Anda di halaman 1dari 29

X PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah


satu ciri perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas merangkumi
golongan kanak-kanak pintar cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran,
penglihatan atau fizikal; bermasalah pembelajaran atau kesihatan; dan
sebagainya. Walaupun mereka dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas,
tidak bermakna mereka tidak boleh menyumbang kepada masyarakat dan
negara. Mereka tidak wajar dipinggirkan malah, perlu diberi pendidikan.
Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang
diberikan kepada mereka agak berbeza dan ia digelar sebagai pendidikan khas.

DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan
atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran
dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah,
hospital atau institusi.

8.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

8
8

X
Pendidikan
Khas
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan tentang pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran dan
pelajar-pelajar istimewa; dan
2. Menjelaskan tentang program-program yang disediakan oleh
kementerian pendidikan untuk kanak-kanak khas.
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
200
Pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai:
Pendidikan yang menggunakan kaedah khas yang bersesuaian dengan
keperluan pelajar di mana perkembangan fizikal, intelektual, emosi atau
sosial tidak boleh dicapai secukupnya dengan menggunakan pendekatan
yang biasa menurut pandangan pihak autoriti pendidikan.

Pendidikan khas juga merujuk kepada:



Manakala Slavin (1997) pula mendefinisikan pendidikan khas sebagai:



Menurut Gearhart & Weishman (1980) pula, pendidikan khas ialah:

Manakala, Krik & Gallagher (1983) menyatakan bahawa golongan luar biasa
meliputi golongan yang bergeliga dan yang handikap.

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pendidikan khas merupakan satu
program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi
intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya dan yang tidak mengalami
pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar
berkeperluan khas daripada segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka
yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka
tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.
(Chua, 1992)
Sebarang program yang diperuntuk atau ditujukan kepada pelajar-pelajar
yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal
ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas.
Subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan
peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar
dan belia bersifat luar biasa.
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

201


PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
Pendidikan khas di Malaysia adalah pendidikan yang disediakan khas untuk
pelajar-pelajar berkeperluan khas. Pelajar-pelajar berkeperluan khas atau pelajar-
pelajar istimewa adalah pelajar-pelajar yang cacat daripada pelbagai jenis atau
kategori kecacatan. Ini meliputi ketidakupayaan atau kesukaran yang
disebabkan ketidakfungsian sistem saraf. Pelajar-pelajar ini memerlukan
pendidikan khas kerana mereka memerlukan pengubahsuaian dalam amalan
hidup biasa.

McDonnell et al. (1995) pula mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan
khas atau pelajar-pelajar istimewa ini kepada rencatan akal, gangguan tingkah
laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal
dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini yang
mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan
gangguan tingkah laku).

Lerner et al. (1998), dalam memperihalkan kanak-kanak istimewa di peringkat
pra-sekolah, mencadangkan dua kategori kanak-kanak, iaitu:
(a) Kanak-kanak yang dianggap mempunyai risiko untuk gagal dalam
pelajaran di bangku sekolah; dan
(b) Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan yang diambil kira di bawah
sesuatu akta atau undang-undang khas di sesebuah negara.

Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa bolehlah
ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang berhadapan dengan batasan keupayaan
dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup
bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

8.2
Adakah pelajar-pelajar istimewa (contoh: cacat penglihatan dan
pendengaran) dan bermasalah pembelajaran (contoh: terencat akal)
patut diberi pendidikan yang serupa dengan pelajar normal? Mengapa?
Bincangkan.
AKTIVITI 8.1
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
202
Kesimpulannya, pendidikan khas adalah pendidikan yang ditujukan kepada
pelajar-pelajar yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat mental,
bermasalah pembelajaran dan tingkah laku, cacat budaya atau sosial, cacat fizikal
dan sebagainya; termasuk juga pelajar-pelajar pintar cerdas.

Idea-idea utama yang mempengaruhi perkembangan pendidikan khas untuk
kanak-kanak berkeperluan khas di Amerika Syarikat dan juga di Malaysia
adalah seperti dalam Jadual 8.1.
Jadual 8.1: Perkembangan Pendidikan Khas
Tokoh Tarikh Kewarganegaraan Idea Utama
Jean Marcgaspard 17751838 Perancis
Mengajar pelajar-pelajar
terencat akal.
Samuel G. Howe 18011876 Amerika Syarikat
Pelajar-pelajar yang cacat boleh
diasuh melalui pendidikan
yang tersusun.
Edward Seguin 18121889 Perancis
Pelajar-pelajar terencat akal
boleh diajar melalui latihan
deria motor.
Alfred Binet 18571991 Perancis
Kecerdasan atau kepintaran
boleh diukur dan dimajukan
melalui pembelajaran.
Louis Braille 18091852 Perancis
Pelajar-pelajar buta boleh diajar
melalui titik-titik timbul.
Thomas Hopkins 17871851 Amerika Syarikat
Pelajar-pelajar pekak boleh
berhubung melalui bahasa
isyarat dan ekspresi muka.
Alexander
Graham Bell
18471922 Amerika Syarikat
Pelajar-pelajar pekak boleh
belajar bercakap menggunakan
pendengaran terhad.
Maria Montessori 18701852 Itali
Pelajar-pelajar mudah belajar
menggunakan bahan konkrit.
Anna Freud 18951982 Austria
Teknik psikoanalisis boleh
membantu pelajar-pelajar
bermasalah emosi.
Alfred Staruss 18971957 Jerman
Kanak bermasalah dengan
kerosakan otak minimum
memerlukan latihan khas.
Sumber: Kirk & Gallagher (1983)
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

203


PENDEKATAN BAGI MENJAYAKAN
PENDIDIKAN KHAS
Dalam usaha menjayakan pendidikan khas ini, faktor kritikal perlu diberi
perhatian (lihat Rajah 8.1).


Rajah 8.1: Faktor kritikal pendidikan khas

Mari kita lihat penjelasan bagi setiap satunya.

(a) Guru Terlatih
Guru-guru terlatih khas merupakan komponen penting dalam program
pendidikan khas. Guru yang mengajar pelajar berkeperluan khas
memerlukan latihan khusus untuk mengendalikan program-program yang
disediakan untuk pelajar tersebut. Setiap guru terlatih khas harus
mempunyai kelayakan perguruan yang asas untuk mengajar pelajar
normal supaya mereka mengetahui pertumbuhan dan perkembangan

8.3
SEMAK KENDIRI 8.1
Siapakah pelajar istimewa dan bagaimanakah cara anda mengenali
mereka? Bincangkan bersama rakan dan tutor anda.
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
204
normal pelajar. Guru pendidikan khas juga perlu sabar, rajin, sentiasa
berikhtiar untuk memperoleh sesuatu, kreatif, mempunyai hubungan
mesra dengan pelajar, menggunakan perancangan yang berkesan dan
sentiasa bekerjasama dengan guru besar dan guru sejawat.

(b) Kombinasi Kepakaran
Selain daripada guru-guru terlatih, pendidikan khas juga memerlukan
perkhidmatan pakar-pakar daripada bidang lain. Antara pakar-pakar yang
diperlukan ialah pakar psikologi pendidikan, pediatrik; pakar mata, pakar
telinga, hidung dan tekak; ahli fisioterapi atau terapi pertuturan; dan
lain-lain. Pakar-pakar ini memainkan peranan masing-masing dalam
mendiagnosis, menilai, melatih dan memberi rawatan perubatan kepada
pelajar-pelajar terbabit.

(c) Kurikulum Khas
Pendidikan khas turut menyediakan satu kurikulum khas pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza daripada kurikulum untuk pelajar normal.
Pada amnya, pelajar-pelajar luar biasa akan mengikuti kurikulum sekolah
biasa yang telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan-keperluan khas.

(d) Objektif Pengajaran Khas
Objektif pengajaran pendidikan khas haruslah objektif yang nyata dan
menekankan dua komponen utama iaitu tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan kriteria-kriteria untuk kejayaan berdasarkan bilangan
atau peratusan gerak balas yang betul (Chua, 1992). Penulisan objektif
pengajaran jangka pendek selalu diabaikan oleh guru-guru pendidikan
biasa tetapi dalam pendidikan khas, objektif pengajaran jangka pendek ini
amat penting. Objektif-objektif yang dianggap berkesan mempunyai ciri-
ciri seperti pengkhususan, menjelaskan pencapaian utama yang diingini,
perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kriteria pencapaian yang
jelas serta berorientasikan pelajar dan bukan berorientasikan guru.

(e) Penglibatan Aktif Pelajar
Pendidikan khas menghendaki penglibatan pelajar yang aktif. Kebanyakan
pelajar-pelajar normal belajar dengan mendengar ucapan atau pelajaran
diberi oleh guru biasa tetapi pelajar-pelajar luar biasa perlu dilibatkan
secara aktif untuk membantu mereka menguasai sesuatu tugasan atau
konsep tertentu. Bahan-bahan konkrit perlu digunakan untuk memberi
gambaran kepada pelajar-pelajar buta dengan membuat sentuhan dan
secara tidak langsung, pelajar-pelajar akan terlibat secara aktif dalam
pembelajaran.

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

205
(f) Kaedah Pengajaran Khas
Terdapat dua kaedah pengajaran dalam pendidikan khas, iaitu:
(i) Model latihan kebolehan; dan
(ii) Model latihan kemahiran.

Kaedah ini menentukan kelemahan pelajar terlebih dahulu dan
kemudiannya mengajar apa yang sesuai dengan keperluan mereka.

Model latihan kebolehan menekankan proses pemulihan yang melibatkan
fungsi-fungsi yang kurang daripada segi persepsi penglihatan, pendengaran
atau motor. Sementara itu, model latihan kemahiran bertujuan untuk
mengenal pasti gerak balas tertentu yang lemah atau salah dan kemudian
memperkuatkan gerak balas tersebut (Chua, 1992).

Di sini, dapat dirumuskan bahawa terdapat ciri-ciri tertentu yang perlu ada pada
guru-guru yang mengajar pendidikan khas. Ciri-ciri yang diperlukan
termasuklah sabar, kreatif, rajin dan sebagainya. Selain daripada itu, beberapa
ciri-ciri lain yang turut membantu dalam mengendalikan pendidikan khas ini
adalah seperti keperluan pakar-pakar dalam bidang tertentu, kurikulum khas,
penglibatan pelajar yang aktif dan sebagainya. Walau bagaimanapun, adalah
penting untuk memahami tujuan pendidikan khas diberikan kepada pelajar-
pelajar istimewa ini dan apakah falsafah serta matlamat pendidikan khas
sebenarnya.


FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN
KHAS
Tujuan pendidikan secara umumnya adalah untuk mewujudkan individu yang
berpengetahuan, berdikari, bijak, mempunyai nilai hidup yang tinggi, berdaya
maju dan sebagainya. Oleh itu, pendidikan khas juga mempunyai falsafah dan
matlamat tertentu yang hendak dicapai. Falsafah dan matlamat pendidikan khas
ini dijelaskan dalam bahagian ini.

8.4
AKTIVITI 8.2
Pada pendapat anda, mengapa pengetahuan tentang psikologi
pendidikan amat penting kepada guru pendidikan khas? Bincangkan.
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
206
(a) Falsafah Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia (1986) menggariskan Falsafah Pendidikan
Khas yang bersifat progresivisme. Falsafah itu berbunyi:



Falsafah Pendidikan Khas menegaskan kepentingan kita mengenal pasti
perbezaan-perbezaan dalam diri setiap pelajar dan antara mereka.
Disebabkan oleh kewujudan perbezaan-perbezaan, pelbagai keperluan
pendidikan khas turut diperlukan. Pendidikan khas perlu memenuhi
keperluan-keperluan ini supaya setiap pelajar dapat berfungsi sedaya yang
boleh.

Sebagai kesimpulannya, serupa dengan Falsafah Pendidikan Negara,
Falsafah Pendidikan Khas menekankan perkembangan optimum seseorang
individu sebagai orang yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh
merancang dan mengurus kehidupan sendiri serta menyedari potensi diri
kepada masyarakat. Falsafah ini juga menyediakan peluang-peluang yang
sama kepada pelajar-pelajar khas, seperti yang diberi kepada pelajar-
pelajar biasa untuk perkembangan psikologi dan sosial yang seimbang.

(b) Matlamat dan Tujuan Pendidikan Khas
Matlamat umum pendidikan khas ialah untuk menyediakan
perkembangan optimum pelajar dengan keperluan-keperluan khas agar
dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan,
boleh merancang dan mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari
potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Di
Malaysia, matlamat umum pendidikan khas ialah untuk memberi
pendidikan yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan
pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam persekitaran biasa.

Pendedahan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada persekitaran biasa,
antara lain, adalah bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang dapat
mendedahkan mereka kepada persekitaran hidup yang sebenarnya.

Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang
sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajar-
pelajar biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah
ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan keperluan tenaga
rakyat dan untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

207
Dengan ini, diharapkan mereka akan dapat belajar, bermain dan bersama-
sama mendapat faedah untuk menghilangkan rasa rendah diri dan tersisih
mereka. Selain itu, kanak-kanak berkeperluan khas ini juga akan berpeluang
belajar di dalam kelas harian biasa.

Terdapat beberapa tujuan pendidikan khas yang spesifik seperti dinyatakan
oleh Isahak Haron & Koh Boh Boon (1982). Mereka memberikan beberapa
tujuan pendidikan khas diadakan seperti berikut:
(i) Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani; kekuatan
kanak-kanak luar biasa perlu dikesan dan diberi penekanan;
(ii) Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-
kanak cacat fizikal atau akal supaya menjadi pekerja yang berguna
dalam masyarakat;
(iii) Mencegah sesuatu ketidakbolehan dari menjadi sesuatu kecacatan;
(iv) Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan
memperkembangkan atau memulihkan perasaan yakin diri dan
sanggup mencapai sesuatu pada setiap kanak-kanak luar biasa; dan
(v) Mengeratkan kanak-kanak cacat dengan masyarakat biasa supaya
mereka yang cacat ini dapat diterima oleh masyarakat.

Bagi mencapai matlamat dan tujuan ini, pelaksanaan harus dibuat untuk
mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan rohani,
jasmani, emosi dan intelek dan sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan
kanak-kanak istimewa (Rajah 8.2).


Rajah 8.2: Kanak-kanak cacat diberi didikan supaya tidak membatasi pencapaian diri
Sumber: www.hksap.org

X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
208
Pelbagai aktiviti pengajaran perlu diwujudkan bagi menggalakkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Para guru juga perlu sentiasa
menilai tahap pencapaian akademik dan kurikulum kanak-kanak istimewa ini.
Untuk mencapai matlamat ini, gabungan semua pihak terutamanya hubungan
baik antara ibu bapa dengan guru-guru adalah amat diperlukan.


KATEGORI PELAJAR BERKEPERLUAN
KHAS
Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar berkeperluan khas
adalah seperti yang disenaraikan dalam bahagian berikut.
8.5.1 Bermasalah Pendengaran
Seseorang yang bermasalah pendengaran kerap kali dikatakan sebagai pekak.
Anggapan ini adalah salah kerana bukan semua orang yang bermasalah
pendengaran tidak boleh mendengar tetapi pendengarannya tidak jelas dan
memerlukan alat bantuan mendengar. Seseorang yang dilahirkan dengan
masalah pendengaran, perkembangan pertuturannya dan bahasanya akan
terganggu atau lambat. Keadaan akan menjadi semakin teruk jika pelajar-pelajar
tersebut langsung tidak mendengar; sudah pasti ianya tidak dapat bercakap
(bisu) juga.

Pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh dibahagikan kepada empat
jenis, iaitu bermasalah pendengaran:
(a) Penerimaan (getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga);
(b) Pengamatan (masalah saraf deria pada bahagian telinga);
(c) Pusat (sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul atau cedera); dan
(d) Psikogenik (tidak boleh mendengar apa-apa kerana gangguan emosi yang
terpendam).

8.5
AKTIVITI 8.3
Bincangkan bagaimana anda sebagai seorang guru dapat menjalinkan
hubungan baik dengan ibu bapa pelajar khas.
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

209
Secara umumnya, pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran boleh
dibahagikan kepada dua kategori, iaitu;
(a) Pekak; dan
(b) Separa pekak.

Pelajar-pelajar yang mengalami kecacatan ini biasanya boleh dikenal pasti
melalui ciri-ciri seperti:
(a) Kurang memberi perhatian;
(b) Susah mengikut peraturan;
(c) Selalu berkhayal;
(d) Memerlukan bantuan daripada kawan;
(e) Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan;
(f) Cara percakapan yang janggal; dan
(g) Mempunyai masalah kesihatan.
8.5.2 Bermasalah Penglihatan
Pelajar-pelajar yang bermasalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua
kumpulan, iaitu:
(a) Buta yang langsung tidak dapat melihat; dan
(b) Separuh buta yang kabur penglihatan.

Pelajar-pelajar buta biasanya belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu
dan rasa. Mereka menggunakan tulisan Braille (Rajah 8.3) untuk membaca dan
tongkat untuk bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. Pelajar-pelajar
separa buta pula mempunyai deria penglihatan yang kabur dan memerlukan
bantuan seperti pemakaian cermin mata atau mendapatkan rawatan doktor
pakar.

X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
210

Rajah 8.3: Sistem Braille digunakan oleh pelajar buta untuk membaca
Selain daripada dua kategori di atas, pelajar-pelajar yang mengalami masalah
penglihatan juga boleh dibahagikan kepada lapan kategori mengikut
peringkatnya, iaitu:
(a) Astigmatisme (rabun);
(b) Strabismus (juling);
(c) Amblipia (mata malas);
(d) Diplopia (nampak dua);
(e) Glaukoma (tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata);
(f) Albinisme (sensitif pada cahaya);
(g) Myopia (rabun jauh); dan
(h) Hyperopia (rabun dekat).
8.5.3 Bermasalah Pembelajaran
Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ialah pelajar-pelajar yang telah dikenal
pasti dan disahkan oleh pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian pelajar seperti kebolehan kognitif tingkah laku
(perkembangan sosial), penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan membaca,
kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. Pelajar-pelajar ini boleh
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

211
dikesan melalui beberapa cara. Biasanya, kriteria yang digunakan ialah
kekerapan kegagalan yang dialami pelajar-pelajar tersebut berbanding dengan
kekerapan kejayaan mereka.

Kadang-kadang cara seseorang itu bertutur, cara dia memberi sebab atau alasan
apabila disoal, cara dia menerangkan sesuatu, gerak gerinya dan juga kebersihan
dirinya dijadikan kriteria untuk guru-guru mengesan pelajar istimewa ini.

Jenis-jenis kumpulan pelajar yang bermasalah pembelajaran ialah seperti dalam
Rajah 8.4:

Rajah 8.4: 11 jenis kumpulan pelajar bermasalah pembelajaran

Secara umumnya, kriteria yang digunakan ialah tahap jangkaan atau harapan
yang patut dicapai oleh seseorang pelajar pada sesuatu peringkat umur.
Jangkaan ini pula berasaskan norma-norma tahap pencapaian pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, emosi, sosial dan intelek bagi majoriti pelajar. Lazimnya,
golongan ini mempunyai atau akan mencapai pertumbuhan dan perkembangan
daripada segi fizikal, emosi, sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza
dengan pelajar-pelajar normal.

Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran ini memerlukan perhatian dan
keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yang mereka
dihadapi agar mereka dapat menjalani kehidupan seharian yang bermakna
bersama keluarga dan masyarakat sekeliling. Mari kita lihat jenis-jenis pelajar ini
dengan lebih lanjut.

X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
212
(a) Lembam
Brennan (1974) mendefinisikan pelajar lembam sebagai pelajar yang gagal
melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi
kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh
kecacatan. Pelajar lembam ini kurang aktif dan kurang berminat untuk
menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.

(b) Sindrom Down
Sindrom Down ialah masalah yang disebabkan masalah berlebihan
kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang. Sindrom ini biasanya
diwarisi daripada keluarga iaitu baka yang diperturunkan daripada satu
generasi ke generasi seterusnya. Kecacatan sindrom Down ini boleh
dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap
darjah kecerdasan otak (IQ) yang rendah antara 30 hingga 80.
Pelajar-pelajar sindrom Down mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
(i) Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat;
(ii) Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir;
(iii) Mata sentiasa berair dan merah;
(iv) Mata sepet dan bentuk muka yang kecil;
(v) Tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak tangan
melintang;
(vi) Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok; dan
(vii) Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

(c) Hipoaktif
Kanak-kanak hipoaktif adalah pasif daripada segi aktiviti fizikalnya dan
amat takut kepada orang lain. Di sekolah, mereka lebih suka berada atau
bersembunyi di bawah meja dan tidak menghiraukan panggilan atau
gurauan daripada guru atau rakan sebaya (Naim, 1997). Golongan ini suka
menyendiri dan bersikap murung serta suka berkhayal, suka bermain
sendirian dan suka termenung. Selain itu, pelajar-pelajar hipoaktif tidak
suka bergaul atau berinteraksi, menundukkan muka apabila nama
dipanggil dan tiada tindakan kepada persekitaran.

(d) Hiperaktif
Pelajar-pelajar hiperaktif mempunyai ciri-ciri khusus seperti aktiviti fizikal
yang agresif dan berlebihan, tindakan yang berlebihan terhadap ransangan
cahaya, bunyi dan warna. Pelajar-pelajar ini tidak takut kepada orang,
kerap menangis, corak tidurnya tidak tetap, suka ketawa, sukar memberi

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

213
tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan, mudah
mengamuk apabila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri
serta sukar untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain.

(e) Gangguan Emosi atau Tingkah Laku
Pelajar-pelajar yang bermasalah emosi atau tingkah laku biasanya dapat
dilihat daripada segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan
perlakuan sosial. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini boleh
dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:
(i) Penarikan diri (elakkan diri daripada orang lain);
(ii) Neurotik (menderita daripada gangguan psikoanalitik fobia dan
lain-lain);
(iii) Autistik; dan
(iv) Skizofrenik (personaliti atau pemikiran berbelah bahagi).

Menurut Habet (1974), terdapat beberapa ciri yang tertentu pada pelajar-
pelajar yang bermasalah emosi iaitu kurang selera makan, masalah tidur,
kencing pada waktu siang dan malam di tempat tidur serta mengotorkan
pakaian, gagap, suka merosakkan sesuatu, suka bercakap bohong, terlalu
bergantung kepada orang lain, terlalu merendah diri dan kekok.

(f) Palsi Serebrum
Palsi serebrum adalah sejenis kecacatan yang berkaitan dengan kelemahan
anggota yang dialami oleh pelajar (Rajah 8.5). Kecacatan anggota ini
mengakibatkan pelajar tersebut tidak dapat melakukan pergerakan motor
kasar seperti berjalan atau berlari dengan bebas. Pelajar-pelajar palsi serebrum
ini juga tidak dapat melakukan aktiviti pengamatan dan pergerakan motor
halus seperti melukis, menulis, mengingat dan sebagainya.

Rajah 8.5: Kanak-kanak palsi serebrum susah mengawal pergerakan badannya
Sumber: http://polaris.umuc.edu
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
214
Pelajar-pelajar yang mengalami palsi serebrum ini boleh dibahagikan
kepada tiga iaitu:

(i) Spastik
Kerosakan pada bahagian konteks motor yang boleh mengakibatkan
kehilangan kawalan terhadap otak dan otot yang boleh dikawal. Ia
akan menghalang pergerakan yang sempurna iaitu koordinasi
pergerakannya sukar dikawal. Ia boleh dikesan melalui ciri-ciri
kesukaran pada waktu makan, masalah pernafasan, masalah pada
pertuturan, tanda-tanda terencat akal, tidak berupaya mengurus diri
atau tidak berupaya berdiri dan memijak.

(ii) Atitosis
Kerosakan pada bahagian basel ganglion yang boleh memperlahankan
pergerakan. Pergerakan pada bahagian bahu, muka, kaki dan tangan
tidak boleh dikawal atau pertuturan menjadi agak susah dan tidak
jelas, di samping masalah mengawal air liur.

(iii) Ataksia
Kerosakan pada bahagian serebral otak yang boleh menyebabkan
kesulitan dalam mengawal imbangan badan. Pergerakan pelajar-
pelajar ini juga kekok dan teragak-agak serta pertuturannya dan
pendengarannya kurang jelas.

(g) Pelbagai Kecacatan
Pelajar-pelajar pelbagai kecacatan mempunyai masalah pada lebih
daripada satu bahagian seperti buta dan bisu, atau buta dan pekak. Salah
seorang contoh pelajar istimewa ini ialah Helen Keller yang buta dan
pekak. Beliau dapat diajar dengan pendidikan khas oleh Anne Sullivan
sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

(h) Terencat Akal
Terencat akal didefinisikan oleh American Association on Mental
Deficiency (1873) sebagai kecacatan akal yang merujuk kepada kecerdasan
akal di bawah kecerdasan purata. Ia menunjukkan kekurangan dalam
penyesuaian tingkah laku dan dapat dilihat semasa pembesaran. Pelajar-
pelajar terencat akal boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
(i) Terencat akal ringan; dan
(ii) Terencat akal berat.

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

215
Tahap kerencatan akal boleh dikelasifikasikan seperti berikut:
(i) Ringan (mild) IQ antara 5070;
(ii) Sederhana (moderate) IQ antara 3549;
(iii) Teruk (severe) IQ antara 2034; dan
(iv) Amat Teruk (profound) IQ kurang daripada 20.

Pelajar-pelajar terencat akal ringan terdiri daripada:

(i) Bodoh (Idiot)
Pelajar-pelajar yang tidak dapat melindungi diri mereka daripada
bahaya fizikal seperti mencederakan diri sendiri, tidak berupaya
makan, duduk, berdiri atau berjalan sendiri.

(ii) Imbersil (Imbecile)
Pelajar-pelajar yang tidak boleh mengurus diri tetapi boleh dilatih
untuk menjaga keperluan tubuh badan.

(iii) Dungu (Moron)
Pelajar-pelajar yang mempunyai perkembangan mental 23% daripada
kadar biasa. Pelajar-pelajar ini tidak boleh bermain atau belajar
dengan pelajar-pelajar biasa. Mereka boleh dikesan semasa umur dua
hingga tiga tahun kerana lambat berfikir. Pelajar-pelajar moron
memerlukan penjagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

(iv) Lembam
Pelajar-pelajar yang lambat menerima pelajaran dan sukar untuk
menyesuaikan diri dengan sekolah biasa.

Bagi golongan pelajar yang dikategorikan sebagai cacat akal berat, mereka
biasanya sukar untuk makan dan selalu muntah. Pelajar-pelajar ini juga
suka menyendiri dan pendiam. Sikap mereka juga kadang-kadang sukar
dikawal. Misalnya, jika menggigit sesuatu dalam mulut, benda tersebut
tidak mahu dikeluarkannya. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga sukar
bernafas, air liur meleleh tanpa kawalan, sukar tidur, selalu menangis,
sukar bercakap dan memahami orang lain, kebingungan pada cahaya
lampu dan tidur yang berlebihan.

X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
216
(i) Autistik
Pelajar-pelajar autistik adalah pelajar-pelajar yang berkelakuan seperti
orang pekak tetapi mereka tidak pekak. Namun begitu, mereka tidak
menyatakan apa yang mereka dengari. Golongan ini biasanya berada
dalam dunianya sendiri. Pelajar-pelajar autistik juga tidak dapat mengawal
keseimbangan fizikal dan bertingkah laku aktif yang keterlaluan. Golongan
ini juga selalu menunjukkan perlakuan yang bongkak, ketawa dengan tiba-
tiba, takut dan cemburu berlebihan.

Selain itu, pelajar-pelajar ini juga suka berkelakuan seperti menggigit kuku,
menghisap jari dan mencederakan diri. Mereka tidak mengenali bahaya
dan tidak merasa kesakitan. Pelajar-pelajar ini juga gagap, perkataan
disebut secara berulang-ulang, menangis dan marah tanpa sebab, tidak
mahu dipeluk, suka permainan yang luar biasa, tidak dapat menyesuaikan
diri dengan pelajar-pelajar lain, tiada hubungan mata apabila bercakap dan
tidak mahu menerima pelajaran biasa.

(j) Masalah Pertuturan
Bermasalah pertuturan boleh didefinisikan sebagai pertuturan yang
menunjukkan ketidaksempurnaan, sama ada daripada segi bunyi, penguasaan
bahasa atau gangguan semasa bertutur.

Pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan boleh dibahagikan kepada enam
jenis, iaitu:
(i) Gangguan artikulasi yang puncanya adalah kecacatan lidah, sumbing
bibir dan lelangit, penyakit hidung dan tekak dan peniruan yang salah
semasa pembelajaran;
(ii) Gangguan bunyi pula berkaitan rapat dengan nada dan kekuatan serta
kualiti bunyi yang dikeluarkan oleh peti suara. Suara yang kurang
menyenangkan atau tidak normal akibat daripada alunan bunyi yang
tidak teratur, pengeluaran bunyi yang terlalu tinggi atau rendah dan
penyebutan perkataan yang kurang jelas. Ini boleh dikesan melalui
pengeluaran suara yang kasar, sengau, berbisik, serak dan nyaring.
Kecacatan ini berlaku dalam bentuk pengeluaran bunyi dan arahan
bunyi suara;
(iii) Gagap juga merupakan salah satu daripada masalah pertuturan yang
dialami oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas di Malaysia. Seseorang itu
boleh dianggap gagap apabila penyebutan satu-satu perkataan diulang-
ulang, terhenti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada;
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

217
(iv) Kelewatan bertutur pula ialah perkembangan pertuturan yang berlaku
pada kadar lambat daripada normal dan kebolehan bertutur yang tidak
sesuai dengan umur sebenar. Punca utama masalah ini ialah lembam,
kekurangan motivasi dan kecederaan otak; dan
(v) Sumbing pula disebabkan oleh kegagalan di antara tulang dan tisu
lelangit janin untuk bercantum selepas tiga minggu dalam kandungan
(Rajah 8.6). Pelajar-pelajar sumbing akan bertutur dengan suara yang
sengau.

Rajah 8.6: Sumbing boleh menyebabkan kanak-kanak
menghadapi masalah pertuturan
Sumber: hsc.virginia.edu

(vi) Kurang pendengaran menyebabkan pertuturan seseorang itu menjadi
tidak sempurna. Ia boleh berpunca daripada kemalangan, kecederaan,
penyakit atau semula jadi sejak dilahirkan.

(k) Epilepsi
Epilepsi juga dikenali sebagai penyakit sawan. Pelajar-pelajar yang
mengidap penyakit ini akan mengalami hilang ingatan untuk sementara
waktu. Mereka juga akan menjadi cepat lupa dengan apa yang telah
dipelajari dan suka bertanya sesuatu perkara secara berulang-ulang kali.
8.5.4 Pelajar Pintar/Berbakat
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
pelajar-pelajar pintar cerdas ialah pelajar-pelajar yang maju atau berbakat dalam
pelajaran dan boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada
pelajar normal. Pelajar-pelajar ini dianggap mempunyai kebolehan yang luar
biasa.

X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
218
Pelajar-pelajar ini memerlukan program pendidikan khas yang berbeza daripada
program pendidikan biasa bagi mencungkil potensi mereka. Golongan ini
biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar biasa. Ujian
kecerdasan boleh dilaksanakan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang
bertujuan mengukur tahap kecerdasan dan intelek golongan ini. Seseorang
pelajar yang mempunyai IQ 120 ke atas dikategorikan sebagai pelajar cerdas.

