Anda di halaman 1dari 11

GGGE 1155

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN 3

Topik 2
Pembelajaran Tentang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Pensyarah

CIK MAZALAH BINTI AHMAD

Disediakan oleh:

NORAZILA BINTI SUBOH


NURUL ATHIRAH BINTI JUHARI

A147267
A150970

Pembelajaran Tentang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

1.0 Pendahuluan
Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran
dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologi multimedia merentasi
pelbagai disiplin ilmu yang ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia
merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada
model baru pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut Sharifah
Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula
daripada tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa
Inggeris. Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan
satu kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana
mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang
kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah merealisasikan
Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada dewasa ini, ia merupakan suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagi menjana
pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing negara dan
menambah baik kualiti hidup penduduk sesebuah negara.

2.0 Pembelajaran Tentang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Menurut Omidinia Siavash (2012) pembelajaran berbantukan komputer di institusi


pendidikan adalah salah satu bidang utama yang bertujuan untuk membantu pelajar
untuk menerima pakai Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dengan menggunakan ICT
sebagai medium pembelajaran interaktif, ini akan menunjukkan pelajar mudah faham
penggunaan ICT dan teknologi multimedia di sekolah serta bertambah minat mereka ke
arah penggunaan komputer dan internet sejajar dengan arus teknologi terkini.
Antara keupayaan asas dalam ICT yang perlu dipelajari di sekolah adalah guru dan juga
pelajar perlu tahu mengenai cara-cara menggunakan perisian dan perkakasan berkaitan
ICT. Pelajar akan di ajar kemahiran untuk mencipta, menyunting, memproses,
menyimpan, mencetak dan menganalisis data menggunakan komputer.

3.0 Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)


Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud
mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan perantiperantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala
Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu
tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer.

Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya
yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu
menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup
harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat.
Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas
bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian
komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai
cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan
ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia.

Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala


literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer.
Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan
membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang
lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan
pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown
(1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari
tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan
kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang
boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu
mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Perubahan ICT memberikan cabaran besar terhadap bidang pendidikan. Guru dan juga
pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi
menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan
pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui
pendidikan pada masa hadapan, setiap guru dan juga pelajar perlu memahirkan diri
dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada
kemampuan pengetua dan pelajar-pelajar melaraskannya. Oleh itu, setiap guru dan
pelajar mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria
penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian maklumat melalui internet
merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan.

4.0 Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah
bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada
komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan
kemudahan peralatan multimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah
pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada
penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat
dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra
pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu
halaman paparan.

E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan
serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa, teknik juga dalam
keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada
pelbagai laman mampu diakses oleh pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah
sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna
untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza
dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan
sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam
internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya
pelajar dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku.

Selain itu pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna
akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email,
video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini pelajar dapat berhubung dengan
pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara
kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak
di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang
dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar
terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan
maklumat.

E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu


memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran
boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan pelajar sesama
mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak
terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan
pada pelajar dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang

rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion
kepelajaran, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini
bergantung pada pelajar.

Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu
meningkatkan pengajaran pelajar dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin
(1997) dalam kajiannya Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer
mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan
penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah
tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983;
1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan
perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan
pembelajaran. Satu kajian perbandingan menunjukkan bahawa pelajar yang menerima
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan
pengajaran, pelajar boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada
pelajar yang diajar pengajar sahaja (Hasselbring, et. al. 1988).

Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah


adalah:

Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.


Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai
keupayaan.
Meningkatkan motivasi pelajar.
Membolehkan pembelajaran kendiri (individualise learning).
Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau
terlalu mahal untuk diperoleh.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu
mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
Meningkat daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum.
Meningkat kemahiran ICT.

Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak
Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu pelajar perlu mempelbagaikan kaedah
pembelajaran, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan
pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk
membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih

berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep,


mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat
pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi
komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).

4.1 Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah
Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian Refleksi Terhadap
Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan
Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu menyatakan bahawa pada abad ke21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,
liberalisasi, dan perkembangan ICT. Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional
terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, dan peranan pelajar sudah tentu akan
memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara
ini menjelang abad ke-21.

Pendidikan, sekolah dan profesion kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan
yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat
merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara
yang maju dalam bidang ICT.

