Anda di halaman 1dari 4

Karya diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Mohd Hossein Enas.

Beliaumenggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai


tema utama iaitufigura seorang perempuan. Karya ini merakamkan gambar
seorang gadis yang mempunyairaut wajah gadis melayu yang berambut hitam,
bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memandang ke arah satu tempat
dan memakai baju kemeja.Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi
makna seorang gadis melayu yangasli. Baju kemeja pula membawa makna
kemodenan. Karya potret ini secarakeseluruhannya membawa makna seorang
gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya didunia serba moden. Ini juga
merupakan fesyen gadis Melayu dizaman itu.
APRESIASI KARYA
Karya:
Hoessein Enas (1924-1995)
Tajuk:
Gadis Melayu
Media:
Cat Minyak (55cm x 45cm)
Hossein Enas bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik dan
Berjayamenimbulkan pandangan fokus kepada wajah gadis tersebut. Riak wajah
gadis tersebut juga menimbulkn pelbagai takrifan dan dapat dijadikan bahan
dokumentasi visual dan rujukan dalam banyak perkara seperti potret Monalisa

LATAR BELAKANG DATO MOHD HOESSEIN ENAS(1924 -1995 )Dato Hoessein Enas
merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan jugadikenali sebagai Bapa Potret
Malaysia.Dilahirkan pada tahun1924 di Kepulauan JawaIndonesia.Pada tahun
1947,beliau telah memasuki Malaysia yang ketika itu dikenalisebagai Tanah
Melayu atau Malaya menyeberangi Selat Melaka dan mendarat diAyer
Hitam,Pulau Pinang. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari Indonesia
telahmembawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia
kepada pelukis tempatan. Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni,
beliau telahmelakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan beliau.
Salah satunyamenjadi penarik beca.

Lukisan ini merupakan karya seorang pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung


(APS) iaitu, Mohd Hoessein Enas yang menjadikan potret dan landskap sebagai
tema terpenting dalam berkarya. Lukisan ini bertajuk Gadis Korea
menggunakan media cat minyak diatas kanvas menggunakan tema figuratif
sebagai tema utama dan dihasilkan pada tahun. Seni catan potret bukan sahaja
menjadi suatu kaedah merakam suasana pada masa itu malah ianya dapat
merakam diri seseorang. Melalui kaedah ini juga, karya yang dihasilkan dijadikan
kenangan kepada pengkarya. Karya ini merakamkan seorang anak gadis
berpakaian baju kebudayaan masyarakat Korea. Jika dilihat dari aspek paras rupa
gadis tersebut, raut wajahnya mirip dengan wajah gadis-gadis masyarakat
Melayu.

Anda mungkin juga menyukai