yang sama terhadap dia. Jika Arif membuat kesilapan atau bermanja sangat ibu bapa dia akan menegur secara lembut supaya tidak menyakiti hati Arif atau menyinggung perasaan dia. Selain itu, mereka mengambil berat tentang masa depan Arif dan bersusah payah untuk menunjuk jalan yang betul untuk Arif. Mereka memang tidak berasa sedih tentang keadaan anaknya.

Pengalaman ibu bapa Arif ialah mereka berasa risau tentang masa depan anaknya yang tidak stabil. Arif tidak pandai mengurus diri dan tidak akan menumpu perhatian dalam pengajaran di sekolah biasa. Mereka mencari jalan untuk menstabilkan masa depan anak mereka yang kurang upaya. Ibu bapa Arif menghantar Arif ke Pusat Dalam Komuniti Kelapa Sawit untuk memberi ilmu dan belajar cara berdikari. Selepas dia menjadi ahli di PDK Kelapa Sawit dia telah mempelajari banyak seperti cara mengurus diri dan cara bergaul di

kalangan orang ramai. Ibu bapa Arif berasa lega selepas dia boleh mengikut apa yang diajar di PDK Kelapa Sawit.

Seterusnya, ibu bapa Arif juga pernah mengalami kesusahan wang untuk perbelanjaan anak khas mereka. Mereka sudah mengatasi semua masalah-masalah yang dihadapi demi anak kesayangan mereka. Mereka tidak pernah menyerah kalah dan menjadi dorongan moral untuk Arif. Mereka menjadi suri teladan yang baik kepada Arif.

Pengalaman Guru Yang Mendidik

Satu sesi temubual telah dijalankan bersama Cikgu Sufiah Mahmood yang merupakan pendidik kepada Arif. Beliau mengalami kesusahan untuk mengajar mengira kepada Arif. Arif lemah dalam matematik dan dia tidak akan menumpukan perhatian semasa mengajar. Arif senang lupa dan dia memang susah untuk mengingati apa yang diajarkan oleh cikgu di kelas. Selain itu, Arif suka mendiamkan diri semasa pengajaran berlaku. Dia akan bergantung pada orang untuk menjawab soalan yang senang ditujukan kepada dia. Arif akan menunjukkan sikap yang tidak matang semasa dia bersama kawan-kawannya. Pada masa itu, cikgu akan mengalami kesukaran untuk mengawal dia dan menarik tumpuan Arif terhadapnya. Mereka perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengajar Arif di kelas. Oleh itu, Arif akan memberi perhatian terhadap cikgu dan dia dapat belajar apa yang cikgu ingin sampaikan kepadanya.

CIRI-CIRI SINDROM DOWN Lipatan di sudut bahagian mata sudut Kepala yang kecil Kepala yang kecil

Pembukaan mata yang kecil Piltrum yang halus dan menghilang

Pertengahan wajah yang datar

Bibir atas yang nipis Hidung yang pendek

Rahang yang kecil

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Mohamad Arif bukan seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan sekolah tetapi juga melibatkan Ibu bapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini.

Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru pemulihan sahaja, tetapi ianya harus melibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli keluarga murid ini seperti abang yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibu bapa kepada murid ini. Walaupun Mohamad Arif tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti muridmurid lain.

GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL SEMASA SESI TEMUBUAL

Latar Belakang Murid

Anda mungkin juga menyukai