Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Berbicara tentang environmen pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan aspek yang penting
kepada pelajar juga guru semasa pengajaran berlangsung. Hal ini kerana jika tidak memberikan
penekanan terhadap aspek ini boleh menyebabkan kesukaran guru untuk melaksanakan pengajaran
yang sempurna serta pelajar sukar memberikan sepenuh tumpuan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Robert M.Gagne enviromen merujuk kepada persekitaran serta keadaan
sekeliling sesuatu tempat atau latar belakang.

Terdapat beberapa elemen environment yang berkesan iaitu dari aspek fizikal iaitu keadaan sekeliling
bilik darjah yang kondusif dan efektif, ini kerana menurut Marland fizikal bilik darjah berkemungkinan
seumpama seperti kawan atau musuh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang
sama, aspek fizikal yang merangkumi susunan, reka bentuk, sumber bahan pembelajaran, ruang pada
dinding, pencahayaan, pengudaraan serta perabot dan kebersihan dalam bilik darjah juga adalah aspek
terpenting yang perlu diberi penekanan. Kawasan luar bilik darjah juga tidak terkecuali adalah
merupakan aspek fizikal dalam pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung. Sebagai contoh dari
segi bentuk bangunan, pokok, ruang beriadah juga perpustakaan untuk sebagai tempat rujukan murid.
Kebersihan yang baik akan memberikan keselesaan juga ketenangan kepada pelajar.

Untuk melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, rutin dalam bilik darjah perlu digerakkan
agar mana murid-murid dapat belajar dan merasai tanggungjawab yang dipikul oleh mereka. Rutin
bermaksud langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap murid secara berulangan. Sebagai contoh, di
setiap pagi murid-murid perlu membersihkan bilik darjah sebelum memulakan kelas secara bergilir-gilir
atau sebelum murid-murid pulang setiap murid perlu mengutip sampah disekeliling mereka dan guru
juga perlu memainkan peranan dalam memberikan peneguhan yang positif sehingga setiap apa yang
dilakukan oleh murid-murid menjadi satu budaya dalam diri mereka serta budaya di sesuatu sekolah itu.

Manakala, dari aspek psikososial pula adalah merujuk kepada hubungan individu dengan persekitaran
sosialnya. Oleh itu persekitaran dalam bilik darjah mestilah psikososial yang sihat seperti suasana yang
selesa dan ceria, suasana yang boleh menarik dan merangsang minat murid untuk belajar. Fokus guru
terhadap persekitaran psikososial juga penting melalui pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru
dan cara guru mengolah supaya komunikasi antara guru dan murid dapat diwujudkan dengan baik. Akhir
sekali, di dalam persekitan bilik darjah guru perlu mengadakan peraturan kepada murid. Ini akan
menghasilkan nilai-nilai moral dan juga membantu guru dalam pengawalan tingkah laku murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai