Anda di halaman 1dari 22

Pendahuluan Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, dan pengasuh.

Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor,pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain. Guruguru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan termasuklah menyediakan kondusif. Bilik darjah merupakan sebuah medan tempur utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab.Menurut Lemlech (1988) , menafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di pembentukan kurikulum, penyelenggaraan bilik darjah yang memerlukan dan sumber pengajaran. iklim pembelajaran dan bilik darjah yang

prosuder

Seseorang guru yang tidak menjalankan tugasnya walaupun beliau merupakan seorang yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah, guru tersebut akan di anggap sebagai tidak amanah. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Menurut Marland (1975), pula suasana fizikal bilik darjah boleh menjadi sahabat atau seteru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka Di dalam sebuah bilik darjah Guru berpeluang melihat pelajar perkembangan pelajar meraka setiap hari , melihat kepuasan di wajah anak murid bila mereka mendapat ilmu yang mereka tidak pernah ketahui atau alami sebelum ini. Salah satu ciri yang asas untuk menjadi guru yang baik adalah kemampuan mengurus bilik darjah dan mengawal
1

tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Kemampuan mengawal tingkah laku pelajar menjadi sangat penting sekiranya seseorang guru mengajar di sekolah yang menghadapi masalah tingkah laku yang serius. Pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh ilmuwan yang terdahulu. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dengan baik oleh guru, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi sebuah pengalaman yang menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru mudah dan meneronokkan kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah.Oleh yang demikian di dalam KKP ini akan di huraikan mengenai konsep dan elemen-elemen penting di dalam pengurusan bilik darjah yang kondusif dan berkesan.

2.0 Konsep Pengurusan Bilik Darjah 2.1 Definisi. Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Menurut Hall (2000) mendefinisikan pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan yang melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan mengurus kerja murid. Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong. Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah didefinasikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat

dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. .

2.2 Faktor pengurusan bilik darjah. Manusia Unsur manusia adalah hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini merangkumi interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama. Kebendaan kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini termasuk penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah

Operasi
Unsur operasi ialah segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna 2.3 Objektif pengurusan bilik darjah untuk mencapai perkara seperti berikut : Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum. Membentuk suasana pembelajaran yang positif Mengurangkan masalah disiplin Menggalakkan tingkah laku yang sesuai. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan guru Pengurusan rutin yang berkesan. Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu di capai apabila seorang guru memahami tentang keperluan murid-muridnya. Ilmu dan pengetahuan mengenai teori perkembangan dan psikologi kanak-kanak dapat membantu guru dalam menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Keperluan murid adalah seperti :

Pengalaman kejayaan

Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran.

Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid

Memahami objektif pengajaran

Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran

Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi

Maklum balas yang tepat dan realistik

Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya

2.4 Konsep Persekitaraan Fizikal Bilik Darjah yang Kondusif Menurut Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib bagi membolehkan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. .Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Jika keadaan kelas berada dalam keadaan yang kondusif serta cukup selesa penglibatan pelajar terhadap proses pembelajaran amat baik dan ini akan menunjukkan pembentukan sikap positif terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran. Persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran sosial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah. Aspek- Aspek Pengurusan Bilik Darjah.

