Anda di halaman 1dari 14

PERUBAHAN E-LEARNING KEPADA M-LEARNING

DALAM PENDIDIKAN KINI

Noor Haryani binti Mohd Suhaini


Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia

ABSTRAK

Penggunan e-learning dan m-learning adalah sesuatu yang sinonim dalam dunia pendidikan sehingga
keduanya menjadi medium yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk melihat perbezaan antara e-learning dengan
m-learning serta kebaikan yang diperoleh melalui medium m-learning sebagai salah satu alat
pembelajaran dalam pendidikan.Kajian ini juga telah membincangkan isu serta permasalahan yang
timbul daripada penggunaan m-learning dalam sistem pendidikan negara. Bagi menangani isu tersebut,
beberapa cadangan telah diberikan seperti meningkatkan pengetahuan dalam kalangan guru tentang
penggunaan m-learning. Kesimpulannya, penggunaan m-learning adalah sangat berkesan dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah dan wajar dipraktikkan dalam suasana
pendidikan abad ke-21 ini.

Kata Kunci: e-learning, m-learning, perbezaan, kebaikan, permasalahan

Seiring perkembangan dunia yang kian pesat, perkembangan tersebut telah mempengaruhi
percambahan teknologi yang membawa kepada perubahan yang besar khususnya dalam
sektor pendidikan. Perkara ini telah selaras dengan pendapat yang dikemukakan oleh
Zaharah, Saedah, Ghazali & Nur Hasbuna (2015) dalam kajiannya dimana seperti yang telah
termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan yang ketujuh, usaha
pihak kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
diperluaskan di seluruh institusi-institusi pendidikan negara. Maka, usaha yang berterusan
perlu dilakukan dan memerlukan kerjasama dari semua pihak khususnya kepada para pelajar
dan tenaga pengajar bagi memastikan usaha yang dilakukan ini berjaya mencapai
matlamatnya.

Kehangatan perkembangan teknologi ini terus melebarkan sayapnya sehingga terlahirnya


medium pengajaran terkini iaitu pembelajaran melalui atas talian atau lebih dikenali sebagai
e-learning. Penggunaan e-learning ini dapat dilihat tahap penggunaannya yang semakin tinggi
dalam kalangan institusi-institusi pendidikan yang bukan sahaja pada peringkat tinggi, bahkan
di sekolah-sekolah juga. E-learning secara umumnya boleh didifinasikan sebagai proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau
internet) untukpenyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan (Mohd Azizol
Mohamed, 2011).

Sejajar dengan perkembangan e-learning dan terhasilnya perkakasan atau alat teknologi
canggih seperti ‘smart phone’, maka terbitnya pembelajaran melalui m-learning atau lebih

1
dikenali sebagai M-Pembelajaran. Menurut Chiang Wei Luan & Mohd Jasmy Abd Rahman
(2016) telefon bimbit telah menjadi sebahagian teknologi yang penting dalam seharian kita
dan agak sukar untuk melarikan diri dari teknologi ini. Di Malaysia, m-learning boleh dikatakan
masih baru dari aspek pelaksanaannya. M-learning merupakan suatu konsep baru yang
dilaksanakan dalam proses pembelajaran. M-learning menekankan kepada keupayaan untuk
memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran
itu berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Di samping itu juga, Quinn (2002)
mendefinisikan m-learning sebagai belajar menerusi peralatan mudah alih seperti Palms, PDA
dan juga telefon bimbit.

Telefon bimbit memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar sebagai alat untuk
berkomunikasi dan telah berjaya menarik minat golongan muda (Hamdan, Din & Abdul Manaf,
2012). Berdasarkan Laporan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit 2007 yang dikeluarkan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, lebih separuh daripada 21 juta pengguna
telefon bimbit di negara ini gemar menggunakan khidmat SMS atau khidmat MMS sebagai
medium berkomunikasi. Teknologi telekomunikasi juga terus mengalami perkembangan yang
mendadak di seluruh dunia terutamanya dalam peralatan mudah alih seperti telefon bimbit
dan PDA (Landell, 1997).

Telefon bimbit pintar berteraskan pelantar Android telah menjadi alat komunikasi yang amat
diperlukan bagi kebanyakkan orang, terutama sekali pelajar. Aplikasi Android adalah satu
sumber terbuka bagi sistem operasi telefon bimbit yang disokong oleh Google Corporation,
sebuah syarikat enjin carian terkemuka dunia. Justeru itu pelajar perlu mengambil peluang
untuk menggunakan pelbagai aplikasi Android percuma yang mudah didapati dan mudah
diakses untuk diaplikasikan di dalam kaedah pembelajaran mereka (Hamdan et al., 2012). Di
samping itu juga, beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada
pelantar Android, iOS dan BlackBerry Os yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah
Wikipedia, Youtube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search dan whiteboard
(Hamdan et al., 2012).

Latar belakang
Sejajar dengan pengembangan teknologi maklumat dan komunikasi, salah satu aspek yang
menerima gelombang yang besar adalah aspek pendidikan. Pengembangan penggunaan
m-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi pendidikan
membawa kepada peredaran teknologi pendidikan yang baharu iaitu m-learning. Masalah
kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, masalah kelemahan tadbir urus

2
e-learning dan kurangnya panduan penggunaan e-learning adalah merupakan salah satu
masalah yang di hadapi dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati
penggunaan m-learning dalam pembelajaran berkemungkinan dapat mengatasi masalah
yang dihadapi sebelum ini. M-learning itu sendiri terbentuk hasil dari kaedah pembelajaran
jarak jauh (d-Learning) dan pembelajaran secara elektronik (e-Learning) yang bertujuan untuk
menjadikan proses pembelajaran lebih fleksibel dan mudah alih (Aliff Nawi & Mohd Isa
Hamzah, 2013). Memandangkan teknologi ICT dapat memastikan sumber maklumat
diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, maka dengan itu
penggunaan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan
pentadbiran pendidikan Malaysia diperlukan (Chan, 2001).

Secara umumnya, m-Learning adalah satu kaedah pembelajaran yang menggunakan


teknologi ‘mobile’ yang membantu proses pembelajaran, rujukan atau pencarian maklumat
yang berguna pada sesuatu masa (Yulius Hari, Darmanto & Minny Elisa Yanggah, 2016).
M-learning merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran dan menekankan
kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi
fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Dalam kata mudah,
proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-
mata. Antara teknologi atau peranti yang boleh digunapakai adalah seperti PDA, telefon bimbit
(smart phone) dan sebagainya.

Menurut kajian Ahmad Sobri Shuib (2010), kaedah penggunaan m-learning telah lama diguna
pakai dan telah dipraktikkan oleh negara-negara yang membangun seperti Eropah. Namun
begitu, tahap penggunaan m-learning di Malaysia dilihat masih pada tahap sederhana. Maka,
kajian-kajian yang melibatkan m-learning diperbanyakkan dalam melihat sejauh mana
penggunaan m-learning dan isu-isu yang berkaitan dengannya terhadap institusi-institusi
pendidikan di Malaysia. Hal ini bagi memastikan pelajar-pelajar atau produk pendidikan yang
dihasilkan oleh negara kita seiring dengan negara membangun diluar sana. Justeru,
kemunculan kaedah pembelajaran secara mudah alih ini mampu membawa kepada
perubahan dan corak pendidikan di negara kita.

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan dengan lebih rinci perubahan yang berlaku
daripada penggunaan e-learning kepada m-learning dalam sistem pendidikan negara. Selain
itu, kajian ini juga bertujuan menjelaskan perbezaan antara penggunaan e-learning dan
m-learning serta turut membincangkan kebaikan yang diperolehi dengan menggunakan

3
m-learning sebagai medium pembelajaran. Kajian ini juga akan memberi tumpuan kepada isu
dan permasalahan yang timbul daripada penggunaan m-learning.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perbezaan pembelajaran
menggunakan e-learning kepada m-learning dan juga kebaikan yang diperolehi daripada
m-learning sebagai suatu alat bantu dalam pembelajaran. Selain itu, untuk mengetahui isu
dan permasalahan yang timbul daripada penggunaan m-learning.

Hasil kajian ini juga diharap dapat dijadikan bahan rujukan oleh pihak-pihak tertentu sebagai
rujukan agar m-learning ini dapat diaplikasikan di institusi-institusi pendidikan yang lain. Selain
itu juga, hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pengkaji sendiri dan pengkaji
lain sekiranya ingin memajukan kajian ini pada masa akan datang.

DEFINISI E-LEARNING
National American Council for Online Learning mendefinisikan e-learning sebagai kandungan
pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan teknolologi digital seperti teknologi
dalam talian atau CD-ROM atau sebarang pengalaman pembelajaran melibatkan komputer
(NACOL, 2007). Menurut Bennet, Iredale & Reynolds (2010) pula pembelajaran yang
menggunakan ICT dalam pembelajaran jarak jauh dan mod bersemuka. E-learning juga boleh
didefinisikan sebagain pembelajaran yang menggunakan e-pembelajaran dan pembelajaran
dalam talian, digunakan secara silih berganti termasuk pembelajaran jarak jauh dan
pembelajaran berasaskan teknologi (CMCE, 2010).

Selain itu, e-learning boleh diertikan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran pada
keseluruhannya disampaikan melalui rangkaian/Internet dikendalikan oleh komputer. Definisi
e-learning boleh dibahagikan kepada dua iaitu konsepsual dan operasional. Definisi
konsepsual menekankan proses pembelajaran yang melibatkan interaksi kolaboratif dan
konstruktif menggunakan pelbagai alat elektronik dalam pembelajaran dalam talian. Manakala
definisi operasional pula memberi tumpuan kepada kemahiran mengendalikan alat atau
perkakasan teknologi (tumpuan kepada teknologi) dalam talian untuk memudah cara proses
pengajaran dan pembelajaran.

DEFINISI M-LEARNING
Menurut Prensky (2001), m-learning merupakan pembelajaran berbantukan ICT yang
menggunakan peralatan mudah alih khasnya peralatan mudah alih yang terkini seperti PDA,
telefon bimbit, komputer riba dan tablet PC. Saedah (2005) pula menyatakan bahawa

4
m-earning adalah penggunaan peranti tanpa wayar bagi membolehkan pembelajaran berlaku
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. M-learning merupakan konsep baharu dalam proses
pembelajaran yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses
pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal apabila berlakunya sesuatu proses
pembelajaran itu (Kukulska-Hulme et al., 2005). Ali Mostakhdemin-Hosseini & Jarno Tuimala
(2005), menyatakan bahawa m-learning bukanlah suatu pembelajaran menerusi telefon mdah
alih atau pembelajaran secara internet tanpa wayar tetapi m-learning merupakan satu evolusi
kepada e-learning, yang mana ianya melengkapkan kekurangan yang terdapat pada
e-learning sebelum ini.

Menurut Lan dan Sie (2010), m-learning ditafsirkan sebagai sejenis model pembelajaran yang
membolehkan pelajar mendapatkan bahan-bahan pembelajaran di mana-mana sahaja dan
bila-bila masa dengan teknologi mudah alih dan. telefon bimbit bukan lagi hanya digunakan
untuk menerima dan membuat panggilan semata-mata malahan telefon bimbit juga dilengkapi
dengan kemudahan menghantar dan menerima email, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan
khidmat pesanan multimedia (MMS) yang hadir dalam bentuk gabungan muzik, gambar,
animasi dan rakaman video pendek. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit
pengguna juga boleh melayari laman web dan pelbagai aplikasi komputer. Kemudahan
langganan tanpa wayar turut disediakan supaya pengguna dapat menggunakan aplikasi yang
memerlukan capaian internet dengan mudah. Simon et al. (2011) menngatakan m-learning
bermaksud pembelajaran yang dipertingkatkan dengan penggunaan peralatan dan teknologi
mudah alih yang membolehkan pembelajaran itu berlaku di mana-mana dan pada bila-bila
masa sahaja.

PERBEZAAN E-LEARNING DAN M-LEARNING


Pengaplikasian e-learning dan m-learning banyak digunakan secara seiring dalam pelbagai
pihak, namun kedua-dua mod pembelajaran ini mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek
atau kriteria. Perbezaan yang paling utama adalah tujuan mod pembelajaran itu sendiri.
Tujuan e-learning adalah untuk tujuan memantapkan pemahaman dan pengekalan tentang
sesuatu pengetahuan tersebut manakala m-learning pula mempunyai tujuannya yang
tersendiri iaitu menyokong proses pembelajaran yang sedang berlangsung apabila pelajar
memerlukan akses yang cepat dalam pencarian maklumat (Nor Hana Arira Garahana, Noor
Hajijah Maulah, Nur Iyaani Kamaludin & Mohamad Firdaus Faiz Poniran, 2017). Terdapat
pelbagai aspek lagi yang dapat dibezakan antara e-learning dan m-learning secara terperinci
dan dapat dilihat dalam jadual 1 di bawah (Nabila Atika, Md Yusoff Daud, 2017).

5
Jadual 1. Perbezaan e-learning dan m-learning

Aspek/Kriteria e-learning m-learning


Tempat  Bilik darjah atau makmal  Di mana-mana dan pada
computer bila-bila masa
Perubahan Pedagogi  Lebih kepada teks dan  Lebih kepada suara,
grafik grafik dan animasi
Komunikasi pengajar  Kelewatan masa (pelajar  Penghantaran segera e-
kepada pelajar perlu menyemak e-mel mel atau sms
atau laman web)  Komunikasi aktif
 Komunikasi pasif  Spontan
 Berjadual
Komunikasi pelajar kepada  Bersemuka  Fleksibel
pengajar  Tele-persidangan video  Tele-persidangan audio
 E-mel kepada e-mel dan video
 Mengambil masa untuk  24 jam mesej serta merta
mengakses  Tiada sempadan geografi
 Masa yang khusus untuk  Masa yang diambil
perbincangan kumpulan singkat dengan
 Komunikasi tidak baik penggunaan sambungan
antara kumpulan Internet tanpa wayar
 Masa yang fleksibel
 Komunikasi yang baik
disebabkan kerjasama
antara satu sama lain
Maklum balas kepada  1-1  1-1
pelajar  Arahan yang seragam  Arahan yang sesuai
 Penggredan berasaskan  Prestasi dan penggredan
benchmarh berdasarkan peningkatan
 Berdasarkan kertas  Kurang kertas, kurang
pencetakan dan kos
yang lebih rendah
Tugasan dan ujian  Dalam kelas  Di mana-mana lokasi
 Jumlah masa yang  Jumlah masa yang tidak
terhad terhad
 Ujian standard  Ujian secara individu
Pembentangan,  Berasaskan teori dan  Peperiksaan
peperiksaan dan tugasan teks berorientasikan praktikal
 Perhatian dan  Pemantauan dari jauh
pemantauan di makmal  Terjemahan automatik
 Kebiasaannya untuk penghantaran
menggunakan satu arahan dalam pelbagai
bahasa bahasa
 Penghantaran tugasan  Penghantaran tugasan
berasaskan kertas berasaskan elektronik

KONSEP M-LEARNING
Jika merujuk kepada teknologi mudah alih atau mobile, secara umumnya bermaksud portable
dan personal seperti telefon selular mudah alih. Terdapat banyak contoh yang boleh

6
menggambarkan pembelajaran menerusi peralatan teknologi mudah alih ini. Penggunaan
komputer riba, pembantu peribadi digital dan telefon selular mudah alih adalah merupakan
komponen-komponen teknologi yang biasa digunakan dalam m-learning.

Berdasarkan Rajah 1.0, (Brown, 2005) menerangkan dengan jelas tentang konsep
m-learning. Menurut beliau m-learning adalah subset kepada Pembelajaran Elektronik.
Pembelajaran Elektronik ialah konsep makro yang melibatkan persekitaran pembelajaran
dalam talian dan m-learning. Rajah 2.2 menunjukkan dengan jelas perhubungan di antara
Pembelajaran Elektronik dengan m-learning. Selain daripada itu, Rajah 1.0 juga menunjukkan
m-learning ialah subset kepada Pembelajaran Elektronik. Sementara Pembelajaran Elektronik
ialah subset kepada Pembelajaran Jarak Jauh. Pembelajaran Jarak Jauh pula menjadi subset
kepada Pembelajaran Fleksibel.

Rajah 1.0: Model M-Learning Afrika


(Brown, 2005)

KELEBIHAN M-LEARNING DALAM PENDIDIKAN


M-learning telah dibuktikan mempunyai pelbagai kebaikannya melalui kajian-kajian lepas
yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas. Kelebihan tersebut dibahagikan kepada beberapa
aspek iaitu kognitif, peningkatan motivasi dan pembelajaran abad ke-21. Berikut merupakan
kelebihannya mengikut aspek;

7
Aspek kognitif
Menurut Haliza Hamzah et al (2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk
berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran masing-masing. Selain itu, kemahiran ini juga melibatkan aktiviti mental seperti
ingatan, mengkategorikan, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi
seseorang individu.

Sekiranya diperhatikan dengan lebih teliti, peranti mudah alih mampu menyediakan satu sesi
pembelajaran yang disyorkan oleh Howard Gardner (1983) iaitu teori yang mengambil berat
mengenai kecerdasan pelbagai yang melibatkan gaya pembelajaran yang berbeza-beza.
Dengan menggabungkan peranti mudah alih dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
menguatkan daya ingatan para pelajar. Peranti mudah alih dilengkapi dengan pelbagai
aplikasi yang dapat melibatkan pelbagai kemahiran pelajar iaitu kemahiran visual, audio serta
kinestetik. Kemahiran-kemahiran ini boleh dilatih semasa pelajar berinteraksi menggunakan
peranti mudah alih

Itiel (2011), menyatakan penggunaan teknologi dapat membantu sistem kognitif dalam
pembelajaran. Selain itu, teknologi juga bukan sahaja memudahkan individu untuk cepat
belajar malah membantu untuk mengingati apa yang dipelajari dengan lebih baik.

“…using technology in such brain friendly way helps the cognitive system learn.… it will not
only enable quicker learning, but learners will remember it better…..”
(Itiel.E.Dror, pg 4: 2011)

Kajian yang telah dilaksanakan oleh Gary Fallon (2013) menunjukkan aplikasi yang
mengandungi reka bentuk yang menarik dapat membantu para pelajar memahami konsep
pembelajaran secara sistematik dan teratur. Selain itu, murid dapat menjana lebih banyak
respons dalam pembelajaran kerana murid dapat berkomunikasi secara efektif dan aplikasi
ini mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar. Tambahan
lagi, peranti mudah alih mempunyai keupayaan untuk menunjukkan penyelesaian langkah
demi langkah serta demonstrasi yang dapat membantu murid memahami satu penyelesaian
masalah dalam sesuatu mata pelajaran.

Peningkatan motivasi

M-Learning banyak menyumbang dan memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam aspek pemerolehan dan perkongsian maklumat, pemantapan kaedah
pengajaran,peningkatan pemahaman dan peningkatan motivasi, Penggunaan peranti alih
membolehkan maklumat diperoleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Normah et
al. (2017) pembelajaran kolaboratif melalui aplikasi telefon pintar dalam pembelajaran nahu

8
dapat memberi inspirasi dan motivasi yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa Arab. Hasil dapatan Yap dan Tay (2014) menunjukkan. pembelajaran kolaboratif
melalui aplikasi WeChat melalui peranti mudah alih memberikan kesan yang positif kepada
pelajar mereka dimana pelajar-pelajar bukan sahaja dapat melibatkan diri secara aktif tetapi
dapat pemahaman, motivasi dan tumpuan pelajar juga turut meningkat. Selain itu, Yap dan
Tay (2014) juga menyatakan bahawa penggunaan WeChat membolehkan kaedah pengajaran
mereka dapat dimatapkan.

Dalam kajian Sanjaya (2005), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran nmerupakan satu platform bagi menjana kemahiran
pembelajaran utama yang boleh disepadukan dengan kurikulum sedia ada. Hal ini penting
untuk meningkatkan motivasi pelajar, mendalamkan kemahiran inkuiri, mempercepatkan
proses pembelajaran serta meluaskan penyertaan pelajar dalam satu sesi pembelajaran

Menurut Marcelo C. et al. 2016, peranti mudah alih dapat menyuntik emosi yang positif kepada
para pelajar. Aplikasi yang terdapat pada peranti mudah alih amat mempengaruhi emosi
pelajar di mana pelajar berasa teruja, lebih fokus, bersemangat, menunjukkan minat serta
ketekunan dalam mempelajari Matematik. Selain itu, peranti mudah alih juga mampu
membentuk pelajar untuk bersifat berdikari dan bertanggungjawab dalam menetapkan jadual
pembelajaran kendiri. Emosi yang positif ini dapat menjadikan pelajar untuk lebih bermotivasi
dalam mendalami topik yang dipelajari.

Sikap terhadap penerimaan m-learning memainkan peranan yang penting untuk menentukan
kesan penggunaan peranti mudah alih dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan
kajian Aliff Nawi dan Mohd Isa (2013) menunjukkan menunjukkan guru Pendidikan Islam
bersikap positif terhadap penggunaan telefon bimbit sebagai alat pembelajaran dan mereka
mendapati bahawa terdapat potensi untuk membangunkan aplikasi berbentuk mobile setelah
responden menggunakan aplikasi pembelajaran melalui telefon bimbit dan hasil ini bertepatan
dengan beberapa kajian dalam negara seperti Ahmad Sobri (2010), Muhammad Ridhuan dan
Saedah (2010) dan Mohd Aliff et al. (2011) yang menunjukkan bahawa pengajaran serta
pembelajaran dalam bidang agama juga mendapat peluang yang baik untuk diintegrasikan
dengan teknologi mudah alih.

Yap dan Tay (2014) mengatakan penggunaan WeChat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran diterima secara positif oleh pelajar-pelajar. Mereka berasa seronok dan
melibatkan diri secara aktif sebelum dan semasa kelas berlangsung. Kebanyakan pelajar
mempunyai keupayaan untuk menggunaakan teknologi mudah alih untuk m-learning. Serpil
(2017), kebanyakan pelajar kolej Universiti Ataturk juga mempunyai sikap yang positif
terhadap m-learning. Keputusan kajiannya menunjukkan bahawa kecekapan kendiri pelajar

9
terhadap penggunaan m-learning adalah pada tahap sederhanan dan keputusannya juga
menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai perspektif yang lebih positif berbanding
pelajar perempuan terhadap penggunaan m-learning.

Keputusan kajian eksperimen Chiou (2015) menunjukkan pengalaman penggunaan telefon


pintar dalam kalangan pelajar untuk membaiki literasi komputer dan penerimaan bahan
pengajaran adalah berkesan. Pelajar yang kumpulan eksperimen menyambut baik
penggunaan SMS sebagai medium penghantaran bahan pengajaran dan soalan-soalan.
Mereka juga bersetuju bahawa penggunaan SMS dalam pembelajaran adalah
menyenangkan dan pembelajaran berlaku lebih pantas. Hasil soal selidik, ujian pra dan ujian
pasca menunjukkan respon postif daripada pelajar peringkat tinggi untuk menggunakan
telefon pintar mereka untuk tujuan pengajaran.

Selain itu, para pengajar turut menerima m-learning ini secara positif. Kenyataan ini disokong
dengan dapat kajian Chiang dan Mohd Jasmy (2016) yang mengatakan tahap penerimaan
m-learning dalam kalangan guru di SJKC Kuen Cheng 2 adalah tinggi. Khairah et al. (2017),
mengatakan para pensyarah menerima baik penggunaan m-learning khususnya aplikasi IM
dalam proses pengajaran mereka dan membentuk sikap yang positif terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini turut menyokong pendapat Hartshorne
dan Ajjan (2009) yang percaya bahawa teknologi ini mempunyai potensi untuk meningkatkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran dan interaksi dalam kalangan murid dan guru.
Secara keseluruhnya dapat disimpulkan bahawa penerimaan idea penggunaan peranti
mudah alih dalam proses pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai pihak adalah
positif dan memberangsangkan.

Pembelajaran abad ke-21

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan satu pendekatan baru selaras dengan
peredaran zaman yang dikenali sebagai Pembelajaran Abad Ke-21. Rata-rata pakar
pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai
dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Kajian Daljit Kaur et al. (2016) menunjukkan bahawa peranti mudah alih boleh digunakan
untuk tujuan individu. Hasil kajian ini menunjukkan murid mempunyai kebebasan untuk
membuat pemilihan masa belajar, tidak mempunyai unsur keterpaksaan dalam pembelajaran.
Justeru itu, pelajar dapat memupuk sikap bertanggungjawab terhadap prestasi akademik
serta berdisiplin dalam membuat pengurusan masa.

10
Analisis dapatan Esteban (2014), menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa
penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar bermanfaat untuk menerima maklumat
akademik dan mereka juga tahu cara menggunakan telefon pintar untuk melaksanakan aktiviti
akademik. Lebih daripada separuh responden mengatakan bahawa mereka menggunakan
internet dan emel melalui telefon pintar untuk tujuan akademik. Selain itu, dapatan kajian
menunjukkan penggunaan telefon pintar dan penggunaan aplikasi dapat membantu pelajar
untuk menjawab soalan-soalan, menyiapkan kertas projek dan dapat melibatkan diri dalam
interaksi sosial asas kepada pembelajaran.

Chiou (2015), m-learning mewujudkan lebih topik perbincangan berbanding pengajaran


secara bersemuka. Dibandingkan dengan pengajaran bersemuka, latihan melalui
m-learning meningkatkan peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan rakan sekelas
mereka dan mereka bersetuju bahawa penggunaan SMS dalam pembelajaran ada
menyenangkan dan pembelajaran berlaku lebih pantas. Kebanyakan pelajar kumpulan
eksperimen juga bersetuju untuk mengesyorkan penggunaan SMS untuk belajar bahasa
kerana perkataan-perkataan baru dapat dipelajari dan diingat tanpa mengira tempat.
Pembelajaran Mobile melalui aplikasi telefon pintar membolehkan pelajar mencari dan
berkongsi maklumat, menyelaraskan tugas-tugas mereka secara lebih luas dan berfungsi
dengan lebih berkesan dalam situasi yang memerlukan kerjasama antara ahli selain dapat
menjalinkan hubungan akademik dengan pensyarah mereka di luar kuliah rasmi.

