Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN KURIKULUM

1. Hasrat kerajaan

Hasrat kerajaan yang bermatlamat memperkembangkan potensi murid dengan sepenuhnya.


Hal ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam menghasilkan pekerja yang berilmu.
Tambahan lagi, untuk mendokong hasrat kerajaan tersebut, Falsafah Pendidikan
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perubahan kurikulum. Falsafah
Pendidikan Negara membentuk dan mencorak sistem pendidikan di Malaysia. Falasafah
Pendidikan Negara kita adalah seperti berikut :

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara "

( PPK, 1988 )

Menurut Kamaruddin Haji Husin (1994), Falsafah Pendidikan Negara mempunyai


implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum di Malaysia. KBSR,KBSM dan KSSR
adalah hasil perubahan yang diaspirasikan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara
perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah :

i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan
kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititik beratkan di dalam
kurikulum.
ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Nilai murni ini
seharusnya diterapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum turut diperkenalkan.

v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

ix. Pengukuhan dan memperluas bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu
pengetahuan.

x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap
berdikari.

Oleh hal demikian, hasrat kerajaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang
kepada perubahan kurikulum yang sentiasa berubah untuk memenuhi keperluan
kerajaan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa untuk kepentingan rakyat.

2. Politik

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning” menyatakan:

 "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and
their various power bases and their views of what makes for good education"

Berdasarkan pernyataan Francis P. Hunkin (1987), pembentukan kurikulum juga merupakan


proses politik. Hal ini disebabkan kurikulum memerlukan masyarakat atau orang yang
mempunyai pelbagai kuasa serta pandangan mereka terhadap sistem pendidikan yang
terbaik.

Manakala Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to


Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan
sesuatu kurikulum. Hal ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum
dipengaruhi oleh proses politik. Situasi ini boleh dilihat apabila pucuk pimpinan sesebuah
negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula.
Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan bagi
menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan
Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya
bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada
ibubapa mereka. Pihak British tidak menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di
negara ini. Apabila Malaysia telah mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan
turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta
Pelajaran 1961 telah menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan
negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan ini, pelbagai aktiviti
disalurkan untuk membentuk keperibadian,perwatakan baik serta membawa ke arah
perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata
Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi
mewujudkan perpaduan negara itu.

3. Budaya masyarakat

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputu sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya merupakan tenaga fikiran, usaha rohani ataukuasa menggerakkan jiwa.


Penggerak ini dimiliki oleh semua individu, dengan melalui penggerak ini, sesuatu perkara
dapat dilaksanakan. Hal ini bermaksud kemampuan seseorang menggunakan segala tenaga
sama ada dalam bentuk fizikal mahupun rohani, dalam usaha kearah menggerakkan jiwa
bagi mencapai hasrat yang di ingini. Hasrat dan nilai yang diingini ini tidak seharusnya
bercanggah dengan kehendak masyarakat. Hasrat dan nilai perlu diterima serta dipersetujui
untuk di amalkan bersama. Nilai ini akan membentuk norma dalam sesebuah masyarakat.

Perubahan kurikulum disebabkan oleh perubahan masyarakat mengikut peredaran


masa. Sebagai contoh, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat,
kurikulum sekolah perlu menekankan aspek tersebut. Menghormati kaum, bangsa dan
agama masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Oleh hal demikian latar belakang
budaya dan sosial perlu distruktur untuk murid-murid dalam mengaplikasikan nilai-nilai
tersebut dalam kurikulum.

Rujukan

Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan


Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Kamus Dewan Edisi Keempat,(2005). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and
World.

Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill
Publishing Company.

Anda mungkin juga menyukai