Fizikal

Sosial

Peraturan Bilik Darjah

Rutin Bilik Darjah

Aspek Pengurusan bilik darjah yang kondusif

Aspek susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah

Aspek kebersihan

Aspek sumber bahan pembelajaran

Aspek pengcahayaan dan pengudaraan

Aspek ruang atau sudut pembelajaran

3.0 Peranan guru dalam Penglibatan murid dalam bilik darjah Selain daripada mengajar , guru juga mempunyai pelbagai peranan lain iaitu sebagai fasilitator , pemudah cara , mentor dan banyak lagi.Guru juga sangat berperanan dalam memastikan setiap daripada murid melibatkan diri dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Penglibatan murid di dalam bilik darjah semuanya bergantung kepada kreativiti guru dalam menguruskan bilik darjah.Lebih-lebih lagi bilik darjah pada abad yang ke 21 ini di mana murid-murid tidak lagi seperti zaman dulu .Pelbagai teknologi dan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran moden diperkenalkan seperti KBSR dan KSSR bagi meningkatkan taraf pendidikan .Oleh itu sesebuah bilik darjah pada abd ke 21 ini memerlukan pengurusan yang baik dan cemerlang bagi memastikan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu melibatkan semua murid.Jadi guru memainkan peranan dalam beberapa aspek pengurusan bilik darjah :Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah adalah sangat penting , kerana kecekapan dan kemahiran guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi impak kepada sejauh mana penglibatan murid di dalam bilik darjah. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan .Semua perkara ini dapat membantu murid dalam melibatkan diri mereka dalam bilik darjah. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Menetapkan Keadaan Fizikal Bilik Darjah Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih kemas dan teratur. Fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab itu suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah merangkumi aspek organisasi, merancang tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran lain-kain barang yang sesuai Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik darjah, namun guru boleh menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Penggunaan ruang fizikal yang baik mampu menjadikan perbezaan tingkahlaku yang ketara di dalam sesebuah bilik darjah bilik darjah Terdapat beberapa perkara yang boleh dilaksanakan guru bagi mendapatkan penggunaan ruang bilik darjah yang baik iaitu: Susunan bilik darjah yang konsisten dengan pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Guru merangka beberapa jenis aktiviti pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk, bahan-bahan dan peralatan yang sesuai digunakan oleh murid. Laluan lintas bilik darjah tidak sesak.

Laluan lintas bilik darjah yang sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja murid dan juga meja guru. Bilik darjah moden yang ideal seharusnya luas, mempunyai ruang dan mudah bagi guru untuk bercampur dengan pelajar.Ini sangat menyumbang kepada kelancaran sesuatu aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran

Murid mudah untuk dilihat dan dipantau.

Susunan tempat duduk murid seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya semasa berlangsungan proses pengajaran. Guru boleh memastikan pelajar tidak hilang fokus dan melakukan kerja lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran apabila susunan tempat duduk mudah dilihat.,Adalah sangat sukar bagi seorang guru untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian dan pertolongan semasa proses pengajaran dan pembelajaran jika guru tidak boleh melihat semua muridnya.

Murid mudah untuk melihat penyampaian pengajaran guru.

Kedudukan papan tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Jika murid tidak dapat melihat penyampaian guru dengan jelas, maka perhatian pelajar akan tergangu dan penerimaan ilmu juga terganggu. Secara tidak langsung akan ada segelintir murid yang tercicir dan tersisih. Ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur.

Susunan perabot dan alatan seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan mampu mempengaruhi emosi murid. Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan perasaan senang dan bersedia pelajar untuk menerima pengajaran.Murid akan merasa seronok untuk datang kekelas dan dapat membakar semangat murid untuk belajar. Papan buletin untuk mempamerkan hasil tugasan dan bahan bahan ilmiah.

Papan buletin menyediakan kawasan untuk mempamerkan karya dan tugasan pelajar, bahan pengajaran, item perhiasan, peraturan kelas ataupun sekolah, jadual waktu, jam dan juga bahan-bahan ilmiah yang lain.Kewujudan papan buletin ini dapat membantu murid menambah ilmu tambahan di luar sesi pengajaran dan pembelajaran atau pembelajaran secara tidak formal berlaku.

10

Meja guru.

Kebiasaannya meja guru terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.Kedudukan meja guru seperti ini telah di gunakan dari zaman dahulu lagi dan masih lagi relevan di guna pakai hingga hari ini kerana tahap keberkesanannya Kerusi dan meja murid.

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat duduk pelajar. Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah cukup fleksibel untuk menjalankan dan memantau pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah. Menurut Emmer & et.al (1994), guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh memandang kepada kawasan pengajaran keseluruhan kumpulan ( whole-group instruction) tanpa memerlukan pelajar bergerak daripada tempat duduk mereka. Tempat duduk disusun agar semua pelajar boleh melihat pengajaran yang dipersembahkan oleh guru. Susunan tempat duduk boleh berubah-rubah mengikut kesesuaian kaedah pengajaran dan aktiviti yang digunakan oleh guru (Levin & Nolan, 1994). Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan lebih dekat kepada semua pelajarnya. Susunan tempat duduk mestilah

dirancang agar guru mudah untuk mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain. Selain itu, tempat duduk pelajar seharusnya mengelak posisi muka pelajar daripada menghadap punca penumpuan pelajar terganggu seperti tingkap dan pintu. Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid.Walaubagaimanapun guru harus mengambil kira faktor kognitif dan fizikal murid-murid.Murid yang berfizikal kecil sepatutnya di letakkan di hadapan supaya mudah untuk melihat papan hitam.Tetapi murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah juga perlu di ambil kira.Ini semua bergantung kepada kreativiti seorang guru dalam mengatur susunan tempat duduk pelajar.
11

Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

12

Contoh-contoh plan bilik darjah kondusif abad - 21

Papan hitam GURU Skrin gulung


LCD

tingkap tingkap pintu

Sudut bacaan almari Hasil kerja Rak buku Tong sampah

13

3.3 Mengasaskan Peraturan Bilik Darjah Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu Prosedur dan peraturan harus ditetapkan dalam memastikan iklim bilik darjah yang ideal. Peraturan amat penting dalam memberikan gambaran jelas mengenai

tingkahlaku yang diharapkan semasa di bilik darjah. Jika pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim bilik darjah akan menjadi kondusif untuk proses P&P kerana mempunyai kawalan kelas yang baik. Peraturan bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan interaksi antara pelajar dan persekitaran yang kondusif untuk belajar (Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua atau lebih orang boleh dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994). Interaksi antara pelajar boleh dipupuk melalui pembinaan peraturan bilik darjah. Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah diikuti. Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru hendaklah membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut. Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah yang ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.

14

3.5 Perancang aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menitikberatkan aspek objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan pelajaran dan banyak lagi. Walaubagaimanapun , untuk mencapai sebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan efektif, seorang guru perlu merancang aktiviti yang mampu menarik minat murid.Murid-murid pada hari lebih cenderung untuk melakukan aktiviti semasa sesi pembelajaran daripada hanya duduk mendengar syarahan daripada guru.Jika teknik syarahan atau teknik sama sahaja digunakan berulang kali , sudah pasti murid akan berasa bosan.Kesan daripada itu, akan ada segelintir murid yang ketinggalan dan yang paling menyukarkan lagi jika objektif pembelajaran turut tidak tercapai . Oleh yang demikian guru harus merancang pelbagai aktiviti bagi mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar.Antara aktiviti yang boleh di lakukan bagi menghidupkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran ialah pembentangan secara kumpulan.Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan berbincang mengenai tajuk-tajuk tertentu.Kemudian , murid-murid di kehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka.Di sini elemen kreativiti guru sangat di perlukan.Hal ini kerana, pembentangan yang biasa akan membuatkan murid berasa cepat bosan.Guru yang kreatif akan mengubah teknik pembentangan biasa kepada yang lebih menarik.Sebagai contoh , pembentangan tersebut boleh di buat dengan cara forum , debat ,lakonan ataupun satu lagi teknik yang banyak di guna pakai oleh guru pada hari ini iaitu Gallery Tour.Kesemua kaedah-kaedah pembentangan seperti ini menghendaki murid untuk bergerak dan berkerja secara aktif.Di samping dapat meningkat keyakinan murid untuk bercakap kelas juga dapat di akwal dengan mudah. Selain pembentangan , guru juga boleh

15

3.4 Merancang rutin bilik darjah Semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin atau perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, guru menetapkan bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dan memberikan kerjasama, tidak boleh merayau-merayau semasa berjalan aktiviti serta cara untuk mendapatkan bahan pembelajaran.Secara tidak langsung murid yang tidak biasa bersosial , dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan sesama rakan dan mereka memperoleh kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan di dunia luar.Guru juga Rutin Bilik Darjah Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah. Penekanan terhadap rutin bilik darjah yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan bilik darjah yang kondusif. Rutin bilik darjah wajib diterangkan oleh guru pada setiap awal sesi persekolahan. Ini penting agar pelajar tahu mengenai peraturan dan rutin bilik darjah. Jenis-jenis Rutin Rutin Kelas

Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan peraturan dan prosedur semasa berada bilik darjah yang bertujuan mewujudkan proses P&P yang berkesan. Kajian mendapati bahawa guru yang efektif mengambil masa pada awal tahun persekolahan untuk mengembangkan peraturan dan prosedur bilik darjah untuk menghasilkan perjalanan bilik darjah yang lancar dan meminimakan gangguan serta memaksimakan masa pembelajaran pelajar (Jones & Jones, 2004). Contoh rutin kelas yang terdapat di bilik darjah ialah aspek kebersihan, jadual bertugas dan sebagainya..Antara rutin kelas bagi menjaga kebersihan : Menyapu lantai dan beranda. Membersihkan papan kapur. Menyusun kerusi-meja.
16

Mengemas ruang dan sudut pembelajaran. Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan. Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan. Menjaga penggunaan lampu dan kipas. Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.

Setiap aktiviti di atas adalah untuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut dan secara tidak langsung melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah .Guru hendaklah menyediakan satu jadual kerja supaya tiada murid yang terkecuali dan tersisih dalam pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Jika semua pelajar menjalankan tugas mengikut jadual bertugas, maka bilik darjah akan berada dalam keadaan bersih tanpa guru memberikan arahan untuk membersihkan bilik darjah sebaliknya terus fokus kepada proses Pengajaran dan pembelajaran Rutin Pentadbiran

Rutin pentadbiran melibatkan peranan guru dalam mengurus dan mentadbir bilik darjah. Guru perlu cekap mentadbir bilik darjah untuk memastikan bilik darjah adalah kondusif. Rutin pentadiran adalah seperti guru mengurus kehadiran pelajar, pungutan yuran sekolah, menyediakan laporan akademik pelajar menyediakan kad 001 dan kad kesihatan pelajar Ini amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Jika guru mengambil sikap sambil lewa dalam hal pentadbiran, pengurusan bilik darjah berada dalam tahap minima dan kucar kacir kerana tidak ada rekod yang dibuat oleh guru mengenai pelajar. Rutin Pergerakan Pelajar

Rutin pergerakan pergerakan ialah peraturan pergerakan murid di bilik darjah. Rutin pergerakan meliputi peraturan untuk bergerak ke luar atau masuk bilik darjah secara teratur dan tertib. Guru menekankan untuk beratur semasa pergerakan tersebut kerana pelajar cenderung untuk berebut-rebut semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar khususnya yang melibatkan aktiviti bilik darjah ke luar bilik darjah. Contohnya,

17

aktiviti kelas ke aktiviti kumpulan, pergerakan pelajar ke perhimpunan, pergerakan pelajar ke makmal dan juga pergerakan pelajar semasa latihan kebakaran.

Rutin Pengurusan Tugas

Rutin pengurusan tugasan ialah persediaan, perancangan dan pengurusan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru perlu menyediakan sumber P&P, aktiviti P&P dan persediaan untuk P&P. Guru perlu menetapkan objektif pembelajaran memulakan persediaan proses P&P agar setiap langkah perancangan dapat dirancang. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada pelajar perlu dinyatakan dengan jelas. Selain itu, guru perlu memantau akitviti bilik darjah dan menjalankkan proses penilaian ke atas pencapaian pelajar. Penilaian akan menentukan kekuatan dan kelemahan proses P&P tersebut. Rutin Pembelajaran

Guru perlu memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pembabitan pelajar secara aktif dalam P&P penting dalam memastikan proses pembelajaran itu berlaku (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain, 2009). Guru memainkan peranan penting dalam memastikan rutin pembelajaran itu berlaku. Guru boleh menyediakan aktiviti seperti perbincangan, gerak kerja

berkumpulan, latihan dan latih tubi.Kesemua aktiviti ini mampu melibatkan semua murid untuk mngambil bahagaian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rutin Interaksi

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Aktiviti berpusatkan pelajar melibatkan interaksi antara pelajar, guru dan bahan. Oleh itu, guru harus menggalakkan interaksi tersebut berlaku mengikut prosedur dan bersopan. Hubungan personal atau interaksi antara pelajar dengan pelajar adalah sama penting dengan hubungan guru dengan pelajar. Guru boleh

18

memainkan peranan dengan mewujudkan hubungan (Wragg, 2001). Contohnya, aktiviti yang melibatkan perbincangan, eksperimen, kerja lapangan dan projek.

3.6 Agen Sosialisasi Bilik darjah melibatkan interaksi antara guru, pelajar dan bahan. Interaksi yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar akan menghasilkan suasana bilik darjah yang harmoni.Interaksi antara murid dan guru dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, dan menonjolkan teladan yang baik, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan keberkesanan pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang kondusif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi , Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah: Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi. Menggunakan bahasa yang berkesan. Kesediaan untuk mendengar. Menghormati perasaan orang lain. Menyesuaikan diri dengan situasi.
19

Oleh itu , kemahiran komunikasi wajib ada pada seorang guru bagi menarik minat murid untuk sama-sama melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.Jika tidak murid yang pasif akan kekal pasif dan murid yang aktif kemungkinan besar akan bertukar menjadi pasif jika kemahiran komunukasi guru tidak baik.

4.0 Rumusan Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat. Pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang pelu dikuasai oleh semua guru khususnya guru baru. Guru bertindak sebagai pengurus dalam bilik darjah dalam memastikan bilik darjah dalam keadaan yang berkesan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah seperti faktor fizikal, sosial dan emosi. Rutin bilik darjah melibatkan pengurusan yang dijalankan setiap hari dalam bilik darjah. Kecekapan dan kemahiran guru dalam menguruskan biik darjah adalah sangat berguna bagi mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran.Pengurusan bilik darjah yang baik juga mampu untuk melahirkan suasa kelas yang kondusif , aktif dan ceria.Secara tidak langsung dapat melibatkan penglibatan kesemua pelajar dalam sehgala apa jua aktiviti dalam bilik darjah.Dapatlah di lihat di sini bahawa guru yang Berjaya menguruskan bilik dengan baik mampu menyumbang kearah penglibatan murid secara optimum. Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.

20

Refleksi Pertama sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali mendapat penerangan dengan lebih mendalam dan teliti daripada pensyarah pembimbing iaitu Datin Hjh Zaiton binti Abdullah, yang telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan tajuk yang pernah di pelajari ketika kuliah.Tajuknya ialah Pengurusan bilik darjah dan pernan guru dalam melibatkan murid semasa aktiviti bilik darjah. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk lebih memahami konsep persekitaran bilik darjah yang kondusif dan peranan guru di dalam pengurusan kelas bagi melibatkan muird semasa aktiviti. Ketika memulakan tugasan ini, agak sukar juga untuk menjelaskan konsep persekitaran bilik darjah yang kondusif .Setelah membuat beberapa kajian dan rujukan di dalam buku dan internet barulah saya fahami mengenai perkara yang memenuhi syarat-syarat bilik darjah kondusif . Apabila menjadi seorang guru kelak pegurusan kelas yang

kondusif adalah sangat penting jika tidak akibatnya sesi pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan membantukan pembelajaran murid-murid. Oleh itu,saya akan megutamakan pengurusan kelas agar menjadi sebuah bilik darjah yang kondusif. Selain itu , melalui tugasan ini juga saya telah pelajari bahawa guru bukan sahaja berperanan sebagai seorang pendidik.Malahan guru mempunyai skop peranan yang
21

sangat luas.Apa yang saya dapat dari kajian kkp. ini adalah bahawa guru sangat berperanan dalam menguruskan kelas.Kemahiran guru mengurus sebuah kelas sehingga menjadi kondusif mampu membuatkan murid-murid di dalam kelas untuk melibatkan diri mereka dalam akrtiviti bilik darjah.Di sini terbukti bahawa peranan guru dalam mengurus bilik darjah sangat berkait rapat dengan penglibatan murid-murid Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan yang saya rasakan mempengaruhi perjalanan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih awal. Antaranya ialah terdapat tugasan lain yang perlu di selesaikan menyebabkan saya kesuntukan masa.Selain itu kekuranagn bahan juga adalah salah satu dari halangan yang saya hadap.Jadi sebagai bakal guru inilah perkara yang wajib saya hadapi,Saya haruslah bijak untuk mengurus masa walupun mempunyai tugasan yang sangat banyak.Seorang bakal guru juga wajib mempunyai banyak rujukan kerana apabila menjadi guru kelak , rujukan-rujukan tersebut banayk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.Walaubagaimanapun , setelah melihat kesungguhan pensyarah ketika menerangkan tugasan yang di berikan juga membuatkan saya bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Ini adalah satu nilai yang sangat baik bagi seorang guru iaitu sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang di lakukan . Rakan-rakan juga banyak membantu saya dalam memahami soalan tugasanSaya dipinjamkan oleh mereka bahan-bahan rujukan bagi memudahkan saya menyelesaikan tugasan yang di berikan.Mereka tidak kedekut dan mementingkan diri masingmasing.Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang sanggup membantu ketika susah . Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Sekian, terima kasih.

22

Anda mungkin juga menyukai