Anda di halaman 1dari 17

Penulis: Norhidayah Binti Muzakir

ULASAN VIDEO: ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN KHAS.

PENDAHULUAN

Sejarah penubuhan Pendidikan Khas Malaysia mahupun dunia, bermula dengan kesedaran

pendidikan untuk mereka yang kurang upaya penglihatan. Kemudian pelaksanaannya kepada

mereka yang bermasalah pendengaran dan seterusnya khusus untuk murid bermasalah

pembelajaran. Pendidikan untuk murid bermasalah pembelajaran bermula agak lewat. Sejarah

penemuan setiap masalah pembelajaran juga mengambil masa. Ini kerana pelbagai kajian

dilaksanakan dalam jurang masa yang panjang. Contohnya, Autisme, istilahnya pertama kali

digunakan oleh psikiatri Eugen Bleuler pada tahun 1908. Tetapi dia menggunakannya untuk

menggambarkan pesakit skizofrenia yang telah menarik diri ke dunianya sendiri. Kemudian

Autisme mula dikenali pada tahun 1970-an. Yayasan Erica memulakan pendidikan dan terapi

untuk kanak-kanak psikotik pada awal tahun 80-an. Walaubagaimanapun ramai ibu bapa

masih keliru Autisme dengan keterbelakangan mental dan psikosis. Pada tahun 1980-an,

penyelidikan mengenai Autisme semakin rancak. (Ananya Mandal, 2019). Malah di negara

kita juga Autisme boleh dikatakan satu terma yang baru popular. Dengan penggunaan

platform media sosial seperti Facebook, Instagram, sebarannya mula meluas menyebabkan

masyarakat mula mencari dan mengetahui apa itu Autism.

PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK PENDIDIKAN KHAS.

Pendidikan adalah hak yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan terhadap rakyat. Tidak ada

had umur mahupun keupayaan dalam menerima pendidikan. Kebebasan mendapat

pendidikan tertakluk atau Kesedaran Pendidikan Untuk Semua (Education For All).

Pendidikan untuk semua merupakan satu mandat global bagi memastikan semua keperluan

rakyat dalam pendidikan dipenuhi. Di Malaysia, pelaksanaannya ialah melalui Dasar


Pendidikan Wajib untuk semua di mana kerajaan akan memastikan semua kanak-kanak

mendapat pendidikan tanpa keciciran. Pihak kerajaan turut memberi penekanan pada

pendidkan murid kurang Upaya dengan memastikan mereka menerima pendidikan yang

sewajarnya. Ditambah dengan dasar Sifar Penolakan (Zero-Reject Policy) ia adalah bagi

memastikan tiada murid berkeperluan khas yang tercicir daripada menerima pendidikan.

(Amanat Menteri Pendidikan, 2019)

Umumnya, kerajaan telah menyediakan 3 jenis sekolah untuk Murid Berkeperluan

Khas. Pertama, Sekolah Pendidikan Khas yang terbahagi kepada 3 kelainan upaya iaitu

masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Sekolah ini

kebanyakannya menyediakan asrama dan fokus pada pendidikan formal atau pendidikan

Teknikal dan Latihan Vokasional atau T-Vet (Technical and Vocational Education and

Training).

Seterusnya ialah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Berbeza dengan Sekolah

Pendidikan Khas, PPKI dijalankan di sekolah harian yang terpilih. Ia diwujudkan sekiranya

ada permintaan daripada ibu bapa di kawasan sekitar yang mempunyai anak-anak kelainan

upaya atau melalui data yang diperoleh oleh pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah). Ada

juga yang diwujudkan berikutan lebihan murid atau prasarana atau bangunan yang tidak

mencukupi di sekolah sedia ada. Program Pendidikan Khas Integrasi melibatkan semua

kelainan upaya.

Terdapat tiga sistem yang dijalankan di sekolah harian iaitu samada mendapat

pendidikan di Program Pendidikan Khas Integrasi sepenuhnya atau berada di aliran perdana

dalam Program Inklusif. Murid-murid dalam Program Inklusif akan belajar mengkut silibus

aliran perdana dengan pemantauan guru pendamping. Tetapi bagi setengah sekolah, mereka

tidak menyediakan guru pendamping kerana kekurangan guru. Guru pendamping sangat

1
penting bagi murid yang bermasalah penglihatan dan pendengaran. Biasanya guru

pendamping akan memudahkan urusan murid dengan membantu merujuk buku teks braille

atau memberi penerangan kedua menggunakan bahasa isyarat. Bagi murid PPKI, mereka

perlu juga mengikuti program inklusif separa. Pejabat Pendidikan Daerah meminta sekolah

memastikan lebih 50% murid terlibat dengan aktiviti inklusif separa. Sekolah saya

menjadikan waktu pembelajaran Aktiviti Kerohanian sebagai satu aktiviti inklusif. Aktiviti

ini menggabungkan semua murid untuk aktiviti yang diselang-selikan samada Pendidikan

Islam, Pendidikan Moral atau Bicara Kerjaya.

Program PPKI ada di jalankan daripada tahap Pra-sekolah, Sekolah rendah dan

Sekolah Menengah. Terdapat juga kelas Pemulihan di aliran perdana, namun kelas pemulihan

ini fokus kepada murid aliran perdana yang bermasalah dalam menguasai kemahiran 3 M

iaitu membaca, menulis dan mengira. Biasanya murid-murid yang bersekolah di sekorah

rendah jenis kebangsaan mempunyai masalah dalam membaca dan penguasaan Bahasa

Melayu. Dari kelas ini juga, murid bermasalah pembelajaran dapat dikenalpasti. Melalui

prosedur yang ditetapkan guru pemulihan akan membuat tindakan supaya murid ini mendapat

tahap pendidikan yang bersesuaian.

Bagi golongan yang bermasalah pembelajaran terlantar atau profound, kerajaan

menyediakan Pusat Pemulihan dalam komuniti. Pusat pemulihan dalam komuniti (PDK)

ialah sebuah strategi pembangunan dalam komuniti bagi orang kurang upaya (OKU) dalam

pemulihan, supaya mereka mendapat hak sama rata dalam peluang dan integrasi sosial. PDK

dijalankan melalui hasil gabungan usaha daripada golongan OKU, ahli keluarga dan komuniti

dengan kerjasama perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial. Pusat-pusat

pemulihan komuniti lain yang ditubuhkan daripada badan bukan kerajaan adalah Nasom

(Autisma), Kiwanis (Sindrom Down), Pusat Spastik (Cerebral Palsy), Gym Academy,

Akademi Permata Ihsan Putrajaya, Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah dan Genius

2
Kurnia. Genius Kurnia merupakan program di bawah kelolaan kerajaan yang memfokuskan

tentang perkembangan anak-anak Autism.

Murid pendidikan khas ada laluan yang istimewa untuk mereka terus berjaya. Laluan

ini selari dengan keupayaan mereka. Asalkan mereka kuat semangat, kuat usaha, mempunyai

persekitaran positif dan mendapat sokongan padu. Murid-murid khas akan mendapat

kelonggaran semasa menjawab soalan peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM. Mereka

akan diberikan tambahan masa menjawab, disediakan ‘reader’ bagi membantu murid

Dyslexia membaca soalan dan pilihan jawapan, serta diberikan peralatan khas seperti kanta

bagi yang memerlukan. (Buku Panduan Pengoperasian PPKI, 2015). Memandangkan murid-

murid Pendidikan Khas terutamanya bermasalah pembelajaran mempunyai penguasaan

akademik yang lemah mereka akan menduduki SPMV yang berfokuskan kemahiran. Murid

yang berada di PPKI pula, boleh mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2, sekiranya

sekolah mereka merupakan Pusat Bertauliah bagi kemahiran yang disediakan. Sekiranya

tidak, mereka boleh memohon Giat Mara dalam bidang yang diminati.

PERKHIDMATAN BERKAITAN P.KHAS.

Terdapat 3 kementerian yang menjaga kebajikan serta bertanggungjawab terhadap

perkembangan murid-murid khas. Kementerian Kesihatan merupakan pihak yang

bertanggungjawab memantau keadaan fizikal dan perkembangan anak-anak ini. Seterusnya,

perkembangan pendidikan anak ini sedari pra-sekolah sehinggalah ke sekolah adalah di

bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun aspek kebajikan dan

pelbagai jenis bantuan sedari dari lahir adalah di bawah tanggungjawab Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu melalui Jabatan Kebajikan

Masyarakat.

3
Terdapat pelbagai pusat komuniti yang menjaga kebajikan anak-anak ini. Pusat –pusat ini

juga berfungsi sebagai kumpulan sokongan terhadap ibu bapa dan penjaga anak-anak ini.

Contohnya ialah Akademi Permata Ihsan Putrajaya serta Pusat Psikologi dan Rehabilitasi

Atfal Jannah. Di bawah Jabatan Pendidikan Negeri juga diwujudkan Pusat perkhidmatan

Pendidikan Khas. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat khidmat

setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk saringan, intervensi,

rehabilitasi dan konsultasi dalam bidang khusus iaitu Terapi Carakerja, Terapi Pertuturan

Bahasa, Psikologi Pendidikan, Psikologi Klinikal, Audiologi, Fisiologi dan Peripatetik.

