Anda di halaman 1dari 8

BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib Keturunan : Bani Hasyim Tarikh Lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin Hubungan : Sepupu Nabi sebelah bapa Tarikh Menjadi Khalifah : Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi Tempoh Pemerintahan : 4 tahun Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah Gelaran : Abu Hasan / Abu Turab

Bersikap adil Bijaksana Berwawasan Pintar Berfikiran luas Berusaha mencari ilmu Berani menegakkan kebenaran Terbuka Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT

SIFAT PERIBADI

KELUARGA RASULULLAH SAW

Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW Adalah sepupu dan menantu Rasulullah Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah

KANAK-KANAK PERTAMA MEMELUK ISLAM

Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun Kanak-kanak pertama memeluk Islam Terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga

SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG

Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman Sehingga digelar gedung ilmu

PEMUDA YANG BERANI

Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang Menggunakan pedangnya bernama Zulfakar dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan Tabuk. Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid. Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.

PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF

Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman. Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah. Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam. Menubuhkan pasukan polis diberi nama As-syurtah Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.

PENGORBANAN DAN JASA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

Jurutulis Perjanjian Hudaibiah. Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq). Mengembangkan ilmu Islam. Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin. Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara Menjadi hakim di Yaman. Penulis wahyu. Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.

SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI ZAMAN PEMERINTAHAN

Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak

Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Muhammad menjadi Rasul. Usianya 31 lebih muda daripada Nabi Muhamrmad.lbunya Fatimah binti Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf daripada Bani Hasyim. Ayahnya Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Nama asalnya Haidarah, Rasulullah memanggilnya Ali. Selain itu pernah juga Rasulullah memanggilnya Abu Turab.

Ali bin Abi Talib dididik dan dibesarkan dalam rumah tangga Rasulullah. Beliau kanak-kanak pertama

memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Beliau terkenal sebagai orang yang alim dan bijaksana, penghafal Quran, seorang sasterawan dan ahli pidato,seorang pahlawan perang dan negarawan. Dia seorang yang berilmu dan cintakan ilmu. Ali juga adalah pelopor ilmu taubid, ilmu mantiq, fiqih, ilmunahu dengan penulisan bahasa Arab.

Terdapat empat golongan yang mempunyai kaitan dengan Ali iaitu Ahlus Sunnah, Syiah, Al-khawarij dan Bani Umaiyah. Syiah begitu menyanjung Ali bin Abi Talib. Al-Khawarij pula adalah mereka yang keluar dari kelompok Ali. Sehubungan itu Khalifab Ali bin Abi Talib pernah berkata, "Ada segolongan orang yang demi cintanya kepada aku mereka bersedia masuk neraka.Tetapi ada segolongan lain yang demi kebenciannya kepada aku sampai mereka bersedia masuk neraka." Novel ini mencantumkan perca-perca kehidupan Saidina Ali bin Abi Talib sejak mula sehingga akhirnya

Abbdul latip bin talib ( 2009) Novel sejarah islam : ali bin abi talib mutiara ilmu islam.pts millenniea sdn bhd.

Ali bin Abi Talib


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Kaligrafi khat melambangkan Ali. Saidina Ali Abi Talib (Bahasa Arab: 31 ; Rejab, 22 atau 16 SH 21 Ramadan, 40 H; 20 September 601[1] atau 17 Julai 607 31 Januari 661)[2]) ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah. Beliau

merupakan khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin, memerintah dari 656 hingga 661 M. Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah SAW.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Kehidupan awal 2 Saidina Ali di Madinah 3 Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. 4 Menjadi khalifah ke-4 o 4.1 Pentadbiran Saidina Ali 5 Lihat juga 6 Rujukan 7 Pautan luar

[sunting] Kehidupan awal


Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam. Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.[3] Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.[2]

[sunting] Saidina Ali di Madinah


Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai. Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai

semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda.

[sunting] Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.


Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

[sunting] Menjadi khalifah ke-4


Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

[sunting] Pentadbiran Saidina Ali


Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah. Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi. Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas. Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abi_Talib

Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim. Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi Muhammad. Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam. Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala. Saidina Ali merupakan Khalifah Ar-Rasyiddin yang keempat. Antara masalah yang dihadapi adalah menentang pemberontakan. Pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwamtelah terlibat sama. Pemberontakan ini berlaku akibat terdapat individu-individu yang tidak menyokong saidina Ali. Masalah kedua yang dihadapi oleh Saidina Ali adalah kelemahan pentadbiran. Kelemahan pentadbiran ini berlaku semenjak dari zaman pemerintahan Saidina Uthman al-Affan. Kelemahan ini berlaku disebabkan kelemahan saidina Uthaman dalam pentadbiran. Beliau telah melantik gabenor-gabenor dan pemerintah dari golongan ahli keluarganya. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati segilintir umat Islam. Akibat pelantikan yang dibuat dikalangan ahli keluarga Uthman telah berlaku salah penggunaan kuasa. Berlakunya rasuah dikalangan pemerintah ketika itu. Bukan itu sahaja,saidina Ali menghadapi masalah daripada Muawiyah. Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi. Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Cara Saidina Ali menghadapi pemberontakan adalah melalui peperangan. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah. Khalifah Ali telah menggantikan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman dengan pegawai dari kaum Ansar dan golongan pemberontak. Hal ini adalah untuk mengurangkan pemberontakan yang akan berlaku. Beliau juga telah memindahkan pusat pentadbiran Islam dari Madinah ke Kufah,Iraq.

Akibat tidak puas hati Muawiyah,beliau terus mendesak Saidina Ali. Seterusnya Muawiyah menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas. Perang Siffin ini pada mulanya dimenangi oleh Saidina Ali tetapi akibat kelicikan Muawiyah, Saidina Ali telah kalah pada peperangan ini. Kesimpulannya, semasa pentadbiran saidina terdapat beberapa pemberontakan yang dijalankan untuk menjatuhkan Saidina Ali. Tetapi Saidina Ali bijak mengawal keadaan. Saidina Ali telah wafat pada tahun 661 setelah dibunuh oleh pembunuh. Muawiyah B. Abu Sufyan telah membina satu empayah Islam yang baru. Beliau telah mengubah corak pentadbiran khulafa ar-rasyidin yang sedia ada.

http://faizolsubhi.blogspot.com/2011/03/perihalkan-masalah-masalah-yang.html

Anda mungkin juga menyukai