Anda di halaman 1dari 37

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

TAJUK TUGASAN:

HURAIKAN KEPENTINGAN PERUNDANGAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN KHAS BERDASARKAN PL 94 - 142
NAMA PELAJAR : AZLINA BINTI ALI INTAN SITI ZURAIDA BINTI IBRAHIM NAJIHAH BINTI ABDULAHADI NORFARAHI BT ZAKWAN ISMAIL BIN RAMLI KUMPULAN/UNIT NAMA M.P. TARIKH SERAHAN : PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) : PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS : 20 OGOS 2011

NAMA PENSYARAH : DR.LEE KEOK CHEONG

Maria Ila berkawan baik, Naziri menjeling Jaafar menegur, Pendidikan Khas umpama adik, Akta dipinda untuk mengatur.

Perundangan berkaitan Pendidkan Khas

Mandat-mandat Asas PL 94 142

Mandat-Mandat Lain

Perundangan dan

dasar-dasar Pendidikan di Malaysia

Amalan Konsep PL 94 - 142 dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Rangka Tindakan dan Penyataan Salmanca

Undang-undang tentang sesuatu hal yang telah diluluskan oleh parlimen.


Mengaktakan: menjadikan sesuatu (perkara dsb) sebagai akta: Perkara itu perlu dikaji dengan teliti sebelum diaktakan.

(Dewan Bahasa dan Pustaka)

Secara keseluruhan pendidikan khas di luar negara bermula pada tahun 1900-an. Ia bermula sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan sukarelawan yang berusaha untuk membantu murid-murid bermasalah dengan membuka sekolah pendidikan khas. Di Amerika Syarikat program pendidikan khas mula dilaksanakan apabila United States Congres yang diadakan pada tahun 1975 telah membentangkan satu usul yang menekankan supaya pendidikan untuk kanak-kanak bekeperluan khas diberi perhatian.Ini merupakan satu tindakbalas dari diskriminasi layanan masyarakat, sekolah serta agensi awam terhadap keperluan pelajaran kanak-kanak berkeperluan khas ini. Berdasarkan usul tersebut lahirlah Undang-Undang Awam (Public Law) PL 94-142. Melalui undang-undang ini nasib golongan istimewa ini lebih terbela dan terjamin.

Ia dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu diantara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka.

Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanakkanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas

Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggi. Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah: - Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai

oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini. Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive environment).Ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif.

- Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanakkanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.

- Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

PERUNDANGAN YANG BERKAITAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Jawatankuasa Perancangan Pendidikan bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara kementeian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Jawatankuasa yang dilantik ini menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal yang boleh dididik)

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996 Satu bab khusus mengenai pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga 19 tahun

1920-an: Sukarelawan membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.
1948: Secara formal, tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. 1954: Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. 1978: Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya). 1988: Program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING: 1948: Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan.

Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan:
Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

1959: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia
Menegaskan hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin.

1978: Laporan Jawatankuasa Kabinet, mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 Perakuan ini menyebut: Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

30 Jun 1981: Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masingmasing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, jawatankuasa ini menetapkan:-

a) Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap


pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. b) Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanakkanak spastik. c) Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.

Bab 8 Pendidikan khas; menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas:40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1) (b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manafaat.

41 (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3). Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:-

(a) tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. (b) kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas.
(c) kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manafaat atau perlu bagi maksud bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1) (a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut manamana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah akta ini. Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1) (b) hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.

(3)

AKTA PENDIDIKAN KHAS LUAR NEGARA

Michael

ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya akibat daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an.

29 November 1975: Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanakkanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa.

Bagaimanapun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas. 1990: Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi.

Antara yang ditekankan ialah:a)Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.

Pendidikan

bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang. (Educate children in the least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif

Kanak-kanak

khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanakkanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.

Penglibatan

ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan.

Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.
Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanakkanak biasa yang dikenali sebagai integerasi atau inklusif diperluaskan.

Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanakkanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

a) Amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Contoh, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. !! Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

b) Konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock.

KESIMPULAN
Suatu akta perundangan untuk dijadikan asas bagi penyamaan peluang kepada orang kurang upaya dan untuk mengelakkan diskriminasi serta gangguan dalam masyarakat. Matlamat Akta ini adalah:

i)untuk memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain ii) untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup (iii) Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di negara ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai