Anda di halaman 1dari 20

SOALAN 1

1.0

PENGENALAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dalam Bahasa Inggerisnya iaitu Information and Communication Technology (ICT) merupakan elemen penting dalam membantu pencapaian matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha ke arah pembestarian sekolah menekankan inisiatif kerajaan dalam pembangunan ICT dalam pendidikan. Persediaan dan pelaksanaan PIPP yang disenaraikan meliputi aspek infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Antara pelaksanaan KPM adalah literasi ICT untuk semua murid memperoleh kemahiran menggunakan ICT, mengutamakan peranan dan fungsi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, dan menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan (KPM 2007).

Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah. Pelbagai

pendekatan, strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan kebolehan kanak-kanak digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran dalam kurikulum pendidikan prasekolah. Pembelajaran yang berkesan dari usia kanak-kanak lagi akan membentuk satu asas pembelajaran yang kukuh dan mantap bagi membantu mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi (Sharifah Nor 2002; PPK 2003a). Penggunaan ICT dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Komputer sesuaiuntuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran keranaia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengansistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, sebarang masalah pengajaran dan pembelajaranmampumenyelesaikan.

Hal ini selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah sertamenarik.

Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikandalam sistem pendidikan negara. Hal ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalandata, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaankonsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor RayaMultimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yangmempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakanteknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yangdihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehidengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumatkepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaanMalaysia telah mengambil inisiatif untuk terus

memperkembangkan teknologi komunikasidan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Tujuh aplikasiutama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju dan makmur (MDC,2000).Melalui MSC, internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti sama ada dalam tugasanharian atau yang melibatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Menurut Majlis Teknologi Maklumat KebangsaanMalaysia (MTMK) melaporkan

terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun2003. Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002). Hal ini menunjukkan penggunaan internet ini diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia.

Terdapat petanda pembinaan teknologi baru meningkatkan prestasi pembelajaran. Evans dan Nation (2000) telah melaporkan bahawa penggunaan inovasi teknologi baru termasuk internettelah banyak memberi sumbangan dalam pendidikan dan diantaranya adalah (a) menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan (Oliver and Short, 1997), (b) menyokonguntuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan (Kennedy and McNaught,1997), (c) menyediakan peluang untuk belajr dengan luas dalam konteks sumber asli (Lafley,Tupper and Musser, 1998), dan (d) menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih meningkatkan kuasa dan proses kognitif (Jonassen and Reevers, 1996). Charp (2000) pulamenyatakan kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan murid belajar, bekerja, berkomunikasi dan bermain.

Revolusi internet bukan sahajamencari maklumat secara global malah menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi. Sejajar dengan perkembangan teknologi ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telahmemperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumatmalah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkannegara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkanorganisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

i.ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. ii.Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagaisesuatu subjek tersendiri. iii.Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

keberkesanansesuatu sistem pengurusan.

Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiatuntuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

2.0 Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Sikap terhadap komputer ialah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer. Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif adalah penting untuk mendorong seseorang pelajar bagi mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, sikap dan kesedaran merupakan cara yang terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan komputer. Sikap dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. SitiFatimah (2001) mendefinisikan Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer atauPPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraanmultimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaankomputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisianPPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. PPBK adalah berbeza darifungsi

perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supayaobjektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan. Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak

disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan

melancarkan rekabentuk antaramuka perisian.

Antara

Istilah-istilah

yang

selari

dengan

PPBK

dalam

bahasa

asing

ialah

seperti"computer-assisted

instruction",

"computer-aided

instruction",

"computer-

assistedlearning" dan "computer-aided learning".Pebezaan istilah-istilah ini hanyalah dari segi nama. Apa yang penting ialah fungsinyatetap sama iaitu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Berikutadalah antara istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbincang tentang soal PPBK :

a) Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI) CAI adalah medium pendidikan dimana isi-isi pengajaran atau aktiviti pengajarandisampaikan oleh komputer. Pengguna belajar dengan berinteraksi dengan komputer.Maklumbalas dari komputer akan dikeluarkan berdasarkan respon yang diberi oleh pengguna. Dalam proses pengajaran ini, komputer berperanan sebagai pemudahcarayang lazimnya dilakukan oleh seorang guru. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisian yang dibuat khas untuk digunakan dalam bilik darjah. Sekiranya bahan-bahan tersebut digunakan sama ada dalam bentuk cakera liut atau cakera padat, proses pengajaran tersebut dianggap sebagai pengajaran bantuan komputer atau CAI.

b) Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL) Pembelajaran Bantuan Komputer atau CAL ialah satu bentuk pembelajaran untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan dengan kadar kendiri. CAL berbeza dengancara CAI yang berdasarkan kepada respond pelajar dan maklum balas.

c) Courseware / Perisian Kursus Menurut sumber dari laman web Smart Learning System oleh MIMOS, perisiankursus merujuk kepada kepada pengajaran sebenar meliputi kedua-dua isi kandungandan teknik yang yang digunakan dengan menggunakan arahan komputer. Perisian kursus merujuk kepada isi kandungan pengajaran yang direncanakan dimasukkan kedalam alat pengarangan seperti ComIL untuk dijadikan bahan dan sumber pengajaran. Dengankata lain perisian kursus adalah PPBK seperti yang telah diterangkan terlebih dahulusebelum ini.

D) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning) Secara amnya, pembelajaran berasaskan web merujuk kepada pengajaran yangdisampaikan melalui jaringan WWW di mana bahan pengajaran, kumpulan diskusi,urusan ujian dan lain-lain adalah berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001), sistem pembelajaran berasaskan web merupakan sistem pembelajaran yang terbukadan fleksibel. Sesungguhnya potensi web dalam pendidikan ini amat luas sekali. Alternatif kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sistem pembelajaran berasaskan web ini akan meningkatkan lagi minat dan motivasi mereka untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak mungkin dapat diterima dari sebuah kelastradisional. Contohnya, penggunaan e-mail sebagai alat komunikasi untuk bertukar-tukar maklumat dalam suasana yang tiada batasan.

Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pentingnya merangka danmemantau pertukaran maklumat ini untuk memastikan pembelajaran yang bermakna sebenarnya berlaku. Oleh itu, dalam kesungguhan dan keghairahan untuk menggunakan web sebagai media pengajaran, para pendidik perlu juga menekankantentang keperluan untuk pembelajaran. Bagi Duchastel (1997) sumber maklumat,tahap interaktiviti, pembelajaran

berstruktur dan komunikasi adalah empat ciri yangsepatutnya ada dalam tetapan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Memperolehimaklumat baru adalah sebab utama pelajar belajar. Interaktiviti pula adalah apa yang berlaku antara pelajar dan sumber pembelajaran sama ada melalui penelahan buku, simulasi, perbincangan mahupun program multimedia. Disini proses peningkatan dan pemurnian pengetahuan pelajar akan berlangsung.

Struktur pula memastikan fokus pembelajaran adalah selari dengan objektif atau hasil pembelajaran yang mahudicapai. Sebagai tambahan, komunikasi pula memberikan seting

sosial supaya pertukaran maklumat, bantuan peribadi dan motivasi berlaku.Sebagai kesimpulannya, pembelajaran berasaskan web ini menggunakan corak pembelajaran secara penerokaan. Sungguhpun capaian maklumat amat senangdidapati dengan menerokai dan

melayari internet, maklumat tersebut tidak semestinya berilmu atau berguna. Oleh kerana inilah Duchastel menekankan kepentingankeempat-empat keperluan tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

2.1 Faktor Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Antara faktor yang dilihat paling utama ialah faktor sikap guru itu sendiri. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah yang telah diterbitkan di dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 59-65, mendapati sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran adalah positif.

Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran berdasarkan jenis aliran sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT.

Kajian ini melibatkan 105 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan atau purposive sampling bagi mendapatkan maklumat kajian yang dikehendaki. Oleh itu, pemilihan 58 orang guru dari sekolah kebangsaan (SK) dan 47 orang guru pula dari sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Bintulu. Pengalaman

mengikuti kursus didapati mengubah sikap guru-guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru-guru mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan ICT dan ingin menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun peluang mengikuti kursus agak terbatas menyebabkan mereka merasakan tertinggal dari aspek pengaplikasian ICT. Guru-guru juga didapati bersikap kurang pasti terhadap penggunaan ICT untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui analisis yang telah dilakukan menunjukkan bahawa responden bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah.

Secara keseluruhannya, analisis dapatan kajian ini telah menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini menyamai dan disokong oleh beberapa kajian terdahulu tentang sikap guru terhadap penggunaan ICT sama ada dalam pengajaran Bahasa Melayu ataupun mata pelajaran lain. Antara kajian penyelidikan yang telah dijalankan terhadap guru Bahasa Melayu adalah seperti kajian Hamzah (2003), Mohd. Khairuddin (2005), Suwarnee (2006), Noraini (2007) dan Fairose (2007).

