Anda di halaman 1dari 4

Hasil daripada penilaian yang telah dilakukan ke atas gambar tersebut, boleh dinyatakan ini adalah

sebuah karya yang dihasilkan oleh pereka yang mempunyai pengetahuan tentang elemen dan
prinsip rekaan. Pelbagai elemen dan unsur seni yang diterapkan di dalam ilustrasi susunan donat
tersebut. Antaranya warna, kedudukan, bentuk dan juga malah pengolahan rupa setiap donut juga
berbeza

Warna

Dalam sesebuah karya atau rekaan yang dihasilkan warna adalah antara unsur seni yang sangat
memainkan peranan dalam menentukan sesebuah karya itu menarik atau sebaliknya. Dari sumber
portal Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertajuk Warna Dan Psikologi intipatinya, menurut
Darwis Triadi, seorang jurugambar dari Indonesia menulis dalam bukunya “Color Vision”
mengatakan “Warna dapat menciptakan keselarasan dalam hidup. Dengan warna kita boleh
menciptakan suasana nyaman dan damai. Dengan warna juga dapat menciptakan kebengisan dan
kekacauan”. Melihat daripada karya rekaan donut tersebut mendapati terdapat pelbagai warna
yang ditonjolkan dan kebanyakkan warna yang dimasukkan adalah warna cerah yang
menunjukkan keharmonian di karya tersebut.
Setiap warna donut dihasilkan dengan berbeza-beza warna juga campuran antara warna
cerah dan gelap. Walau bagaimana pun, latar belakang yang berwarna putih atau cerah memainkan
peranan yang penting serta mengubah pandangan yang melihat daripada warna yang agak gelap
pada donut kepada latar belakang yang cerah menunjukkan perspektif atau ruang ditambah lagi
dengan bitnik-bintik yang berwarna pada latar belakang putih tersebut mewujudkan penekanan
yang lebih pada ruang. Lebih menarik lagi, pada atas donut tersebut terdapat topping yang kontra
daripada warna donut menimbulkan lagi karya tersebut bersesuaian dengan gabungan warna donut
tersebut.

Kedudukan

Kedudukan juga merupakan salah satu perkara yang penting dalam karya bagi menunujukkan apa
yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Kedudukan menghasilkan ruang yang berbeza juga
mempengaruhi perspektif sesebuah karya. Di dalam rekaan karya donut yang dihasilkan
menunjukkan penyusunan donut secara teratur dan memenuhi ruang di dalam karya. Ianya
kelihatan kemas bila melihat dari keseluruhan karya. Terdapat juga susunan donut yang tidak sama
dari susunan donut yang lain.

Susunan yang teratur


Susunan yang tidak sama

Bentuk
Terdapat beberapa bentuk yang terdapat dalam seni iaitu bentuk geometri dan bentuk organic. Di
dalam rekaan karya donut tersebut pengkarya menggunakan bentuk geometri iaitu bentuk bulat.
Terdapat juga bentuk separa bulat

Bentuk bulat memainkan peranan dalam menunjukkan nilai perpaduan yang kukuh dalam
kalangan ahli serta menetapkan konsep bekerjasama dan berpasukan dalam masyarakat.
Pendekatan pengkarya memilih bentuk bulat adalah pilihan yang tepat memandangkan rekaan ini
adalah untuk kulit buku ianya bersesuaian dengan pelbagai lapisan masyarakat serta
penggunaanya.
Pengolahan rupa

Setiap rekaan donut menghasilkan warna yang berbeza juga di atas setiap donut mempunyai
perbandingan corak. Ini yang dikatakan pereka karya donut ini adalah pereka yang mempunyai
pengetahuan tentang elemen dan prinsip. Setiap sudut ruang diambil kira dan semuanya berbeza.
corak yang diterapkan di atas donut tersebut adalah corak geometri dan ada juga corak jalinan yang
dihasilkan.

Secara kesimpulannya, karya ini direka oleh pereka yang mempunyai pengetahuan dalam
elemen serta prinsip rekaan di sebabkan mempunyai penelitian di setiap sudut yang berbeza.
dengan penggunaan warna gelap dan cerah dengan baik. Tema gambar donut yang bersesuaian
dengan kefungsian sebagai kulit buku tersebut juga memenuhi ruang di dalam karya dengan
ditambah dengan pelbagai warna di setiap donut tersebut.

Anda mungkin juga menyukai