Anda di halaman 1dari 4

TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN,APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF Pengenalan Komputer adalah alat elektronik yang

kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuaiuntuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran keranaia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengansistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampumenyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU) Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah sertamenarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikandalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalandata, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaankonsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor RayaMultimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yangmempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telahmemperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumatmalah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkannegara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkanorganisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i.ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagaisesuatu subjek tersendiri. iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanansesuatu sistem pengurusan. Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiatuntuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluasserta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

Aplikasi Internet dalam Pendidikan Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasanharian atau yang melibatkan proses P&P. Menurut Majlis Teknologi Maklumat KebangsaanMalaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun2003. Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002). Inimenunjukkan penggunaan internet ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia.Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internettelah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah (a) menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), (b) menyokonguntuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997), (c) menyediakan peluang untuk belajr dengan luas dalam konteks sumber asli (Lafley,Tupper and Musser, 1998), dan (d) menyediakan alat yang membolehkan guru pelatihmeningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996). Charp (2000) pulamenyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahajamencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi. Komunikasi Mail Elektronik (E-mel) merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan denganmeluas. Selain itu,listservs,Newsgroups dan Chat juga merupakan perkhidmatan internetyang membolehkan kita berkomunikasi. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara

satusama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Melalui kajianHampton (2000) terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara penggunaan e-mel. Kajian menunjukkan semakinkerap seseorang menggunakan internet maka semakin kerap mereka berhubung dengan rakanatau -saudara melalui e-mel. Ini jelas menunjukkan penggunaan emel dapat membentuk isolasi masyarakat. Melalui penggunaan e-mel juga, guru dengan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoaljawab, bincang soalan dan berkongsi pengalaman sertapengetahuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan emailialah (Zulkifli, 1998): i.Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian. ii.Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. iii.Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ;teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.iv.Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenaisesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikansesuatu masalah yang timbul. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: i.Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. ii.Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakangnegara mengenai berbagai isu semasa. iii.Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melaluikomunikasi dengan rakan pena di luar negara.iv.Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line" Pembelajaran interaktif dalam talian Internet telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dandiakses secara jarak jauh.E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaranyang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisisatelit atau komputer. Menurut Lowe (2000) staf akademik dan pelajar mendapatipembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipiliholeh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaransecara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru

menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauhmenyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global. Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut: i.Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya. ii.Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti danmasa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G. iii.Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti,kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualititanpa berpindah lokasi. iv.Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer,rakaman pita video dan lain-lain. v.Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya,menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpulmaklumat dan membangunkan kemahirannya. Penggunaan teknologi internet Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat danseterusnya pretasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foundation dalamThomas (2000) terhadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53%ibu bapa dan 48% pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkankerja sekolah. Kajian menunjukkan 43% daripada responden kajian menyatakan penggunaaninternet dan multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah.Mengikut kajian yang dijalankan oleh MCI (1998) di Amerika Syarikat yang berkaitandengan penggunaan internet dalam pendidikan, 91% guru berminat dengan penggunaaninternet semasa mengajar. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa lebih 48% guru sudahmenggunakan internet dalam pengajaran mereka. Kebanyakan guru dan masyarakat diAmerika percaya internet dapat meningkatkan taraf pendidikan kerana; i.90% berpendapat internet dapat meningkatkan pencapaian pelajar; ii.97% berpendapat internet dapat menyediakan pelajar kepada kejayaan di masahadapan; iii.87% berpendapat internet dapat mengurangkan kos yang perlu guru gunakan dalamaktiviti dalam kelas.

saiful: 0148535376 pena: 01119030308

Anda mungkin juga menyukai