Hasil kajian ini turut mendapat sokongan daripada penyelidikan dalam mata pelajaran lain, termasuk kajian Abdul Malek (2002) yang meninjau terhadap penggunaan ICT dalam mata pelajaran aliran kemanusiaan dan aliran teknik dan vokasional, manakala kajian M. Nadarajah (2002) melihat kepada penggunaan ICT bagi mata pelajaran Ekonomi, sementara Mohd. Jasmy, Mohd. Arif dan Norsiati (2003) telah melakukan kajian ke atas mata pelajaran Sains dan Matematik. Dalam pada itu, kajian-kajian juga pernah dilakukan ke atas oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT secara umum tanpa memfokuskan mata pelajaran yang tertentu seperti kajian Roslina (1999) dan Abdul Manan (2005).

Hasil kajian tersebut juga mendapati guru-guru mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran mereka. Suwarnee (2006) telah juga melihat kesediaan

guru-guru terhadap penggunaan ICT. Hasil kajiannya mendapati sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Satu lagi kajian iaitu mengenai sikap guru bahasa melayu yang pernah menghadiri kursus ict dengan tidak pernah menghadiri kursus ict terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Hasil analisis ujian-t ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk mengendalikan komputer dan

mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Hal ini sejajar dengan pendapat Summer (1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Russel dan Bradley (1997) dalam Alexandra et al. (2006) melaporkan bahawa ramai guru yang tidak menggunakan komputer disebabkan mereka kekurangan keyakinan diri ataupun berasa takut akan komputer. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati kewujudan sikap negatif guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004) yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mindset tentang kaedah pengajaran yang disukai mereka.

Selain itu, faktor lain yang dilihat mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah beban tugas guru. Secara tradisinya kita mengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar dan mendidik manusia, iaitu muridnya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan berdasarkan

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebaliknya tugas guru kini lebih pelbagai. Selain daripada tugas mengajar, guru juga dibebani dengan tugas-tugas perkeranian, fasilitator, motivator, perancang, penasihat kokurikulum, pemimpin kelab, persatuan, jurulatih sukan, guru data dan banyak lagi. unit beruniform,

Mengikut Che Yaakob (199I), para guru kini telah dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas yang utama, iaitu mengajar. Penyataan Che Yaakob itu disokong melalui kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Shukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad Yazi Kerya (2006) yang menyatakan selain daripada tugas akademik, guru juga terpaksa memegang pelbagai jenis jawatan lain sama ada dalam bidang bukan akademik seperti ketua panitia dan jawatankuasa panitia, hal ehwal murid seperti disiplin, kebajikan, kesihatan, rancangan makanan tambahan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya.Tugas akademik terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim (berkala). Antara yang termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah mengajar subjek. Sekaligus, perkara ini menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Oleh itu, mereka menjadi kurang berminat untuk mempelajari dan menguasai komputer kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain.

Shahbudin (1986), dalam kajian terhadap beban tugas guru mendapati seorang guru menggunakan purata 44.28 jam seminggu untuk menyelesaikan tugas mereka di sekolah dan rata-rata guru terpaksa menggunakan masa di luar waktu rasmi persekolahan untuk menyelesaikan tugas, terutamanya bagi membuat persediaan mengajar serta memeriksa kerjakerja pelajar. Mohd Saudi (1998) pula mendapati bahawa guru menggunakan sebanyak 37.02 jam seminggu bagi tugas bermusim. Hal ini telah menjadikan jumlah masa untuk tugas akademik bagi seseorang guru ialah 39.59 jam. Manakala, bagi tugas bukan akademik secara rutin ialah 21.59 jam dan 3.17 jam seminggu bagi tugas bermusim dan menjadikan jumlah keseluruhan bagi tugas bukan akademik ialah sebanyak 24.62 jam seminggu. Jumlah masa keseluruhan seorang guru dalam seminggu ialah 64.21 jam dengan 61.3% (39.58 jam)

digunakan untuk tugas akademik dan 38.7% (24.62 jam) untuk tugas bukan akademik. Jumlah ini sebenarnya melebihi masa rasmi sekolah, malah melebihi masa kerja bagi penjawat awam yang lainnya.

Faktor berikutnya yang dikaitkan dengan mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran asas ICT seseorang guru. Keputusan analisis Abdul Razak Idris & Norazlina Binti Adam dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa purata peratusan sebanyak 83.5 peratus daripada 132 orang guru menguasai pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet. Ini memberi memberikan gambaran bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan Internet. Walau bagaimanapun hasil kajian penyelidikan ini dan hasil dapatan kajian Rozaidi Che Mahmood (2000) bertentangan.