Mohammad Hafiz dan Saedah (2016), penggunaan Kod Quick Response (QR) pada peranti
mudah alih dapat meningkatkan motivasi dan pengetahuan, memudahkan dan menarik minat
peserta kajian dalam untuk belajar mengenai herba kesihatan. Keputusan itu telah
menyokong kajian Kopf et al. (2005),iaitu penggunaan Kod QR dapat menggalakkan dan
meningkatkan motivasi pelajar terhadap sesuatu bidang. Dapatan kajian ini juga turut sesuai
dengan dapatan Latif et al. (2012) iaitu penggunaan Kod QR ini dapat memberikan kesan
yang positif terhadap minat pelajar dalam melakukan sesuatu perkara namun ianya
bergantung kepada manfaat dan kepuasan terhadap alat itu sendiri. Dapatan kajian ini secara
keseluruhanya menunjukkan bahawa pembelajaran menggunakan medium Kod QR memberi
kesan terhadap pengetahuan herba kesihatan kepada pelajar.

ISU DAN CABARAN M-LEARNING


Banyak peralatan canggih telahpun diperkenalkan di dalam dunia pendidikan yang telah
membawa kita ke satu tahap yang mempunyai cabaran dalam pelaksanaannya.
Perkembangan yang positif ini telah mengubah cara penyampaian pengajaran dan
pembelajaran tradisional kepada pembelajaran maya iaitu berasaskan komputer dan kini telah

11
dimurnikan lagi dengan penggunaan peranti mudah alih yang canggih. Justeru itu,
perkembangan ini telah mengubah bentuk dan suasana pembelajaran yang melangkaui ruang
bilik darjah bersifat global dan mempromosi pembelajaran sepanjang hayat (Norazah Mohd
Nordin, Mohamed Amin Embi, & Melor Md. Yunus, 2010). Walaupun m-learning menjanjikan
banyak kelebihan tetapi sebagaimana pelaksanaan teknologi yang lain, pengunaan
m-learning mempunyai banyak isu dan cabaran yang perlu ditangani sebelum ianya boleh
direalisasikan dengan jayanya.

Menurut Mostafa, Hatem & Khaled (2016), faktor penting yang membantu dalam menentukan
sama ada pelajar dan pensyarah bersedia menggunakan m-learning ini adalah sikap terhadap
teknologi m-learning itu sendiri. Sikap tersebut bertindak untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dan memudahkan pembangunan infrastruktur teknologi. Sebelum m-
pembelajaran dilaksanakan, tumpuan lebihan perlu diberikan terhadap proses pembelajaran
tersebut serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pedagogi serta kandungan
pelajarannya dan bukannya alat yang digunakan. Pelaksanaan kurikulum ini memerlukan
kepada peningkatan kemahiran guru. Guru perlu melakukan perubahan pada diri mereka
dengan mempertingkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
Guru perlu mengambil inisiatif mengubah paradigma dan mengubah cara berfikir mereka
supaya tidak terus berada pada takuk lama. Pihak kementerian pelajaran juga perlu
menjalankan lebih banyak kursus yang berkaitan mengintergrasikan penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak kementerian juga perlu menyediakan
lebih banyak peruntukan untuk melatih guru-guru kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi. Pembaziran berlaku apabila perkakasan yang dibekalkan tidak digunakan secara
maksimum. Pihak sekolah juga boleh mengambil inisiatif dengan melaksanakan kursus
mengenai m-learning di sekolah masing-masing. Tenaga pengajar boleh diambil dalam
kalangan guru-guru sekolah tersebut yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi.
Untuk itu, pembangunan teori, strategi dan teknik-teknik yang bersesuaian dengan mengambil
kira segala aspek perlulah ada untuk melaksanaan m-learning dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Penggunakan telefon bimbit atau PDA sebagai peranti m-learning dalam proses pengajaran
dalam pembelajaran adalah kurang efektif disebabkan oleh saiz PDA dan telefon bimbit itu
sendir. PDA dan telefon bimbit yang bersaiz kecil akan menghadkan kebolehan untuk
memaparkan maklumat dengan jelas dan menyebabkan maklumat-maklumat yang
disampaikan menjadi ringkas. Jika maklumat yang diberikan adalah panjang dan banyak,
ianya akan menyusahkan pelajar untuk melihat atau membaca maklumat tersebut kerana
paparan akan menjadi kecil serta pelajar akan menjadi tidak jelas dan kurang faham mengenai
maklumat tersebut.

12
Krishna (2016), pelajar di Universiti Tribhuvan, Nepal mempunyai pengetahuan umum tentang
m-learning dan mereka mempunyai sikap yang positif terhadap m-learning.
Walaubagaimanapun, penggunaan telefon untuk pembelajaran adalah mahal kerana
kemudahan Wi-Fi tidak disediakan di pusat pengajian tinggi. Aspek kewangan, teknologi,
polisi pedagogi dan etika menjadi cabaran untuk melaksanakan amalan m-pembelajaran
secara berkesan kepada pelajar universiti di Nepal. Harga untuk peranti mudah alih tanpa
wayar adalah masih tinggi Tidak semua pelajar dapat memiliki telefon bimbit dan PDA yang
boleh menyokong m-pembelajaran. Ini kerana semuanya adalah mahal bagi golongan pelajar
yang miskin. Kos pengaktifan GPRS atau 3G atau 4G yang perlu dibuat sebelum
pembelajaran secara m-learning dapat digunakan dengan sepenuhnya.
Sehingga kini institusi pendidikan khususnya sekolah rendah dan sekolah menengah masih
tidak mengiktiraf Kemudahan teknologi seperti komputer dan peranti mudah alih untuk
digunakan dalam satu jangka masa yang panjang memerlukan penyelenggraan yang berkala
bagi memastikan proses pdp tidak tergendala. Penyarah juga perlu lebih berusaha dalam
meningkatkan kemahiran penggunaan m-learning yang melibatkan pengetahuan teknologi
dan perlu mengetahui bagaimana penggunaanmya dapat menjadikan proses pdp lebih
berkesan. Masa depan pembelajaran mudah alih bergantung kepada tahap penerimaan
sosial untuk menerimanya sebagai salah satu alat pembelajaran.

CADANGAN

Amalan m-learning pada masa kini masih dirasakan agak lambat perkembangannya jika
dibandingkan dengan negara-negara maju. Untuk mengembangkan amalan m-learning dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perkara-perkara seperti pengetahuan guru dalam
menggunakan alat sumber digital dan peranti mudah, akses internet dan pemilikan peranti
mudah alih serta sokongan daripada semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru pelajar
dan ibu bapa dititikberatkan kerana m-learning ini boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan
masyarakat.

KESIMPULAN

Penggunaan m-learning melalui peranti mudah alih telah mendatangkan kesan yang
memberangsangkan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan
peranti mudah alih secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah
mula mendapat penerimaan yang positif daripada pelbagai pihak. Kemajuan teknologi tanpa
wayar mudah alih telah membolehkan pengajar dan juga pelajar untuk belajar dan
mendapatkan maklumat secara fleksibel tanpa mengira batasan masa dan lokasi. Kewujudan
teknologi tanpa wayar mudah alih telah menjadikan inovasi ini satu realiti untuk dibangunkan
dalam bidang pendidikan. Fleksibiliti kepada pelajar untuk belajar dan mendapatkan

13
maklumat merupakan satu kepentingan menggunakan teknologi mudah alih dalam
pembelajaran. Dengan adanya teknologi canggih dan peranti mudah alih.pembelajaran
menggunakan teknologi mudah alih ini tidak sukar untuk diimplementasikan di negara kita dan
seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran
generik pelajar seawal mungkin di sekolah.

Dengan adanya teknologi canggih dan peranti mudah alih, pelaksanaan m-learning tidaklah
menjadi masalah untuk dilaksanakan di negara kita malahan kewujudan m-learning dalam
proses pendidikan dapat melahirkan tenaga pengajar yang berinovasi dan pelajar yang
berdaya saing standing dengan negara-negara maju. Selain itu, keputusan-keputusan kajian
yang diperoleh dapat merumuskan bahawa melaksanakan pembaharuan dalam proses
pembelajaran tidak memerlukan kos yang tinggi, sebaliknya hanya perlu bijak memanfaatkan
segala teknologi yang ada pada masa itu sebagai satu medium untuk memudahkan
pembelajaran sesuatu bidang bagi mendapatkan maklumat yang berguna.

14

Anda mungkin juga menyukai