Perkhidmatan sokongan 3PK bertujuan meminimakan impak ketidakupayaan murid

berkeperluan khas (MBK) agar mereka dapat mengikuti pembelajaran tanpa halangan.

Maklumat perkhidmatan sokongan yang telah diberikan akan disampaikan kepada Sektor

Perkhidmatan Sokongan Pendidikan Khas (SPSO), Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas),

Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pemantauan kepada pencapaian petunjuk

Indeks Prestasi Utama (atau Key Performance Indicator – KPI). Sehingga kini, terdapat 13

buah 3PK yang beroperasi di seluruh negara iaitu 12 di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas

manakala satu (1) beroperasi di Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Putrajaya, Malaysia.

PENOLAKAN SIFAR / ZERO REJECTION

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berpegang teguh dengan Pendidikan Untuk Semua

melalui penguatkuasaan Dasar Penolakan Sifar (zero rejection). Ini bermakna tiada murid

yang dinafikan hak untuk bersekolah. Sebelum ini ada prosedur yang menetapkan murid yang

berkefungsian rendah severe perlu mendapatkan pendidikan di Program Pemulihan Dalam

Komuniti berbanding pendidikan formal di sekolah. Ini kerana kesulitan mengawal murid

yang kurang upaya mengurus diri. Dasar ini memberi kuasa kepada ibu bapa untuk

menghantar anak OKU ke sekolah meskipun mereka belum mahir mengurus diri atau

4
mempunyai masalah tingkah laku seperti hyper atau tantrum yang tinggi. Dari sudut positif,

banyak faedah jika murid berkeperluan khas mendapat pendidikan di sekolah. Sekurang-

kurangnya mereka dapat ilmu pengetahuan asas kehidupan seperti mengurus diri dan

mengurus tingkah laku. Sebagai tambahan, mereka boleh kuasai kemahiran 3M, belajar

kemahiran dan mendalami agama atau nilai moral. Golongan ini diharap dapat berdikari dan

satu kebanggaan jika mereka dapat memberi sumbangan pula pada masyarakat. Di sekolah,

anak-anak khas dapat belajar bersosial dan berdikari, contohnya belajar membeli makanan di

kantin, bermain dengan rakan, menyanyi dan belajar bersama, tahu peraturan dan mengikut

arahan. Persekitaran yang positif juga dapat membantu perkembangan mereka berbanding

jika mereka berada di rumah semata-mata.

Penolakan Sifar juga bermaksud jika murid PPKI ingin belajar di arus perdana, pihak

sekolah perlu membenarkan tetapi haruslah melalui fasa penilaian. Biasanya guru kelas dan

guru mata pelajaran akan menilai keupayaan murid dalam pelajaran di kelas. Murid-murid

PPKI ada silibus dan Buku Teks yang di sediakan mengikut keupayaan umum mereka. Bagi

murid yang boleh menguasai semua pembelajaran, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

akan ajukan cadangan pada ibu bapa murid supaya murid diberi peluang belajar di aliran

perdana. Selepas ibu atau ayah bersetuju, Guru Penolong Kanan akan bawa cadangan itu

pada Pengetua. Kemudian akan diadakan perbincangan dengan Guru Kelas dan Kaunselor

Sekolah. Terdapat kaunselor yang akan bertanggungjawab terhadap murid Pendidikan Khas

yang memerlukan khidmat kaunseling atau mempunyai masalah tingkah laku.

Antara kelebihan murid berkefungsian tinggi belajar di aliran perdana ialah mereka diberi

pendedahan ilmu yang lebih kompleks demi perkembangan minda yang lebih baik. Dari segi

perkembangan sosial, mereka belajar bergaul dengan murid yang lebih matang. Tidak

dinafikan memang banyak cabaran bagi murid PPKI yang berada di aliran perdana antaranya

masalah buli, tiada rakan, masalah pengurusan barang sendiri dan lain-lain lagi. Oleh yang

5
demikian, guru kelas atau guru subjek perlulah memberi nasihat kepada warga kelas agar

menjaga kebajikan murid inklusif serta memberi sokongan kepada mereka. Sepanjang

pengalaman saya, kebanyakan murid yang berada di aliran perdana, tidak mempunyai

masalah yang besar. Kebanyakan murid dapat menyesuaikan diri dengan baik.

Pada pendapat saya, contoh lain penolakan sifar ialah apabila murid bermasalah

kurang pendengaran ingin sekolah yang berdekatan dengan rumah tetapi PPKI berdekatan

tiada guru bermasalah pendengaran. Bagaimanapun pun PPD mesti buat tindakan untuk

mewujudkan program masalah pendengaran ini dan mana-mana guru bermasalah

pendengaran akan ditempatkan di situ atau ditukar dari sekolah semasa (mengajar bermasalah

pembelajaran tetapi pengkhususan dalam masalah pendengaran) ke sekolah tersebut.

PENILAIAN YANG TIDAK DISKRIMINASI

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen diskriminasi dalam penilaian

pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai kaedah.   Penilaian murid

pendidikan khas sama sahaja pelaksanaannya dengan murid aliran perdana. Kami

dikehendaki menyediakan kertas soalan untuk peperiksaan. Biasanya Peperiksaan

Pertengahan Tahun dan akhir Tahun untuk menilai keupayaan murid dan menentukan kelas

murid pada tahun berikutnya. Bagi murid yang terlibat dengan kelas kemahiran, penilaian

lebih bersifat amali dan praktikal. Secara umumnya, penilaian ke atas murid pendidikan khas

perlulah disesuaikan dengan keupayaan mereka.

Pada peringkat awal pihak sekolah akan membuat saringan berdasarkan soalan yang

disediakan pihak kementerian. Saringan dijalankan secara bertulis dan lisan. Soalan ialah asas

bagi kemahiran 3 M dan kemahiran vokasional. Seterusnya tahap keupayaan murid dapat

dikenalpasti dan murid akan ditempatkan di kelas kefungsian tinggi atau kefungsian rendah.

Di aliran perdana untuk menentukan soalan penilaian, mereka menggunakan Jadual

6
Spesifikasi Ujian berdasarkan silibus pembelajaran. Bagi penilaian pendidikan khas,berikut

ialah kaedah menyediakan soalan penilaian.

1. Silibus: Soalan perlu berdasarkan silibus pengajaran atau dalam erti kata yang lain

penilaian perlulah berdasarkan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian,

pelbagaikan jenis latihan di dalam kelas. Selain padanan jawapan, boleh dipelbagaikan

dengan isi tempat kosong dan memilih pernyataan yang betul.

2. Tahu tahap keupayaan murid. Guru mesti kenal keupayaan murid. Jangan bertanya soalan

KBAT. Pastikan kita pernah buat latihan dan murid memang dapat jawab masa latihan.

Pastikan soalan merangkumi semua tahap. Banyakkan soalan yang boleh dijawab semua

murid. Sedikit terlalu senang dan sedikit terlalu susah. Pastikan murid dapat jawab soalan

asas.

3. Pelbagaikan bentuk soalan. Murid khas gemar menampal, tapi ada yang tidak tahu

menggunting. Buat soalan jawapan dalam bentuk gambar siap bergunting dengan bantuan

PPM. Murid akan tampal. Guru boleh menyediakan soalan berbentuk lisan bagi murid yang

bermasalah menulis.

Di dalam buku tulisan atau latihan murid, guru boleh tampalkan pelekat atau cop pujian bagi

murid yang melaksanakan tugasan dengan baik. Kemudian sediakan Carta Ganjaran Tahunan

untuk kelas supaya murid bersemangat dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu ialah penilaian yang terbaik terhadap perkembangan murid-

murid khas. Di sinilah perbincangan dijalankan di antara ibu bapa dan guru dalam mencapai

kesepakatan tingkah laku manakah atau kebolehan apakah yang ingin diberi perhatian dan

apakah strategi untuk mencapainya. Sewaktu perbincangan, ibu bapa dan guru akan

memikirkan startegi yang sama dan dapat dilakukan samada di sekolah atau di rumah.

7
Perancangan yang baik akan memberi manfaat untuk masa depan anak-anak. Dalam masa

pelaksanaan strategi ini guru boleh menyediakan senarai semak atau frekeunsi masalah

tingkah laku. Buat satu jadual, tulis tarikh dan perhatikan samada berlaku masalah tingkah

laku atau tidak. Guru boleh bina Graf ABAB untuk melihat tindak balas intervensi dan

perubahannya pada murid. Kemudian guru boleh bincangkan perkara tersebut kepada ibu

bapa dan nyatakan samada intervensi tersebut patut diteruskan atau ditukar dengan kaedah

lain. Ketika ini ibu bapa pula menceritakan tentang perkembangan anak ketika di rumah.

Adakah masalah tingkah laku tersebut berkurangan dengan strategi yang telah dibincangkan

atau tidak.

KERAHSIAAN / CONFIDENTIAL

Baik akta mahupun peraturan pendidikan khas di Malaysia tidak dinyatakan secara jelas

tentang kerahsiaan atau konfidentialiti data, dokumen atau rekod OKU. Tetapi di Amerika

Syarikat, terdapat undang-undang berkaitan iaitu dalam Akta Hak Pendidikan Keluarga dan

Privasi (The Family Educational Rights and Privacy Act (FERPA). Oleh yang demikian,

semua maklumat yang berkaitan dengan kecacatan termasuk dokumentasi, surat penempatan,

surat-menyurat, dan rundingan dianggap sulit dan akan dikendalikan sesuai dengan akta ini.

Data-data yang berkaitan samada secara elektronik, tulisan, lisan, dan jenis komunikasi lain

akan disimpan sebaiknya. Selain untuk memenuhi kewajiban undang-undang, menjaga

kerahsiaan juga berfungsi untuk menjaga lingkungan supaya murid kelainan upaya merasa

dihormati, tenang, disokong, dan dilindungi.

Meskipun tiada peruntukan undang-undang ditetapkan, namun sebagai guru yang berhadapan

dengan data murid-murid ini perlu menjaga kerahsiaan terutamanya berkaitan permasalahan

peribadi mereka. Antaranya data berkaitan Rancangan Pendidikan Individu haruslah

disimpan dengan baik. Kedua, tidak mewar-warkan permasalahan murid kepada murid-murid

8
lain. Bagi setengah ibu bapa, mereka tidak setuju gambar anak mereka disiarkan di dalam

media sosial. Oleh yang demikian,perlu minta kebenaran daripada mereka. Apatah lagi

apabila melibatkan murid yang bermasalah tingkah laku seperti hyperaktif dan tantrum, tidak

perlulah ditular aksi mereka di media sosial. Guru seharusnya berfikir panjang dan

memahami perasaan ibu bapa murid-murid ini. Jagalah kehormatan mereka. Jika tidak

mungkin tindakan undang-undang boleh dikenakan atas perbuatan itu.

PENGLIBATAN IBU BAPA

Dr. Hasnah Toran, Pengarah Genius Kurnia dalam satu sesi diskusi menyatakan, perasaannya

ketika mendapat tahu anak beliau merupakan anak istimewa memang sedih. Namun beliau

menekankan tidak mahu berlama-lama dalam kesedihan, tetapi memikirkan apa yang patut

dilakukan demi masa depan anak tercinta. Beliau membuat keputusan melanjutkan pelajaran

di luar negara dalam bidang Pendidikan Khas dan kini beliau merupakan antara peneraju dan

sumber rujukan bidang pendidikan khas di Malaysia. Disini saya nyatakan 5 langkah yang

boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa murid berkeperluan khas.

Pertama, bebaskan diri dari sikap denial. Denial atau Penafian terjadi kesan daripada

tekanan ibu bapa yang memiliki anak istimewa. Mereka tidak dapat menerima hakikat atau

tiada kekuatan untuk berhadapan dengan kenyataan bahawa anak mereka adalah anak OKU.

Sekiranya terlihat pada pandangan fizikal sedari lahir, barangkali kenyataannya dapat

diterima lebih mudah. Akan tetapi apabila anak semakin membesar memang agak sukar

menerima hakikat tersebut. Salah seorang ibu murid khas menceritakan kepada saya

bagaimana beliau membawa anak melakukan pemeriksaan ketika bayi dalam keadaan

anaknya tidur kerana tidak mahu jururawat mengetahui perkembangan anaknya yang lambat.

Akan tetapi atas nasihat orang sekeliling, beliau mula mengambil tindakan yang sepatutnya

dan berasa gembira dengan keupayaan anaknya sekarang. Ada juga murid saya, setelah

9
Tingkatan 4 barulah ibunya menerima hakikat anak beliau mempunyai masalah

pembelajaran. Anak beliau tiada masalah yang ketara hanya penampilannya agak kurang

kemas dan selalu mendapat peratus yang rendah dalam peperiksaan. Selepas menjalani

pembelajaran di PPKI, beliau mampu bergiat aktif dan menceburi pelbagai aktiviti sukan, dan

persembahan seni seperti nyanyian, tilawah al Quran dan lain-lain. Kini beliau melanjutkan

pelajaran di kolej vokasional dalam bidang masakan. Panduan seterusnya ialah bawa anak

untuk diagnosis dan intervensi. Diagnos ialah langkah pertama dalam proses memohon Kad

OKU. Banyak kemudahan yang diperoleh pemegang kad OKU antaranya waktu bekerja

anjal, pengurangan harga atau cukai untuk aktiviti atau pembelian barang, serta layak

menerima pelbagai bantuan. Contohnya, untuk anak-anak yang bersekolah, mereka akan

menerima bantuan RM 1800 setahun. Diagnos akan membantu ibu bapa memahami masalah

anak mereka, seterusnya intervensi boleh dijalankan. Semakin awal intervensi dibuat, maka

semakin cepat perkembangan anak. Antara contoh intervensi ialah Terapi Cara Kerja atau