Hasil kajian yang diperolehi oleh Rozaidi Che Mahmood ke atas empat buah Sekolah Menengah di Johor Bahru mencatatkan pengetahuan asas yang kurang tentang penggunaan internet dengan purata peratusan sebanyak 22.4 peratus. Hal ini menunjukkan peningkatan yang besar berlaku dalam pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet dalam kalangan guru-guru sepanjang lapan tahun. Dapatan ini berkemungkinan dari kesan latihan atau kursus yang dihadiri oleh guru-guru sepanjang perkhidmatan mereka. Dari kajian lepas oleh Md. Musa bin Ahmad (2003) mendapati guru-guru berminat mendekati dunia internet setelah memiliki pengetahuan asas yang diperolehi daripada usaha mereka dan kursus yang diikuti sepanjang perkhidmatan.

Menurut Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 1 terbitan Mac 2011, terdapat lima kateogri aplikasi ICT antaranya ialah pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik dan internet. Dalam jurnal ini, terdapat jadual berkenaan tahap kemahiran asas ICT berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 197 orang guru terlatih yang berkhidmat di tiga buah sekolah bestari kategori asrama penuh. Kajian terebut telah dijalankan oleh Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim di mana dapatan kajian mereka menunjukkan guru sangat mahir dalam mengendalikan

pengoperasian asas komputer seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, mencetak dokumen serta mengimbas (scan) virus.

Bagi aplikasi pemprosesan perkataan didapati guru berada pada tahap tinggi menggunakan perisian Word. Mereka boleh menggunakan perisian tersebut termasuk mengedit teks, mengimport grafik dan jadual. Guru-guru ini juga didapati mahir menggunakan aplikasi hamparan elektronik seperti memasuk dan mengedit data, membina jadual, mengguna formula serta menganalisis data. Selain itu, guru didapati mahir menggunakan perisian PowerPoint di mana mereka boleh menghasilkan slaid serta memasukkan elemen multimedia (audio, grafik, animasi, teks & video) dan hyperlink. Bagi aplikasi Internet, guru didapati mahir menggunakan emel, melayari laman web, muat naik dan turun bahan serta berkomunikasi secara sinkronis.

Apa yang saya dapat rumuskan ialah guru didapati mempunyai kemahiran asas ICT pada tahap tinggi. Pengoperasian asas komputer serta penggunaan pemprosesan perkataan didapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru yang dikaji. Dapatan kajian ini

menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoriti guru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Hasil kajian ini juga tidak jauh berbeza dengan kajian Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan Salleh-Huddin (1997), Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990).

Kesemua kajian ini mendapati aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan guru dan mereka sangat mahir menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, dan sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran seperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran.

Kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain khususnya hamparan elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka boleh menggunakan aplikasi

tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Namun, masih terdapat guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini. Keadaan ini adalah satu kerugian kepada guru tersebut

kerana semua aplikasi ini dapat membantu guru menjadikan pengajaran mereka bertambah menarik dan berkesan. Penggunaan aplikasi hamparan elektronik sememangnya memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002; Drier, 2001). Aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan.

Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan bekerjasama antara satu sama lain, di samping meningkatkan kemahiran koloberasi dengan rakan. Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan dengan penggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan Norizan (2003) yang mendapati guru masih kurang mahir menggunakan aplikasi Internet. Hal ini

berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi berperantara komputer sudah semakin menjadi kelaziman kepada sebahagian besar guru terutamanya golongan muda. Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis seperti telesidang video dan chat.

Faktor yang seterusnya yang dapat dikaitkan dengan penguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu ialah pengintegrasian internet dalam pembelajaran. Pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian melalui Jurnal Pendidikan 1

menunjukkan majoriti guru menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi. Aplikasi hamparan

elektronik turut digunakan oleh majoriti guru sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. sederhana. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap

Selain itu, majoriti guru turut didapati menggunakan aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Kebanyakan guru juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Namun begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru,

pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah. Majoriti guru didapati merujuk kepada World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. maklumat menggunakan rangkaian Intranet, kurang Daripada segi perkongsian separuh guru yang

daripada

menggunakannya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. berada pada tahap rendah.

Pengintegrasian aplikasi ini

Dapatan kajian ini berbeza pula dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004) pengintegrasian ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati pada tahap sederhana. Ramai guru didapati mengguna aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih tinggi berbanding sedekad lalu. Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras dengan kemahiran teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. Selaras itu juga, guru perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang kepada mereka untuk sentiasa mempertingkat pengetahuan dan kemahiran ICT agar sejajar dengan perkembangan ICT semasa.