Pelajar-pelajar pintar cerdas mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Daripada
segi akademik, mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, dapat berfikir secara
logik, fleksibel atau meluas. Mereka juga mempunyai daya cipta dan berupaya
mengeluarkan idea dan rekaan baru, di samping mempunyai stamina yang kuat.
Bagaimanapun, pelajar-pelajar ini menghadapi masalah daripada segi
psikososial, iaitu masalah pergaulan, kelakuan dan emosi. Mereka juga
menghadapi masalah perkembangan bahasa yang lambat, perbendaharaan kata
yang keras, mengemukakan soalan bertalu-talu, suka bergaul dengan orang yang
lebih tua dan suka mencari helah.





PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas bermaksud suatu program yang disediakan di sekolah
khas bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan; atau kecacatan
pendengaran. Ia adalah suatu program percantuman di sekolah biasa bagi
pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran atau masalah pembelajaran; serta suatu program pendidikan
inklusif bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas
biasa bersama-sama pelajar biasa. Program-program pendidikan khas ini
dijelaskan dalam bahagian berikut.
8.6
Berpandukan apa yang telah anda pelajari mengenai psikologi
pendidikan dan kategori pelajar khas, gunakan kreativiti anda untuk
mereka cipta suatu metodologi bagaimana anda boleh mengajar setiap
kategori pelajar ini untuk membaca.
Bezakan antara pelajar-pelajar terencat akal, pelajar bermasalah
pembelajaran dan pelajar cacat anggota.
SEMAK KENDIRI 8.2
AKTIVITI 8.4
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

219
8.6.1 Pendidikan Inklusif
Perkataan inklusif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris inclusive yang
bermaksud merangkumi. Bagi menerangkan maksud inklusif, pelbagai istilah
telah digunakan seperti pengaliran utama, last restricted area (Amerika Syarikat),
normalisation (United Kingdom) atau integration (Australia dan New Zealand).
Secara umumnya, istilah inklusif ini membawa maksud mengintegrasikan pelajar-
pelajar berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa supaya mereka berpeluang
menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti pelajar-
pelajar biasa, tanpa mengira status (Naim, 1997). Sila lihat Rajah 8.7.


Rajah 8.7: Pelajar khas diintegrasikan dalam pendidikan bersama pelajar normal
Sumber: http://globaled.ausaid.gov.au

Pendidikan inklusif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
(a) Pendidikan inklusif separuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar-
pelajar hanya dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti beberapa mata
pelajaran sahaja; dan
(b) Pendidikan inklusif sepenuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar-
pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti semua mata pelajaran
(Naim, 1997).
Barirah (1995) menyenaraikan empat objektif pendidikan inklusif seperti berikut:
(a) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak
berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli
masyarakat;
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
220
(b) Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan
untuk mereka;
(c) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang
setanding dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep
kendiri mereka; dan
(d) Untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan
kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Deschenes et al. (1994) menggariskan sembilan jenis penyesuaian dalam strategi
pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan program
pendidikan inklusif seperti berikut:

(a) Saiz
Menyesuaikan jumlah perkara atau pelajaran yang pelajar sepatutnya
belajar atau capai.

(b) Masa
Menyesuaikan masa bagi setiap pengajaran ataupun ujian.

(c) Tahap sokongan
Menyesuaikan bantuan secara individu kepada pelajar yang
memerlukannya.

(d) Input
Menyesuaikan cara pengajaran dengan tahap pencapaian atau keupayaan
seseorang pelajar supaya mereka lebih memahami apa yang diajar.

(e) Kesukaran
Menyesuaikan tahap kemahiran, jenis masalah atau cara bagaimana pelajar
boleh menyelesaikan tugas yang diberikan.

(f) Output
Menyesuaikan cara bagaimana pelajar boleh memberi tindak balas
terhadap arahan yang diberikan.

(g) Penglibatan
Menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran supaya semua pelajar
terlibat dalamnya.

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

221
(h) Pilihan
Menyesuaikan sasaran pencapaian atau matlamat yang ingin dicapai.

(i) Kurikulum
Menyesuaikan kurikulum berdasarkan mata pelajaran, gaya pembelajaran
dan minat pelajar untuk membantu setiap pelajar mencapai matlamat
masing-masing.
8.6.2 Rancangan Pendidikan Individu
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang
dirancang khas untuk seseorang pelajar. Ia bertujuan untuk mendokumentasikan
segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta
perkhidmatan yang disediakan. Ia juga merupakan perjanjian bertulis antara ibu
bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan pelajar dan cara bagaimana
keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Menurut Daniel et al. (1997),
daripada segi pelaksanaan, RPI adalah satu kontrak tentang perkhidmatan-
perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang pelajar tersebut.

Bender (1995) mendefinisikan RPI sebagai satu program pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan
individu pelajar yang kurang upaya. Kesimpulannya, RPI adalah satu rancangan
program penilaian berterusan untuk seseorang pelajar dan sebagai teras
perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2000).
8.6.3 Program Pendidikan Pemulihan
Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa
atau sembuh tetapi maksud pemulihan dalam konteks pendidikan boleh
diertikan sebagai sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul. Secara umum, pendidikan pemulihan
boleh didefinisikan sebagai:


Satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang
mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan
yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran
khusus oleh guru pemulihan.
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983)
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
222
Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu
usaha untuk menolong pelajar yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang
belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Biasanya pelajar yang memerlukan
pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi
sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan
seterusnya memahami konsep yang betul.

Objektif pendidikan pemulihan diberikan dalam Rajah 8.8.

Rajah 8.8: Objektif pendidikan pemulihan

Pengajaran pemulihan merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat yang
disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula saling berhubung
antara satu sama lain. Pendekatan ini dapat digambarkan secara ringkas dalam
satu pusingan yang mengandungi empat langkah utama seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 8.9.

TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

223

Rajah 8.9: Proses pengajaran pemulihan

Penjelasan bagi keempat-empat peringkat proses pengajaran pemulihan adalah
seperti berikut:
(a) Peringkat Satu: Mengenal pasti pelajar-pelajar lemah dan masalah
pembelajaran mereka;
(b) Peringkat Dua: Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka;
(c) Peringkat Tiga: Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif); dan
(d) Peringkat Empat: Menilai kejayaan program pemulihan.

Pendidikan pemulihan ini perlu diberikan supaya pelajar-pelajar lembam ini
mendapat layanan yang adil dan sama seperti pelajar-pelajar biasa dan untuk
membantu mereka mengembangkan potensi hingga ke peringkat yang
memuaskan.
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
224
8.6.4 Program Pengayaan
Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), konsep program pengayaan
bermaksud:



Program pengayaan ini bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar
ketahap yang sebenar dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru
untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka. Aktiviti
pengayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:
(a) Pengayaan secara mendatar; dan
(b) Pengayaan secara menegak.

Pengayaan secara mendatar merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang
untuk kumpulan mengikut kebolehan. Pengayaan secara menegak pula
merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan pelajar yang
cerdas sahaja.

Dalam matematik, pengayaan dalam bilik darjah adalah aktiviti tambahan yang
lebih kompleks, menarik dan mencabar yang bertujuan untuk meluaskan
pengetahuan dan kemahiran matematik yang telah dipelajari. Pengayaan boleh
dibuat untuk kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Setiap pelajar layak
menerima pengayaan. Berapa banyak pengayaan yang mereka terima
bergantung kepada keupayaan dan prestasinya sendiri.

Proses pengajaran pengayaan matematik ditunjukkan dalam Rajah 8.10. Proses
ini meliputi pengajaran pengayaan matematik bagi pelajar-pelajar cerdas dan
juga pelajar-pelajar lambat. Langkah pertama dalam proses ini ialah menjalankan
penilaian ke atas semua pelajar. Sekiranya pelajar menguasai kemahiran yang
dinilai, pelajar ini diberikan program pengayaan. Sebaliknya, pelajar yang
lambat menguasai kemahiran tersebut, diberikan program pemulihan. Selepas
itu, mereka dinilai semula untuk menentukan penguasaan kemahiran tersebut.
Apabila pelajar lambat menguasai kemahiran ini, mereka tidak diberi program
pengayaan.
Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran
yang mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan
pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
Melalui aktiviti-aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat peluang-
peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat
ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka.
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

225

Rajah 8.10: Proses pengajaran pengayaan matematik

Selain daripada itu, pengajaran pengayaan dan pemulihan boleh dilaksanakan
kepada pelajar-pelajar yang cepat atau lambat menguasai sesuatu kemahiran
matematik. Proses ini ditunjukkan dalam Rajah 8.11. Pengajaran dan
pembelajaran matematik melibatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Langkah pertama dalam pengajaran pengayaan dan pemulihan ialah menilai
penguasaan kemahiran tertentu, sama ada sudah dikuasai oleh pelajar atau
belum. Sekiranya pelajar menguasai kemahiran yang dinilai, pelajar ini akan
diberikan program pengayaan. Sekiranya pelajar belum menguasai kemahiran
tersebut, mereka diberikan program pemulihan. Dalam pengajaran ini, pelajar-
pelajar yang lambat menguasai kemahiran tidak diberi program pengayaan.

Rajah 8.11: Pelaksanaan aktiviti pengayaan dan pemulihan matematik
X TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS
226


x Pendidikan khas ialah satu kaedah pengajaran untuk kanak-kanak istimewa
seperti kanak-kanak cacat penglihatan, cacat akal dan termasuk juga kanak-
kanak pintar.
x Kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga termasuk dalam golongan
kanak-kanak berkeperluan khas. Antara kanak-kanak dalam golongan ini
ialah mereka yang mengalami sindrom Down, hipoaktif, hiperaktif, kanak-
kanak lembam, kanak-kanak palsi serebrum dan juga autistik.
x Pelajar pintar atau berbakat pula mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti
mempunyai IQ yang tinggi, daya ingatan yang kuat dan berdaya cipta.
Bagaimanapun, mereka mungkin menghadapi masalah daripada segi
psikososial.
x Program pendidikan khas memerlukan guru yang terlatih, penglibatan
pelbagai kepakaran, kurikulum khas dan juga kaedah pengajaran khas.
x Antara program-program pendidikan khas ialah pendidikan inklusif,
rancangan pendidikan individu, program pendidikan pemulihan dan juga
program pengayaan.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
Pendidikan pemulihan
Pendidikan inklusif
Pendidikan khas
Program pengayaan
Rancangan Pendidikan Individu

AKTIVITI 8.5
Sebagai guru, apakah langkah yang dapat anda ambil bagi mengesan
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar khas dan apakah tindakan
selanjutnya? Lukiskan rajah untuk menunjukan proses ini.
TOPIK 8 PENDIDIKAN KHAS W

227

Perlukah pelajar-pelajar istimewa dan bermasalah diberi pendidikan yang
serupa atau sebaliknya? Huraikan secara kritis.

Siapakah pelajar berkeperluan khas? Adakah keadaan dan suasana pendidikan
kini dapat disesuaikan kepada kumpulan istimewa ini?

Anda mungkin juga menyukai