Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

PEDAGOGI PAK (DTM 301 )

Disediakan Oleh FARAH NAJWA BINTI ASRI DPAK A1002143 KOHORT 9A (G3) 017-4722417

Disediakan Untuk TUAN RANI (PENSYARAH PEDAGOGI PAK)

4 OGOS 2011

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Pedagogi pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada pesyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga pada ahli keluarga saya, terutamanya kepada kakak saya yang banyak membantu mencari maklumat untuk kerja kursus ini, serta para rakan yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya serta rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat di perpustakaan. Disebabkan cuti semester hampir tiba, masa tidak mencukupi untuk kami mencari maklumat di perputakaan. Namun saya tetap meminjam buku berkaitan dengan tugasan untuk mencari maklumat lebih senang dirumah. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengena ipedagogi. . Fakta-fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan jayanya. Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi.

1.0 PENGENALAN 1.1 Rasional Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran

mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia. 1.2 Tujuan

Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri.

Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan. Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.

Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan. Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.

1.3 Pendahuluan Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

2.0 Pengajaran Mikro Mengikut Micheel J. Wallace Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. 2.1 Pengajaran Mikro diaplikasikan

Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di sekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknikteknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana, 1. Membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah. 2. Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa. 3. Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu. 4. Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan perguruan. 5. Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah; 1. Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja. 2. Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja. 3. Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan penyelianya.

4. Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang lain.

2.3 Perkara yang penting dalam pengajaran mikro

1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya. 2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya. 3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan. 4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah. 5. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya. 6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran. 7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan. 8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.

2.4 Kemahiran Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam

perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran:

Set induksi Tunjuk cara Variasi rangsangan Peneguhan

Penyoalan Mengilustrasi dengan menggunakan contoh Penerangan Aprisiasi Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Penutup

2.5 KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah

manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada. 1. Menarik perhatian Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain. 2. Menimbulkan pergerakan Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan

merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti. 3. Struktur Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. menulis cerita itu. Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara

4. Membuat perkaitan

Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian. Set induksi yang berkesan ialah, 1. Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat. 2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran. 3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui. Guru

2.6 KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. 1. Pergerakan Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan

murid kepada pelajaran. 2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture) Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran. 3. Mengubah nada pertuturan Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan,

sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.

4. Penglibatan murid secara lisan Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. seronok kepada murid. 5. Penggunaan Pancaindera Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya. 5. Aktiviti Fizikal Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran. 2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran. 3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar. 4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid. Ini akan memberikan rasa

2.7 KEMAHIRAN PENEGUHAN

Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti

ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama

dalam peneguhan ialah;-

1. Peneguhan lisan Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti baik, ia, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif. 2. Peneguhan gerakgeri Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya. 3. Peneguhan dampingan Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya. 4. Peneguhan sentuhan Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina). 5. Peneguhan aktiviti Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik. 6. Peneguhan ganjaran Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti

pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya. Peneguhan yang berkesan ialah:1. Kemesraan dan semangat Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan. 2. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.

3. Peneguhan positif Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat. 4. Kefahaman murid tentang peneguhan

Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. sosial murid. 2.8 KEMAHIRAN PENYOALAN Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan

Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia

mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat

meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Penyoalan yang mudah atau asas Pembentukan soalan - Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. Arah Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal. Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. jawapan kepada soalan itu. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada

10

Penyoalan yang kompleks PERTAMA Mempelbagaikan peringkat soalan Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza. Ingat semula Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. Kefahaman Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara. Aplikasi Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. Analisis Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti dan

kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka. Sintisis Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea. Penilaian Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. KEDUA Penyungkilan Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya. Soalan penjelasan Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat. Soalan Penyokongan Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya. Soalan Persetujuan Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Soalan Contoh

11

Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu.

Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro

1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir. 2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu. 3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan. 4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.

2.9 KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak. baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid. Contoh yang

Dengan mengaitkan contoh dan

idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian

dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya. Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh; 1) Contoh mudah Guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu. 2) Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep 3) 4) Menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.

Contoh ingin tahu Menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid.

Media yang sesuai

12

Menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.

5) Pendekatan Memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar. 6) Penglibatan murid Murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model 3.0 KEMAHIRAN PENERANGAN Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan Oleh itu ada banyak peringkat dan

berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru. bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan, a. b. c. Pentarifan Penerangan Sebab menjelaskan sesuatu isu

menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah. pemberian alasan

Penerangan berstruktur (a) terlibat. (b) Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan media Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yang

yang sesuai dan menimbulkan minat. (c) Penyimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya. Dr. G.A. Brown,

Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan. Penerangan Penyampaian (a) Penggunaan penyampaian yang jelas - guru menerangkan sesuatu aspek pada satu masa, Ia hendaklah

dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.

menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.

13

(b)

Penggunaan penekanan variasi rangsangan - guru hendaklah menggunakan peringkat, nada Gerak

dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan sesuatu. geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya. (c)

Penggunaan penekanan petunjuk dan perkaitan dan keutamaan - menggunakan perkataan

atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya - contoh: Petunjuk Perkaitan Keutamaan (d) Tiga bidang utama. Ini membawa kepada Dengan ini. Elakkan menggunakan

Jauhkan kekaburan - ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas.

perkataan .. dan lain-lain, . dan sebagainya.. dan yang sama sepertinya. (e) Sekuens - guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dan

kaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul. (f) Maklumat balas - penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid menjelaskan

kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan. 3.1 KEMAHIRAN PENUTUP Kaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;1. Menegaskan semula perkara-perkara penting. 2. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif). 3. Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial. 4. Cadangan aktiviti i. Menegaskan semula Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kajI Semula ( boleh melibatkan murid ) (a) Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran akhir, ringkasan perkara

penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan.

14

(b)

Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.

Rangsangan ii. Penilaian

Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini, rumusan kognetif.

1.Kaitan kehidupan social Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid.

2. Cadangan aktiviti (a) Kaitkan dengan kognitif (b) Perkaitan sosial Membuat latihan,membuat projek baru dan menjalankan kajian.

Menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan menyatakan

peringkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi. (c) Galakan motivasi Kemesraan dan semangat untuk mengekalkan minat.

Penutup yang berkesan ialah;1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid. 2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran. 3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami. 4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan. 5. Mengukur pembelajaran murid. 6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.

15

RUJUKAN

http://eprints.utm.my/10460

http://www.slideshare.net/artventure/pengajaran-mikro

PengenalanPedagogi Pengarang: Esah Sulaiman

16

Anda mungkin juga menyukai