Anda di halaman 1dari 3

Huraian Rancangan Pengajaran Harian Pada hemat saya rancangan pengajaran harian yang diajar dalam subjek ini

amat menitikberatkan perkembangan sosio-budaya dalam kalangan murid kerana setiap langkah yang diterapkan kepada murid bertujuan supaya murid dapat belajar dan mencapai matlamat pembelajaran secara maksimum. Pada permulaan sesi pembelajaran,murid-murid bersama membaca doa secara beramairamai dan seiring sesama mereka. Ini menunjukkan para pelajar tidak kira dari apa jua latar belakang dan taraf hidup dapat bersama-sama bersatu mancapai matlamat pembelajaran dan yang paling utama ia dapat membentuk perpaduan yang jitu dalam kalangan murid. Disamping itu,ia juga memupuk nilai murni dalam kalangan murid kerana mereka menumpukan perhatian dalam pembelajaran mereka dan tidak membuat perkara yang bercanggah dengan arahan guru. Guru juga memainkan peranan yang penting apabila menggalakkan murid-murid bersama-sama bernasyid tanpa mengecualikan mana-mana murid. Justeru,para pelajar dapat menglibatkan diri mereka secara aktif dan bertambah yakin untuk meneruskan sesi pembelajaran kerana mereka tidak merasakan perbezaan yang ketara yang ada pada mereka samada dari segi taraf hidup,latar belakang,jantina dan sebagainya. Pelajar hanya menikmati perkembangan sosio-budaya yang positif dalam kelas mereka dan membuatkan para pelajar menjadi bertambah yakin untuk menjalani sesi pembelajaran. Kepelbagaian sosio-budaya ini boleh diperincikan lagi dalam beberapa aspek iaitu: Jantina. Sudah mejadi nadi dalam sesebuah kelas bahawa akan terdapat dua jantina yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan. Dan apa yang pasti,kedua-duanya mempunyai corak pembelajaran dan pemikiran yang berbeza. Pelajar lelaki lebih cenderung untuk berfikir secara mudan dan ringkas manakala pelajar wanita akan lebih mendalam dan pemikiran mereka lebih berseni. Justeru dalam aktiviti penerangan,kita akan dapat melihat pelajar lelaki akan memberikan tafsiran yang mudah dalam sesuatu perkara manakala pelajar perempuan akan memberikan penerangan yang lebih bersifat kompleks sedikit. Selain itu,pelajar lelaki lebih suka mengelak dari memberi pendapat mereka berbanding pelajar wanita.

Oleh itu,dapat kita lihat dalam aktiviti ini,perbezaan sosio-budaya dari segi jantina amat jelas kelihatan dalam kalangan pelajar iaitu dari sudut jantina mereka. Pelajar perempuan lebih menyerlah dalam aktiviti sebegini manakala pelajar lelaki memberikan reaksi yang lebih pantas daripada pelajar wanita.

Keturunan atau Bangsa Malaysia terkenal dengan negara yang dihuni oleh berbilang kaum dan bangsa. Malaysia juga kaya dengan berbagai etnik yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Oleh itu,cabaran di negara kita dalam mewujudkan sosio-budaya yang mantap amat tinggi. Oleh itu,sekolah boleh menjadi medan yang ideal dalam membentuk perpaduan dalam semua lapisan murid. Dalam RPH yang telah dibuat,guru melakukan aktiviti berkumpulan yang melibatkan berbagai kaum dan budaya. Melalui cara ini,pelajar dapat mengenal dengan lebih dekat budaya dan cara hidup masyarakat yang lain. Selain itu,pelajar juga akan terhindar daripada membuat tanggapan negatif terhadap budaya dan kaum lain kerana mereka sentiasa bergaul rapat dan telah mengenal dengan lebih mendalam budaya rakan-rakan mereka. Disamping itu,pelajar juga akan terus dapat membentuk persefahaman didalam kelas sterusnya melahirkan budaya kelas yang kondusif dan tersusun. Kesimpulannya,aktiviti pengajaran secara berkumpulan amat sesuai dengan kepelbagaian etnik dan budaya kerana ia dapat melahirkan rasa syanag anatar satu sama lain dan menguatkan lagi ikatan antara satu sama lain. Aktiviti ini juga dapat menguatkan lagi kerjasama dalam kalangan murid sterusnya menggalakkan komunikasi yang jitu dalam kalangan murid.

Sosioekonomi Lazim keadaan disetiap sekolah murid-muridnya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan dan taraf ekonomi yang berbeza. Ada diantara murid yang terdiri dari golongan yang berada dan tidak kurang juga yang agak kesempitan hidup. Dalam contoh aktitviti perbincangan,guru boleh melibatkan murid dari keluarga pelbagai latarbelakang sosioekonomi. Dari situ,guru dapat melihat murid-murid akan memberikan pandangan yang berbeza dalam aktiviti tersebut. Murid

yang terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi akan melontarkan pandangan yang lebih bernas dan odeal. Manakala pelajar daripada berpendapatan rendah akan berasa rendah diri dan agak terkebelakang dalam aktiviti tersebut. Oleh itu,murid-murid akan dapat tolong menolong antara satu sama lain dalam menggalakkan komunikasi dua hala yang lebih positif dan cemerlang. Oleh itu,aktiviti ini amat sesuai dijalankan didalam kelas agar murid murid dapta meruntuhkan tembok kejanggalan dalam diri-diri masing-masing seterusnya

menggalakkan persaingan yang sihat didalam kelas masing-masing.

MOHD KHAIRULHUSRI BIN SHARIFFUDIN 920704055299

Anda mungkin juga menyukai