Anda di halaman 1dari 3

ASTRONOMI: ANTARA ISLAM DAN SAINS

PANEL 1:
SOALAN:
1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ILMU ASTRONOMI ATAU ILMU
FALAK?
JAWAPAN:
perkataan falak berasal daripada perkataan arab bermaksud
bulatan langit, lengkung langit dan cakerawala.
Ilmu pula berasal daripada perkataan arab yang bermaksud
pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian dan sebagainya
yang berkaitan.
Ilmu falak merupakan salah satu cabang ilmu sains tabie
yang mengkaji tentang perjalanan badan-badan cakerawala
seperti Bumi, Bulan, Matahari dan bintang-bintang. Dalam al-
Quran, perkataan falak digunakan sebanyak dua kali, iaitu
dalam surah Yaasin ayat 40 dan surah al-Anbiyaa ayat 33.
Ibn Khaldun dalam Abridged (1987) pula mendefinisikan ilmu falak
dengan catatan: Ilmu yang mempelajari pergerakan bintang-
bintang tetap dan planet-planet. Pemerhatian cara mana
pergerakan itu berlaku, membolehkan pengetahuan ciri-ciri
pergerakan dan kedudukannya diketahui dengan geometri.
Terdapat juga beberapa skop ilmu falak dikategorikan sebagai ilmu
mikat, iaitu: Ilmu yang dapat diketahui dengan dia masa-masa
siaNg dan malam, dan keadaannya, bicaranya perjalanan
Matahari dan bintang-bintang. Faedahnya, mengetahuikan waktu
ibadat dan kiblat.

2. APAKAH CONTOH-CONTOH DALAM AL-QURAN YANG MELAMBANGKAN


ASPEK ASTRONOMI?
Berikut dicatatkan beberapa ayat yang penting berkaitan dengan
astronomi:
(i) Al-Quran menuntut manusia supaya memerhati langit, firman Allah
s.w.t. dalam surah Qaaf; ayat ke 6: Maka tidakkah mereka memandang ke
langit yang ada di sebelah atas mereka, bagaimana kami membinanya
(dengan rapi) serta Kami menghiaskannya (dengan bintang-bintang) dan
dengan keadaan tidak ada padanya retak renggan sedikit pun ?.

(ii) Kenyataan bahawa langit itu tidak bertiang disebutkan dalam al-Quran
antaranya:
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada
bertiang sebagaimana kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas
Arasy, dan Ia menundukkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-
makhlukNya) ; masing-masing beredar dalam waktu yang ditentukan.
Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan (makhluknya) , dan
menerangkan kekuasaanNya satu persatu, supaya kamu yakin pertemuan
(kamu) dengan Tuhan kamu. [Surah Ar-Rad ; ayat 2]
PNEL 2:
SOALAN:
1. BOLEH USTAZ TERANGKAN APAKAH HUBUNGAN ANTARA ISLAM DENGAN
SAINS ITU SENDIRI?
Empat musim:
Ayat-ayat al-Quran berikut menghuraikan dengan lebih lanjut terhadap
berlakunya ciptaan Allah mengenai bumi dan langit.
Surah al-Fussilat; ayat 9-12:
Katakanlah (wahai Muhammad) : Sesungguhnya tidak patut kamu kufur
kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan
sekutu-sekutu bagiNya ! Yang demikian (sifatnya dan kekuasaanNya) ialah
Allah Tuhan sekalian alam.
Dan Ia menjadikan di bumi ini gunung-gunung yang menetapnya
(tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan
Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya,
sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan
mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.
Lalu ia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa, dan Ia memberi tahu
kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing.
Dan Kami hiaskan langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk
bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara
langit itu dengan sebaik-baiknya....

Penciptaan Alam Semesta :


Al-Quran mangajak manusia untuk mengetahui dan memahami nilai dan
kekuatan yang hakiki melalui penelitian dan pengamatan terhadap
fenomena alam semesta yang penuh dengan segala rahsia dan keajaiban,
yang akhirnya membawa manusia menyedari keagungan Allah. Penelitian
dan pengamatan ini menunjukkan adanya keserasian dan keseimbangan
yang takjub dalam hukum-hukum Islam.
Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat mengenai aspek-aspek tertentu
ciptaan bumi dan langit yang memberi maklumat terhadap peristiwa-
peristiwa yang teratur yang menunjukkan perkembangannya dengan
terperinci. Al-Quran memberi gambaran yang sempurna tentang
penciptaan alam semesta, iaitu merangkumi yang berada diluar mahupun
yang berada di dalamnya. Seluruh alam raya yang maha luas ini adalah
ciptaan Allah s.w.t. yang melambangkan keesaan Allah taala.
Penyelidikan tentang alam raya akhirnya membawa manusia kembali
untuk menikmati ilmu pengetahuan tentang Tuhan Yang Maha Esa dengan
seluruh alam semesta ini berada langsung di bawah perintahNya.

2. BAGAIMANA HUBUNGAN YANG TERSEBUT BOLEH MEMPERBAIKI DIRI DAN


MENAMBAHKAN KEIMANAN KEPADA ALLAH DAN AGAMA ISLAM?
Kepentingan Ilmu Astronomi :
Seperti sedia difahami, bahawa agama Islam itu terbina oleh lima tiang
utama yang kita kenali sebagai Rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah
syahadah, mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa sebulan
bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji.
Kalau diteliti secara halusi, boleh dilihat bahawa kesemua perkara dalam
Rukun Islam ada peranan yang boleh dimainkan oleh ilmu falak/astronomi.
Astronomi memberi ruang kepada para penyelidik dan ilmuan yang
mendalaminya bagi meningkatkan darjah keimanan. Ia membolehkan
umat Islam menentukan waktu solat dan arah qiblat dan penyediaan
takwim serta penentuan awal bulan Hijriah bagi menentukan tarikh-tarikh
penting dalam diari umat Islam.

TOKOH-TOKOH ISLAM (sebagai idola seorsng muslim)


Di zaman keemasan Islam inilah lahirnya tokoh-tokoh besar seperti Al
Biruni dan Al Kindi yang memberi sumbangan kepada ilmu fizik. Al
Khawarizmi, Umar Khayyam, Al Battani dan Altusi di bidang ilmu
matematik. Al Fazari dan Al Nayrizi memberi sumbangan di bidang
astronomi. Ibnu Sina, Al Razi dan Al Zahrawi di bidang perubatan dan
bermacam-macam lagi sumbangan yang telah diberikan oleh ilmuan-
ilmuan Islam ini kepada dunia. Inilah istimewanya apabila ilmu
pengetahuan itu berada di tangan orang Islam yang benar-benar beriman
dan beramal dengan ilmunya, maka seluruh dunia akan mendapat
manfaat darinya.
RUMUSAN:
PANEL 1:

Ilmu falak adalah salah satu sains yang menjadi wasilah hidup sejahtera.
Al-quran merupakan sumber utama untuk lebih mendalami ilmu sains
yang telah Allah kurniakan kepada umat manusia.

PANEL 2:

Bidang astronomi dan sains itu sendiri saling berhubungan dengan agama
islam.
Seorang muslim hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan Al-quran
dan As-sunnah yang ditinggalkan kepada kita oleh junjungan nabi
Muhammad S.A.W sebagai panduan hidup di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai