Anda di halaman 1dari 9

KPT40

33
TEKN
OLOGI
DAN
DR. MAHIZER BIN
INOVAHAMZAH
NAMA PELAJAR :
SI
MUHAMAD
DALA ASRI BIN
M ABD RAZAK
(L20162010394)
PENDI
DIKAN

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 1


TAJUK 14
TREND PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN
MEDIA PENDIDIKAN MASA KINI

1) KONSEP DAN PENGENALAN

Menurut kamus Dewan Bahasa edisi keempat, trend


didefinisikan sebagai arah aliran atau gerakan, perkembangan
rentetan kejadian yang seolah-olah menuju ke suatu arah.
Definisi teknologi pula ialah suatu aktiviti atau kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam
industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain.
Manakala media pula bermaksud suatu alat atau perantara
komunikasi di dalam perhubungan seperti radio, televisyen,
akhbar, komputer dan lain-lain.

Perkembangan teknologi terutamanya komputer


bermula sekitar kurun ke 18 apabila Agusta Lady Byron
bersama Charles Babbage (1830) telah menulis program
komputer yang pertama di dunia menggunakan mesin
analytical yang direka sehingga mampu untuk memasukkan
data, mengolah data dan menghasilkan bentuk keluaran
dalam sebuah kad. Maka, mesin ini telah dikenal sebagai
bentuk komputer digital pertama sekalipun berfungsi secara
mekanikal bukannya digital.

Kemudian pada tahun 1973, Dr. John V. Atanasof


dibantu oleh Cliford Berry telah mencipta Komputer elektronik
digital pertama. Sejak itu, perkembangan komputer dan
teknologi berkembang dan semakin canggih sehingga ke hari
ini.

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 2


Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melalui fasa
perkembangan teknologi yang mana sejak tahun 1997,
pemerintah Malaysia telah membangunkan infrastruktur
teknologi lebih kurang RM 556,22 Juta. Perkembangan ini
meliputi pemanfaatan web dan e-mail, jaringan Local Area
Network (LAN), Wide Area Network (WAN) serta sistem
penjanaan dokumen pemerintahan. Sehingga kini,
perkembangan dan pembaharuan di dalam pelbagai sistem
dan bidang telah diperkenalkan dengan bantuan dan
kepesatan teknologi. Melalui kajian, pengguna internet di
Malaysia bagi tahun 2016 seramai 21 juta orang daripada
jumlah keseluruhan penduduk Malaysia iaitu 31.7 juta orang.

Bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang


telah mengalami perkembangan. pembaharuan dan
perubahan selari dengan kepesatan teknologi maklumat dan
media. Pelbagai kaedah dan teknik telah diperkenalkan serta
diaplikasikan supaya proses pengajaran seseorang guru itu
menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi
lebih mudah, menarik dan menyeronokkan. Ini boleh dilihat
apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada
tahun 1998 telah memperkenalkan mata pelajaran Teknologi
Maklumat (IT) sebagai salah satu mata pelajaran pilihan di
peringkat sekolah menengah. Ini menunjukkan kesungguhan
pihak KPM untuk menerapkan penggunaan ICT dalam
pendidikan.

2. PERKEMBANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM


PENDIDIKAN

Pada RMK-8, Bahagian Pendidikan Guru (BPG)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 3


tanggungjawab untuk memberi penekanan khusus terhadap
penggunaan ICT dan kaedah pengajaran kreatif dengan
mengkaji semula kurikulum latihan guru, mempergiatkan
penggunaan kopmputer bagi mendapatkan bahan
pembelajaran dan menyediakan kursus jangka pendek dalam
latihan guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah


melancarkan beberapa projek bagi memperluaskan
penggunaan teknologi di dalam pendidikan diperingkat
sekolah menengah dan sekolah rendah, antaranya :
i) Program Pengenalan Komputer (1986),
ii) Projek Literasi Komputer (1992)
iii) Projek Pelajaran Berbantukan Komputer (1994)
iv) Projek Jaringan Pendidikan (1995)

Pada tahun 1999, pihak kerajaan telah memperkenalkan


Sekolah Bestari yang mana teknologi atau ICT digunakan
dalam semua urusan pentadbiran dan proses pengajaran dan
pembelajaran. Visi bagi Sekolah Bestari ialah melahirkan
tenaga kerja yang cekap teknologi dan berfikir seiring dengan
kecanggihan zaman teknologi maklumat. Kelengkapan dan
kemudahan teknologi pula disalurkan dan disediakan dengan
secukupnya.

Pihak KPM sedar bahawa penggunaan teknologi dan


media di dalam pendidikan amat berkesan. Maka, pihak KPM
telah merangka pelbagai dasar dan langkah bagi memajukan
bidang pendidikan ini, antaranya Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006 2010. Pelan ini telah dilaksanakan di

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 4


peringakt sekolah kebangsaan dengan program pembestarian
dan pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) telah diwujudkan. Piahk KPM telah
menyediakan pelbagai infrastruktur dan keperluan seperti
makmal atau bilik komputer, komputer, komputer riba, radio
pendidikan, projektor LCD dan pelayan atau website berkaitan
pengajaran dan pembelajaran bagi melatih guru berkaitan
teknologi.

3. TREND PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MASA


KINI

Penggunaan teknologi dan media di dalam dunia


pendidikan bukanlah suatu perkara yang asing lagi pada masa
kini. Bahkan, jika sistem pendidikan yang hanya berteraskan
tradisional pula dianggap suatu sistem yang ketinggalan
zaman. Ini kerana, jika kita lihat kepada setiap sekolah di
bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau
agensi kerajaan negeri seperti sekolah agama kerajaan negeri,
penggunaan teknologi telah masuk ke fasa yang baru yang
mana setiap sekolah ini sudah memiliki dan menggunakan
teknologi ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru-guru.

Di sekolah juga, telah disediakan satu bilik khas bagi


penggunaan teknologi maklumat dan media seperti bilik
tayangan, makmal komputer, bilik darjah alaf 21 dan lain-lain.
Di dalam setiap bilik ini disediakan peralatan teknologi terkini
seperti projector LCD, komputer, komputer riba, layar
aotomatik, televisyen LED atau LCD, visualizer dan lain-lain.
Setiap peralatan ini amat berguna dan berkesan dalam
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 5


guru sekaligus pelajar dapat memperolehi hasil pembelajaran
yang dikehendaki oleh guru.

Trend penggunaan teknologi ini juga telah membolehkan


guru berinteraksi dengan pelajar bukan sahaja ketika waktu
persekolahan, bahkan guru dapat berhubung dan
berkomunikasi dengan para pelajarnya pada waktu cuti
persekolahan juga. Ini boleh dilihat, guru menggunakan tapak
aplikasi teknologi yang terbaru yang diperkenalkan pada masa
kini seperti facebook, Instagram, WhatsApp, Blog, dan lain-
lain lagi. Para pelajar dapat bertanya kepada guru berkenaan
pembelajaran yang tidak difahami dan berbincang secara
langsung tanpa perlu bersemuka atau duduk bersama.

Pada masa kini juga, pelbagai aplikasi internet bagi


menguji tahap kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru
juga telah wujud. Antaranya, aplikasi Kahoot, Socrative, Hot
Potatoes dan lain-lain lagi. Aplikasi-aplikasi ini bukan sahaja
mudah digunakan, bahkan ia memberikan suatu pengalaman
yang menarik dan menyeronokkan bagi para pelajar sekaligus
dapat menanam rasa minat pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran terbabit.

Penggunaan teknologi ini perlulah secara menyeluruh


dengan bahan-bahan dicari dari pelbagai sumber yang betul
di internet, kemudian diolah dan direka sebagai bahan bantu
mengajar (BBM) seterusnya mengintegrasikan penggunaan
teknologi seperti Power Point, projector LCD, laptop visualizer
dan lain-lain. Guru juga perlu melibatkan para pelajar dalam
penggunaan teknologi ini seperti mengarahkan pelajar
mencari bahan rujukan dan tambahan di dalam internet serta
menggunakan perkakasan teknologi ini sebagai cara
menghasilkan produk pembelajaran.

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 6


Guru juga boleh menyimpan data dan bahan pengajaran
untuk masa akan datang di pelbagai tapak di dalam internet
antaranya ialah E-Learning, Dropbox, Google Drive dan lain-
lain lagi.

Jika seseorang guru itu tidak mengikuti perkembangan


dan perubahan di dalam sistem pendidikan negara seperti
penggunaan teknologi dan media, maka para guru itu boleh
dikategorikan sebagai guru yang ketinggalan zaman dan tidak
akan dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan ke tahap
yang lebih luas dan global. Penggunaan teknologi ini bukanlah
suatu perkara yang mudah, tetapi para guru perlu belajar dan
menguasai teknologi ini supaya hasil pembelajaran dapat
dipertingkatkan.

Pihak kementerian juga perlulah membantu sekolah


dalam mengoptimumkan akses kepada teknologi.
Berdasarkan Laporan Tahunan 2014 bagi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 2025, kajian telah dilaksanakan di
Sekolah Kebangsaan Taman Seroja, Sepang, Selangor. Puan
Suhaily, seorang guru di sekolah itu telah menyatakan bahawa
murid-murid amat teruja untuk menggunakan komputer
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Namun begitu, kekangan yang dihadapi oleh sekolah
tersebut adalah memenuhi permintaan murid dengan
bilangan komputer yang terhad. Menurut guru besar sekolah
tersebut, Puan Hajah Noredzan A. Bakar, penggunaan
teknologi boleh menyumbang kepada pengayaan aktiviti
kurikulum dan kokurikulum. Melalui perancangan yang teliti,
semua guru dan murid dapat menggunakan Chromelabs
secara lebih kerap. Maka, sekolah itu telah mengoptimumkan
penggunaan makmal komputer dan mencapai daftar masuk

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 7


yang tinggi menggunakan Frog VLE. Para guru di sekolah itu
juga telah mencipta pelbagai laman dan sumber merentasi
semua mata pelajaran.

4. PENUTUP

Pada zaman alaf baru ini, sepatutnya penggunaan


teknologi dan media di dalam pelbagai bidang bukanlah suatu
perkara yang asing terutamanya di dalam bidang pendidikan.
Maka, setiap pendidik perlu belajar dan berusaha untuk
menguasai setiap teknologi terbaru ini supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan seiring
perubahan dunia global. Penggunaan teknologi ini juga
perlulah seiring dengan persediaan perkakasan dan
infrastruktur yang lengkap bagi mencapai matlamat
pendidikan negara.

RUJUKAN

1. Kamus Dewan Bahasa edisi keempat.


2. https://tikom2sobang.wordpress.com/topik/kelas-
vii/sejarah-perkembangan-teknologi-informasi-dan-
komunikasi/
3. http://perkembanganictdimalaysia.blogspot.my/2009/12/pe
rkemabngan-ict-di-malaysia.html
4. http://eprints.utm.my/19545/1/JTVEE-4-2011-003.pdf
( Johari Hassan & Fazliana Rashida )
5. http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Makl
umat_Dan_Komunikasi.pdf ( Nur Qistina binti Abdullah &
Hazman bin Ali )

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 8


6. http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/laporan-
tahunan-2014-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-
2013-2025

KPT 4033 (TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN) Page 9

Anda mungkin juga menyukai