Anda di halaman 1dari 14

KURSUS:

GGGE6663

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN


KOMPUTER

TUGASAN:
TUGASAN KUMPULAN

TAJUK TUGASAN:

KEBERKESANAN E-PEMBELAJARAN DALAM PDPC DI SEKOLAH-


SEKOLAH MALAYSIA

PENSYARAH:

DR. FARIZA KHALID

DISEDIAKAN OLEH:
JUSTIN TUKAU ANAK JALAK GP06874
JOHNNY ANAK TUKOK GP07234
CECELIA ANAK AYING GP06642
LENNY ANAK JIMBAI GP06636
MELVIN ANAK MAXWELL GP06381

1
1.0 Pengenalan
Ledakan teknologi maklumat meletus dimana-mana sepanjang masa. Tanpa
mengira tempat dan waktu, evolusinya seakan-akan tidak terhenti. Sejajar dengan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, salah satu aspek yang menerima
gelombang yang besar adalah aspek pendidikan. Revolusi dalam pembelajaran dan aplikasi
pendidikan komputer dan juga penggunaan komputer dalam pendidikan adalah masih baru
dan berkembang dari hari ke hari sehingga akhirnya konsep E-Pembelajaran (E-Learning)
berpandukan teknikal diperkenalkan untuk membekalkan ilmu pendidikan kepada pelajar
melalui cara yang efektif. (Al-Mobaideen, Allahawiah, & alkhawaldeh, 2012). Penyataan ini
disokong oleh Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah (2013) menyatakan perkembangan
penggunaan e-Learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi
pendidikan membawa kepada peredaran teknologi pendidikan yang baharu dan dikenali
sebagai pembelajaran secara elektronik (e-Learning) yang bertujuan untuk menjadikan proses
pembelajaran lebih fleksibel dan mudah alih. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia telah membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025) salah satu pelan transformasi pendidikan negara dalam jangka masa panjang.
Terdapat sebelas anjakan telah diperkenalkan. Salah satu intipati tersebut ialah anjakan ke
tujuh menyatakan memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Di mana kerajaan Malaysia mengkehendaki pelajarnya dan warga pendidik memaksimumkan
penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri untuk
memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap
kemahiran murid. Pada masa kini, pembelajaran mudah alih atau mobile learning
menggunakan alat pembelajaran mudah alih seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet dan
lain-lain mekanisme penyampaian menjadi peralatan utama untuk e-pembelajaran (Karimi,
et. al, 2011). Dengan disokong oleh kecanggihan sistem rangkaian seperti Internet dan
Intranet serta teknologi digital, konsep e-learning seperti web portal, dan on-line jarak jauh
seharusnya dimanfaatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak. Adalah diharapkan
dengan adanya konsep e-learning ini, mutu pendidikan negara seharusnya lebih meluas
bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memupuk pelajar khasnya kanak-kanak
mencintai ilmu pengetahuan disamping merangsang minat mereka untuk belajar.

2
2.0 Definisi

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses


pembelajaran dan pengajaran. (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011). Secara
umumnya, „e-learning‟ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi
atau pemudahcaraan (Yahya Buntat, 2016 dan Mohd Azizol Mohamed, 2011)

Berikut adalah beberapa definisi e-pembelajaran dan lain-lain istilah yang berkaitan
dengannya yang pada keseluruhannya menekankan tentang jenis teknologi dan pedagogi
yang telah dan sedang digunakan pada peringkat dalam negeri dan antarabangsa:

i. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara pembelajaran


dan pengajaran (KPT, 2011)
ii. Penggunaan rangkaian dan teknologi multimedia untuk meningkatkan mutu
pembelajaran dengan memudahkan akses kepada pengetahuan dan sumber terpencil
untuk membina masyarakat berpengetahuan (MEWC & OUM Malaysia, 2004)
iii. National American Council for Online Learning mendefinisikan e-pembelajaran
sebagai kandungan pembelajaran dan pengajaran disampaikan menggunakan
teknolologi digital seperti teknologi dalam talian atau CD-ROM atau sebarang
pengalaman pembelajaran melibatkan komputer (NACOL, 2007)
iv. Pembelajaran yang menggunakan ICT dalam pembelajaran jarak jauh dan mod
bersemuka (Bennet, Iredale & Reynolds, 2010).
v. Pembelajaran yang menggunakan e-pembelajaran dan pembelajaran dalam talian,
digunakan secara silih berganti termasuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
berasaskan teknologi (CMCE, 2010)
vi. Sistem pengajaran dan pembelajaran pada keseluruhannya disampaikan melalui
rangkaian/Internet dikendalikan oleh komputer.
vii. Pembelajaran teradun ditakrifkan sebagai sistem pembelajaran yang menggabungkan
instruksi bersemuka dengan instruksi berasaskan media atau technology-mediated
instruction (Bonk & Graham, 2006).
viii. Pembelajaran teradun sebagai pendekatan pembelajaran yang menggabungkan
pembelajaran bersemuka dengan pembelajaran dalam talian.

3
ix. Pembelajaran teradun mencakupi pembelajaran sinkronous atau asinkronus dalam
talian dengan lebih dari 20% dikendalikan secara bersemuka (Swenson & Redmond,
2009)
x. Definisi e-pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua: Konsepsual dan operasional.
Definisi konsepsual menekankan proses pembelajaran yang melibatkan interaksi
kolaboratif dan konstruktif menggunakan pelbagai alat elektronik dalam pembelajaran
dalam talian. Manakala definisi operasional pula memberi tumpuan kepada kemahiran
mengendalikan alat atau perkakasan teknologi (tumpuan kepada teknologi) dalam
talian untuk memudah cara proses pengajaran dan pembelajaran. Penjelasan definisi
ini selaras dengan definisi teknologi pendidikan yang memberi penekanan kepada
teknologi sebagai proses dan teknologi sebagai produk (Heinich, Molenda & Russell,
1992).
xi. Pembelajaran dalam talian Pembelajaran dalam talian adalah penggunaan Internet
untuk mengakses bahan pembelajaran; berinteraksi dengan kandungan, pengajar, dan
rakan pelajar; mendapatkan sokongan semasa proses pembelajaran berlaku agar dapat
menimba ilmu, membina sesuatu yang bermakna dan dapat berkembang hasil
daripada pengalaman pembelajaran (Alley, 2004). Definisi ini menekankan
kepentingan Internet dan interaksi dalam pembelajaran jarak jauh.

3.0 KEPENTINGAN E-PEMBELAJARAN DALAM PDPC DI SEKOLAH-SEKOLAH


MALAYSIA
E-pembelajaran dan aplikasi telah berkembang secara mendadak di seluruh dunia
malah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia umumnya. E-pembelajaran atau
lebih dikenali sebagai e-learning merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang mengaplikasikan infrastruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan
pembelajaran kolaboratif. E-learning adalah teknologi informasi dan komunikasi untuk
mengaktifkan siswa untuk belajar (Dahiya, 2012). Terdapat kepentingan e-pembelajaran
dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah Malaysia.

3.1 Meningkatkan kefahaman dan penguasan pelajar terhadap pelajaran.


E-pembelajaran atau lebih dikenali sebagai e-learning juga dapat meningkatkan
kefahaman dan penguasan pelajar terhadap pelajaran. Pembelajaran dengan menggunakan e-

4
pembelajaran ini dapat disesuaikan dengan kecekapan pelajar itu sendiri. Penggunaan bahan
bantu mengajar yang berunsurkan elektronik seperti audio visual, computer dan software
dapat menarik minat murid (Mohamed Nor Azhari Azman, Nur Amierah Azli, Ramlee
Mustapha, Balamuralithara Balakrishan dan Nor Kalsium Mohd Isa, 2014).
Dapatan kajian Muhammad Rafie Bin Hamzah dan Sarawati Binti Ahmad
mendapati bahawa bahan-bahan pembelajaran secara eletronik atau softcopy dalam e-
pembelajaran berupaya menarik minat pelajar untuk belajar berbanding bahan bercetak atau
hardcopy berdasarkan skor min yang tinggi (3.7231). Kaedah pembelajaran menggunakan e-
pembelajaran berupaya mempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran
berlangsung dengan lebih efektif

3.2 Meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru dan pelajar.


engajaran dan pembelajaran yang menggunakan e-pembelajaran bukan saja membantu
memudahkan guru dan pelajar malah dapat meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru
dan pelajar. Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala
kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri. Penggunaan e-
pembelajaran di dalam sistem pendidikan Malaysia membantu meningkatkan kemahiran ICT
di kalangan guru dan pelajar. Ini kerana guru dan pelajar sama-sama belajar menggunakan
kemudahan ICT yang baru yang diperkenalkan kepada mereka. Contoh salah satu inisiatif
Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan pembelajaran yang menggunakan ICT ialah
dengan memperkenalkan Virtual Learning Environment (VLE) di sekolah-sekolah Rendah
dan Menengah di seluruh Malaysia.

3.3 Menarik minat, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.


E-pembelajaran dapat menarik minat, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
Pembelajaran dan pengajaran menggunakan e-pembelajaran bukan sahaja mampu menukar
modul tradisonal, kos program dan bilik darjah dalam bentuk versi atas talian, bahkan
penggunaan teknologi dalam e-pembelajaran boleh menyumbang kepada persekitaran
pengajaran yang fleksible dan sekaligus menarik minat, meningkatkan daya kreativiti dan
imaginasi pelajar (Hasifah Abdul Aziz, 2011).
Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi
penekanan. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat menarik minat, meningkatkan
daya kreativiti dan imaginasi pelajar.E-pembelajaran ini dapat membuka luas pengetahuan
5
mereka kepada dunia luar agar mereka tidak ketinggalan dengan arus permodenan dalam
mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam proses pembelajaran pelajar.

3.4 Mewujudkan suasana yang seronok.


Pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-pembelajaran dapat mewujudkan suasana yang
seronok di kalangan guru dan murid. Menurut Rohmah (2016) beberapa kepentingan dari e-
pembelajaran ialah dapat meningkatkan waktu pembelajaran dan membuat pembelajaran
lebih seronok. Dalam kajian Nor Aniza Ahmad dan Lay Nee Chua (2015), mendapati guru
berasa lebih seronok dan mudah untuk melakukan kerja dengan adanya e-pembelajaran
berbanding kaedah tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran dan pengajaran akan lebih seronok dengan adanya penggunaan e-
pembelajaran. Ini banyak membantu para guru untuk menyediakan bahan pengajaran kepada
murid. Murid juga akan seronok di dalam kelas.

4.0 ISU DAN CABARAN

4.1 Kesediaan Guru

Tahap Kesediaan guru ini lebih menjurus kepada tahap kompintensi dan keinginan serta
kerelaan Guru dalam penggunaan peralatan dan perisian. Kompintensi guru ini dijadikan isu
utama kerana kesukaran guru untuk menerima pembaharuan. Guru lebih selesa dengan
pengajaran konvensional (Hani Meryliena, 2012). Setiap pembaharuan ini akan dijadikan
alasan pertambahan beban tugas dan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada guru kerana
bercanggah dengan tugasan hakiki mereka. Walaupun penggunaan e-leraning telah
diperkenalkan oleh KPM namun penggunaanya masih rendah. Kenyataan ini disokong oleh
(Nor Izzah, 2010 , Hani Meryliena, 2012) menyatakan bahawa tahap pengintegrasian ICT
dalam pdpc masih berada pada tahap yang rendah, banyak inovasi teknologi yang
diperkenalkan tidak digunakan secara kreatif dan efektif . Didapati 80%mengaku tidak
menfaatkan ict dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahkan dalam kalangan guru-guru
yang telah mendapat kursus Sekolah Bestari juga kurang 50% yang melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer ( Imran, 2000). Dapatan ini turut
disokong oleh Ummu Salma dan Fariza (2014) yang menyatakan bahawa hanya 2% sahaja
guru menggunakan VLE FROG hampir setiap kali. Beliau berpendapat bahawa disebabkan
oleh kurangnya kemahiran menyebabkan guru kurang berminat dalam menggunakan aplikasi

6
yang dibekalkan. Ini jelas menunjukkan bahawa pembaharuan yang cuba dibawa oleh
kerajaan tidak akan dapat dijalankan selagi anggota kumpulan perlaksana iaitu guru masih
was-was dalam menggunakan teknologi. Takut untuk mencuba inovasi (Kupersmith 1992,
Pitkin 1997 ; Van Fleet & Walker 2003). Menurut Jones (2004) terdapat 7 kekangan yang
dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan e-learning dalam pdpc iaitu, Guru kurang
berkeyakinan semasa pengintegrasian, Kurang capaian terhadap sumber, Kekurangan masa
untuk membuat pengintegrasian, Kurang latihan yang efektif, Menghadapai masalah teknikal
semasa perisian digunakan, Kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran
dan usia. Selain itu, menurut Kajian Program Latihan Guru dan Impaknya terhadap
pembelajaran pelajar oleh Mohamad Sani (2001), kekangan utama yang dihadapi oleh guru
dalam mengintegrasian computer dalam aktiviti PDPC ialah aspek pengupayaan, beban tugas,
peruntukkan kewangan, faktor masa, tuntutan sukatan pelajaran, sokongan pihak pengurusan
sekolah, kerjasama dalam organisasi. Turut menyokong kenyataan ini ialah (hunt et al. 2004 ;
Weston 2005) yang mengatakan antara faktor penghalang untuk menerima teknologi baharu
secara terbuka rakan sejawat, desakan peperiksaan, kemudahan dan peralatan di sekolah,
aspek pelbagai arahan dari pihak sekolah, aspek sokongan daripada pegawai pendidikan
daerah. Selain kesediaan guru sendiri, faktor lain ialah sokongan dari semua pihak iaitu
pelajar dan anggota pentadbir. Ini bermakna semua pihak harus menyokong bagi memastikan
pengintegrasian ini dapat direalisasikan kerana kita percaya penggunaan e-learning membawa
banyak pembaharuan dan kebaikan serta pemudahcara terbaik kerana memberikan peluang
kepada murid untuk berdikari selaras dengan kemahuan Pendidikan Araf Ke-21 yang
berteraskan berpusatkan murid.

4.2 Fasiliti

Kita memahami bahawa negara kita adalah sebuah negara membangun dan pengunaan
computer dalam pembelajaran merupakan sesuatu yang baharu di sekolah. Oleh yang
demikian, antara faktor lain yang menjadi kekangan ialah kelengkapan yang terdapat di
sekolah khasnya. Tinjauan oleh Belati (2003) mendapati di negeri Selangor, hanya di lembah
kelang dan Kuala Lumpur sahaja semua sekolah dilengkapi dengan peralatan ini, sebaliknya
lebih 1000 buah sekolah di luar kawasan ini langsung tidak mempunyai talian telefon. Jika
dirujuk kepada sekolah-sekolah pedalaman di kawasan Sabah dan Sarawak Khasnya, pasti ini
menjadi lebih sukar dengan keadaan geografi serta capaian internet yang tidak memuaskan.

