Anda di halaman 1dari 2

LATAR BELAKANG PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN DALAM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pengisytiharan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991 dan Pelancaran Agenda IT Kebangsaan

(National IT Agenda, NITA) pada Disember 1996 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun

Dr Mahathir Mohamad telah merubah wajah Malaysia untuk menjadi negara maju yang kaya

dengan maklumat dan Multimedia Super Corridor (MSC) telah ditubuhkan bagi mencapai

agenda IT Kebangsaan. Salah satu bidang yang perlu diberi tumpuan khas ialah E-Learning

yang membawa implikasi yang besar dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi

tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menjayakan agenda e-learning dan

menyediakan prasarana pendidikan khususnya infrastruktur teknologi maklumat (IT) bagi

tujuan pengajaran dan pembelajaran moden (Mohd Faris Dzauddin& Ruslan Rainis, 2003).

Teknologi pendidikan bermaksud teori dan amalan tentang reka bentuk, membangun,

mengguna mengurus dan menilai proses dan sumber pembelajaran. Oleh itu terdapat lima

domain yang saling bergantung peranan dalam menentukan peningkatan pengajaran dan

pembelajaran aitu reka betuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian (Seel &

Ritchey, 1994). Penggunaan teknologi dalam pendidikan bermaksud penggunaan secara

sistematik pengetahuan sainstifik yang diintegarasikam dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Ianya adalah satu usaha

bersepadu dan sistematik bagi memastikan peningkatan mutu pendidikan (Abdul Latif Gapor,

2006).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerapkan elemen celik komputer

dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah pada tahun 2002. Di peringkat rendah, ICT wajib

diterapkan untuk menarik minat murid dalam mata pelajaran matematik dan sains. Di peringkat

menengah pula keperluannya adalah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan
berkemahiran ICT dan dapat menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif bagi

meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik mereka (Habibah Lateh dan Arumugam

Rahman, 2004). Pengelolaan ICT amat penting di dalam era globalisasi ini bukan sahaja untuk

memudahkan tenaga pengajar malah untuk menarik minat pelajar untuk menguasai

pembelajaran dengan lebih pantas dan mudah. Pengelolaan ialah mengendalikan aktiviti

pengajaran berdasarkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip pengajaran tertentu untuk

menjayakan tujuan pengajaran agar tercapai secara lebih efektif, efisien dan produktif yang

mempunyai strategi dan perencanaan diakhiri dengan penilaian yang dapat dijadikan panduan

penambahbaikan untuk pengajaran yang seterusnya. (Ahmad Rohani HM dan Abu Ahmadi

Primurlib, 1995)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti internet, laman web, e-

mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Penggunaan internet

membolehkan murid mengakses maklumat dengan mudah dan tanpa batas. Sementara

penggunaan emel pula dapat membantu murid berkongsi maklumat dengan rakan mereka di

serata tempat (Mazdi Marzuki dan Mohmadisa Hashim, 2006). Penggunaan teknologi moden

dalam pendidikan di Malaysia bukan sahaja menggunakan ICT tetapi pembelajaran juga

dibantu oleh penggunaan peralatan moden dan canggih bagi memajukan bidang pendidikan di

Malaysia supaya setaraf dengan pendidikan antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai