Anda di halaman 1dari 10

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek...

Page 1 of 10

4th December 2012

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi


dan Cabaran Terhadap Guru Sukan

PEMBESTARIAN SEKOLAH, PERINTEGRASI TEKNOLOGI DAN CABARAN TERHADAP


GURU SUKAN

BAB 1
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam
pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P),
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah
juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran
yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama
Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah
berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran
dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri(self-paced).
1.1

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya
berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario
dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta
budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan
menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan
pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak,
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.
1.2

KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to
counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to
success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of
choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn
for continuing education throughout their lives.

http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 2 of 10
Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996
The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more
schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet
through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of
implementation. Advanced teaching and learning materialsdeveloped through the Smart School Pilot
program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used
to improve administration processes.
Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next
Leap, 3 July 2004
pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan modenmengikut
arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk
meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan
komputer danmengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005
1.3

SKOP PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang sedia ada di
sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah
ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan:
1. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
2. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
3. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sekongan
Pembestarian Sekolah akan menfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolahsekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut:
1. projek makmal Komputer Sekolah
2. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
3. rangkaian SchoolNet
4. rancangan TV pendidikan
5. projek Rintis Sekolah Bestari

http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 3 of 10
6. ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7. mata Pelajaran yang Berasaskan ICT
8. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta
9. latihan ICT Guru
10. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah
Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut keutamaan dan
keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.
DASAR DAN MATLAMAT
Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu:
1. ICT untuk semua pelajar
2.

ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata
pelajaran

3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan


Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah
Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

Bab 2
2.0 PENGENALAN
Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan
sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan
sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin meluas sama ada
dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan
teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan
penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajarpelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology
can make our lives easier.Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi
dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk
kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 4 of 10

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan computer. Justeru itu, penggunaan komputer
dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan berada dalam satu masa
perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa sempadan, IT, ICT, e, siber,
global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang sekiranya gagal untuk difahami
menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu, penggunaan teknologi maklumat
seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003),
menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian
elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat
secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu
juga, kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga
melibakan faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian
pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta
membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.
Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah,
guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan
kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan
sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang
masih berada di tahap perlu belajar dan perlu bimbingan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam
pengajaran bukan berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang
penuh dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam
kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang
mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam
pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan
kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.1

Definisi teknologi maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya
komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan
perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.
Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 5 of 10
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya, penggunaan komputer dan
perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

2.2

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa

Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan
penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam
pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang
berkaitan.

2.3
Kekangan Yang Perlu Dihadapi Oleh Guru Bagi Merealisasikan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui TMK
Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke
dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada
kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusannya.
2.4

Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat

Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar
dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan
bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh murid-murid dengan menggunakan alat
teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya.
Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran
seseorang guru untuk mengendalikannya. Oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat
dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah mempunyai beberapa kekangan yang perlu di ambil berat
iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar
dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT.
Justeru itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara
sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam
http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 6 of 10
pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan
membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya kepada murid-murid.

2.4

Penerimaan guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara
khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu
mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guruguru bahasa yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak
pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis sematamata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan
penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini
menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan
teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan
teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan
takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara
yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan
sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

2.5

Kemudahan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana
yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan
teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar.
Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu
punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga,
peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan
teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan
http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 7 of 10
dalam proses pengintegrasian . Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan
dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan
komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran
penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik
komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan murid lain.
2.6

Penerimaan teknologi oleh murid

Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat murid terhadap pengajaran bahasa.
Walau bagaimanapun, murid yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan
komputer didalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula, mereka kurang menunjukkan minat
dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer. Penguasaan menulis karangan
kurang berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan
pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang
lebih kepada murid-murid. Murid - murid juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam
pengajaran.
2.7

Kurikulum berasaskan peperiksaan

Antara masalah yang dihadapi guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas adalah
bebanan kurikulum. Sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru tergesa-gesa untuk
menghabiskan silibus sebelum berakhir tempoh satu tahun. Oleh itu guru terpaksa menggunakan kaedah
tradisi bagi memastikan silibus dapat dihabiskan dalam tempoh tersebut. Hal ini menyebabkan guru
kurang masa untuk merancang pengajaran mereka dengan lebih kreatif dan inovatif.
Salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut ialah sistem
pendidikan kita yang secara umumnya masih lagi berorientasikan peperiksaan. Sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan juga merupakan penghalang utama kepada usaha pemupukan kreativiti
dalam bilik darjah.Yong (1989) berpendapat bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk
memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para murid yang
berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan KBSM telah dinyatakan bahawa fungsi
peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi juga untuk
membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah tetapi hakikat sebenarnya
ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan
seterusnya digunakan dalam peperiksaan, lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis
dipinggirkan.
Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan
http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 8 of 10
pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk
melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan
guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam
peperiksaan (Toh, 2003). Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan murid yang ramai
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang
berkesan(Toh, 2003). Disebabkan itu guru mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR
dan KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran yang lama
yang lebih berpusatkan guru. Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan terhadap pembangunan
kreativiti pelajar begitu mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan
this emphases have taken a heavy toll on the creativity of Malaysia students(m.s. 20). Gardner
(1991) menyatakan bahawa tempoh umur antara dua hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang
kritikal untuk kreativiti diluahkan. Walau bagaimanapun sebaik sahaja murid memasuki alam
persekolahan mereka menjadi kurang inovatif dan lebih berhati-hati.