7
Zainudin Hassan dan Azam Jaafar dalam tinjauan mendapati bahawa 71.3% guru
berpendapat peranti di sekolah tidak mencukupi untuk melaksanakan pembelajaran e-learning
dengan baik. Bukan hanya perkakasan yang tidak mencukupi malah keadaan serta tempat
untuk membuat pembelajaran e-learning juga tidak sesuai dimana tiada tempat akses khas
yang disediakan terutama di sekolah pedalaman yang jauh dari pembangunan. Selain sekolah,
para ibubapa dan pelajar juga menjadi penyumbang kepada kelengkapan dan kemudahan
serta kebelangsungan e-learning. Ramai ibubapa terutama di kawasan pedalama tidak mampu
untuk menyediakan kelengkapan seperti computer riba serta peralatan lain untuk anak-anak
mereka dan hanya bergantung harap sepenuhnya dengan pihak sekolah. Kenyataan ini
disokong oleh (Hindman, 2000; Malecki, 2003) yang menyatakan akses dan penggunaan
ICT dipengaruhi oleh tahap pendidikan, pendapatan, umur dan jantina. Dari segi capaian,
pihak KPM sendiri mengakui bahawa terdapat jurang yang signifikan dalam pembekalan
infrastruktur terutama yang tinggal di kawasan pedalaman sehingga menyebabkan pelajar
ketinggalan dalam program-program terbaru ICT. Sebahagian besar masih kekurangan
infrastruktur, asas seperti tidak mempunyai bekalan computer yang mencukupi, bekalan
elektrik 24 jam dan lain-lain masalah (KPM, 2013). Selain isu kekurangan peralatan,
pemyelengaraan juga menjadi isu utama dimana bekalan computer yang dihantar rosak atau
sudah terlalu uzur.Laporan audit Infrastruktur fizikal (2011) mendapati 30% sekolah di
Malaysia perlu dibaiki segera. (KPM, 2013). Oleh yang demikian, infrastruktur dan
penyelengaraan menjadi satu isu utama dalam kemenjadian dan keberkesanan e-learning di
sekolah.

4.3 Kesediaan Pelajar

Guru sebagai pemudahcara mungkin menjadi satu kerisauan besar dalam isu e-learning
namun kesediaan murid dalam menghadapi perubahan dari kaedah konvensional kepada era
ICT juga menjadi isu dimana kenyataan ini disokong oleh (Faridah & Zain, 2011; Hafiza,
Noor Rehan dan Siti Noor, 2016) yang mengatakan didapati bahawa tahap kesediaan pelajar
terhadap e-pembelajaran masih di tahap sederhana. Selain itu, kajian oleh Kamarul Ariffin
(2010) dan Ahmad et al. (2010) juga mendapati bahawa kesedaran terhadap penggunaan e-
pembelajaran dalam kalangan pensyarah dan pelajar adalah masih di tahap yang sederhana.
Kajian yang dijalankan oleh Norwatidan Zaini (2007) mendapati bahawa faktor komitmen
pelajar dan ahli akademik adalah salah satu faktor dalam memastikan e-pembelajaran dapat

8
dicapai. Sejauh manakah kesediaan murid dalam menggunakan teknologi dalam
pembelajaran? Perkara ini boleh dirujuk kembali kepada (Hindman, 2000; Malecki, 2003)
yang menyatakan akses dan penggunaan ICT dipengaruhi oleh tahap pendidikan, pendapatan,
umur dan jantina. Perkara ini kita boleh simpulkan bahawa kesediaan murid ini menjurus
kepada tahap kemampuan ekonomi dalam penyediaan bahan dan kelengkapan. Menurut
Muhammad Rafie Bin Hamzah dan Sarawati Binti Ahmad dalam jurnal bertajuk Kesediaan
Pelajar Terhadap E-Pembelajaran: Kajian Terhadap Pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik
Muadzam Shah, Pahang, Mendapati majoriti responden iaitu 81.5 % mengakses ke portal
atau laman web e-pembelajaran sebanyak satu hingga 10 kali dalam sebulan. Ini
menunjukkan bahawa para pelajar kurang berminat untuk mengakses portal e-pembelajaran
dan masih belum menggunakan e-pembelajaran secara optimum dalam pembelajaran mereka.
Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa murid sendiri menampakkan ketidakyakinan terhadap
e-pembelajaran itu sendiri. Oleh yang demikian, pelajar harus dibentuk untuk lebih yakin
dengan suasana e-pembelajaran agar program ini dapat digunakan secara menyeluruh dan
murid sendiri mendapat manfaat daripada kelebihan ICT.

5.0 CADANGAN

5.1 Kesediaan Guru


Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmi pengetahuan kepada
pelajarnya. Terpulang kepada guru untuk mewujudkan sesi penyampaian isi pelajaran dalam
keadaan persekitaran pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Dalam pembelajaran
e-learning fokus utamanya ialah pelajar itu sendiri. Suasana yang pembelajaran e-learning
akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana
perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri.

Dalam penyampaian pengetahuan kepada pelajar, guru haruslah menguasai kaedah


penyampaian yang berkesan dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas tidak
dilupakan. Ciri – ciri multimedia seperti audio, video, animasi , grafik dan simulasi harus
digunakan dengan bijak untuk meningkatkan pembelajaraan. Latihan tenaga pengajar dan
guru amatlah kritikal bagi menjamin kaedah penyampaian berkesan sampai kepada
objektifnya. Guru haruslah kreatif mengaplikasikan strategi, teknik dan pendekatan
pengajaran dalam bilik darjah ke dalam bahan pengajaran berasaskan komputer. Stail pelajar

9
terhadap penggunaan pembelajaran e-learning juga harus dikesan oleh guru bagi
mendapatkan hasil yang optimum.

Bagi menyediakan guru – guru dalam kesediaan penggunaan e-learning dalam pembelajaran ,
latihan dan kursus berkaitan perlu dianjurkan kepada para guru agar mampu mengikut
perkembangan teknologi e-learning semasa. Perisisan Sistem Pengurusan Pembelajaran
(ELMaS) berasaskan web dapat membantu guru – guru dalam proses pembelajaran
berasaskan ICT. Peruntukan masa bagi proses pembelajaran e-learning juga harus diambil
kira berpandukan tugasan sedia ada guru – guru di sekolah. Guru perlu melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan akses – akses teknologi yang up to date serta bahan pengajaran yang
bermutu. Selain itu, guru perlu ada stail pembelajaran pembelajaran yang berbeza bagi
pelajara agar lebih menarik perhatian dan minat pelajar.

Guru haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari teknik – teknik
mengunakan ICT dalam memantapkan pembelajaran berasasakan e-learning dalam PdP
mereka kerana elemen interaktif dan mesra pelajar dapat memudahkan proses dan menarik
minat pelajar. Penglibatan guru – guru dalam pertandingan berasaskan ICt di peringkat
kebangsaan, mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah
dan Negeri juga membantu meningkatkan kemahiran guru - guru.

5.2 Fasiliti
Prasana ICt di peringkat sekolah sekadar di peringkata memuaskan. Jurang kesediaan prasana
di sekolah bandar dan sekolah luar bandar haruslah dipertingkatkan bagi memperluaskan
proses pembelajaran e-learning yang lebih menyeluruh. Kerajaan perlu meningkatkan inisiatif
untuk memastikan sekolah – sekolah di Malaysia dibekalkan dengan prasarana yang
mencukupi untuk meningkatkan kemahiran ICT yang bersesuaian bagi pembelajaran e-
learning di sekolah. Pembinaan makmal computer dan bekalan komputer yang mencukupi
bagi setiap pelajar amatlah membantu proses ini. Bekalan Net Book 1Malaysia bagi setiap
murid mat membantu proses ini berkembang di sekolah – sekolah di Malaysia. Inisiatif Vle-
Frog membolehkan pelajar di Malaysia mempunyai akses kepada sumber ilmu dan guru
dapat menyediakan tapal pembelajaran secara interaktif.