Walaupun begitu, terdapat beberapa halangan atau kekangan yang mungkin


menyebabkan perlaksanaan dan penerapan pembelajaran ICT mungkin terganggu ,
antaranya ialah seperti berikut:

a. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus


Daripada temubual dengan beberapa pelajar yang kurang atau tidak menggunakan
komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran, mereka dapati masalah
utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana
menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan
diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam
pengajaran.
Sementara Wiburg (1997), pula mengatakan bahawa untuk membina, membangun dan
mengintegrasi sumber-sumber multimedia agak sukar walaupun mempunyai kemahuan
menggunakan teknologi dalam pengajaran, mempunyai kemahiran teknikal tetapi masa
dan sumber yang terhad akan terus menjadi penghalang utama dalam dunia digital.

b. Kekurangan Kemahiran
Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai
kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang
tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran
komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan
kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk,
visual, pembelajaran maya dan sebagainya.
Tidak ramai pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang
menyediakan akses kepada pelbagai maklumat. Walau bagaimanapun, penggunaan
pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih
lagi rendah. Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan
tahap penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan
pensyarah UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah
pasti akan memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan
dan kemahiran.

c. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan


Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar
ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan
institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda
yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan di sekolah menengah
ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar.
Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi
melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan
sebagainya. Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah menengah pada masa
ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang
meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memilik sambungan kepada
Internet, ada yang tidak. Pelajar-pelajar yang menggunakan panduan yang terkandung
dalam dokumen ini haruslah terlebih dahulu mengetahui tahap keupayaan infrastruktur
ICT yang terdapat di sekolah masing-masing sebelum merancang sebarang aktiviti
pembelajaran yang menggunakan ICT. Ini bagi memastikan aktiviti yang dilaksanakan
membuahkan hasil yang optimum sesuai dengan objektif pembelajaran.

Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan
prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran

tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses Internet sahaja


tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. Sikap pelajar
dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu dipertimbangkan untuk
memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran pembelajaran.

d. Jurang ICT dan Digital


Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi,
pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. Pemodenan dan sebagainya akan
memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion
kepelajaran di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani
jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum.
Sekolah dan profesion kepelajaran perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan
jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan
memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di
kalangan pelajar miskin dan luar bandar. Lebih banyak peruntukan dan pelajar-pelajar
yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan
sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.
e. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi
membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada
pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited
terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus
perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi
membangunkan pelajar supaya celik komputer, terutama di kawasan luar bandar.
Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu
bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer
sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan
konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi.

5. Cadangan Mengatasi Kekangan


a. Kekangan Menghabiskan Silibus
Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang
mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel,
program
pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu dirancang
sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif dan
ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia, khususnya
Powerpoint dan layar tayang boleh memberikan kesan positif kepada perkembangan
minat pelajar. Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh

pelajarpelajar yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang IT. Pelajar-pelajar perlu
didedahkan kepada penggunaan internet, website, on- line, e-mel dan pendekatan dan
kaedah lain berasaskan penggunaan komputer. Menurut Unit Komputer Dalam
Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik,
bukan secara bidang terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan
dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan
menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

b. Kekurangan Kemahiran
Pelajar perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya
profesion
kepelajaran mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga
perlu mengambil inisiatif memajukan profesion kepelajaran dalam konteks penggunaan
ICT dalam pendidikan agar pelajar-pelajar yang berkhidmat di sekolah menerima
perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession kepelajaran mereka. Program
perkembangan staf yang melibatkan profesion kepelajaran di sekolah-sekolah harus
dirancang dengan baik. Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar
pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion kepelajaran harus sentiasa terbuka
kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah
Menengah.

c. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan


Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti
kemudahan komputer, jalur lebar tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta
makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur
seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk
persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.

d. Jurang ICT dan Digital


Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di
sekolahsekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan
diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha
akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar.
Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa
Malaysia,
Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian
untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan.

e. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi


Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari
semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi
melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan
sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT.
Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka
belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang
melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi
maklumat.Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin
dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi
kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah.

6. Rumusan
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan muridmurid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke
semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat
dipertingkatkan. Dalam keghairahan menggunakan pembelajaran tentang teknologi
maklumat dan komunikasi ICT dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap
bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah
laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan
apabila menggunakan teknologi canggih ini.

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan ini


memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi
berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi
meningkatkan ekonomi maka pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ICT dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan
dalam pendidikan.
Rujukan:
1. http://saranaibubapa2013.blogspot.com/p/aplikasi-ict-dalam-pengajaran-dan.html
2. http://web.a.ebscohost.com.www.ezplib.ukm.my/ehost/detail/detail?sid=32e1289d
-5f4b-4d24-9f1fe8642b32e350%40sessionmgr4002&vid=0&hid=4112&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3Qtb
Gl2ZQ%3d%3d#db=aph&AN=80212936

3. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/
Kertas%2013.pdf
4. http://itaothman.weebly.com/kepentingan-menguasai-kemahiran-teknologimaklumat-ict.html

Anda mungkin juga menyukai