Anda di halaman 1dari 31

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

AHLI KUMPULAN : NURSUHAILAH BINTI MOHAMED KASSIN SITI AISYAH BINTI ABDUL HAMID HAFIZAH BINTI DAIM NURUL HANI BINTI ABDUL MANAF PENSYARAH: PUAN ROHANE

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1.menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. 2.melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatifdan meyeronokkan. 3.menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. 4.mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. 5.mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

6.membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. 7.memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab. 8.mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. 9.menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. 10.melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM PSV

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni.

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional.
Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi,mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiranmemanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikirsecara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

ORGANISASI KURIKULUM EMPAT ASPEK UTAMA:

INI MERANGKUMI

a) Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatiankeseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancainderalain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembanganemosi dan imaginasi.

Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objekbuatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkritbagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terusmenyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembanganpersepsi dan pemikiran abstrak.

b) Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

c) Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenaliaspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatankehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajianperbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melaluihasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka

d) Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

KANDUNGAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1.Menggambar 2.Membuat Corak dan Rekaan 3.Membentuk dan Membuat Binaan 4.Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatiansecara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.

1.

MENGGAMBAR

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

1.Lukisan 2.Catan 3.Kolaj 4.Montaj 5.Cetakan 6.Resis

7.Gosokan 8.Stensilan 9.Percikan 10.Gurisan 11.Capan 12.Mozek 13.Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,lakonan, nyanyian dan cerita

2) MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suaturekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Antaranya melalui kegiatan seperti:

Corak tidak terancang secara: 1.Pualaman 2.Tiupan 3.Titisan 4.Ikatan dan celupan 5.Renjisan dan percikan

Corak terancang secara: 1.Lukisan 2.Catan 3.Cetakan 4.Capan 5.Lipatan dan guntingan 6.Resis 7.Kolaj 8.Kaligraf

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan inimemberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

3.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatanmembentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumiaktiviti seperti: 1.Arca timbul 2.Asemblaj 3.Mobail

4.Stabail 5.Model 6.Diorama

7.Boneka 8.Topeng 9.Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada muridmembuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatanini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita.

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta olehmasyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 1.Alat domestik 2.Alat permainan 3.Alat pertahanan diri 4.Perhiasan diri (ornamen) 5.Batik

6.Tekat 7.Ukiran 8.Tenunan 9.Anyaman 10.Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalampelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengenalan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Belajar Cara Belajar, dan Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi dan misi Pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a) Kontruktivisme membina konsep berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pelajar digalak mencari idea, membuat kajian, yakin pada diri dan dapat berintraksi. Kerja yang dilakukan sendirian akan menguat minda manusia.
b) Teori kecerdasan pelbagai kebolehan menyelesaikan masalah, menjana masalah baru dan membuat sesuatu.(Naturalis, verbal-lingustik, logik-matematik, visual-ruang , intrapersonal, interpersonal, muzik , kinestetik.) c) ICT satu alat tambahan/ sokongan kepada P&P yang berkesan berpandukan ICT. d) Pembelajaran akses kendiri pelajar belajar sendiri dengan pengawasan dan bimbingan guru.

e) Pembelajaran Masteri P&P berfokuskan kepada murid (pemulihan dan pengayaan).


f) Kajian masa depan pelajar diajar cara berfikir bagi meransang minda berdasarkan ramalan , imaginasi and kreativiti. g) Pembelajaran secara kontekstual kaedah menggabung isi kandungan dengan pengalaman individu melalui aktiviti handon,mind-on. h) Kemahiran berfikir proses menggunakan minda untuk mencari makna dan menyelesaikan masalah. i. Kemahiran Berfikir kreatif kebolehan mencerna dan menghasilkan idea asli. ii. Kemahiran Berfikir kritis kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea

Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang terdekat dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan. Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian murid.
Kegiatan yang menarik minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti penerokaan amatlah digalakkan sama ada secara manual atau berbantukan komputer. Pembelajaran boleh dirangsang dengan kegiatan yang menyeronokkan seperti lisan, simulasi, lakonan, muzik, nyanyian, karangan, puisi, lawatan dan kegiatan ini juga boleh dilakukan secara bersepadu.

Proses penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran yang berterusan perlu diberi penekanan dan penilaian.

Hasil kerja murid hendaklah dipamerkan sebagai penghargaan. Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerjanya sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Rekod ini juga akan membolehkan guru membantu dan menilai perkembangan pembelajaran murid.

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid mengabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secara tidak langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Pendidikan Seni Visual KBSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti dan penilaian yang adil.

Penilaian berasaskan sekolah - Perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel - menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau Berkumpulan. Guru juga bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan Penilaian yang Mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisa markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara mereka berfikir dan kemampuan psikomotor mereka.

Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual secara khususnya iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. 1) Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian.

Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. 2) Kaedah lisan dan interaksi - Guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan dan Nyanyian. 3) Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensil dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas Pengajaran satu Atau sebilangan tajuk/tema Pendidikan Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai