Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS TUGASAN

Analisis tugasan merupakan proses yang penting dalam perancangan dan


pengajaran murid berkeperluan khas. Proses ini bertujuan untuk memecahkan
sesuatu aktiviti yang lebih kompleks kepada langkah-langkah kecil yang ringkas.
Langkah-langkah tersebut kemudian diorganisasi mengikut urutan yang
bersesuaian. Pengajaran dilaksanakan mengikuti langkah-langkah kecil yang lebih
ringkas. Hal ini bermaksud bahawa murid berkeperluan khas akan diajar langkah
demi langkah sehingga mereka menguasai keseluruhan kemahiran sasaran.
Kecekapan guru pendidikan khas adalah dalam menganalisiskan tugasan
tersebut supaya bersesuaian dengan tahap keupayaan murid berkeperluan khas
mereka.
Proses melaksanakan analisis tugasan diringkaskan sebagai berikut:
1. Nyatakan dengan jelas tugasan pembelajaran atau isi kandungan
2. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil yang
diperlukan untuk mempelajari kemahiran sasaran.
3. Letakkan langkah-langkah tersebut mengikut urutan pengajaran yang
logikal
4. Uji secara tidak formal untuk menentukan langkah-langkah yang sudah
dikuasai oleh pelajar
5. Mulakan pengajaran mengikut urutan analisis tugasan
Contoh: Analisis tugasan kemahiran membilang:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Sebut nama nombor mengikut urutan.


Kenal nilai nombor.
Padankan nama nombor dengan nilai nombor tersebut.
Kenal simbol nombor.
Padankan nama nombor dengan simbol nombor tersebut.
Padankan nama nombor, nilai nombor dengan simbol nombor tersebut.
Kenal ejaan nama nombor.
Padankan nama nombor, nilai nombor, simbol nombor dengan ejaan nombor.

Analisis tugasan merupakan satu kaedah pengajaran yang paling asas dan
berkesan untuk mengajar murid pendidikan khas.

Anda mungkin juga menyukai