Anda di halaman 1dari 8

PENGAJARAN DARIPADA PEPERANGAN ZAMAN RASULULLAH Pengenalan

Perang dalam Islam berasal dari bahasa Arab, Qital (membunuh), Guzhwah (peperangan yang dipimpin oleh panglima perang secara langsung), Harb. (perlawanan secara fizikal). Manakala, menurut istilah, peperangan dalam Islam didefinisikan sebagai, Qitalu al-Kuffari fi Sabilillahi li Ilai Kalimatillah, yaitu memerangi orang-orang kafir dijalan Allah dalam rangka meninggikan kalimat Allah.Justeru , peperangan dalam Islam diharuskan semata-mata dengan niat untuk menegakkan kedaulatan Islam dan bukan untuk tujuan peribadi dan memuaskan hawa nafsu seperti untuk menguasai negara lain dan merampas segala kekayaan negara tersebut atau untuk mendapat kedudukan yang tinggi agar boleh bermegah-megah dengan darjat tersebut Dalam satu riwayat, ada dikemukankan bahawa ketika Nabi SAW berhijrah dari Makkah berkatalah Abu Bakar, Mereka mengusir Nabi mereka pasti mereka akan dibinasakan. Maka turunlah ayat ke 39, Surah Al-Hajj yang memberi kelonggaran untuk berperang kerana ada di antara mereka yang dianiaya dan dibunuh. Terjemahan dalil terdsebut ialah, Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan) (Al-Hajj: 39) Sesungguhnya, terdapat banyak hadis dan riwayat yang kuat mengatakan bahawa permulaan disyariatkan peperangan ialah selepas penghijrahan nabi dan umat Islam ke Madinah. Perintah perang ini dilaksanakan pada awal bulan Safar iaitu awal bulan ke-12 sejak Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Waddan yang bertujuan memerangi kaum Quraisy dan Bani Damrah. Namun begitu, peperangan ini tidak terjadi kerana Bani Damrah yang meminta perdamainan.

Dalam sirah Rasulullah, para sejarawan telah menggunakan dua istilah berbeza untuk menjelaskan tentang peperangan. Pertama, ghazwah iaitu peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW dan kedua, sariyyah iaitu peperangan yang tidak dipimpin oleh Rasulullah SAW. Seperti yang kita sedia maklum, peperangan pertama dalam Islam ialah peperangan Badar Kubra. Sebelum peperangan ini, terdapat beberapa siri ghazwah dan sariyah yang bertujuan untuk kaum Muslimin meluaskan pengaruhnya ke atas laluan perniagaan Quraisy. Antara ghazwah dan sariyah yang terlibat termasuklah, Sariyah Saif al Bahr yang bertujuan untuk memintas kafilah ahli perniagaan Quraisy yang tiba dari negeri Syam, sariyah robigh, ghazwah widan dan ghazwah Bawwat. Peperangan Badar Al Kubra

Medan Badar

Peperangan ini merupakan peperangan pertama yang berlaku dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ia berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadan, 19 bulan selepas hijrah ke Madinah. Abu Lubabah bin Abdul Munzir telah diamanahkan untuk menjaga kota Madinah manakala, Saiyidina Mushab bin Umair diamanahkan sebagai pembawa

panji-panji tentera Islam. Faktor tercetusnya peperangan ini adalah kerana Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin merampas kembali harta yang ditinggalkan di Makkah yang telah dicuri oleh pihak Musyrikin dan diniagakan di Syam.

Sesungguhnya, peperangan ini merupakan peperangan yang hebat dan telah melakar sejarah tersendiri dalam ketamadunan Islam. Istimewanya, peperangan ini dimenangi oleh Rasulullah SAW dan para sahabat walaupun kekuatan tentera Islam sangatlah terhad iaitu; 313 orang sahabat yang membawa 70 ekor unta. Lawan mereka iaitu pihak musyrikin Makkah yang terdiri daripada 950 hingga 1000 orang angkatan tentera yang lengkap bersenjata telah diketuai oleh Abu Jahal. Sekatan yang dirancang untuk merampas kembali harta pihak Muslimin tidak dijangka akan bertukar menjadi peperangan yang dahsyat. Pihak Muslimin tidak pernah bersedia untuk berperang bahkan meninggalkan senjata di rumah masing-masing. Rasulullah SAW hanya menggunakan pelepah tamar untuk dijadikan senjata. Justeru, peperangan yang istimewa ini patut diambil pengajaran daripadanya. Antara pengajaran daripada peperangan Badar Kubra ialah; Pertamanya, perang Badar telah berjaya membuktikan keberkesanan

