Anda di halaman 1dari 6

Alat yang haram di gunakan untuk beristinjak Sabil al-Muhtadin

Seperti yang telah terkandung di dalam kitab Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh Mohammad Arsyad Bin Abdullah al-Banjari , terdapat beberapa alat atau benda yang diharamkan untuk digunakan semasa beristinjak. Antara ciri-ciri alat yang diharamkan untuk beristinjak ialah alat atau benda yang di hormati yang diatas tertulis ilmu-ilmu seperti : Ilmu Hadis Fikah Tafsir

Dapat di simpulkan di sini semua benda yang tertulis perkara-perkara agama adalah di haramkan untuk berisnjak dengannya.Walaubagaimanapun, terdapat juga alat yang tertulis ilmu yang diboleh untuk beristinjak dengannya seperti kitab falsafah,taurat dan injil kerana telah berubah isi kandungannya jika tiada nama Allah di dalamnya. Menurut kitab ini lagi, selain daripada alat yang tertulis ilmu, makanan juga di kira sebagai perkara yang dihormati, Oleh itu, adalah di haramkan untuk beristinjak menggunakan makanan. Makanan tersebut tidak kira makanan manusia atau makanan jin seperti tulang. Hal ini merujuk di dalam hadith sabda Rasulullah s.a.w:-

Hadis ini membawa maksud :-Janganlah kamu beristinjak dengan tahi dan tulang binatang Sesungguhnya tulang adalah bekalan saudara-saudara kamu daripada golongan jin Hadis di atas telah dipetik dari kitab Fiqh Manhaj Karangan Dr Mustafa Al Khin et. Al (). Di sini jelaslah bahawa makanan jin Islam sekalipun telah diharamkan untuk beristinjak dengannya. Menurut Syeikh Mohammad Arsyad Bin Abdullah Banjari di dalam kitabnya lagi, makanan manusia dan makanan haiwan juga diharamkan untuk beristinjak. Sama ada ramai manusia memakannya atau sama-sama banyak manusia dan haiwan memakan makanan tersebut. Tetapi, lain pula bagi makanan haiwan yang makanan tersebut banyak di makan oleh haiwan sahaja dan kurang di makan oleh manusia atau tiada langsung manusia memakannya .Makanan haiwan seperti ini boleh di gunakan untuk beristinjak kerana manusia tidak memakannya seperti, rumput dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, menurut kitab tuhfah jika makanan tersebut sama-sama banyak dimakan oleh manusia dan haiwan, dibolehkan untuk beristinjak tetapi hukumnya makruh. Selain itu, kulit binatang yang belum di samak juga tidak boleh di gunakan untuk beristinjak kerana ianya di kira sebagai bangkai iaitu najis.Najis tidak boleh di gunakan untuk beristinjak.Di dalam kitab Fiqh Manhaj Karangan Dr Mustafa Al Khin menyatakan bahawa tidak sah beristinjak dengan najis atau benda-benda yang terkena najis kerana di khuartiri akan menambahkan lagi kesan najis.Hal ini jelas diterangkan di dalam hadis:-

Daripada (Abdullah bin Masud r.a katanya, "Nabi s.a.w pergi ke lurah untuk buang air. Baginda menyuruh aku membawa tiga biji batu kepadanya. Aku hanya memperolehi dua biji batu dan mencari yang ketiga tetapi tidak memperolehinya. Kemudian aku mengambil tahi binatang yang keras dan membawanya kepada Baginda, lalu Baginda mengambil dua biji batu tersebut tetapi membuang tahi binatang itu seraya bersabda, ini adalah najis. " Dari hadis ini dapat di lihat bahawa, najis adalah satu benda yang haram untuk di gunakan untuk beristinjak.Jika kulit itu dari binatang yang di sembelih dengan cara yang halal,kulit tersebut sudah di kira sebagai makanan.Jadi , haramlah untuk beristinjak dengan kulit waalupun ianya dari kulit binatang yang di sembelih.Hal ini kerana beristinjak dengan makanan hukumnya haram seperti yang telah di nyatakan di atas.

Di dalam kitab nihayah , haram untuk beristinjak menggunakan tikus dan semua haiwan yang sejenis dengannya,Selain itu tubuh orang kafir harbi atau orang islam yang murtad juga di haramkan untuk beristinjak dengannya kerana ia juga tergolong dalam perkara perkara yang di hormati. Oleh itu,haram beristinjak menggunakannya.

Walaubagaimanapun. didalam kitab nihayah itu lagi,mengatakan tidak haram menggunakan sebahagian daripada haiwan untuk istinjak seperti kulit binatang jika kulit tersebut suci. Tetapi lain pula di katakana di dalam kitab tuhfah , di dalam kitab tersebut menyatakan bahawa tubuh orang kafir harbi atau orang murtad tidak di kira di hormati .Oleh itu tidak haram untuk beristinjak menggunakan sebahagian daripada tubuh orang kafir harbi dan murtad menurut kitab tuhfah.Tamabahan di dalam kitab itu lagi, kulit buah-buahan yang dimakan juga haram di gunakan seperti kulit buah tembikai.Tambahan lagi, bagi buah yang tidak di makan kulit nya di bolehkan untuk beristinjak.Tetapi makruh jika masih ada isinya lagi. Kitab al-um Kitab Arab

Kitab Terjemahan Melayu Dari Abu Hurairah

Menurut kitab Al-Um pula , halnya lebih kurang sama seperti di dalam kitab Sabil AlMuhtadin.Alat yang di haramkan untuk beristinjak ialah: Kotoran haiwan Najis

Pendapat ulama mengenai alat yang di haramkan untuk beristinjak Mazhab Hanafi berpendapat makruh tahrim beristinjak dengan menggunakan alat berikut: Najis:-Tahi unta,Tahi kambing ,dan lain-lain Makanan :- Tulang ,roti yang menjadi bahan manusia dan binatang kerana di anggap sebagai satu perbuatan menghina. Menggunakan sesuatu yang tidak boleh menghilangkan najis :-kaca,bulu,tebu yang licin atau batu bata. Bahan yang tidak kuat atau bercerai-berai :- tanah liat, arang lembut,Boleh jika keras

Bahan yang bernilai dari segi zat :- emas,perak,batu permata atau pun hak milik orang seperti dinding walupun telah di wakafkan.

Mazhab Maliki berpendapat makruh beristinjak dengan menggunakan alat berikut: Tulang Tahi binatang yang bersih Dinding milik sendiri

Mazhab Syafie berpendapat haram beristinjak dengan menggunakan alat berikut: Tulang Tahi kering Makanan manusia, jin, haiwan(dengan beberapa syarat iaitu makanan itu sama banyak di makan manusia Helaian atau kitab yang tertulis ilmu-ilmu atau nama Allah Kulit binatang yang di samak dan di sembelih atau bangkai Kulit buah yang di makan manusia

Isu-isu semasa mengenai alat yang haram di gunakan beristinjak Ramai yang berpendapat semua benda boleh di gunakan asalkan keras dan menghilangkan najis Istinjak menggunakan tisu.Ulama bersepakat harus untuk istinjamenggunakan tisu bagi Negara-negara yang sejuk

Anda mungkin juga menyukai