Kos dalam pelaksanaan pembelajaran e-learning di sekolah membelanjakan kos yang tinggi.
Penyediaan fasiliti e-learning banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi menjayakannya.
Penghasilan bahan pengajaran berasaskan e-learning telah diusahakan oleh banyak pihak

10
untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Penilaian yang
rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir dan guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat
meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang
tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran.

Bahan yang digunakan haruslah setimpal dengan kandungan kualiti dan isi pelajarannya. CD
ROM pembelajaran e-learning yang asli agak mahal dan tinggi. Ianya hanya mampu dimiliki
oleh golongan yang berkemampuan, berkomputer atau mereka yang benar – benar
mementingkan pelajaran anak – anak mereka. Kelebihannya pengunaannya ialah nota yang
ringkas dan padat, beranimasi, warna yang menarik dan soalan pengukuhan berserta jawapan
penyelesaian setiap topik. Sekolah – sekolah mempunyai pusat sumber , jadi CD ROM
interaktif ini dapat digunakan secara optimum. Selain daripada yang dibekalkan oleh
Kementerian Pendidikan, sumber daripada internet yang boleh dimuat naik secara percuma
juga boleh membantu pelaksanaan e-learning di sekolah.

5.3 Kesediaan Pelajar


Pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri.
Pencarian maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri
oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk
mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman
mereka sebelum beralih ke tajuk pembelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan
kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan
komputer dan internet.

Pengagihan Net Book bagi setiap pelajar yang layak juga membantu kesediaan pelajar
mengakses sumber pembelajaran yang bersesuai. Pengagihan sumber ini perlu diperluaskan
lagi agar menjamin kemahiran penggunaan akses pembelajaran ini berterusan di kalangan
pelajar. Kesedaran kepentingan kegunaan akses ini perlu ada dalam setiap pelajar agar ia
tidak disalahgunakan oleh para pelajar. Nilai yang baaZik dalam menggunakan sumber ini
dapat membantu menjamin sumber pembelajaran yang lebih berkesan dan menampakkan
hasil yang lebih baik.

Sikap pelajar itu sendiri akan menampakkan hasil pembelajaran e-learning berjaya atau
sebaliknya. Pengendalian bahan akses pembelajaran dengan betul dan beretika amat penting
bagi setiap pelajar juga harus dititikberatkan. Latihan dan program yang berterusan perlu

11
dilaksanakan di peringkat sekolah mahupun di peringkat komuniti setempat. Pertandingan
penghasilan bahan pembelajaran berasaskan ICT juga dapat dijalankan bagi meningkatkan
kemahiran sedia ada pelajar.

6.0 KESIMPULAN

E-learning atau e-pembelajaran merupakan satu dimensi baru yang memberi manfaat
kepada pengguna pada masa kini. Para pelajar terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya e-
learning ini dilaksanakan secara menyeluruh. Bersesuaian dengan persekitaran kini yang
sentiasa mengutamakan penggunaan masa dan perancangan kewangan yang bijak. Namun
terdapat banyak cabaran atau halangan untuk melaksanakan e-leraning ini dalam
pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Cabaran utama ialah guru dan pelajar kurang
kemahiran menguasai ilmu ICT. Ini kerana pembelajaran e-learning ini akan lebih berkesan
sekiranya guru dan murid tahu menggunakan teknologi dan kemudahan dengan cara
bermakna dalam proses pembelajaran, Cabaran ini masih dapat di atasi sekiranya guru dan
pelajara beruasaha memahirkan diri dalam penggunaan e-learning. Kerajaan pula seharusnya
berusaha menyediakan versi di luar talian atau offline version untuk menangani masalah
tenikal dan juga jurang digital luar bandar dan bandar dapat di atasi. Pelajar luar bandar akan
dapat menikmati pembelajaran ini sama seperti murid di bandar.

Kesimpulannya di sini pengajaran dan pembelajaran e-leraning ini telah banyak


digunakan dan ianya adalah alternatif dalam meningkatkan teknologi pendidikan di negara
kita. Ini adalah untuk memudah cara proses proses pembelajaran para pelajar sekali gus
memudahkan dan dapat meringankan bebanan tenaga pengajar dan pelajar. Kita mestilah
berganding bahu bagi memperbaiki serta mengatasi segala halangan dan isu yang timbul
dalam mengaplikasikan e-learning dalam pendidikan di Malaysia. Dengan kuasa global yang
hanya dihujung jari, diharapkan dapat melahirkan insan yang berilmu dan berpengetahuan
yang luas sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup bangsa agama dan negara

12
RUJUKAN

Erma Farida Binti Hassan, Syazwanni Binti Azizi, Sutinah Sari Binti Mohd Alwi, Juliza Binti
Yusof & Adila Fatin Binti Mohd Desa (2017), ICT dalam pembelajaran dan
Pengajaran Abad Ke 21, Fakulti Pendidikan, Universtiti Kebangsaan Malaysia.

Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar, Norziah Othman. 2017. E-pembelajaran di
kalangan pelajar di sebuah Pengajian Tinggi Selangor. Malaysian Online Journal
of Education. Vol. 1, No. 1 (2017), 74 - 8 2

Mohamed Nor Azhari Azman, Nur Amierah Azli, Ramlee Mustapha, Balauralithara
Balakrishnan dan Nor Kalsium Mohd Isa. 2014. Penggunaan Alat Bantu Mengajar
ke Atas Guru Pelatih Bagi Topik Kerja Kayu, Paip dan Logam. Jabatan Teknologi
Kejuruteraan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Malaysia.

Nar Atikah Jamilluddin, Mohd Jasmy Abd Rahman, Nabila Atika Razali.2016.
Pengadaptasian “e-learning” kepada “m-learning” dalam Teknologi Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia

Nor Aniza Ahmad and Lay Nee Chua. 2015. Technology and Higher Education : Using an
E-Learning Tutorial as a Pedagogy for Innovation and Flexible Learning.
Malaysia Journal of Distance Education. 17(1),21-31. Faculty of Educational
Studies, Universiti Putra Malaysia, Malaysia.

Nor Aziah Abdul Aziz dan Mohd Taufik Hj. Ahmed. 2016. E-Pembelajaran Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di IPG Kampus Ipoh. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi Jilid 11. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Nor Aziah Abdul Aziz, Mohd Taufik Hj Ahmed (2016), E-Pembelajaran Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Ipg Kampus Ipoh, Jurnal Penyelidikan
Dedikasi Jilid 11

13
Noraini Mohamed Noh, Mahizer Hamzah ,Norazilawati Abdullah, Hani Merylina, Ahmad
Mustafa, Mohd Arif Ismail ( ) Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam
Pengajaran: Cabaran Guru Dalam E- Pembelajaran.

Numiek Sulistyo Hanum. 2013. Keefektifan E-Learning Sebagai Media Pembelajaran (Studi
Evaluasi Model Pembelajaran E- Learning SMK Telkom Sandhy Putra
Purwokerto). Jurnal Pendidikan Vokasi. Program Studi Pendidikan Teknologi dan
Kejuruan PPs UNY.

Rohmah. 2016. Konsep E-Learning Dan Aplikasinya Pada Lembaga Pendidikan Islam. An-
Nur, 3(2).

Saiful Afzan Baru, Lazim Abdullah, Azwadi Ali, Dan Hafiz Yusoff,( 2014), Pemodelan
Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Maya (Vle), Journal Of
Business And Social Development

Yusup Hshim. 2012. Penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Kovensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 2012 15-17 Oktober
2012. Asia e University Kuala Lumpur.

14

Anda mungkin juga menyukai