kepimpinan bijaksana Rasulullah SAW. Rasulullah SAW seharusnya menjadi contoh pemimpin terbaik yang masih relevan sepanjang zaman. Keberanian dan keyakinan diri Rasulullah SAW yang tinggi telah membuahkan kemenangan dalam misi perperangan dengan musyrikin Makkah. Buktinya, Rasulullah SAW sendiri yang turun padang bersama-sama sahabat untuk berjuang menegakkan Islam. Contohnya, Rasulullah SAW bersama Saiyidina Abu Bakar As-siddiq bersiar-siar di sekitar khemah tentera Makkah untuk menjalankan risikan terhadap tentera musyrikin. Pesonaliti baginda sanagtlah berbeza dengan pemimpin pada zaman sekarang yang hanya memberi arahan dari bilik berhawa dingin berbanding memilih untuk turun padang menyelia dan membantu menyelesaikan masalah rakyat. Selain itu, baginda turut bermesyuarat bersama majlis tertinggi tentera. Baginda menerima semua pendapat yang

dikemukakan dengan hati yang terbuka. Dalam mesyuarat tersebut, para sahabat telah berucap dan menyatakan kesetiaan dan keimanan dan keyakinan mereka terhadap kepimpinan baginda SAW. Ucapan-ucapan ini telah menaikkan semangat dan motivasi angkatan tentera Islam untuk memenangi peperangan Badar. Rasulullah turut SAW membalas ucapan mereka dengan baik dan berdoa.

Selain itu, tawakal dan doa kepada Allah adalah penting dalam segala hal. Sesungguhnya, Rasulullah SAW merupakan seorang insan yang sangat tinggi kebergantungannya kepada Allah. Baginda sentiasa mengharapkan restu dan redaha Allah dalam segala hal kehidupan baginda. Pada saat yang genting seperti peperangan Badar, baginda turut bermunajat memohon doa restu kepada Allah SWT. Contohnya, setelah memperkemaskan saf tentera Islam, Rasulullah SAW kembali ke tempatnya dengan bermunajat dan memohon doa restu doa restu kepada Allah akan janji-janjiNya dengan sabda baginda yang bermaksud; Ya Allah yan Tuhanku, perkenankanlah apa yang telah engkau janjikan, Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon restu akan janjiMu itu

Peperangan Uhud Perang Uhud berlaku pada tujuh Syawal tahun ketiga hijrah. Peperangan ini terjadi disebabkan balas dendam kaum musyrikin Quraisy kerana kekalahan mereka dalam peperangan Badar. Tentera dan dana telah dikumpulkan oleh kaum Quraisy dengan hasil kekayaan harta tinggalan orang Islam yang dicuri. 3000 orang musyrikin Quraisy telah meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Pihak tentera Islam mempunyai kekuatan angkatan tenera seramai 700 orang yang bertahan di lereng-lereng bukit. Manakala, seramai 50 orang kumpulan memanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair diarahkan oleh Rasulullah SAW bertahan di atas Bukit Rumah. Antara pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa peperangan Uhud ialah; melanggar arahan pemimpin akan membawa kepada kerugian dalam pertempuran. Pada asalnya, tentera Islam telah memenangi peperangan ini. Namun, pasukan pemanah di atas bukit melanggar arahan baginda nabi dengan berganjak dari tempat asal mereka unruk mengambil harta rampasan perang. Rasulullah SAW telah berpesan kepada mereka untuk kekal di atas bukit sama ada menang ataupun kalah. Perlanggaran arahan itu telah mengakibatkan tentera musyrikin berjaya mengepung

tentera Islam. Khalid Al Walid menyerang tentera Islam dari belakang malah berjaya membunuh Abdullah bin Jubair dan sahabat-sahabatnya. Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh kaum musyrikin untuk membuat asakan kepada tentera Islam dan mengakibatkan mereka tertewas.

Bukit pemanah dalam perang Uhud Di samping itu, pengajaran kedua ialah; wanita turut memainkan peranan penting dalam menegakkan syiar Islam. Perang Uhud bukan hanya disertai oleh para pemuda semata-mata. Ketabahan hati kaum wanita juga harus dipuji. Sebagai contoh, Ummu Ammarah turut berperang dan sempat menentang Ibnu Qamiah bersama beberapa orang kaum Muslimin. Ibnu Qamiah telah menetak tengkuk Ummu Ammarah dan mengakibatkan beliau luka parah. Ummu Ammarah telah mengalami 12 tetakan pada hari itu. Beliau turut berusaha memukul Ibnu Qaniah namun tetakan beliau tidak berkesan kerana Ibnu Qaniah memakai baju besi dan terlepas lari. Peperangan Ahzab (Khandaq) Peperangan Ahzab berlaku pada Syawal tahun kelima hijrah bersamaan bulan Februari tahun 627 masihi. Perang ini dinamakan Ahzab kerana ia telah

menghimpunkan pelbagai suku kaum yang telah bersekutu untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dikenali juga sebagai perang Khandaq yang bermaksud parit kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling Madinah untuk menghalang pihak lawan

untuk menceroboh Madinah. Peperangan ini berpunca daripada Huyayy bin Akhtab telah menghasut semua masyrakat Arab melawan muslimin. Terdapat beberapa pengajaran penting daripada peperangan ini. Antaranya, kebijaksanaan dalam mengatur strategi amatlah penting untuk merangkul kemenangan. Penggalian parit di sekitar Madinah turut membuktikan bahawa agama Islam sangat terbuka dalam menerima idea-idea atau cadangan baru dan bernas untuk diaplikasikan dalam hal-hal perjuangan atau jihad Islam. Salman Al Farisi merupakan seorang Parsi dan beliau sangat mahir dalam hal-hal peperangan yang masih belum dikenali di jazirah Arab. Beliau telah mencetuskan idea untuk menggali parit berbanding menggunakan cara konvensional lain seperti melawan pedang dan memanah. Strategi ini bukan sahaja berjaya menggoyahkan pertahanan pihak musuh bahkan menjamin

kemenangan mutlak kepada umat Islam. Seterusnya, pengajaran lain daripada peperangan Ahzab ialah, seorang peminpin seharusnya bersifat rendah hati dan bersedia berkorban untuk membantu anak-anak buahnya. Rasulullah SAW merupakan seorang pemimpin yang sejati kerana baginda sanggup menyertai para pemuda untuk menggali lubang di samping memikirkan strategi peperangan dan memberi arahan. Semua kaum muslimin bertungkus lumus dan tabah menggali parit dan Rasulullah SAW tidak terkecuali dalam memberi perangsang serta menyertai mereka. Al Barra bin Al Azib telah berkata: Ku melihat Baginda SAW mengangkat pasir yang digali sehingga menyelubungi kulit-kulit perut baginda sehingga tidak nampak, ku ternampak kulit perut baginda yang penuh dengan bulu roma. Baginda nabi sekali lagi menunjukkan pengorbanan yang hebat apabila baginda mengikat perut dengan dua ketul batu pada saat pemuda lain hanya mengikat perut dengan seketul batu kerana rasa lapar yang amat sangat. Selain itu, keberanian merupakan unsur penting dalam peperangan. Keberanian dan keteguhan hati dapat mendorong umat Islam untuk terus berjuang dengan tekun. Contohnya, ibu saudara Rasulullah SAW, Sofiah binti Abdul Muttalib telah menunjukkan keberanian yang mengkagumkan. Beliau telah memukul seorang Yahudi Bani Quraizah

yang mengetuk-ngetuk kubu kediamannya dengan tongkat sehingga mati. Tindakan mulia ini telah menakutkan kaum Yahudi. Mereka menyangka kubu pertahanan Muslimin dijaga dengan rapi dan kemas sedangkan ianya sangat terdedah kepada serangan. Kesannya, tentera Yahudi tidak berani mencuba sekali lagi. Peperangan Tabuk Peperangan ini berlaku pada Rejab tahun kesembilan hijrah iaitu di kemuncak musim panas. Peperangan ini merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Rasulullah sebelum baginda wafat. Faktor terjadinya peperangan ini termasuklah; para pedagang Syam telah menyampaikan khabar kepada Rasulullah SAW bahawa Rom

telah mempersiapkan tentera untuk menyerang Madinah. Justeru, baginda terus memerintahkan umat Islam yang tinggal jauh dari Kota Madinah mahupun yang berada dalam Kota Madinah untuk bersiap-sedia menghadapi peperangan. Ketabahan umat Islam dalam menghadapi suasana terdesak dan genting seharusnya menjadi contoh dan pengajaran penting bagi umat Islam zaman moden. Hal ini demikian kerana, pada waktu itu Madinah sedang menghadapi musim kemarau. Justeru itu, semua orang menghadapi kesusahan hidup, kawasan tanaman kekeringan air dan binatang tunggangan berkurangan. Yang tinggal hanyalah buah-buahan. Tuannya juga segan meninggalkan kawasan tanaman mereka tambahan pula jarak yang jauh dan jalan pun sukar dilalui. Selain itu, semangat perjuangan umat Islam yang berlumba-lumba

melengkapkan persiapan perang untuk menyerang seharusnya dijadikan perangsang dan motivasi untuk kita terus bergerak ke hadapan demi kemaslahatan agama Islam. Sebagai contoh, apabila Rasulullah SAW menyeru kaum muslimin untuk turut serta dalam peperangan melawan Rom, mereka berlumba-lumba dan berduyun-duyun mematuhi arahan baginda itu. Tidak seorang pun merelakan dirinya tersisih daripada ikut serta dalam peperangan tersebut. Malahan, golongan fakir miskin turut mengadap Rasulullah SAW namun baginda tidak membenarkan mereka. Merka pulang dengan perasaan dukacita dan sedih. Kesimpulan

Sesungguhnya,

terdapat

banyak

pengajaran

penting

dalam

peristiwa

peperangan pada zaman Rasulullah SAW. Namun apa yang jelas ialah Rasulullah SAW sangat menyayangi umatnya sehingga baginda rela mengambil risiko dengan menyertai peperangan untuk meningkatkan martabat Islam dan agar agama Islam berjaya sampai kepada kita dengan sempurnanya. Justeru, kita seharusnya mencontohi sikap Rasulullah SAW dalam memperjuangkan agama yang kita cintai.

Pedang Rasulullah SAW yang dinamakan Al Mattur

Anda mungkin juga menyukai