Intervensi Occupational Theraphy Ia adalah program pemulihan yang memberi latihan

sensori dan sosial dalam membantu memulihkan fungsi fizikal supaya anak khas dapat

mengurus diri dan kehidupan dengan lebih baik. Selain daripada mendapat intervensi

daripada pakar, intervensi tingkah laku dapat dijalankan oleh pihak guru dengan kerjasama

ibu bapa. Intervensi ini dihasilkan dengan perbincangan dan persetujuan bersama dalam

Rancangan Pendidikan Individu. Sebagai contoh, sekiranya anak mengalami masalah gemar

menggigit kuku. Guru membuat intervensi dengan setiap kali murid menggigit kuku, guru

akan mencabut sticker dalam buku sticker murid. Maka untuk mendapatkan hasil perubahan

yang baik, dirumah ibu juga harus menggunakan kaedah yang sama. Begitu juga jika guru

melatih murid menulis dengan jarak menggunakan alat khas, di rumah juga perlu membuat

latihan yang sama. Intervensi ini dibincangkan dan dipersetujui dalam penyediaan Rancangan

Pendidikan Individu. Langkah seterusnya ialah, ibu bapa seharusnya berpijak di bumi yang

10
nyata. Contohnya, jangan paksa anak belajar aliran perdana semata-mata untuk memastikan

anak dapat sijil SPM. Bukan SPM yang menjadi kunci kejayaan kehidupan. Bagi anak-anak

khas ini mereka mempunyai jalan yang lebih mudah dan tidak membuang masa. Pada

pendapat saya, selain sekolah dan kolej Vokasional, Giat Mara adalah peluang yang terbaik.

Hanya dengan syarat berumur 15 tahun ke atas dan menguasai 3 M, murid-murid boleh

melanjutkan pelajaran dalam kemahiran yang diminati. Untuk apa murid-murid ini dipaksa

mendapatkan pendidikan formal daripada Tingkatan satu sehingga Tingkatan Lima semata-

mata untuk mendapatkan Sijil SPM, walhal potensinya mampu dikembangkan jika jalannya

betul dan mengikut keupayaan mereka. Pihak Giat Mara bukan sahaja membantu

menyediakan kemahiran malah mencari peluang kerja untuk murid asalkan murid-murid ini

rajin, bersungguh-sungguh dan minat belajar. Seterusnya, binalah lingkungan positif

disekeliling kita. Adakalanya saudara mara sendiri mungkin tidak memahami kerana tidak

memiliki anak OKU. Oleh itu, berbaiklah dengan ibu bapa anak OKU yang lain atau libatkan

diri dalam persatuan. Banyak aktiviti yang dijalankan dalam persatuan atau pertubuhan

komuniti supaya ibu bapa dapat merasa kebersamaan dan selesa untuk meluahkan perasaan

atau bercerita permasalahan berkaitan anak. Mintalah pertolongan sekiranya perlu, sebagai

contoh ambil pembantu atau berjumpalah dengan kaunselor. Seharusnya ibubapa perlu

tenang dan rasional supaya anak turut tenang dan gembira. Akhir sekali, ibu bapa dan penjaga

diminta untuk sentiasa mencari ilmu. Ilmu apa? Ibu bapa perlu ada ilmu tentang bagaimana

berhadapan dengan anak. Antaranya ialah tahu cara berkomunikasi dengan anak yang

bermasalah pertuturan. Ini dapat mengelakkan anak tantrum. Ibu bapa perlu tahu

perkembangan anak. Bagaimanakah tahap perkembangan anak? Apa yang boleh dilakukan

dalam merangsang perkembangan anak? Seterusnya bagaimana dengan minat anak?

Keupayaan dan perkembangan anak akan menjadi lebih mudah jika ibu bapa tahu minat anak.

Ibu bapa boleh dedahkan anak dengan seni atau muzik atau hafazan atau sukan atau skill

11
seperti masakan, perkomputeran, tanaman dan lain-lain. Latihan dari kecil boleh membina

keyakinan diri murid. Buat praktikal di rumah dan sediakan tempat khas. Dengan itu,

kehidupan anak akan lebih terisi dengan aktiviti yang digemari. Selepas itu pilih sekolah yang

ada menyediakan kemahiran yang anak-anak minat atau hantar mereka ke kelas persendirian.

Ibu bapa juga perlu ada asas psikologi contohnya seperti teknik modifikasi tingkah laku dan

pengendalian emosi.

Ibu bapa perlu tahu cara pembelajaran anak khas tidak sama dengan murid aliran perdana.

