Anda di halaman 1dari 11

ICT Dalam Pendidikan

ICT Dalam Pendidikan


• ICT (Information Communication Technology) adalah
sistem yang membolehkan pengumpulan,
pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi
maklumat dalam pelbagai bentuk.
• ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan
pentadbiran pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang
hayat.
• Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan
aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat
dan masa.
• Meningkatkan penggunaan sumber
pendidikan.

• Berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di


samping mempercepat proses pendidikan
berasaskan kadar kebolehan pelajar.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama
ICT dalam pendidikan.
• 1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar,
bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan
kemudahan ICT.
• 2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam
pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai
kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata
pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi
peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi
peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian
kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya,
perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan
kejuruteraan).
• 3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT
untuk meningkatkan produktivi, kecekapan,
dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini
terhasil daripada pengautomasian pejabat dan
pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang
membawa kepada penambahbaikan proses
kerja.
Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi
10 tahun akan datang bermatlamat
1.Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT.
2.Memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT.
3.Memperluas kurikulum berasaskan ICT.
4.Meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan
ICT.
5.Menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P.
6.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan
pelajar, tenaga   pengajar, dan personel KPM.
7. Meningkatkan penggunaan ICT dalam
pengurusan pendidikan.
8. Meningkatkan usaha pengurusan dan
penyenggaraan perkakasan ICT.
9. Meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam ICT.
10. Meningkatkan kerjasama antara institusi
pendidikan dengan masyarakat dalam
membanuk memperkembangkan ICT
dalam pendidikan.
ICT dalam Pengurusan Sekolah
• TEKNOLOGI maklumat dan komunikasi (ICT)
sememangnya dapat membantu  pengurus
pendidikan dalam membuat keputusan,
menyesuaikan diri dengan perubahan dan
selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam
organisasinya.
• ICT elemen penting dalam mentadbir dan mengurus
sekolah. 
• ICT sangat  membantu dan menolong  mereka  (pengurus
sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap,  berkesan,
mudah, cepat dan  membuat keputusan yang baik yang
melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti
pendaftaran pelajar,  pelbagai rekod, kawalan inventori,
jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal
yang berkaitan peperiksaan.
• Pendapat Laudon dan Laudon  ( 1997 ) yang menyatakan 
sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-
komponen yang bersepadu yang mengumpul dan
menyimpan maklumat  bagi membantu organisasi
membuat keputusan, merancang, mengawal dan
menganalisis.
Kesimpulan
• Penggunaan ICT boleh menjadikan proses
pendidikan suatu pengalaman yang
menyeronokkan dan menarik di samping
membantu pelajar memahami sesuatu konsep
dengan cepat dan mudah.
• 1. memberi peluang kepada pelajar untuk
belajar sendiri berdasarkan kemampuan
masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman
sesuatu konsep matapelajaran.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik
dan menyeronokkan .
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan
pengetahuan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai