Anda di halaman 1dari 12

TAJUK

PENGGUNAAN M-PEMBELAJARAN DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI OLEH PELAJAR IJAZAH
SARJANA SEPARUH MASA

FAKULTI PENDIDIKAN
KERTAS KONSEP

NAMA : T JAYA PRATHA A/P THURMARAJU


NO.MATRIK : PGT 150002
KOD ARTIKEL : TMD 8
EMAIL ID : jaya87@siswa.um.edu.mu
ABSTRAK

Pembelajaran mudah alih (m-pembelajaran) adalah satu trend penyelidikan baru yang
menarik minat para penyelidik untuk meneroka teknologi ini dengan mengkaji kesan-
kesannya kepada pelajar dan pendidik. Pembangunan infrastruktur juga dilakukan
untuk memartabatkan lagi penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Tujuan
penulisan kertas konsep ini adalah untuk membincangkan tentang kelebihan m-
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga tentang isu dan cabaran
m-pembelajaran. Cadangan kajian masa depan juga dibincangkan.

Keywords : M-pembelajaran, kelebihan, isu dan cabaran

PENGENALAN

Pada zaman kini, peralatan teknologi memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan setiap masyarakat. Evolusi dalam pendidikan dan latihan jarak boleh
dicirikan sebagai perubahan langkah dari d-Learning (pembelajaran jarak jauh) kepada
e-pembelajaran (pembelajaran elektronik) kepada m-Pembelajaran (pembelajaran
mudah alih). Tiga peringkat pembangunan ini sesuai dengan pengaruh ke atas
masyarakat daripada Revolusi Industri abad ke-18 hingga ke-19, Revolusi Elektronik
tahun 1980-an dan Revolusi Wireless tahun-tahun terakhir abad ke-20 (Desmond
Keegan,2002). Perkembangan teknologi maklumat telah membawa kepada banyak
perubahan termasuklah di bidang pendidikan. Perkembangan ini juga telah mengubah
cara manusia belajar (Naismith et al., 2004). Boleh dikatakan juga, ia telah
memudahkan para pendidik dan pelajar menimba ilmu dari mana jua mereka berada.
Tiada lagi mempunyai halangan ataupun sekatan untuk mengikuti pelajaran. Dalam era
globalisasi ini, para pengajar perlu bersikap kreatif dan inovatif. Mereka perlu
memperkasakan profesion perguruan ini agar golongan pendidik tersebut sentiasa
bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Kepelbagaian dalam kaedah penyampaian
maklumat kepada pelajar merupakan salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian
oleh para pengajar.

Pembelajaran mudah alih (M-Pembelajaran @ M-Learning) telah menjadi


komponen teknologi pendidikan yang penting dalam pendidikan tinggi. M-pembelajaran
membolehkan pelajar untuk belajar, bekerjasama dan berkongsi idea antara satu sama
lain dengan bantuan internet dan teknologi (Mostafa, Hatem & Khaled, 2016).
Penggunaan mobil telah menjadi satu kebiasaan kepada semua golongan masyarakat
tanpa mengira umur dan memiliknya mengikut tahap kebolehan masing-masing
(Baran, 2014). Pembelajaran mobil telah mengubah gaya pembelajaran tradisional iaitu
di dalam bilik darjah. Kini, pembelajaran boleh dijalankan di mana jua kita berada tanpa
mengira waktu dan tempat. Selain itu, proses pembelajaran kini telah melampaui ruang
fizikal bilik darjah (Kukulska – Hulmee & Traxler, 2005), bersifat sepanjang hayat
(Sharples, 2000). M-pembelajaran merupakan satu gaya pembelajaran yang fleksible.
M-pembelajaran merupakan satu sistem pembelajaran mudah alih dalam teknologi
pendidikan yang telah diperkenalkan untuk meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran mudah alih bukan hanya melibatkan penggunaan peranti
mudah alih, tetapi melibatkan pembelajaran keseluruhan konteks. Pelbagai jenis
“Gadget” telah diperkenalkan di seluruh negara dan telah menjadi sebati di dalam
kehidupan masyarakat. Telefon mudah alih, komputer, “palm talk” bukanlah satu
“gadget” yang baru kepada manusia dan mampu dimiliki oleh semua golongan
masyarakat. Selain itu, beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma
telah diwujudkan bagi memudahkan pelajar mengakses maklumat dengan
menggunakan pelantar Android, iOS dan Blackberry Os. Mereka sentiasa mengakses
aplikasi Wikipedia, Youtube, Facebook For Android, Dropbox, Google search, dan
whiteboard dengan menggunakan pelantar-pelantar yang mereka miliki (Hamdan et
al., 2012). Dengan adanya kemudahan teknologi ICT sebigini, kita boleh memastikan
sumber maklumat boleh dikecapi dengan mudah pada bila-bila masa dan dimana-mana
sahaja. Maka, dengan itu penggunaan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran pendidikan Malaysia diperlukan
(Chan, 2001).
KELEBIHAN M-PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi mudah alih memainkan peranan yang penting dalam bidang


pendidikan. Teknologi mudah alih boleh menawarkan peluang baru untuk pembelajaran
yang melampaui senario bilik darjah tradisional yang dibimbing oleh guru. Kemajuan
dalam teknologi mudah alih dan tanpa wayar telah membawa kesan ke dalam tetapan
pendidikan. Ia telah membawa kepada satu pendekatan baru. Teknologi pembelajaran
yang dikenali sebagai pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran telahpun
dipertingkatkan. Pada zaman ini, ramai penyelidik dari semua bidang terutamanya
bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mudah
alih untuk menyokong pembelajaran (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang,
Chan, Ko, & Yang, 2003). Perkembangan dalam bidang teknologi mudah alih
mendorong merangka projek M-Pembelajaran. Terdapat banyak jenis projek M-
Pembelajaran di seluruh dunia sama ada projek besar atau kecil. Antaranya ialah,
“Projek Leonardo da Vinci” dan “IST FP5” di Eropah (Keegan, 2005), projek UniWab
(Sariola, Sampson, Vuorinen & Kynaslahti, 2001). Selain daripada itu, usaha dan
kajian juga diambil untuk merangka kursus dan membina bahan yang bersesuaian
dengan peralatan mudah alih (Bull & Reid, 2004; Colley & Stead, 2004; Ramsden,
2003).

M-pembelajaran telah menjadi komponen teknologi pendidikan yang penting di


institusi pendidikan tinggi. Kebanyakkan Universiti di seluruh dunia telah melaksanakan
m-pembelajaran untuk menyampaikan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana-
mana sahaja dengan cara yang berbeza. M-pembelajaran ini sangat penting pada
masa kini terutamanya dalam bidang pendidikan. Terdapat banyak bukti dan sokongan
sorotan kajian yang menyatakan m-pembelajaran dapat meningkatkan pembelajaran
(Hung et al., 2013). Teknologi mudah alih membantu pelajar dalam meningkatkan
kesedaran terhadap teknologi, membuat perbualan, menyertai media sosial, mencari
jawapan untuk soalan-soalan mereka, memudahkan kerjasama dalam pasukan,
membolehkan perkongsian pengetahuan dan memanfaatkan hasil pembelajaran
meraka (Mostafa, Hatem & Khaled Shaalan, 2016).

Selain itu, m-pembelajaran ini boleh meningkatkan kerjasama di kalangan pelajar


dan merangsang interaksi antara mereka dan pendidik mereka (Dascalu, Bodea,
Lytras, De Pablos, & Burlacu, 2014). Ia juga, membolehkan pelajar untuk belajar,
berkerjasama dan berkongsi idea antara satu sama lain dengan bantuan internet dan
teknologi (Mostafa, Hatem & Khaled Shaalan, 2016). SMS dalam pembelajaran boleh
digunakan untuk memberikan sokongan, motivasi dan kesinambungan; amaran dan
peringatan; meringkaskan kandungan ; pengenalan, tips dan semakan ; panduan
struktur kajian (John Traxler, 2005). Pelajar yang berkelainan upaya juga boleh
mendapat faedah dengan m-pembelajaran ini. M-pembelajaran ini membantu pelajar
yang kurang upaya ini dan membantu mereka untuk menghadiri kelas jarak jauh
dengan bantuan peralatan mudah alih mereka (Mostafa, Hatem & Khaled Shaalan,
2016). Menurut Mike Sharples, m-pembelajaran ini membolehkan pelajar
membangunkan pengetahuan mereka dalam konteks yang berbeza dan dapat
membina pemahaman mereka. Gikas dan Grant (2013) menyatakan bahawa
teknologi mudah alih telah menjadi bahagian yang penting dalam proses pendidikan di
institusi pendidikan tinggi kerana ia membawa banyak peluang dan cabaran kepada
pelajar dan ahli akademik.

M-pembelajaran boleh menyokong pembinaan pengetahuan sosial di kalangan


pelajar dengan meningkatkan daya pemikiran kritikal mereka, daya kreativiti mereka,
kerjasama dan komunikasi dalam laman dan menyumbang kepada pembinaan
rangkaian pembelajaran. Ia juga menggalakkan pelajar mengambil bahagian dengan
aktif dalam segala aktiviti (Rossyahida & Mohamad Hisyam). Bahan pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan melalui media m-pembelajaran ini mempunyai grafik,
animasi, teks, audio dan video yang dapat menarik minat pelajar untuk berinteraksi
melaluinya (Learnframe, 2001). Mudah alih ini juga menyediakan kemudahan
perbincangan dengan kumpulan dan bantuan professional isi pelajaran secara atas
talian. Teknologi informasi tersebut telah meningkatkan interaksi antara pensyarah
dengan pelajar (Neuwirth, Siebor, Lopez, Pechinot, & Kazmierczak, 1996) serta
memudahkan perbincangan kelas di samping menukar cara interaksi antara pensyarah
dengan pelajar (Bonk & King, 1995). M-pembelajaran membolehkan pelajar
melakukan perbincangan atas talian dengan pensyarah dan rakan-rakan mereka pada
bila-bila masa. Selain itu, perkongsian maklumat secara dua hala juga boleh dilakukan
dengan mudah dan pelajar boleh memperolehi lebih banyak bahan pembelajaran.
Rajah 1 menerangkan tentang sifat fizikal antara e-pembelajaran dan m-pembelajaran
yang lebih cenderung kepada hardware device seperti yang dinyatakan oleh John
Traxler (2005) : m-Learning vs e-learning:

Rajah 1: John Traxler (2005) : m-Learning vs. e-Learning:


ISU DAN CABARAN M-PEMBELAJARAN

Bidang pendidikan telah berubah dari pendidikan formal kepada e-pembelajaran


dan kepada m-pembelajaran dan berkembang pesat diperingkat global. Pelbagai jenis
peralatan canggih telahpun diperkenalkan di dalam dunia pendidikan yang telah
membawa kita ke satu tahap yang mempunyai cabaran dalam pelaksanaannya.
Perkembangan yang positif ini telah mengubah cara penyampaian pengajaran dan
pembelajaran tradisional kepada pembelajaran maya iaitu berasaskan komputer dan
kini ia juga telah digantikan dan ditingkatkan dengan penggunaan gajet-gajet canggih.
Justeru itu, perkembangan ini telah mengubah bentuk dan suasana pembelajaran yang
melangkaui ruang bilik darjah (Mohamed Amin Embi & Ebrahim Panah, 2013),
bersifat global dan mempromosi pembelajaran sepanjang hayat (Norazah Mohd
Nordin, Mohamed Amin Embi, & Melor Md. Yunus, 2010). Walaupun m-learning
menjanjikan banyak kelebihan tetapi sebagaimana pelaksanaan teknologi yang lain
juga, pengunaan m-learning mempunyai banyak isu dan cabaran yang perlu ditangani
sebelum ianya boleh direalisasikan dengan jayanya.

Sikap terhadap teknologi m-pembelajaran adalah faktor penting yang membantu


dalam menentukan sama ada pelajar dan pensyarah bersedia menggunakan m-
pembelajaran ini. Sikap tersebut akan bertindak untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dan memudahkan pembangunan infrastruktur teknologi.(Mostafa, Hatem &
Khaled Shaalan, 2016). Sebelum pelaksanaan m-pembelajaran, tumpuan lebihan
harus diberikan kepada proses pembelajaran tersebut seperti keperluan pembelajaran
secara spesifik dan perkara yang berkaitan dengan pedagogi dan bukannya peralatan
yang digunakan. Pelaksanaan m-pembelajaran memerlukan kerjasama dari semua
pihak dalam universiti untuk membangunkan teori, strategi dan teknik-teknik yang
bersesuaian dengan mengambil kira segala aspek. Antara aspek yang perlu diberi
perhatian ialah, sistem pengurusan, penyediaan dan penilaian bahan pembelajaran
dilakukan, persediaan pensyarah untuk menggunakan teknologi tersebut dan
bagaimana pensyarah akan menilai pelajar. Sebagai contoh, bagaimanakah seseorang
pensyarah yang tidak biasa menggunakan teknolgi boleh merakam bahan
pembelajaran yang hendak diajar tanpa hadir ke bilik kuliah sebelum itu, dan
menghantar rakaman tersebut kepada pelajar melalui system 3G atau 4G. (Nadia
Akma, Hafizul & Helmy).