Murid khas mempunyai cara belajar yang unik. Mereka mungkin seorang yang kinestetik

atau audio atau visual domain. Bagi murid yang hyper kaedah 5 minit belajar, 5 minit main

memang sangat baik. Tetapi jika di sekolah perlaksanaannya sukar kerana dalam kelas

sekurang-kurangnya ada 9 orang murid yang pelbagai menyebabkan guru tidak mampu untuk

fokus pada keupayaan dan keperluan individu semata-mata.

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN KHAS.

Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi guru pendidikan khas. Tetapi Allah mengatur saya

di sini. Saya gagal temuduga sebagai kaunselor sekolah (lulusan psikologi), akan tetapi saya

lulus dalam temuduga Guru Pendidikan Khas. Pendidikan saya dalam Bidang Pendidikan

Khas bermula di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Disinilah bermulanya saya

mendapat pendedahan tentang Pendidikan Khas. Apabila pensyarah dan rakan-rakan

menceritakan pengalaman bersama dengan anak anak istimewa saya merasa kagum.

Ditambah lagi dengan kata-kata semangat dan motivasi bahawa jalan yang dilalui ini bukan

jalan yang popular dan bukan juga jalan yang mudah, tetapi ganjarannya tinggi,

menyebabkan hati saya tersentuh dan membuka mata terhadap golongan ini. Apabila saya

berpeluang bertemu dengan Dr. Hasnah Toran, saya semakin percaya sebenarnya murid

istimewa ini mampu belajar dan diajar. Akan tetapi kita perlu kuat semangat dan perlu juga

12
ada ilmu. Masyarakat perlu memberi peluang. Ibu bapa perlu diberi pendedahan. Apabila

mendapat pelbagai maklumat tentang mereka, saya mula selesa bila bersama dengan mereka.

Pandangan saya terhadap mereka juga berbeza dengan sebelum ini. Saya berkeyakinan

mereka mampu pergi jauh terutamanya yang berkefungsian tinggi dan sederhana. Manakala

yang berkefungsian rendah, saya percaya mereka boleh sekurang-kurangnya mengurus

kehidupan. Sebahagian mereka juga ada kekuatan lain seperti tinggi daya hafalan dan

imaginasi. Pada pendapat saya ada beberapa perkara yang boleh diwar-warkan supaya warga

ini mendapat perhatian di kalangan masayarakat umum iaitu keperluan mereka, keupayaan

mereka dan motivasi untuk berbuat baik kepada mereka. Kempen kesedaran memberi

layanan yang baik terhadap golongan istimewa ini amat diperlukan. Meskipun rakyat negara

kita pemurah dan baik, namun perlu ada usaha yang gigih bagi membawa golongan OKU ke

dalam masyarakat secara proaktif. Antaranya ialah mempopularkan penggunaan bahasa

isyarat, mewujudkan rancangan realiti khas untuk golongan ini dan menyediakan rancangan

dokumentari tentang pelbagai masalah pembelajaran seperti Autisme, Dyslexia dan ADHD

serta contoh individu yang berjaya. Semakin banyak pendedahan tentang mereka, semakin

baik penerimaan masyarakat. Peranan golongan ‘normal’ seperti kita mampu membawa

anak ini pergi jauh. Beri peluang pada mereka. Sekiranya tidak mampu memberi peluang,

sebagai guru, ibu bapa atau sesiapa yang dekat dengan mereka, beritahu mereka di luar ada

banyak peluang untuk mereka. Bangkit dan majukan diri. Belajar membaca dan pastikan

pandai bawa diri dan jaga diri daripada dipergunakan oleh pihak lain. Dedahkan dengan

ramai insan kelainan upaya yang telah berjaya. Pendedahan begini sangat penting. Sekiranya

di publisistikan sudah pasti masyarakat akan memandang warga ini sebagai warga yang

berupaya, ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya juga dapat motivasi bahawa anak

mereka bukan bebanan. Malah kita juga dapat belajar semangat juang mereka yang tinggi.

Oleh yang demikian tiada lagi pandangan sinis atau pandangan serong masyarakat terhadap

13
golongan ini. Saya rasa dalam hal ini, Syahmi Syazli, seorang pengarah muda yang telah

melancarkan sebuah Filem Mail Totey dan mengangkat dua orang murid masalah

pembelajaran sebagai pelakon utamanya telah menunjukkan satu usaha yang baik. Meskipun

ada pihak yang mengecam dengan mengatakan beliau mempergunakan golongan ini, namun

pada pendapat saya beliau sebenarnya memberi peluang pada golongan ini. Dengan ini

barulah orang ramai mula membuka mata dan memberi pandangan baru pada golongan ini.

Begitulah hebatnya peranan media. Saya pernah menonton satu rancangan pertandingan

memasak kanak-kanak Britain iaitu Bake Off. Menariknya rancangan ini kerana pesertanya

terdiri daripada golongan OKU di samping peserta lain. Pun begitu mereka sangat hebat

dalam memasak dan berjaya menghasilkan makanan yang menarik.

Saya baru 10 tahun dalam bidang ini. Namun begitu dalam tempoh ini ramai anak murid saya

yang belajar di PPKI mencipta kejayaan. Salah seorang anak murid saya bekerja sebagai juru

kimpal. Setelah tamat pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi, beliau

melanjutkan pelajaran di Giat Mara dalam bidang kimpalan. Kini beliau bekerja dengan

Jabatan Laut Malaysia. Dua anak murid saya bekerja sebagai tukang masak. Namun salah

seorang sudah berhenti semenjak ibunya meninggal dunia. Saya sedih mendengarnya.

Allahyarham ibunya juga guru Pendidikan Khas dan banyak memberi semangat dan tunjuk

ajar pada saya. Seorang murid saya meskipun mempunyai masalah cerebral palsy (tetapi

boleh bergerak) beliau mengambil upah mengasuh anak orang. Pernah juga cuba-cuba jual

baju bundle tapi berhenti. Demikianlah kejayaan bagi guru pendidikan khas. Pada saya

sekiranya mereka mampu mengurus diri dan bekerja atau berdikari, itu sudah cukup

bermakna. Kekurangan upaya sering dikaitkan dengan kesedihan. Itu ialah realiti, namun

dalam membentuk lingkungan positif adalah baik jika kerajaan dan masyarakat melihat sisi

lain keupayaan golongan ini. Berdaya juang dan semangat berusaha. Mudah-mudahan akan

menjadi inspirasi untuk semua.

14
Kesimpulannya, warga OKU adalah anugerah dari Allah s.w.t. Kehadiran mereka bersama

rahmat dan amanah yang harus dipelihara. Kehidupan ini adalah ujian. Dunia adalah tempat

untuk diuji. Susah senang suka dan duka adalah sementara demi kehidupan yang abadi di

sana. Sebarkan kasih sayang, hentikan stigma dan prejudis. Walau siapa pun kita, jalankan

tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang cakna dengan golongan OKU demi

generasi yang berwibawa, harmoni dan sejahtera.

RUJUKAN:

Dr. Hasnah Toran, (2019), Astro Awani, 'Zero Reject Policy' lubuk pahala untuk guru dan

ibu bapa, Capaian daripada 'Zero Reject Policy' lubuk pahala untuk guru dan ibu bapa | Astro

Awani ( 4 Januari 2021)

Cikgu Kamarul, (2017), Pendidikan Khas, Capaian daripada

https://penakhas.blogspot.com/2017/12/pendidikan-khas.html ( 4 Januari 2021)

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2015) Buku Panduan

Pengoperasian Program Pendidikan Khas Integrasi, Capaian

daripada,https://www.moe.gov.my/images/kpm/pemberitahuan/2015/BUKU%20PANDUAN

%20PENGOPERASIAN%20PPKI-2015.pdf ( 4 Januari 2021)

Kementerian Pendidikan Malaysia, (n.d), Pusat Perkhidmatan 3PK, Capaian daripada

https://www.moe.gov.my/en/special-education/pusat-perkhidmatan-pendidikan-khas-3pk

15
(2 Januari 2021)

Kementerian Pendidikan Malaysia, (n.d), Latar Belakang Bahagian Pendidikan Khas,

Capaian daripada https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-

pendidikan-khas ( 2 Januari 2021)

Mandal, A., (2019), News Medical Life Centers, Autism History, Capaian daripada

https://www.news-medical.net/health/AutismHistory.aspx#:~:text=The%20term%20autism

%20first%20was,admiration%20and%20withdrawal%20within%20self ( 3 Januari 2021)

My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia, (n.d), Peranan Terapis Pertuturan-Bahasa

Dalam Komuniti, Capaian daripada http://www.myhealth.gov.my/peranan-terapis-pertuturan-

bahasa-dalam-komuniti/ ( 2 Januari 2021)

University Of California San Frincisco, (n.d). Students Disability Services: Confidentiality,

Capaian daripada https://sds.ucsf.edu/confidentiality#:~:text=All%20disability%2Drelated

%20information%20including,Privacy%20Act%20(FERPA)%20regulations ( 3 Januari

2021)

Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, (n.d), Unit

Terapi Cara Kerja, Capaian daripada, https://www.ppukm.ukm.my/pemulihan/unit-terapi-

carakerja/ (3 Januari 2021)

Warta Kerajaan Persekutuan, ( 2013), Peraturan Pendidikan Khas 2013, Capaian Daripada

https://anyflip.com/wmiw/cqlo ( 3 Januari 2021)

16

Anda mungkin juga menyukai