2.8

Jurang Digital

Terdapat jurang yang ketara dari segi taburan dan penggunaan ICT di antara Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak serta antara Lembah Klang dan kawasan lain di Malaysia. Masalah ini jika tidak
diatasi segera boleh membantut usaha kerajaan melahirkan individu yang berpengetahuan yang
seterusnya membentuk masyarakat berpengetahuan.
2.9

Ancaman Siber

Ancaman siber merupakan masalah yang sering di hadapi oleh pengguna komputer pada masa kini
memandangkan kebanyakkan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian internet di mana ia
merupakan pusat yang menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara terbuka.
ICT dan internet yang sangat dinamik dan cepat berubah juga merupakan faktor penyumbang kepada
ancaman siber. Apa yang pasti kesan ancaman ini boleh merebak secara global dalam masa yang
singkat.
Bagaimanapun,ancaman atau aktiviti yang tidak sihat ini tidak seharusnya menjadi penghalang untuk
kita menjauhkan diri daripada internet kerana ia menjadi keperluan penting dewasa ini.Maka amatlah
penting para guru dan pengguna untuk mempunyai asas dan pengetahuan mengenai keselamatan dunia
siber dalam penggunaan komputer dan perkhidmatan komputer.
3.0

Kesimpulan

http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | Tek... Page 9 of 10
Konsep penting yang perlu dititikberatkan dalam proses P&P adalah proses atau suasana pembelajaran
yang seronok dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Penggunaan teknologi ini bukanlah bermakna
menambil alih tugas seseorang guru sehingga penafsiran guru tidak relevan lagi.Teknologi akan
diintergrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar
belajar secara bernas bukan hanya semaya-mat pelajar dan menggunakan teknologi. Aktiviti
pembelajaran haruslah dirancang dengan rapi oleh guru supaya teknologi seperti internet dapat
digunakan dengan lebih efisien dan tidak terikat dengan kaedah pengajaran secara tradisional selama
ini.Pembelajaran secara konstruktif,aktif,kolaboratif,bermatlamat,berwacana,berkonteks dan reflektif
dapat diterapkan jika kaedah pembelajaran secara berpusatkan pelajar diamalkan. Justeru itu,pelbagai
pihak terutama guru dan pentadbiran sekolah serta kerajaan haruslah memahami halangan-halangan
yang mungkin terjadi dalam penggunaan teknologi diamalkan.Pihak yang berkenaan haruslah bersedia
untuk menghadapi segala permasalahan yang timbul pada masa akan datang.
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan
masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah
terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah
mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.Untuk
mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran
dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh
perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita
sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf pengguna, selagi itulah
kita tidak mampu merubah apa-apa.Educational technology is a process of using our knowledge, which
includes the body of knowledge in the entire field of education and any pertinent scientific and technical
knowledge in all other disciplines, for designing the most appropriate learning environment for student
success.Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving
performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources.
(AECT, 2004).
Jelasnya,teknologi ini tidak akan mengubah peranan guru sebaliknya guru haruslah berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang ini agar dapat digunakan
semaksima mungkin.teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban guru dan pelajar.Para guru
haruslah bijak dalam mengaplikasikan dan menyesuaikan penggunaan teknologi ini dalam
P&P.Perancangan yang teliti haruslah dibuat dan amatlah penting supaya dengan adanya teknologi ini
memudahkan semua pihak.Semua aplikasi yang ada boleh digunakan selagi sumber maklumat atau
bahan bantu mengajar yang diapplikasikan terus-menerus dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru
dalam era maklumat, Siti Fatimah (1998) menekankan bahawa peranan guru kini telah berubah daripada
sebagai sumber memberi dan menyampaikan maklumat kepada pemudahcara (fasilitator) atau pengurus
untuk mendapatkan maklumat. Justeru guru perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran
menggunakan teknologi maklumat berasaskan komputer serta pelbagai aplikasinya.

http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Pembestarian Sekolah, Pengintegrasi Teknologi dan Cabaran Terhadap Guru Sukan | T... Page 10 of 10

Biblografi:
Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur
Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat
Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana Muda
Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom.
Boston: Allyn and Bacon.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah [http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%
22Mohd.+Izham+Mohd.+Hamzah%22&source=gbs_metadata_r&cad=3]
, Sufean
Hussin
[http://www.google.com.my/search?tbo=p&tbm=bks&q=inauthor:%22Sufean+Hussin%
22&source=gbs_metadata_r&cad=3] ,(2009). Pengurusan perubahan terancang dalam pembestarian

sekolah: proses pelaksanaan polisi. Penerbit Universiti Malaya.


R.Jeyagobi, S.Subramaniam,(2007), Bestari Pembestarian Proses Pengajaran dan Pengajaran. Mahir
Holdings Sdn.Bhd.
GhaffarianHoseini,
AmirHosein and Ibrahim,
Rahinah and Baharuddin,
Mohd
Nasir and GhaffarianHoseini, Ali (2011) Creating green culturally responsive intelligent buildings:
Socio-cultural and environmental influences. [http://psasir.upm.edu.my/17916/] Journal of
Intelligent Building International, 3 (1). pp. 5-23. ISSN 1750-8975
Thomas, C. H. and Wan Ismail, Wan Ishak and Rollason, S. H. (1980) Mechanical and rheological
properties of selected varieties of peppers. [http://psasir.upm.edu.my/18035/] Agricultural
Engineering Journal, 61 (11).
Posted 4th December 2012 by Yusuf Fahmi Mohd Nazri
0

Add a comment

Enter your comment...

Comment as:

Publish

Select profile...

Preview

http://fimipunyablog.blogspot.com/2012/12/pembestarian-sekolah-pengintegrasi.html

26-Mar-14

Anda mungkin juga menyukai