Beberapa masalah dan kekangan ini telah wujud di kebanyakkan istitusi


pendidikan tinggi sejak pelaksanaan e-pembelajaran. Masalah utama ialah kekurangan
tenaga pengajar yang berkemahiran dalam pembangunan kandungan m-pembelajaran
berbentuk multimedia dan interakti (Sayadi & Jalal, 2010). Isu seterusnya ialah, dari
segi aspek teknikal. Penggunakan telefon bimbit atau PDA dalam proses pengajaran
dalam pembelajaran adalah kurang efektif kerana PDA dan saiz skrin telefon bimbit
adalah kecil dan akan menghadkan kebolehan untuk memaparkan maklumat dengan
jelas dan menyebabkan maklumat-maklumat yang disampaikan menjadi ringkas. Jika
maklumat yang diberikan adalah panjang dan banyak, ianya akan menyusahkan
pelajar untuk melihat atau membaca maklumat tersebut kerana paparan akan menjadi
kecil serta pelajar akan menjadi tidak jelas dan kurang faham mengenai maklumat
tersebut (Nadia Akma, Hafizul & Helmy). Pelajar juga mengalami kesukaran untuk
melayari maklumat tambahan yang perlu melalui butang. Ini kerana butang tersebut
terlalu kecil dan susah untuk ditekan (Ronaldi, 2008). Selain itu, sesetengah telefon
bimbit dan PDA hanya mempunyai jumlah sorotan yang minimum dan ini menyukarkan
pelajar untuk menyimpan bahan pembelajaran yang dimuat turun. Rangkaian yang
menyediakan m-pembelajaran juga mungkin mengalami kesukaran apabila pengguna
dan bahan semakin bertambah (Nadia Akma, Hafizul & Helmy). Peranti mudah alih ini
juga perlu dicas kerap kali agar tidak menggangu proses pembelajara. Ini kerana,
penggunaan rangkaian yang lama akan menyebabkan bateri telefon mudah
berkurangan dengan cepat. Sehingga kini, ia adalah mustahil untuk menggunakan
aplikasi yang dibangunkan untuk PC desktop dalam telefon mudah alih. Harga untuk
perantih mudah alih tanpa wayar adalah masih tinggi (Angel, Evgenia & Tsvetozar,
2004). Tidak semua pelajar dapat memiliki telefon bimbit dan PDA yang boleh
menyokong m-pembelajaran. Ini kerana semuanya adalah mahal bagi golongan pelajar
yang miskin. Kos pengaktifan GPRS atau 3G atau 4G yang perlu dibuat sebelum
pembelajaran secara m-pembelajaran dapat digunakan dengan sepenuhnya. Kesemua
ini memakan kos yang tinggi. Selain itu, pensyarah juga tidak dapat menyampaikan
kesemua maklumat pembelajaran kepada pelajar melalui m-pembelajaran.

Pelbagai jenis infrastruktur telahpun disediakan oleh pihak institusi untuk


kemudahan pelajar dan pensyarah bagi menyokong pelaksanaan e-pembelajaran.
Kemudahan ICT seperti LCD projektor dan smartboard di bilik kuliah dan juga komputer
riba untuk setiap penyarah serta capaian Internet dan WiFi meliputi keseluruhan
kawasan Institusi, memberangsangkan lagi penggunaan e-pembelajaran. Namun,
sesetangah peralatan ini perlu diperbaiki. Peralatan-peralatan ini memerlukan
penyelenggraan yang berkala bagi memastikan proses pdp tidak tergendala
(Rossyahida & Hisyam). Penyarah juga perlu lebih berusaha dalam meningkatkan
kemahiran penggunaan m-pembelajaran yang melibatkan pengetahuan teknologi dan
perlu mengetahui bagaimana penggunaanmya dapat menjadikan proses pdp lebih
berkesan. Masa depan pembelajaran mudah alih bergantung kepada tahap penerimaan
sosial ia menerima. Dari sudut sosial, m-pembelajaran dilihat bertentangan dengan
kaedah pengajaran di Malaysia. Ini kerana, sistem pembelajaran di Malaysia
menekankan hubungan baik di antara pelajar dan pensyarah. Manakala, m-
pembelajaran pula tiada komunikasi bersemuka dan hubungan yang baik antara pelajar
dan pensyarah. Dengan ini, pensyarah tidak mengenalpasti kelebihan dan kelemahan
yang ada pada pelajar. Ini menyebabkan pensyarah tidak dapat membentuk
keperibadian pelajar. Boleh dikatakan, penggunaan m-pembelajaran ini seolah – olah
akan membataskan perhubungan pelajar dn pensyarah. Selain itu, pengantungan
terhadap m-pembelajaran akan membataskan kemampuan pelajar dan lama-
kelamahan menjadi lemah dan terpengaruh dengan teknologi seperti mengalami
“telephone addict” iaitu dimana kehidupan terlalu bergantung terhadap telefon bimbit.
CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN

Di Malaysia, kajian terhapap penggunaan aplikasi mobile dalam bidang


pendidikan masih di peringkat awal lagi berbanding dengan negara-negara lain. Namun
begitu, pengkaji tempatan semakin berminat untuk menerokai potensi aplikasi ini
terhadap meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Bagi memartabatkan lagi
penggunaan m-pembelajaran ini dikalangan pelajar dan pensyarah satu modul
pembelajaran m-pembelajaran di institusi pendidikan tinggi Malaysia perlu dibangunkan
bagi mumudahkan proses pembelajaran dan dapat menjadi panduan dan rujukan
kepada pelajar dan pensyarah pada bila-bila masa dan dimana jua.

KESIMPULAN

M-pembelajaran mula memainkan peranan yang penting di dalam pembelajaran.


Kewujudan teknologi mudah alih tanpa wayar telah menjadikan m-pembelajaran ini satu
realiti. Kebebasan pelajar untuk belajar dan berkongsi maklumat menjadikan m-
pembelajaran sangat digemari oleh semua. Kecanggihan teknologi dan kemampuan
untuk memiliki peranti mudah alih ini menyebabkan m-pembelajaran ini mudah untuk
dilaksanakan di Malaysia. M-pembelajaran ini juga dapat melahirkan pelajar yang
berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran enrik yang seharusnya ada pada diri
setiap pelajar seawall peringkat sekolah lagi.

Bibliografi
Emran,M.,Elsherif,H.M & Shaalan,K. (2016). Investigating attitudes towards the use of
mobile learning in higher education. Contents lists available at Science Direct.

Laouris,Y., & Eteokleous, N. (2009). We need an educationally relevant definition of


mobile learning.

Sharples, M. (2006). Big issues in mobile learning. Report of a workshop by the


Kaleidoscope Network of Excellence Mobile Learning Initiative.

Akma, N., Fahri, H., & Helmy, M. (2009). M-Learning: Isu dan cabaran penggunaan di
UPSI. FKEE Cornpilatlon of Papers 2009.

Laurillard, D. (2007). Pedagogical forms for mobile learning: framing research question.
London Knowledge Lab Institute of Education, London.

Rossyahida, R., & Hisyam, M. (2011). M-Pembelajaran dalam pendidikan teknik dan
vokasional (PTV) di Malaysia. Persidangan kebangsaan penyelidikan dan inovasi dalam
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.

Mohamed Amin Embi & Ebrahim Panah. (2013). ‘Overview of mobile learning’ di dalam
‘Mobile learning: Malaysian initiatives & research findings’. Pusat Pembangunan
Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Cetakan pertama, 1-2.

Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi, Melor Md. Yunus (2010). Mobile learning
framework for lifelong learning. International Conference on Learner Diversity 2010.
Procedia Social and Behavioral Sciences 7(C), 130–138.

John Traxler. (2005). Defining mobile learning. IADIS International Mobile Learning
2005. 261-266 (diakses 1 November 2013
http://www.academia.edu/2810810/Defining_mobile_learning)
Keegan , D. (2002). The future of learning: From eLearning to mLearning.
FernUniversitat Hagen, Nov. 2002.

Naismith, L., Lonsdale, P., & Vavoula, G., Sharples, M. Literature Review in Mobile
Technologies and Learning. University of Birmingham.

Kukukska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile learning: a handbook for educators
and trainers. London, UK: Routledge.

Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning.
Computer & Education, 34, 177-193.

Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning.
Computer & Education, 34, 177-193.

Embi, M.A., Nordin., Nirazah, M. (2013). Mobile learning: Malaysian initiatives and
research findings. Putrajaya, Malaysia: Ministry of Higher Education, 2013

Tsvetozar, G., Georgieva, E., & Smrikarov.,A. (2004). M-Learning - a New Stage of ȿ-
Learning. International Conference on Computer Systems and Technologies -
CompSysTech-2004.

Norazah, M.N., Izham, M.H., Melor, Y., & Amin, E. (2010). The Mobile Learning
Environment for the In-Service School Administrators. Volume 7, 2010, Pages 671–679
International Conference on Learner Diversity 2010.

Bonk.,CJ & Kira, SK. (1995). Computer conferencing and collaborative writing tools:
starting a dialogue about student dialogue. Proceeding CSCL '95 The first international
conference on Computer support for collaborative learning Pages 22-26.

Traxler, J. (2005). Defining Mobile Learning. Proceedings IADIS International


Conference Mobile Learning 2005, Malta, pp. 261-266.

Anda mungkin juga menyukai