Anda di halaman 1dari 7

Soalan 1 Pendidikan Khas Definisi PK 1.

kaedah pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan khas kanak-kanak yang mengalami berbagai kecacatan. 2. skop meliputi p&p, latihan jasmani dan pendidikan berteraskan rumah, hospital, institusi dan komuniti atau NGOs 3. kurikulum yang digunapakai berteraskan kurikulum kebangsaan yang diubahsuai utk memenuhi keperluan kanak2 berkeperluan khas Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam bidang:

Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,

mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang invidu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Heward (2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu: SIAPA? Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas, pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakarpakar ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan membantu. APA? Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu. DI MANA? Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin

ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau sekolah berasingan.

Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan bermasalah. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanakkanak ini. Tujuan Pendidikan Khas 1. Kanak-kanak berkeperluan khas diberi peluang untuk mengembangkan potensi ke peringkat maksimum 2. Perkhidmatan pendidikan & kurikulum pengajaran adalah berdasarkan keperluan & kebolehan, dan bukan berdasarkan label dan kategori kanak2 3. Kanak-kanak berkeperluan khas diberi peluang pendidikan sepenuhnya seperti yang dinikmati oleh anak-anak normal 4. Kanak-kanak berkeperluan khas diberi perkhidmatan pendidikan yang tidak terhad pada persekitaran tertentu sahaja 5. Kurikulum pendidikan khas adalah diubahsuai daripada kurikulum biasa bagi tujuan memenuhi keperluan unik kanak-kanak ini 6. Kemahiran hidup diajarkan kepada anak-anak ini bagi membolehkan mereka hidup berdikari

7. Kanak-kanak berkeperluan khas dapat hidup dalam masyarakat dan peka dengan segala perubahan yang terjadi 8. Menyedarkan semua bahawa kanak-kanak ini tetap memerlukan keperluan seperti kanak-kanak yang lain mereka akan mendapat banyak manfaat daripada interaksi dengan kanak-kanak lain 9. Menjadi tanggungjawab semua untuk menyediakan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan keperluan mereka 10. Berusaha menjadikan pendidikan khas sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan 11. Mengembang kesedaran tentang betapa pentingnya pengenalpastian awal, identifikasi awal, pencegahan dan intervensi awal 12. Membantu komuniti pendidikan keseluruhannya menerima tanggungjawab dan menyediakan diri untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai perbezaan individu yang pelbagai Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah

Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Peristiwa perkembangan pendidikan khas di Malaysia
1. Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948)

menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]
2. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin.
3. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam

Akta Pelajaran 1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.
4. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji

Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada

perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
5. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah

bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
o

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanakkanak spastik. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanakkanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.

6. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan

Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: 40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di manamana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. 7. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan: a. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
b.

c. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri

Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.

Anda mungkin juga menyukai