Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu
kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai
pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah
sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Selain itu, pendidikan khas juga
merupakan satu perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk
individu berkeperluan khas, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan
mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan
komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau
darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan juga golongan pintar cerdas.

Sejarah Pendidikan khas di pandang remeh pada masa dahulunya dan dianggap
individu yang kelainan upaya ini sebagai pembawa nasib malang kepada keluarga.
Difahamkan kerana, individu yang kelainan upaya ini sering mendatangkan masalah
seperti tidak mampu bergerak dengan cara yang normal mahupun tidak mampu
menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain. Walhal, individu kelainan upaya
ini juga ada kalanya dapat menandingi individu yang normal dalam banyak
persaingan.

Di Dalam Negara Malaysia, Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian


biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional dengan
menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh
pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah
menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum
mengikut keperluan murid tersebut.
Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia

Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan


Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran
pengembangan (development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi
yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).

Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan


kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan
keperluan pendidikan khas seperti berikut :-

kebolehan kognitif

perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan


kemahiran sosial

penguasaan bahasa lisan / pertuturan

penguasaan membaca

kemahiran berdikari

kemahiran keusahawanan

kebolehan penglihatan
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di


kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah
atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal
bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Princess Elizabeth di Johor Bahru untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah
Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak
pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun
1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru
bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan
memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada
kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi


setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang
menekankan : Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. Pada tahun 1959,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak- kanak
Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka
berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang
dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin. Dasar mengenai
pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961.
Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas
bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-
murid yang kurang upaya. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak
yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya
kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan
kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan
sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30


Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian
untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak
kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian
Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian
Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan :

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak- kanak


bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak- kanak
bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-


kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-
kanak spastik.

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal


dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta
Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah
sehingga mereka berumur 19 tahun 41.

Anda mungkin juga menyukai