Anda di halaman 1dari 7

Asal pada kalam itu adalah HAKIKAT , MAJAZ itu pecahan pada kalam dan bersalahan dari hakikat,menjadikan

HAKIKAT itu asal mendahului keatas MAJAZ dan beramal dengan HAKIKAT itu lebih baik ( aula ) dari beramal dengan MAJAZ selagi mana tidak ada qorinah ( yang merajihkan ) MAJAZ dan menjadikan MAJAZ lebih baik dari HAKIKAT.

. : . :
HAKIKAT dari segi bahasa : hak sesuatu jika tetap . Dari segi Istilah : kalimah yang digunakan dalam meletakkan ia pada istilah percakapan atau perbualan . Seperti digunakan untuk ( mencabut roh )

. :
MAJAZ dari segi Istilah : menggunakan kalimah dalam meletakkan pada bukan tempatnya tetapi untuk qorinah . Seperti digunakan untuk ( menyakitkan )

:
( ) .
Jika bagi satu lafaz itu ada 2 makna yang sama pada penggunaannya ( hakikat & majaz ) dan ia datang tanpa ada yang merajihkan salah satu yang perlu digunakan ( qorinah ) maka dikehendaki pada ketika ini dengan menggunakan MAKNA HAKIKAT . Seperti lafaz nikah ( hakikat : jimak / majaz : akad ) , jika tiada qorinah maka gunakan jimak.

.
jika hakikat dahului majaz kitika sama dalam penggunaan , didahulukan hakikat itu kerana banyak menggunakannya .

.
Jika terdapat qorinah ( yang merajihkan ) bagi majaz itu , maka tidak syak lagi mendahulukan majaz keatas hakikat .

: ( ) ( )
Jika makna majaz digunakan lebih banyak dari makna hakikat : PENDAPAT 1 ( ABU YUSUF & MUHAMMAD ) : menggunakan majaz atas cara umum dengan menjadikan hakikat itu fardhi ( individu ) daripada majaz kerana majaz itu lebih banyak digunakan . PENDAPAT 2 ( ABU HANIFAH ) : menggunakan makna hakikat dalam keadaan ini kerana makna hakikat itu adalah asal kepada kalam @ lafaz .


. (1) . (2)
(1) Ketika terdapat qorinah yang merajihkan majaz keatas hakikat . (2) Ketika hakikat uzur , susah atau bersalahan dengan uruf ( keadaan ) dan adat .

: . (1) . (2)
Keadaan uzur :
(1) Mustahil menggunakannya kerana ketiadaan individu atau perkara itu . Seperti seseorang mewariskan kepada anak ( hakikat ) tetapi anak meninggal maka automatik turun waris itu kepada cucu ( majaz ) .
(2) Hakikat itu perkara yang dilarang oleh syarak . Seperti seseorang mewakilkan untuk memukul orang lain , maka memukul itu ( hakikat ) ditukar kepada meminta jawapan ( majaz ).

(1) Jika mewakafkan @ mewasiatkan seseorang kepada anaknya , tidak termasuk padanya cucunya ( ) kerana anak itu adalah makna hakikat dan cucu itu makna majaz.

(2) jika bersumpah tidak menjual , membeli atau menyewa atau tidak memukul seseorang , maka dia wakilkan kepada orang lain untuk melakukan demikian itu , tidak perlu dia membayar kaffarah ( langgar sumpah @ ) kerana lafaz dia itu adalah makna hakikat .

(3) jika aku wakafkan sesuatu kepada orang hafaz Al-Quran , tidak termasuk dalam lafaznya itu orang yang menghafaz dan lupa kerana orang ini adalah majaz .

(4) ahmad telah mewariskan kepada seseorang sedangkan dia masih hidup , maka tidak sah warisan itu kerana pewarisan berlaku jika seseorang itu mati .

(5) jika seseorang bersumpah tidak melakukan jualbeli @ sewa , tidak perlu bayar kaffarah jika melakukannya kecuali melakukan semua itu atas jalan fasid kerana syara berkait rapat dengan perkara-perkara yang sah sahaja .

(6) Jika seseorang bersumpah tidak akan bersolat ; * dia perlu bayar kaffarah jika dia telah melakukan takbiratul ihram . * dia perlu bayar kaffarah jika telah selesai melakukan solat kerana mungkin solatnya akan batal pada pertengahan solat . * dia perlu bayar kaffarah jika dia melakukan ruku kerana ruku adalah satu perbuatan yang besar didalam solat . (7) jika seseorang mewasiatkan kepada cucu lelaki pada kalamnya, maka termasuk juga cucu perempuan . (8) jika bersumpah akan talak isterinya , maka dia wakilkan kepada orang lain , maka keadaan wakil itu terbahagi kepada 2 ;1- wakil itu tidak menerima pada asalnya , maka orang wakil kepada dia , jika dia lakukan perkara itu , maka tidak perlu bayar kaffarah . 2- wakil itu menerima , maka ada 2 keadaan ;* tidak wajib wakil itu bersandarkan kepada orang yang mewakilkan kepadanya . Seperti jual , beli , sewa , meminta sewa , pembahagian , persengketaan dan perdamaian antara harta dengan harta . Maka jika bersumpah untuk tidak lakukan perkara diatas ini , maka suruh orang lain maka tidak perlu bayar kaffarah. * wajib sandarkan kepada orang yang mewakilkan kepadanya.Seperti nikah , talak , hebah , sedekah , simpanan , pinjaman , pengampunan dan perdamaian orang yang membunuh secara sengaja .Jika bersumpah tidak lakukan perkara diatas dan wakilkan orang lain maka dikenakan bayar kaffarah .

Anda mungkin juga menyukai