Faktor galakan pihak pentadbir mempengaruhi denganpenguasaan guru terhadap aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan oleh Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd Aiman Abdullah @ Sigan Ak Isa dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia kajian mendapati bahawa Purata Min keseluruhan bagi persoalan

kajian ini berada pada tahap sederhana.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor

keyakinan guru tidak mempunyai pengaruh yang besar dalam penggunaan komputer dalam kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Bintulu Sarawak.

Jadi, apa yang saya dapat simpulkan ialah pihak pentadbir sendiri hendaklah mengambil berat dan memberi sokongan seperti mengadakan kursus komputer atau seminar berhubung dengan teknologi maklumat, ini akan memberi satu rangsangan kepada guru-guru untuk menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi oleh beberapa dapatan kajian lalu. Menurut Sherry (1990) tanpa sokongan pihak pentadbir secukupnya, keberkesanan penggunaan komputer di sekolah menjadi sangat terhad. Kajian Bakhtiar (1995) juga menunjukkan kepentingan peranan pengetua di peringkat sekolah untuk menjayakan apa jua program pendidikan. Tegasnya, inisiatif penggunaan teknologi maklumat boleh diambil alih oleh seseorang yang mengawal dan mencorakkan sesebuah organisasi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan komputer di sekolah memainkan peranan berhubung dengan penggunaan komputer. Jika segala kemudahan yang berkaitan dengan komputer memuaskan dan mencukupi, ini akan memberi satu rangsangan kepada guru-guru untuk menggunakan komputer dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini banyak disokong oleh dapatan kajian-kajian lalu. Menurut Becker (1991), kekurangan perkakasan yang terkini merupakan salah satu daripada masalah utama yang dihadapi dalam penggunaan komputer di sekolah.

Begitu juga dengan kajian oleh Hasselbring (1991) mendapati komputer yang ada di kebanyakan sekolah terdiri daripada perkakasan teknologi lama, rendah kualiti dan tidak berupaya menjalankan program pengajaran yang terkini. Dua komponen utama untuk menggunakan komputer secara berkesan ialah perkakasan dan perisian. Jika kualiti perisiannya baik tetapi menggunakan perkakasan lama dan rendah keupayaannya, adalah tidak berguna dan begitulah sebaliknya.

Walaupun begitu,

situasi itu sama sekali berbeza di Malaysia. Kenyataan ini

berdasarkan satu artikel di dalam akhbar Berita Harian terbitan 23 Ogos 2012 menyatakan kebayakkan alatan ICT yang dibekalkan ke sekolah tidak dapat dimanfaatkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, kira-kira 25 hingga 50 peratus daripada peralatan bernilai lebih RM 500 juta untuk projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) antara 2003 dan 2008 tidak dapat digunakan lagi. Apa yang dinyatakan di atas, sudah jelas untuk memberitahu kita bahawa alatan ICT seperti komputer, LCD dan sebagainya yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak digunakan dengan sebaiknya dan hanya menjadi gajah putih. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kualiti alatan yang telah dibekalkan tetapi turut dipengaruhi sikap, cara penggunaan dan ilmu serta kemahiran yang ada pada guru itu sendiri.

Kajian yang dijalankan oleh Sunal (1996) mendapati masalah utama penggunaan internetdaam pengajaran ialah keperluan untuk menambah akses internet seupaya proses pengajarandan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kajian juga menunjukkan guru memerlukankemudahan mengakses internet di dalam kelas. Untuk mencapai tahap

penggunaan yangoptima, beberapa komputer diperlukan untuk kegunaan di dalam bilik darjah. MengikutMcKenzie (1996) yang menyatakan guru memerlukan 6 sehingga 8 unit komputer di sekolahrendah dan 10 sehingga 15 unit komputer di sekolah menengah untuk membolehkan program berasaskan teknologi dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Namun

demikian,kemudahan ini sukar diperolehi kerana kebanyakan sekolah hanya menawarkan akses internetuntuk satu atau sua komputer yang terletak di perpustakaan atau makmal komputer sahaja.Penyusunan demikian akan menyebabkan tahap penggunaan internet masih rendah dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet menjadi sukar kerana tidak terdapatkomputer dalam kelas. Hal ini adalah disebabkan kekangan peruntukan kewangan untuk membelikomputer dan membuat penyelenggaraan komputer.

3.0 Kesimpulan Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru,malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan

berasaskankomputer ini. Dalam konteks pendidikan, komputer bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internetdianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata sertamembolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkankolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dandisebarkan dengan mudah.

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun terdapatmasalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan telahmembuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program

yangdilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkatsekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidangseperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan keperluan industri.Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.

Anda mungkin juga menyukai