Anda di halaman 1dari 1

AJK Persiapan Tempat

Kelemahan/ kekuatan/ penambahbaikan


Alhamdulillah, Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan bagi Pengajian Sains
berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Antara kekuatan yang dilihat
sepanjang seminar ini berlangsung adalah kerjasama daripada semua AJK yakni
peserta dalam menyediakan tempat yang lebih baik. Pemilihan tempat dilakukan
secara sebulat suara iaitu kami telah bersetuju memilih makmal Biologi sebagai
tempat seminar dijalankan. Persiapan tempat dilakukan dengan membuat susun atur
secara draf di atas kertas bagi melihat kesesuaian yang perlu diutamakan iaitu
penilai-penilai yang akan menilai kajian kami. Kerusi telah dipinjam daripada dewan
Munsyi bagi memberikan keselesaan kepada penilai sepanjang seminar di lakukan.
Tambahan

pula,

kebersihan

di

tempat

seminar

juga

telah

dititiberatkan

memandangkan tempat seminar adalah di dalam makmal yang mana segala aktiviti
dijalankan di dalam ini. Jadi, kami telah memastikan kebersihan berada di tahap
yang memuaskan dengan membersihkan dan juga menyusun atur dengan baik
barang-barang yang berada di dalam makmal tersebut. Selaku AJK persiapan
tempat juga kami telah membuat tanda-tanda yang penting seperti Seminar sedang
dijalankan dan juga notis makluman mengenai penggunaan makmal Biologi sebagai
tempat seminar. Ini bagi mengelakkan perselisihan tempat memandangkan makmal
Bilogi juga dijadikan sebagai kelas kepada pengajian lain.
Kelemahan yang dilihat juga terlalu minoriti iaitu berkaitan dengan susun atur
peserta seminar yang agak tidak terurus dibahagian belakang dan juga penyediaan
tempat bagi VVIP.
Secara

keseluruhannya,

kami

tidak

menghadapi

sebarang

sepanjang menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa persiapan tempat.

masalah

Anda mungkin juga menyukai